Anda di halaman 1dari 13

PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHAP SATU SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN PROGRAM LATIHAN

PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH KPLI(SR)-LPBS-j-QAF AMBILAN JANUARI 2009 IPGM KAMPUS KENINGAU Oleh Misri Bin Hj Bohari ust.misri@gmail.com Mohamad Razali Bin Abu Bakar mdrazali@ipks.edu.my IPGM Kampus Keningau dan Noorafeeda Binti Mohammed@Hj Asmawi SMK.Gunsanad , Keningau ABSTRAK Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi dalam kalangan murid tahap satu di sekolah-sekolah kebangsaan program j-QAF Ambilan 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau . Kajian ini merupakan satu tinjauan deskriptif menggunakan borang soal selidik dan ujian terhadap sampel 73 orang murid yang terdapat guru-guru pelatih j-QAF Ambilan Januari di sekolah tersebut. Dapatan kajian mendapati skor min antara 2.70 dan 2.34 pada kemahiran membaca pada tahap sederhana dan skor min 2.96 pada kemahiran menulis huruf bersambung pada tahap sederhana juga , namun pada kemahiran menukar perkataan rumi kepada jawi skor min 1.73 dengan sampel n=73 menunjukkan tahap yang rendah . ABSTRACT The study was conducted to identify the level of mastery of reading and writing skills among students in Jawi level in a national schools program j-QAF Intake 2009 Institute of Teacher Education Malaysia Campus Keningau. This study is a descriptive review using the form questionnaires and tests of 73 samples of students who are teachers trainees j-QAF Intake in January of the school. Research findings have scores between 2.70 and 2.34 min on reading skills in middle level and 2.96 min score on letter writing skills at advanced medium level also, but the skills to change the word rumi Jawi score min with 1.73 n = 73 samples showed a low level.

Pengenalan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1992 memasukkan pelajaran Jawi ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang memberi tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis Jawi dan tulisan ini hanya diajar dalam subjek pendidikan Islam dan bukannya subjek bahasa Melayu. Begitu juga melalui program j-QAF yang telah dicetuskan ideanya pada tahun 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi Mantan Perdana Menteri dan pelaksanaannya pada tahun 2005 ,program ini menekankan pemulihan jawi penguasaan al-Quran , Bahasa Arab dan Fardu Ain sebagai elemen penting dalam usaha memperkasakan murid-murid di sekolah kebangsaan. Pendekatan yang dijalankan merupakah salah satu langkah bijak untuk membentuk generasi kini yang celik Jawi. Hashim Abdullah (1999), menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawi bermakna satu lagi daripada sekian banyak warisan pusaka bangsa Melayu yang hilang. Dan inilah juga yang dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran, disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi. Ekoran daripada itu pelbagai krisis akhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam diri mereka. Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan pelbagai pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan bangsa Melayu. Menurut Fatimah Binti Saufee (2006), Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf yang lain. Sebagai suatu hasil kraf dan seni, kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul di peringkat awal lagi. Oleh itu, menulis Jawi memerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik. Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis Jawi. Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan dari segi arah tulisan dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata atau perkataan. Pengajaran menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi. Latar belakang Masalah
Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah menurut Awang Mohamad Amin (1989). Kajian daripada Mustapha Yazid (1991) mendapati, 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan.

Program j-QAF setiap 6 bulan sekali satu pelaporan lengkap mengenai pencapaian murid di bawah program ini mesti direkodkan dan dihantar ke PPD, JPN dan KPM. Pengkaji rasa terpanggil untuk mengkaji mengenai kebolehan murid-murid Tahap satu dalam menguasai tulisan Jawi. Kajian ini cuba melihat sejauh manakah murid-murid tahap satu membaca huruf jawi bersambung bagi satu suku kata, dua suku kata tiga suku kata dan ayat pendek . Bagi kemahiran menulis jawi pula kajian tertumpu kepada menulis huruf jawi yang bersambung dan menukar perkataan rumi kepada jawi .

