Anda di halaman 1dari 6

HBSE1103

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

PRAKATA Assalamualaikum wbt. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya yang tidak terhitung dan memberi kesihatan yang baik bagi membolehkan saya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah HBSE1103 ( Pengenalan Pendidikan Khas ), En. Fadzil bin Abdullah dan tidak lupa juga kepada rakan - rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan memberi bahan bahan dan buah fikiran serta kritikan yang membina. Ini banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga yang tersayang yang banyak membantu dan memahami situasi saya sebagai pelajar OUM. Semoga tugasan ini akan diberkati Allah SWT. Sesungguhnya kebaikan itu datangnya daripada Allah dan kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Terima kasih, wassalam

1 OSMAN BIN SAID 761019-02-5993

HBSE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 3-4

2.0

Kepentingan Intervensi Awal

3.0

Tujuan Intervensi awal

4.0

Kebaikan Intervensi Awal

4.0

Pendekatan Intervensi Awal

5.0

Kesimpulan

6.0

Bibliografi

10

2 OSMAN BIN SAID 761019-02-5993

HBSE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

Soalan: Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. i)Sila berikan pandangan anda.Pandangan anda harus disokong dengan hujah yang relevan dan contoh yang tepat. ii)Bincangkan DUA pendekatan intervensi awal yang boleh guru jalankan di sekolah PENDAHULUAN Intervensi awal merupakan satu proses pendidikan khusus kepada kanak-kanak yang membuka ruang dalam membekalkan perkhidmatan, sokongan dan pendidikan serta menjalankan program program yang berkaitan dengan intervensi awal kepada kanakkanak yang mempunyai risiko ketidakupayaan dalam perkembangan fizikal dan mental yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak Di Malaysia, program intervensi awal disediakan kepada kanak-kanak

berkeperluan khas yang berumur 0 hingga 6 tahun. Penilaian ke atas kanak -kanak dari peringkat awal adalah penting supaya program -program intervensi awal dapat diaturkan. Program - program intervensi juga perlu disesuaikan untuk setiap kanak - kanak menurut diagnosis , kekuatan - kekuatan dan kelemahan - kelemahan kanak - kanak itu sendiri. KEPENTINGAN INTERVENSI AWAL Pada pandangan saya, intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum memasuki sekolah rendah.
3 OSMAN BIN SAID 761019-02-5993

HBSE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

Sesuatu program intervensi yang diatur mempunyai objektif - objektifnya yang tersendiri yang perlu difahami oleh ibu bapa . Selain itu program intervensi awal juga dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak - kanak berkeperluan khas. Sebagai contoh, bagi kanak-kanak yang hiperaktif, intervensi - intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi membantunya mengawal diri (self-control) perlu diaturkan. TUJUAN INTERVENSI AWAL Tujuan Intervensi awal adalah untuk mengelakkan dan mengurangkan kesan ketidakupayaan dari menjadi lebih teruk. Menurut Wolfendale (1997) terdapat empat tujuan utama program intervensi awal iaitu:
1. Membekalkan sokongan kepada keluarga supaya menyokong perkembangan

kanak -kanak.
2. Meningkatkan perkembangan kanak - kanak dalam bidang utama seperti

komunikasi dan mobiliti.


3. Mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. 4. Untuk mengurangkan kos dan beban kepada kerajaan untuk membuka lebih

banyak pusat - pusat jagaan untuk orang-orang kurang upaya.

Soalan: ii)Bincangkan DUA pendekatan intervensi awal yang boleh guru jalankan di sekolah

PENDEKATAN INTERVENSI BERPUSATKAN GURU Gersten, (1998) berpendapat bahawa intervensi berpusatkan guru merupakan satu kaedah berkesan untuk mengajar murid yang bermasalah pembelajaran. Intervensi berpusatkan guru merupakan kaedah yang memerlukan guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Komunikasi di antara guru dan murid adalah sehala di mana

4 OSMAN BIN SAID 761019-02-5993

HBSE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

guru banyak bercakap dan murid berperanan sebagai penonton. Dalam intervensi ini, strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan objektif pengajaran guru. PENDEKATAN INTERVENSI BERPUSATKAN PELAJAR Menurut Graham, Harris dan Reid (1993), intervensi berpusatkan pelajar adalah paling sesuai bagi pelajar yang mampu untuk mengawal tingkah laku mereka sendiri. Dalam hal ini guru perlu mengenal pasti pelajar yang boleh mengawal tingkah laku terlebih dahulu sebelum melaksanakan intervensi berpusatkan pelajar. Dalam pendekatan ini, pelajar memainkan peranan yang penting dan bertanggungjawab atas pembelajarannya dan wujud komunikasi dua hala dimana pelajar masih mendapat bimbingan daripada guru dalam beberapa perkara sebelum memulakan sesuatu aktiviti. KESIMPULAN Program intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting bagi kanakkanak terutamanya tempoh umur di antara 0 hingga 6 tahun dalam meningkatkan intelek, perkembangan fizikal dan penguasaan bahasa kanak - kanak berkeperluan khas. Program intervensi awal yang sistematik dan teratur dapat menghalang kewujudan masalah yang lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga dan mengurangkan pembinaan institusi khas. BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Talib (2009). HBSL1103 Pengenalan Kepada Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran. Selangor: Open University Malaysia (OUM).

Dr. Abdullah Yusof, Safari Bari,Mohd Mokhtar Tahar (2009). HBSE1103 Pengenalan Pendidikan Khas. Selangor: Open University Malaysia (OUM). Jamila K.A.Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
5 OSMAN BIN SAID 761019-02-5993

HBSE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

K.A.Razhiyah K.A.Mohamed (2006). Anak Istimewa. Panduan Bagi Ibu Bapa Membesarkan Anak Istimewa. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. www.Seri pengasih .com/intervensi .htm

6 OSMAN BIN SAID 761019-02-5993