Anda di halaman 1dari 9

KONSEP HARTA MENURUT ISLAM

Harta merupakan keperluan asas bagi manusia. Dr. Abdul Karim Zaidan mentakrifkan harta sebagai "setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaannya". Takrif ini menekankan dua perkara iaitu boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Ia adalah satu keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan di akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana. Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya di samping mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan arah tuju yang jelas. Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Dalam Islam keseimbangan yang adil merupakan asas dalam pemilikan harta. Malahan Islam tidak menganiayai sesiapa, terutama golongan miskin, dan juga tidak menzalimi kebebasan individu. Harta yang kita miliki ini sebenarnya hak Allah. Hak kita hanyalah sebagai "pengurus" yang pastinya akan ditanya dari mana harta itu kita perolehi dan ke mana harta itu dibelanjakan. Janganlah kita menganggap harta yang kita miliki itu adalah hak mutlak kita dan kerana itu kita berbelanja sesuka hati, apatah lagi membelanjakannya dalam perkara maksiat dan kemungkaran. Allah telah menceritakan kisah kaum Nabi Syuib yang melampaui batas, angkuh dan sombong serta mengaggap harta sebagai milik mutlak mereka yang boleh dipergunakan sesuka hati dengan firman-Nya: "Mereka berkata: Wahai Syuib! Apakah sembahyang kamu menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami". (Hud, ayat 87).

Sistem ekonomi islam berbeza sama sekali dengan sistem ekonomi buatan manusia. Sistem ekonomi islam adalah sempurna kerana berasal dari wahyu, dan dari segi pemilikan, ia menerangkan kepada kita bahawa terdapat tiga jenis pemilikan:-

Hak Milik Umum: meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri-industri berat. Semua ini merupakan hak milik umum dan wajib diuruskan (dikelola) oleh Daulah Islamiyah (negara) manakala manfaatnya wajib dikembalikan kepada rakyat

Hak Milik Negara meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syarie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. Negara membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat

Hak Milik Individu: selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syarie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syarie juga. Secara dasarnya, pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki mencakupi dua kegiatan, iaitu:-. I. Pembelanjaan Harta (Infaqul Mal) Pembelanjaan harta (infaqul mal) adalah pemberian harta kekayaan yang telah dimiliki. Dalam pembelanjaan harta milik individu yang ada, Islam memberikan tuntutan bahawa harta tersebut haruslah dimanfaatkan untuk nafkah wajib seperti nafkah keluarga, infak fi sabilillah, membayar zakat, dan lain-lain. Kemudian nafkah sunnah seperti sedekah, hadiah dan lain-lain. Baru kemudian dimanfaatkan untuk hal-hal yang mubah (harus). Dan hendaknya harta tersebut tidak dimanfaatkan untuk sesuatu yang terlarang seperti untuk membeli barang-barang yang haram seperti minuman keras, babi, dan lain-lain. II. Pengembangan Harta (Tanmiyatul Mal) Pengembangan harta (tanmiyatul mal) adalah kegiatan memperbanyak jumlah harta yang telah dimiliki. Seorang muslim yang ingin mengembangkan harta yang telah dimiliki, wajib terikat dengan ketentuan Islam berkaitan dengan pengembangan harta. Secara umum Islam telah memberikan tuntunan pengembangan harta melalui cara-cara yang sah seperti jual-beli, kerja sama syirkah yang Islami dalam bidang pertanian, perindustrian, mahupun perdagangan.