Tujuan Kajian Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan murid tahap satu di sekolah-sekolah Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah KPLI sekolah rendah j-QAF Ambilan Januari 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau yang terletak di kawasan bandar , kawasan luar Bandar dan pedalaman di negeri Sabah khususnya untuk meninjau : 1. Tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi bersambung bagi satu suku kata, dua suku kata ,tiga suku kata dan ayat pendek . 2. Tahap penguasaan kemahiran menulis jawi bagi huruf jawi yang bersambung dan menukar perkataan rumi kepada jawi. Persoalan Kajian Kajian ini meninjau beberapa persoalan utama. Antara lain ia mengkaji tentang persoalan berikut : 1. Apakah tahap sebenar penguasaan murid tahap satu terhadap kemahiran membaca huruf jawi bersambung bagi satu suku kata, dua suku kata ,tiga suku kata dan ayat pendek ? 2. Apakah tahap sebenar penguasaan murid tahap satu menulis jawi bagi huruf jawi yang bersambung dan menukar perkataan rumi kepada jawi ? 3. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi ? 4. Apakah terdapat perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi ? 5. Apakah murid tahap satu minat untuk belajar jawi ? Hipotesis Kajian Berdasarkan persoalan kajian, hipotesis yang terlibat dalam kajian ini ialah: Ho. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi murid tahap satu. H1. Terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi murid tahap satu . Ho. Tidak terdapat perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi murid tahap satu. H2. Terdapat perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi murid tahap satu.

Tinjauan Literatur Menurut Dr. Montessori dalam kajian oleh Siti Fatimah Binti Saufee (2006) mendapati bahawa , Penulisan mendahului bacaan. Penulisan adalah tindakan di mana psikomotor mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan hanya mencapai sesuatu pekerjaan yang intelektual. Ini bermakna penguasaan menulis jawi merupakan langkah yang utama sebelum penguasai kemahiran membaca jawi. Kajian Terdahulu
Nik Rosila Nik Yaacob (2007) dalam kajiannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang jelas antara pelajar lemah, sederhana dan baik dalam penguasaan Jawi dengan minat mereka terhadap Pendidikan Islam yang diwakili oleh indikator "seronok belajar mata pelajaran lain berbanding Pendidikan Islam". Dapatan menunjukkan lebih tinggi peratusan pelajar yang boleh menguasai Jawi tidak berminat terhadap Pendidikan Islam. Keadaan ini menggambarkan kemungkinan besar pengajaran guru tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar.

Satu kajian oleh Siti Fatimah binti Saufee (2006) mendapati prestasi murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di mana murid-murid yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan Jawi dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang negatif juga mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi penggunaan tulisan Jawi beberapa saranan dibuat sebagai kesinambungan ke arah mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan meletakkan fungsi dan kedudukan yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di dunia. Ustaz Zali bin Muda (1996) kajiannya mendapati bahawa pencapaiam dalam pelajaran Jawi di kalangan murid-murid Darjah Lima adalah sederhana, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi dalam pencapaian tersebut. Dari segi sikap pula, kebanyakan pelajar tergolong dalam kategori sikap tinggi, mencadangkan mereka mempunyai sikap positif terhadap pelajaran. Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang dijalankan secara tinjauan (survey). Kajian ini juga menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan pengumpulan maklumat dari sampel yang menggunakan instrumen borang soal selidik. Untuk menguji setiap dimensi, skala Likert empat poin digunakan bagi bahagian B dan C manakala skala Likert lima poin bagi bahaian D . Kaedah tinjauan juga membolehkan kajian dijalankan ke atas pelbagai aspek dengan lebih menyeluruh. Melalui kaedah ini masa kajian dapat dijimatkan dan pengumpulan data adalah lebih berkesan .

