Anda di halaman 1dari 4

BMM3108 Fonetik dan Fonologi

DEFINISI FONETIK 1. Bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahsa dihasilkan ( dituturkan ) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai fonetik, artikulasi dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara ( bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik ). Istilah fonetik kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi.

Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Adrian Akmajian et. Al. Penterjemah : Aishah & Azizah Hussein. Bab 3 : Fonetik : Kajian Bunyi Bahasa (ms 61 )

2. Ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa; ilmu interdisipliner linguistik dengan fisika, anatomi dan psikologi, sistem bunyi suatu bahasa.

Kamus Linguistik Edisi Ketiga. Harimurti Kridalaksana. ( ms 56 ) 3. Bartil Malmberg ( 1968 ) sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa.

Asas Fonetik. Nor Hashimah Jalaludin et. al. ( ms 2 ) 4. J.D OConnoy ( 1973 ) fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyibunyi bising yang dihasilkan oleh manusia.

Asas Fonetik. Nor Hashimah Jalaludin et. al. ( ms 4 ) 5. David Abercrombie ( 1971 ) ilmu yang bersifat teknikal

Asas Fonetik. Nor Hashimah Jalaludin et. al. ( ms 10 )

BMM3108 Fonetik dan Fonologi

6. Studi tentang bunyi-bunyi ujar. Bahasa dan Ilmu bahasa dan Fonologi. Samsuri. ( ms 79 ) 7. Fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bahasa, maupun bunyi marjinal dan memberikan symbol fonetif untuk masing-masing bunyi.

Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Lufti Abas ( ms 46 )

DEFINISI FONOLOGI 1. Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan: ( kata phonology itu sendiri datangnya daripada perkataan dalam bahasa Greek phone, bermaksud suara ) Linguistik untuk bukan ahli linguistik, Frank Parker. Penterjemah : Raja Rahawani Raja Mamat. Bab 6 : Fonologi. ( ms 112 ) 2. Subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi.

Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Adrian Akmajian et. al. Penterjemah : Aishah Mahdi dan Azizah Hussein. Bab 4 : Fonologi: Kajian tentang Struktur Bunyi ( ms 103 ).

3. Bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya : fonemik Kamus Linguistik Edisi Ketiga. Harimurti Kridalaksana. ( ms 57 )

BMM3108 Fonetik dan Fonologi

4. Fonologi adalah suatu rangkaian aktiviti ilmiah yang membolehkan dibahagikan kepada dua peringkat. Pada peringkat pertama, ia mengamati lafaz, menetapkan fonem-fonem / satuan-satuan abstrak ( bentuk dasar ) yang sesuai diperakukan bagi melambangkan cara melafazkan kata secara idea ( umum sistematik / saintifik ) dan memantapkan huruf-huruf fonetik untuk melambangkan tiap-tiap fonem yang diperakukan.

Bunga Rampai Fonologi Bahasa Melayu. Farid M. Onn. ( ms 102 )

5. Kajian fonologi mengkaji sistem pertuturan dalam suatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasa itu. Fonologi Autosegmental Penerapannya Pada Bahasa Melayu. Zaharani Ahmad dan Teoh Boon Seong. ( ms 2 )

BMM3108 Fonetik dan Fonologi

BANDING BEZA FONETIK DAN FONOLOGI FONETIK ASPEK FONOLOGI

Anda mungkin juga menyukai