PEMILIKAN HARTA Pemilikan harta membawa maksud bidang kuasa seseorang individu tersebut terhadap harta yang dimilikinya yang mana tidak seorang pun secara individu, berkumpulan ataupun perlembagaan yang boleh menghalangnya untuk menggunakan harta yang dimiliknya. Sebagai contoh, Ahmad mempunyai sebuah kereta, beliau bebas untuk menggunakan kereta tersebut. Begitu juga halnya dalam ekonomi islam, pemilikan harta yang dimiliki oleh seseorang haruslah diperolehi dari sumber yang betul dan berhak sepenuhnya terhadap harta tersebut. Dalam ekonomi islam, apabila seseorang mendapatkan sesuatu barangan atau harta melalui cara-cara yang dibenarkan oleh syara, maka wujud satu hubungan khusus diantara harta tersebut dengan orang yang memperolehinya. Hubungan khusus yang dimiliki oleh orang yang memperolehi harta tersebut membolehkannya untuk menikmati manfaat dan

menggunakannya sesuai dengan keiinginannya selagi tidak terhalang oleh beberapa perkara seperti gila, hilang ingatan, hilang akal atau masih kecil yang mana belum tahu untuk menggunakan harta yang dimiliki. Namun demikian, keunikkan dalam ekonomi islam telah menyatakan bahawa harta yang masih belum boleh dimiliki oleh seorang kanak-kanak dibawah umur, maka harta tersebut boleh dipegang sementara oleh wali ataupun wakil untuk menjaga harta tersebut sementara menunggu kanak-kanak tersebut dewasa. Pemilikan harta merupakan satu bentuk ujian daripada Allah terhadap hambanya yang diberikan tugas sebagai pemegang amanah yang mesti mencuba sebaik mungkin mengelakkan diri daripada sebarang penyalahgunaan harta yang dimiliki. Kurniaan rezeki kekayaan tidak sepatutnya dianggap hanya sebagai satu kepuasan ataupun kemegah semata-mata tetapi juga sebagai tugas atau tanggungjawab untuk dibelanjakan atau dilaburkan dengan bijaksana denga lebih jelas lagi iaitu membelanjakan harta kejalan Allah. Sikap menyembunyikan harta, mensiasiakannya dan membazirkan harta amat ditegah oleh Allah kerana ianya boleh membawa kepada kemudaratan terhadap diri, masyarakat,dan negara. Kemuliaan Islam sebagai agama yang sempurna dapat dibuktikan dengan wujudnya aplikasi Islam yang meluas dalam semua aspek kehidupan manusia yang saling berkait rapat dan saling bergantung, termasuk dalam bidang ekonomi. Secara umum, umat Islam boleh menjalankan sebarang aktiviti ekonomi dan amalan komersial kecuali perkara-perkara yang diharamkan, iaitu perkara-perkara yang boleh membawa keburukan dari segi moral dan kebendaan kepada diri mereka atau masyarakat seperti ekonomi yang ada unsur riba,

perjudian, alkohol, bahan berdasarkan khinzir, bahan yang mengkhayalkan seperti dadah, bahan-bahan lucah serta banyak lagi. Ekonomi Islam mengiktiraf perbezaan dari segi keupayaan individu yang boleh bertindak sebagai penghalang semula jadi kepada mereka untuk mendapatkan habuan terhadap pembentukan kekayaan dalam masyarakat. Melaksanakan ajaran sistem ekonomi Islam yang sebenar sepatutnya memberikan sumbangan yang bermakna ke arah pengukuhan pemilikan harta dalam kalangan umat Islam. Sistem ekonomi Islam adalah unik jika ditinjau dari aspek sifatnya yang memiliki mekanisme pengagihan atau peruntukan dan jaringan keselamatan sosial yang melibatkan pemindahan pendapatan dan kekayaan daripada penduduk yang berharta kepada penduduk miskin dan yang memerlukan. Selain itu, undangundang pewarisan juga digunakan untuk memastikan kekayaan tersebar dalam kalangan waris yang layak atau waris dekat dari generasi ke generasi bagi mengelakkan pemilikan tertumpu pada seseorang individu.