Batasan Kajian Kajian ini dilakukan ke atas 73 orang sampel sahaja yang mewakili tiga lokasi sekolah kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman. Kajian ini juga hanya berfokus kepada murid tahap satu di sekolah-sekolah kebangsaan yang terdapat guru-guru pelatih j-QAF Ambilan Januari tahun 2009 yang sedang menjalani Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau. Justeru itu hasil dapatan kajian ini tidak boleh mewakili atau dijadikan asas dapatan bagi keseluruhan aras penguasaan murid-murid tahap satu di Negeri Sabah atau Institut-institut Pendidikan Guru Malaysia. Populasi dan Persampelan kajian Persampelan kajian tertumpu kepada murid tahap satu di sekolah-sekolah kebangsaan yang terdapat guru-guru pelatih j-QAF Ambilan Januari tahun 2009 di sekolah tersebut. Populasi kajian seramai 90 orang murid tahap satu dengan mengambil sampel 73 orang murid sahaja berdasarkan Jadual Penentuan saiz sampel Kerjcie dan Morgan (1970). Pecahan sampel dengan nisbah 34 orang murid lelaki atau 46.6% dan 39 orang murid perempuan atau 53.4% . Sampel yang diambil juga menggunakan persampelan berkelompok (cluster) iaitu berdasarkan lokasi sekolah bandar , luar bandar dan pedalaman .Memandang IPGM Kampus Keningau di kawasan pedalaman atas yang difokuskan bagi melatih guru pedalaman maka persampelan juga lebih kepada luar bandar dan pedalaman. Peratusan jumlah murid di sekolah yang berada di lokasi bandar iaitu 13 orang atau 17.8% , murid di sekolah luar bandar sejumlah 46 orang atau 63% dan murid di sekolah pedalaman sejumlah 14 orang atau 19.2%. Instrumen Kajian Soal selidik menggunakan skala Likert empat poin dan lima poin dibentuk berdasarkan ubahsuai instrumen kajian Siti Fatimah binti Saufee (2006). Maklumat soal selidik seperti berikut : i. ii. Bahagian A : Latar belakang responden Bahagian B : Minat responden terhadap tulisan jawi = 12 item = 8 item

Selain itu satu ujian penguasaan yang telah telah diubahsuai berdasarkan istrumen ujian oleh Nik Rosila Nik Yacob (2007) dan Profesor Emeritus Dato' Dr. Ishak Haron, UPSI (2007) yang menguji:
i. Bahagian C :Ujian Kemahiran mengeja dan membaca Jawi ii. Bahagian D :Ujian Kemahiran menulis jawi dan menukar perkataan rumi kepada Jawi

Bagi menentukan kesahan data instrument, pengkaji menggunakan Scale Alpha Cronbanch dengan SPSS Version 11.5 dan hasil nilai kebolehpercayaan koefisien alpha ialah 0.9850 suatu nilai yang tinggi tahap kebolehpercayaannya. 5

Pengumpulan Data Bagi mengumpulkan data penyelidik bersama 31 orang pelatih j-QAF Ambilan Januari 2009 telah menggunakan borang soal-selidik yang telah ditadbir dan responden yang dipilih merupakan murid tahap satu di sekolah mereka yang diambil secara rawak. Analisis Data Bagi menganalisis data daripada soal selidik , beberapa kaedah telah dipilih bagi memberikan hasil dapatan kajian yang lebih tepat menggunakan SPSS Version 11.5 . Antaranya ialah : 1. Menggunakan min (mean) 2. Menggunakan pengujian kolerasi untuk melihat hubungan 3. Menggunakan pengujian-t untuk melihat perbezaan Skala Likert yang digunakan Bagi menguji tahap membaca skala empat poin digunakan . Bagi mengetahui tahap membaca huruf Jawi bersambung satu suku kata, dua suku kata , tiga suku kata dan ayat pendek pilihan skala ujian Lemah, Kurang Jelas, Jelas Sebutandan Sangat jelas Sebutan dan Tepat. Nilai bagi setiap item adalah seperti jadual 1 berikut : Jadual 1 : Nilai Bagi Item Tahap Membaca Huruf Jawi ______________________________________________________ SKALA NILAI ______________________________________________________ Lemah 1 Kurang Jelas 2 Jelas Sebutan 3 Sangat Jelas Sebutan dan Tepat 4 _______________________________________________________ Sementara bagi mengkaji tahap menulis huruf jawi bersambung dan menulis perkataan rumi kapada jawi skala empat poin dengan pilihan skala ujian Tidak Tepat Sambungan Huruf , Kurang Jelas Sambungan Huruf ,Jelas dan Hampir Tepat Sambungan Huruf dan Sangat Tepat Sambungan dan Ejaan. Nilai bagi setiap item adalah seperti jadual 2 berikut : Jadual 2 : Nilai Bagi Item Tahap Menulis Huruf Jawi ______________________________________________________ SKALA NILAI ______________________________________________________ Tidak Tepat Sambungan Huruf 1 Kurang Jelas Sambungan Huruf 2 Jelas dan Hampir Tepat Sambungan Huruf 3 Sangat Tepat Sambungan dan Ejaan 4 6

