Anda di halaman 1dari 3

Slide 1: 1 DEFINISI KECEDERAAN SUKAN Satu keadaan luka/kerosakan yang berlaku ke atas otot, tendon, tulang, ligamen serta

lainlain tisu sistem muskuloskeletal yang diperoleh melalui penglibatan aktiviti sukan. Sumber : Rujukan Utama, m/s 19 KECEDERAAN LAZIM : LOKASI BADAN : 2 KECEDERAAN LAZIM : LOKASI BADAN Knee 206 kes 19.7% Ankle 165 kes 15.8% Thigh 115 kes 10.0% Lower Back 80 kes 7.0% Foot 72 kes 6.0% Elbow 64 kes 5.0% Leg 56 kes 4.0% Shoulder 56 kes 4.0% KECEDERAAN : SUKAN : 3 KECEDERAAN : SUKAN Olahraga 21.1% Gimnastik 14.5% Hoki 9.7% Badminton 6.0% B. Jaring 5.4% B. Sepak 5.1% Lain-lain 38.2% Sumber : ISN Jenis Kecederaan : 4 Jenis Kecederaan OTOT Kekejangan Strain TENDON Strain Tendonitis TULANG Patah Retak SENDI Dislokasi Sprain (ligamen) LAIN-LAIN Kontusi, calar-balar, bursitis..

Apa itu kecederaan sukan atau sport injury? Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Bila sebut nama kecederaan sukan, bukan bermaksud untuk mereka yang bermain sukan sahaja, anda yang bersenam di rumah pun jika berlaku kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama. Kenapa berlaku kecederaan? Mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul, kejutan pada otot dan sebagainya.

Entri hari ini, saya akan bercerita secara pendek tentang kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan atau bersenam. Boleh dikatakan, hampir semua yang saya jumpa setakat ini pernah rasa sakit otot. Anda pernah cedera? Sprain dan strain

Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat ketiga, ligamen putus
sepenuhnya. Apa tanda-tandanya? Sakit, lebam, keradangan, bengkak, ketidakupayaan menggerakkan anggota badan, sendi yang longgar, laxity (kelenturan sendi berlebihan), ketidakstabilan. Antara kecederaan ligamen yang biasa didengari seperti anterior cruciate

ligament (ACL) di lutut. Untuk pengetahuan anda, banyak kes ACL bukan disebabkan bersukan

atau senaman sahaja, tetapi kes seperti, apabila seseorang ini dipanggil daripada belakang, secara spontan dia memusingkan badan dan kepalanya untuk menyahut. Dalam masa yang sama dia terlupa bahawa kakinya masih melekat di tempat yang sama dan menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya.

Strain merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan
tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya, berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan sebagainya. Kebanyakan yang saya lihat, membiarkan sakit berlalu tanpa sebarang tindakan membetulkannya. Apabila rasa sakit hilang, meneruskan kembali latihan. Kecederaan yang berlaku mungkin menyebabkan kecederaan lain. InsyaAllah saya akan cuba olah isu ini lebih lanjut di masa hadapan.

Pusat pemulihan

Kecederaan Biasa Antara kecederaan biasa berlaku disebabkan teknik senaman yang tidak betul seperti kecederaan di lutut, di pinggang dan di rotator cuff. Kecederaan biasa di bahagian lutut seperti iliotibial band sysndrome, tendinitis dan tendinosis. Manakala di pinggang slip discdan kecederaan yang menyebabkan tarikan otot-otot lain, kebiasaannya melibatkan ototpsoas

major. Apa itu rotator cuff? Rotator cuff adalah terdiri daripada 4 otot di bahagian bahu iaitu otot supraspinatus, infraspinatus, teres minor dan subscapularis. Kecederaan yang melibat di
gym biasanya disebabkan pergerakan yang tidak sepatutnya dilakukan seperti pergerakan di belakang kepala, lat pulldown behind the neck dan shoulder press behind the neck. Latihan dibelakang kepala sudah sebulat suara ditolak sejak tahun 2000 lagi tetapi masih diamalkan oleh sesetengah orang. Kecederaan yang berlaku mungkin bukan segera tetapi lebih pada akumulatif atau kecederaan berkumpul. InsyaAllah saya akan cuba huraikan lebih lanjut tentang topik di masa akan datang.

Shin Splint Istilah shin splint merujuk pada kesakitan di sepanjang tulang tibia, tulang besar di hadapan kaki. Kesakitan juga mungkin berlaku di bahagian yang lebih rendah termasuk buku lali (anterior shin splint) atau di pinggir tulang (medial shin splint). Pernahkah anda berlari atau joging untuk satu jangka masa yang lama, mungkin berminggu-minggu dan mula rasa sakit dibahagian hadapan tulang kaki? Biasanya shin splint disebabkan penggunaan berlebihan, penggunaan kasut yang salah, permukaan yang keras atau teknik latihan yang tidak betul. Kecederaan ini sering dikaitkan dengan mereka yang memiliki tapak kaki yang rata. Tahukah anda bahawa tidak semua orang memiliki tapak kaki yang sama?

Urut membantu dalam pencegahan, pemulihan kecederaan

Kecederaan Lain Kecederaan lain yang agak biasa dimana mungkin anda pernah mengalaminya adalah sakit di bahagian tapak kaki atau tumit ketika berdiri. Ini adalah disebabkan berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan terutama di perut juga biasa dikaitkan dengan sakit pinggang dan lutut. Kecederaan lain seperti keretakan tulang, dislocate dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai