Anda di halaman 1dari 4

GANJARAN KEPADA PEKERJA Ganjaran meliputi gaji, upah dan faedah.

Untuk mendefinisikan ganjaran dan faedah, adalah lebih baik jika diteliti terma-terma yang lazim digunakan dalam pengurusan ganjaran. i) Jumlah Tunai Jumlah tunai merupakan amaun asas yang dibayar ditambah dengan elemenelemen pembolehubah seperti bonus, keuntungan syarikat yang dijangkakan oleh pekerja untuk diperolehi. Ia merupakan jumlah amaun tunai yang seharusnya dibayar. ii) Jumlah upah Jumlah upah merupakan jumlah nilai pakej ganjaran termasuk nilai yang telah ditetapkan atau sebarang faedah yang telah dijanjikan oleh syarikat. iii) Faedah Faedah ialah sesuatu manafaat yang diberi dalam bentuk bukan wang (non-cash) dan ini merupakan tambahan kepada bayaran asas gaji. Pemberian faedah adalah sesuatu yang boleh mempengaruhi keupayaan sesebuah organisasi menarik tenaga kerja yang diperlukan. Antara faedah-faedah yang lazimnya diberikan kepada pekerja: a) Insuran/ Takaful nyawa b)Faedah Perubatan c)Faedah Pergigian d)Kemudahan Pinjaman Kebanyakan individu akan bersetuju bahawa apa yang diperlukan oleh mereka adalah :i) Bayaran atau gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan. ii)Satu sistem ganjaran yang mengagihkan ganjaran secara adil.

iii)Ganjaran yang ditawarkan adalah sama atau seiring dengan apa yang ditawarkan oleh organisasi lain bagi jenis pekerjaan yang sama. iv)Bayaran atau gaji yang berbentuk progressif, terutamanya bagi pekerjaan dalam bidang pengurusan dan professional. v)Terdapatnya beberapa faedah minimum yang tertentu. Contohnya kebanyakan pekerja akan mengharapkan cuti bergaji , bayaran sakit dan elaun pencen.

Strategi ganjaran Ia akan menjadi suatu mekanisme yang berkuasa dalam mengimplimentasikan strategi sumber kemanusiaan dalam organisasi tersebut. Ianya boleh :i) Mengukuhkan matlamat dan objektif organisasi dan memastikan bahawa kelakuan atau sikap pekerja adalah sehaluan dengan apa yang dikehendaki. ii) Memberi mesej yang jelas tentang budaya dan nilai organisasi , terutamanya dari segi kelakuan dan tindakan yang dinilai. iii) Membantu memotivasi pekerja. iv) Menarik perhatian dan mengekalkan pekerja yang berkaliber. v) Menyediakan ganjaran untuk sesuatu usaha atau prestasi yang amat memuaskan. vi) Menghantar atau menyalurkan mesej-mesej tentang prestasi yang tidak boleh diterima. v) Menggalakkan inovasi dan pemikiran strategik. vi) Menggalakkan pemfokusan ke atas isu-isu yang membawa kepada kejayaan kepada perniagaan atau organisasi. vii) Menggalakkan keefisienan, keberkesanan dan produktiviti yang tinggi dikalangan pekerja.

Kepentingan Ganjaran dan Faedah Adalah menjadi kewajipan bagi sesebuah organisasi untuk memberi ganjaran dan faedah kepada pekerja-pekeja mereka setimpal dengan tenaga kerja yang telah dicurahkan. Kepentingan ganjaran dan faedah ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Jika para pekerja tidak berpuas hati dengan ganjaran dan faedah yang diberikan, maka ini akan menyebabakan wujudnya masalah-masalah seperti ponteng kerja, kadar pusingan kerja pekeja yang tinggi, penurunan produktiviti dan ketidaksungguhan bekerja. Justeru itu, kepentingan ganjaran dan faedah boleh didasarkan atas sebab-sebab yang berikut:i) Menarik lebih ramai individu untuk menyertai organisasi tersebut. Bila sesebuah organisasi itu menyediakan ganjaran dan faedah yang menarik kepada pekerja-pekerja mereka, maka lebih ramai orang luar akan tertarik untuk menyertai organisasi tersebut. Kebanyakan orang biasanya akan membandingkan ganjaran-ganjaran dan faedah yang ditawarkan oleh organisasi-organisasi yang mempunyai persamaan dari segi jenis pekerjaan. Sudah tentulah organisasi yang mempunyai kelebihan dari segi ganjaran dan faedah yang akan menjadi pilihan. ii) Dapat mengekalkan pekerja yang sedia ada Pekerja merupakan aset terpenting dalam organisasi. Apabila seseornag pekerja itu berpuas dengan pekerjaan mereka dan diberikan ganjaran luaran berbentuk wang ringgit serta kenaikan pangkat dan ganjaran dalaman seperti penghargaan terhadap tugas yang dilakukan, kepuasan diri dan persaingan yang sihat maka pekerjapekerja ini sudah tentunya akan terus berkhidmat di dalam organisasi tersebut. Pelbagai faedah yang ditawarkan oleh organisasi seperti kemudahan perubatan dan pusat penjagaan kanak-kanak tidak kurang juga pentingnya untuk mengekalkan para pekerja. iii)Meningkatkan moral pekerja yang secara tidak langsung meningkatkan produktiviti Para pekerja pastinya merasa diri mereka dihargai apabila kebajikan mereka tidak terabai. Pihak pengurusan seharusnya tidak memandang remeh ke atas kebajikan pekerja. Pekerja yang berpuashati dengan ganjaran dan faedah yang diberi kepada mereka tidak akan mendatangkan masalah kepada majikan. Sebaliknya, mereka

akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan secara tidak langsung produktiviti pastinya akan meningkat. iv)Sebagai jaminan perlindungan kepad pekerja Ganjaran dan faedah yang diberi oleh sesebuah organisasi itu amatlah penting sebagai jaminan dan simpanan hari tua seseorang pekerja. Ganjaran yang diberi memberi jaminan agar keperluan sehari-harian dan pembelajaran anak-anak dapat dipenuhi. Sementara faedah pula memberi perlindungan kepada pekerja sekiranya pekerja tersebut ditimpa bencana atau kemalangan semasa bekerja. Dengan ini faedah-faedah yang ditawarkan itu akan menolong pekerja mengekalkan taraf kehidupan mereka.

Kesimpulanya, pembangunan strategi ganjaran seharusnyalah selaras dengan proses perancangan sumber kemanusiaan terutamanya dari segi bilangan, tahap atau peringkat serta jenis pekerja yang diperlukan. Sistem ganjaran untuk sesuatu organisasi tidak sama. Oleh itu , perancangan sumber manusia hendaklah membangunkan strategi ganjaran bagi membolehkan sistem ini sentiasa relevan dengan iklim dan budaya organisasi.