Anda di halaman 1dari 3

Tema : Keistimewaan Setempat Sub Tema : Taman Rekreasi Praktis 1 : Memindah Maklumat

1. Seorang tukang kebun menyiram pokok bunga dengan penyiram manakala adiknya membuang sebungkus sampah ke dalam tong sampah untuk menjaga kebersihan taman permainan. 2. Seorang wanita memimpin tangan anaknya ketika bersiar-siar di taman permainan untuk memastikan keselamatan anaknya. 3. Seorang pemuda berjoging mengelilingi taman permainan untuk menjamin kesihatan badan. 4. Beberapa orang pemuda bermain bola dan jongkang-jongket di taman dengan gembira. 5. Ahmad berasa seronok ketika menggeluncur dari papan gelongsor.

Suasana di Taman Rekreasi

Pusat Tuisyen Tunas Bahasa

Pasat Tani

BMPEN ( T5 )1

Di taman kediaman saya dilengkapi sebuah taman rekreasi yang indah. Taman rekreasi itu dibina untuk kemudahan orang ramai. Saya selalu pergi ke taman rekreasi bersama jiran-jiran saya. Saya selalu pergi ke taman rekreasi tersebut pada waktu petang. Suasana taman rekeasi pada masa tersebut sungguh meriah. Ramai penduduk datang ke taman berdasarkan pelbagai tujuan. Ramai ibu bapa meluangkan masa untuk menjalani aktiviti rekreasi bersama anak mereka pada waktu petang. Mereka akan bersiar-siar di taman untuk menenangkan fikiran mereka.Sesetengan ibu bapa pula berjoging di taman untuk menghirup udara yang segar. Ramai kanak-kanak bermain alat permainan di taman permainan. Mereka bermain papan gelongsor , jongkang-jongket dan buaian dengan gembira. Bunyi mereka bergema dan memeriahkan suasana taman. Dua orang tukang kebun,Pak Abu dan Pak Samad bekerjasama membersihkan taman permainan. Pak Abu bertanggungjawab memangkas dan menanam pokok bunga untuk mengindahkan taman. Pak Samad rajin membaiki alat permainan supaya keselamatan kanak-kanak terjamin. Menjelang waktu senja, para pengunjung mulai pulang ke rumah. Suasana taman rekreasi semakin senyap. Saya bersyukur kerana taman rekreasi telah mendatangkan faedah kepada kami.

Praktis 3 : Nilai Murni dan Pengajaran

Pusat Tuisyen Tunas Bahasa

Pasat Tani

BMPEN ( T5 )2

Di taman perumahan saya diami terdapat sebuah taman rekreasi yang dibina untuk kemudahan orang ramai terutamanya penduduk taman perumahan ini. Setiap hari , ramai penduduk menghabiskan masa di sini. Mereka datang ke taman ini berdasarkan pelbagai tujuan. Antaranya ialah seperti beristirehat, meluangkan masa bersama keluarga, berjoging, bermain bola sepak dan sebagainya. Kebersihan taman ini sentiasa dijaga oleh penduduk. Mereka sentiasa melakukan aktiviti gotong-royong bagi memastikan kebersihan taman rekreasi ini sentiasa terpelihara. Kadang-kadang penduduk kampung juga membaiki alat permainan yang telah rosak. Perbuatan demikian dapat menjamin keselamatan para kanak-kanak yang bermain di situ. Ingat 1 Kita hendakla h Kita patutlah Kita wajarlah Kita haruslah Nilai murni Ingat 2 bersifat kasih dengan sayang menjaga kesihatan diri dengan ulasan meluangkan masa bersama keluarga. berjoging di permainan. mengadakan gotong-royong. taman aktiviti

menjaga dengan kebersihan taman permainan

bersifat prihatin

dengan

membaiki alat permainan yang telah rosak.

Pusat Tuisyen Tunas Bahasa

Pasat Tani

BMPEN ( T5 )3