_______________________________________________________ Bagi mengkaji minat murid secara umum terhadap tulisan Jawi skala lima poin digunakan dengan pilihan respon Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju dan Sangat Setuju. Nilai bagi item adalah seperti jadual 3 di berikut : Jadual 3 : Nilai Bagi Item Minat Terhadap Tulisan Jawi ______________________________________________________ SKALA NILAI ______________________________________________________ Sangat Tidak Setuju 1 Tidak Setuju 2 Tidak Pasti 3 Setuju 4 Sangat Setuju 5 _______________________________________________________ Dapatan Kajian dan Perbincangan Bagi menjelaskan dapatan bagi persoalan satu , dua dan lima skor min digunakan. Pengkaji telah menggunakan interpretasi skor min oleh Jamil Ahmad (2002) seperti berikut: Jadual 4 : Interpretasi skor min ______________________________________________________ Skor Tahap ______________________________________________________ 1.00 hingga 2.33 Rendah 2.34 hingga 3.66 Sederhana 3.67 hingga 5.00 Tinggi _______________________________________________________ Sumber: Jamil Ahmad (2002) Tahap sebenar penguasaan murid tahap satu terhadap kemahiran membaca huruf jawi bersambung bagi satu suku kata, dua suku kata ,tiga suku kata dan ayat pendek . Jadual 5 : Membaca Huruf Jawi Bersambung ____________________________________________________________________ ITEM MIN SP N ____________________________________________________________________ Satu Suku Kata dan Dua Suku Kata 2.70 1.00 73 Tiga Suku Kata dan Ayat Pendek 2.34 1.07 73 ____________________________________________________________________

