Organisasi
Pancaragam
Oleh:
PENGENALAN
Tujuan menyenaraikan semua tanggung jawab dan amanah yang harus dipikul
oleh seorang guru pancaragam seperti di atas bukannya untuk menakut-
nakutkan anda. Akan tetapi tujuannya adalah supaya anda lebih peka dan
seterusnya lebih bersedia sekiranya diminta untuk menjadi guru pancaragam.
Anda tidak seharusnya berasa risau atau gementar untuk memikul tanggung
jawab ini. Anda harus menyahut cabaran ini dengan penuh keyakinan bahawa
anda dapat lakukannya. Percayalah, anda akan berasa puas dan berbangga
dengan diri anda sekiranya berjaya memikul semua tanggungjawab ini dengan
jayanya.
Untuk anda lakukan semua tugas seperti yang dibincangkan di atas seorang diri
memanglah amat membebankan. Malahan dengan tugas yang pelbagai, agak
mustahil bagi seseorang guru pancaragam mengendalikan semuanya secara
berseorangan. Apa yang seseorang guru pancaragam perlukan ialah kemahiran
mengurus semua tugas ini secara bijak dan sistematik. Sekiranya anda tahu selok
belok mengurus, tugas mengendalikan pancaragam tidak akan menjadi bebanan
malahan satu aktiviti yang menyeronokkan.
menggariskan peranan dan tanggung jawab setiap unit atau jawatan kuasa
AKTIVITI 1.1
dalam pasukan pancaragam masing-masing dengan jelas dan terperinci.
Oleh itu, amat penting bagi setiap pancaragam sekolah mempunyai struktur
organisasinya yang tersendiri bagi memastikan pengurusan dan perjalanan
aktiviti pancaragam berjalan dengan baik. Amalan yang lazim ialah
menggariskan struktur organisasi pancaragam dalam satu bentuk carta
organisasi. Tujuan carta organisasi ialah memudahkan semua yang terlibat
memahami kepentingan peranan masing-masing dalam keseluruhan struktur
organisasi pancaragam. Dalam lain perkataan, sistem organisasi yang efisyen
bermula daripada carta organisasi yang distruktur dengan baik. Setiap tugas dan
tanggung jawab yang terdapat dalam carta organisasi digariskan dengan sejelas
mungkin.
Drum Major /
Chairman (DM)
Corporal (KPL)
Koporal
Private/E (Pbt./E)
Prebet/E
bandsmen
Private (Pbt)
Prebet
Recruit (Rkt)
Rekrut
Walau apa sekalipun konsep yang anda pilih dan walau apa sahaja bentuk
struktur organisasi pancaragam yang akan anda cadangkan, sesebuah organisasi
pancaragam yang efesyen sekurang-kurangnya perlu mengandungi beberapa
jawatan penting seperti Ketua, Penolong Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ketua-
ketua Seksyen, ketua Uniform, Ketua Perpustakaan dan Kuatermaster seperti
yang ditunjukkan dalam gambar rajah 3.
Pengetua
Penyelaras Pasukan
Beruniform
Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Bendahari
RUJUKAN
Fraedrich, Eileen (1997). Art of Elementary Band Directing. Florida: Meredith Music
Publication.
Gale, Bruce (2001). The Band Director’s Handbook: A Guide for College & Secondary
School Music Directors Southeast Asia. London: Asean Academic Press Limited.
Lisk, S. Edward (1991). The Creative Director: Alternative Rehearsal Techniques, third
edition. Florida: Meredith Music Publication.
Stanley, Burton (1978). Instrumental Repair for the Music Teacher. Van Nuys, CA:
Alfred Publishing Publishing Co., Inc.
Wayne, Bailey (2003). The Complete Marching Band Resource Manual: Techniques
and Materials for Teaching, Drill Design, and Music Arranging. Philadelphia:
Pennsylvania Press.