PENGAGIHAN HARTA Pembahagian atau pengagihan bermaksud bahan-bahan keluaran atau perkhidmatanperkhidmatan terdahulu atau pembahagian pendapatan kekayaan atau pendapatan atau peluang-peluang kepada peribadi-peribadi di kalangan anggota masyarakat. Dalam Islam, pelaksaan sistem pengagihan pendapatan atau kekayaan yang saksama dan adil seharusnya bersandarkan kepada dasar yang kukuh untuk mengurangkan jurang perbezaan kekayaan antara golongan yang kaya dengan golongan yang kurang berada. Sistem pengagihan ini juga meliputi dasar yang telus untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin seterusnya dapat mengurangkan nisbah penumpuan kekayaan kepada segolongan tertentu sahaja. Dalam kerangkan ekonomi islam dasar ini berlaku sebelum proses pengeluaran melalui umpamanya pemilikan ke atas harta-harta tidak bertuan dan penerokaan tanah yang kosong selepas proses pengeluaran iaitu selepas balasan yang setimpal kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran yang meliputi pemilik modal, usahawan, pemilik tanah dan buruh, dan sistem agihan kekayaan dan pendapatan kepada mereka yang terlibat dalam proses pengeluaran. Justeru, ekonomi Islam telah mengemukakan langkah-langkah tertentu bagi memastikan agihan kekayaan berlaku secara adil dan saksama dalam masyarakat Sistem Ekonomi Islam

melarang amalan bunga dan kaedah pembahagian harta pusaka berdasarkan kaedah ekonomi konvensional yang menyebabkan kekayaan beredar dikalangan anggota keluarga. Hal ini kerana, sistem ekonomi Islam menekankan ciri-ciri pembangunan yang seimbang antara sektor-sektor dalam masyarakat dan ekonomi. Tuntutan ekonomi dan pembangunan yang tepat bagi semua bahagian dan sektor bertujuan untuk mencapai keadilan dan kemajuan yang maksimum. Oleh itu, sejajar dengan pengabdian manusia kepada Allah S.W.T sepenuhnya, manusia di tuntut agar menjalankan sosio-ekonomi yang bertujuan membimbing manusia ke arah mencapai keharmonian dan kecemerlangan masyarakat. Tauhid dalam konteks sistem sosiao-ekonomi juga bermaksud manusia hendaklah mengarah kepada wujudnya suasana alAdl Wal Ihsan (keadilan dan kasih sayang). Justeru, dalam islam pengagihan harta terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu zakat, baitulmal, faraid, wasiat dan sumber-sumber lain. Zakat Zakat merupakan satu sistem bayaran wajib yang dikenakan ke atas orang-orang islam yang kaya dengan tujuan untuk dibelanjakan terhadap orang-orang miskin. Orang-orang kaya yang berkemampuan dikehendaki mengeluarkan sejumlah peratusan harta kekayaan mereka samada dalam bentuk wang ataupun harta untuk diagihkan kepada orang-orang yang miskin. Tujuan zakat ini adalah untuk meringankan bebanan hidup yang ditanggung oleh orang-orang miskin yang tidak mempunyai pendapatan yang cukup bagi menampung urusan-urusan kehidupan mereka. Menurut ahli fiqh, zakat adalah sumbangan kewangan yang diwajibkan ke atas setiap orang islam yang memiliki harta melebihi jumlah dan tempoh tertentu. Baitulmal Baitulmal merupakan satu sistem yang penting dalam sesebuah negara khususnya negara Islam kerana sistem ini dapat membantu melincinkan kelancaran sistem ekonomi Islam sesebuah negara. Ini dapat dari segi fungsi baitulmal ini sendiri kerana badan ini bertanggungjawab menguruskan kutipan harta zakat, wakaf harta si mati yang tiada waris dan mengembangkan harta tersebut ke jalan yang di benarkan oleh Syariah. Baitulmal juga berperanan dalam mengagihkan harta yang dikumpulkan kepada pihak tertentu dan digunakan dalam melaksanakan perancangan dan pembangunan negara. Selain itu, terlibat dalam proses pembentukan dan penggubalan kewangan dan pembiayaan awam serta memungut cukai tambahan bagi membiayai keperluan segala yang bersifat Daruriyyah (keperluan asas) dan Hajiyyah (melengkapkan).

Wasiat Wasiat merupakan pembahagian yang telah ditentukan (wasiat) bermakna harta si mati boleh di wariskan kepada individu selain ahli waris. Islam telah menetapkan prinsip-prinsip pengagihan harta si mati yang secara lazimnya di kenali sebagai hukum faraid. Dalam pembahagian wasiat ini juga seorang islam boleh meninggalkan wasiat tetapi wasiat tersebut mestilah mematuhi syarat-syarat seperti berikut: I. Tidak boleh mewasiatkan lebih dari satu pertiga daripada keseluruhan harta pemberi wasiat. II. Penerima wasiat mestilah mestilah seorang yang tidak disenaraikan sebagai waris dalam hukum faraid. PENGURUSAN HARTA Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang harta atau kewangan dengan bijak dikenal pasti antara punca mudahnya seseorang itu terperangkap dengan pelbagai masalah dalam kehidupan. Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif. Allah s..w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim, surah Luqman, ayat 20 yang bermaksud: "Tidakkah kamu perhatikan, sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kepentinganmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin". Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan asasi di dalam kehidupan manusia. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, Islam telah menyediakan beberapa sistem yang dapat merealisasikan kenyataan itu dengan baik dan berkesan, antaranya ialah sistem pengurusan dan pentadbiran harta. Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka dalam soal pengurusan harta dengan berdasarkan nilai dan objektif untuk kebaikan dunia dan akhirat

sekaligus menghindari segala keburukan dan kemudaratan. Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah. Konsep pengurusan harta Bagi mencapai matlamat kehidupan yang baik serta objektif kewangan yang ditetapkan, Islam telah mengesyorkan pengurusan harta yang berpandukan pada Kubah Kehidupan. Lima aspek atau elemen pengurusan harta secara Islam adalah: 1. Penghasilan Harta (Wealth Creation) Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar seperti di dalam firman Allah Surah AlJumaah Ayat 10 yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudahmudahan kamu menang. 2. Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) Pengumpulan harta (Wealth Accumulation) dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan. Malahan Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya. yang bermaksud: Berkata Yusuf: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih). Surah Yussuf Ayat 47-48

3. Perlindungan Harta (Wealth Protection) Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga dari sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini. 4. Pengagihan Harta (Wealth Distribution) Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta seseorang Islam sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah: a. Waqaf b. Wasiat c. Hibah d. Harta Sepencarian 5. Penyucian Harta (Wealth Cleansing) Harta adalah satu amanah yang dipertanggungjawapkan kepada kita (umat Islam). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau

mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hakhak yang tertentu untuk dibahagikan iaitu: Untuk Allah SWT dengan membayar zakat (kernaNya jua datangnya segala rezeki di muka bumi ini). Untuk yang memerlukan seperti fakir miskin dan sebagainya melalui pembayaran zakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu kedalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orangorang berbuat baik Surah Al-Baqarah Ayat 195

PENUTUP Harta merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Allah S.W.T menyediakan harta adalah khusus untuk menjamin kepentingan manusia supaya boleh hidup dengan baik dan sempurna. Harta yang diciptakan sebagai alat untuk kehidupan tidak seharusnya diselewengkan oleh pemiliknya atau sesiapa sahaja. Ia merupakan satu pertembungan dengan landasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Justeru itu, al-Qur'an mencela sifat kedekut, bakhil, membazir, boros, mementingkan diri sendiri, tidak mengeluarkan zakat, memiliki mahupun membelanjakan harta dengan cara yang haram. Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat". Di dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara yang hanya sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar umat manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik. Oleh itu, Islam memerintahkan supaya harta dan kehidupan diuruskan dengan baik dan bijaksana. Jika sebaliknya ia akan menjadi faktor keruntuhan manusia dan kemurkaan Allah. BIBLIOGRAFI Khurshid Ahmad (1992). Kajian dalam Ekonomi Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Riduwan B. Wahab. (2004, November) Ekonomi Islam: Suatu Pengenalan. Dewan Ekonomi, Karangkraf: Selangor Muhammad Abdul Munim Al-Jammal, (2000). Ensiklopedia Ekonomi Islam: Jilid Satu. (Salahuddin Abdullah, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad (2005). Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd all Fauzi Mustaffa (2007). Pengurusan Harta Dalam Islam.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=474&cmd=reset