Merujuk kepada Jadual 5. di atas secara keseluruhan skor min tahap membaca huruf bersambung satu suku kata dan dua suku kata sampel (n=73) ialah 2.70 dengan sisihan piawai 1.00 .Dan skor min bagi tahap membaca tiga suku kata dan ayat pendek sampel (n=73) ialah 2.34 dengan sisihan piawai 1.07 . Ini menunjukkan tahap penguasaan membaca murid tahap satu pada tahap sederhana. Tahap sebenar penguasaan murid tahap satu menulis jawi bagi huruf jawi yang bersambung dan menukar perkataan rumi kepada jawi Jadual 6 : Menulis Huruf Jawi Bersambung dan Menukar Perkataan Rumi kepada Jawi ____________________________________________________________________ ITEM MIN SP N ____________________________________________________________________ Menulis Huruf Jawi Bersambung 2.96 0.90 73 Menukar Perkataan Rumi kepada Jawi 1.73 0.83 73 ____________________________________________________________________ Merujuk kepada Jadual 6 di atas secara keseluruhan skor min tahap menulis huruf bersambung sampel (n=73) ialah 2.96 dengan sisihan piawai 0.96 menunjukkan murid dapat menulis pada tahap sederhana .Dan skor min bagi item menukar perkataan rumi kepada jawi dengan sampel (n=73) ialah 1.73 dengan sisihan piawai 0.83 . Ini menunjukkan tahap penguasaan menulis jawi dengan menukar perkataan rumi kepada jawi pada tahap yang rendah . Tahap sebenar minat murid tahap satu kepada Tulisan Jawi Jadual 7 : Minat murid tahap satu kepada Tulisan Jawi ____________________________________________________________________ ITEM MIN SP N ____________________________________________________________________ Menghadiri Kelas Pemulihan Jawi 3.82 1.32 73 Menulis Nama dalam Tulisan Jawi 3.42 1.18 73 Sering Membaca Bahan-bahan Jawi 3.34 1.22 73 Buku Teks dan Latihan Jawi 3.60 1.11 73 Rancangan berunsurkan Jawi 3.05 1.24 73 Memahami Pelajaran Jawi yang diajar Guru 3.82 1.13 73 Pelajaran Jawi Mudah dipelajari 3.65 1.13 73 Pengaruh Kawan 3.54 1.20 73 ____________________________________________________________________ Skor Min Keseluruhan Minat Murid 3.53 0.92 73 Merujuk kepada Jadual 7 di atas secara keseluruhan skor min tahap minat murid tahap satu terhadap Tulisan Jawi dengan sampel (n=73) ialah 3.53 dengan sisihan piawai 0.92 menunjukkan tahap minat murid tahap satu pada tahap sederhana . Namun terdapat dua item 8

yang menunjukkan minat murid pada tahap yang tinggi iaitu item menghadiri kelas pemulihan jawi dengan skor min 3.82 dan memahami pelajaran jawi yang diajar oleh guru dengan skor min 3.82. Ini bermakna kesan yang positif hasil daripada kelas-kelas pemulihan jawi yang menjadi fokus kepada program j-QAF itu sendiri . Melalui kelas pemulihan jawi yang menggunakan pendekatan al-ab ar-riadhiah iaitu pendekatan bermain seperti permainan bowling , permaian teng-teng, permainan pancing ikan, permaian pokok jawi dan banyak lagi. Begitu juga dengan pendekatan pengajaran jawi melalui aktiviti nasyid dan nyanyian dengan irama seperti wau bulan , abcd.. dan lain-lain lagi menarik murid untuk mendekati dan menguasai Tulisan Jawi . Sebab itulah Kementerian Pelajaran Malaysia meletakkan perkataan j-QAF yang dimulai dengan huruf j kecil yang membawa intrepetasi pemulihan jawi suatu pendekatan bagi memulihkan sekumpulan murid yang kurang menguasai jawi melalui ujian saringan diagnostik pada setiap awal tahun bagi murid-murid tahap satu. Huruf Q iaitu celik dan memperkasakan al-Quran. Huruf A iaitu memperkenalkan dan memperkasakan bahasa tambahan iaitu Bahasa Arab. Huruf F iaitu memperkasakan fardu ain yang mesti dikuasai oleh setiap murid Islam di peringkat sekolah rendah. Bagi menjelaskan hubungan antara pembolehubah Hubungan Pearson di gunakan dengan merujuk jadual 8 berikut : Jadual 8 Pekali korelasi dan kekuatan hubungan Pekali korelasi (r) 0.00 0.20 0.20 0.40 0.40 0.60 0.60 0.80 0.80 1.00 Sumber : Alias Baba. (1999) Kekuatan hubungan Boleh diabaikan Rendah Sederhana Tinggi Sangat tinggi

Antara persoalan hubungan yang akan dikaji ialah hubungan lokasi sekolah dengan tahap kemahiran membaca murid .Manakala persoalan perbezaan antara jantina dengan kemahiran menulis murid ujian t digunakan.

Hubungan antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi

Jadual 9. Hubungan antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi (membaca huruf bersambung satu suku kata , dua suku kata, tiga suku kata dan ayat pendek) ___________________________________________________________________ Pembolehubah Kolerasi Pearson ( r ) sig (p)( 2 Hujung ) Lokasi Sekolah ___________________________________________________________________ Membaca Huruf Bersambung -.205 .082 Satu dan Dua Suku Kata Membaca Huruf Bersambung -.217 .065 Tiga Suku Kata dan Ayat Pendek ___________________________________________________________________ ** . Correlation is significant at the 0.01 level ( 2-tailed) Jadual 9 di atas menunjukkan hasil ujian korelasi antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi bersambung satu suku kata , dua suku kata, tiga suku kata dan ayat pendek . Hasil ujian korelasi menunjukkan tidak signifikan ( r = -0.205, p=0.082 ) di antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi bersambung satu suku kata dan dua suku kata. Hasil ujian korelasi menunjukkan tidak signifikan ( r = -0.217, p=0.065 ) di antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf jawi bersambung tiga suku kata dan ayat pendek. Perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi Jadual 10. Perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi huruf bersambung berdasarkan jantina ____________________________________________________________________ Jantina Lelaki Perempuan n 34 39 Min 2.87 3.02 SP .932 .872 t -.706 -.702 sig .940 ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Jadual 10 di atas menunjukkan hasil ujian t untuk menentukan perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi huruf bersambung berdasarkan jantina . Hasil ujian ini menunjukkan 10

perbezaan yang sangat kecil jawi huruf bersambung berdasarkan jantina bagi lelaki ( t= -0.706 , p=0.940) dan perempuan ( t= -0.702 , p=0.940 ) . Jadual 11. Perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi dengan menukar rumi kepada Jawi berdasarkan jantina ____________________________________________________________________ Jantina Lelaki Perempuan n 34 39 Min 1.71 1.75 SP .807 .865 t -.233 -.234 sig .942 ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________ Jadual 11 di atas menunjukkan hasil ujian t untuk menentukan perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis jawi dengan menukar rumi kepada Jawi berdasarkan jantina. Hasil ujian t ini menunjukkan perbezaan yang sangat kecil menulis huruf jawi dengan menukar rumi kepada Jawi berdasarkan jantina bagi lelaki ( t= -0.233 , p=0.942) dan perempuan ( t= -0.234 , p=0.942 ) . Dapatan kajian menunjukkan bahawa hipotesis awal yang boleh di terima ialah: Ho. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan tahap penguasaan kemahiran membaca huruf Jawi murid tahap satu. H2. Terdapat perbezaan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis Jawi murid tahap satu. Walaupun dalam kajian-kajian sebelum ini yang memfokuskan lebih kepada perincian kepada menulis huruf-huruf tunggal seperti kajian oleh Siti Fatimah Saufee (2006) yang menggunakan peratusan dan dapatan kajiannya ialah hasil kajian menunjukkan 65.4% murid tidak tahu dan tidak boleh menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.6% sahaja murid boleh menulis huruf Jawi. Siti Fatimah menggunakan kajian kes iaitu seramai 10 orang yang dijadikan sampel. Oleh itu, pengkaji mengambil contoh-contoh latihan menulis huruf jawi bersambung dan menukar perkataan rumi kepada Jawi yang telah diadaptasikan daripada bahan tulisan dan kajian rintis di Negeri Perak oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Ishak Haron, UPSI (2007) dan telah dibukukan dengan tajuk Mudah Jawi dengan menggunakan min pula .

Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan murid dalam aspek membaca dan menulis jawi murid-murid tahap satu di sekolah-sekolah program j-QAF Ambilan Januari 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau berada pada 11

tahap yang sederhana . Dapatan kajian ini menunjukkan skor min antara 2.70 dan 2.34 dengan sampel n=73 pada kemahiran membaca dan skor min 2.96 pada kemahiran menulis huruf bersambung pada tahap sederhana , namun pada kemahiran menukar perkataan rumi kepada jawi skor min 1.73 dengan sampel n=73 menunjukkan tahap yang rendah . Kalau dilihat dapatan kajian tahap menulis huruf bersambung (min = 2.96) lebih tinggi berbanding dengan membaca huruf bersambung (min = 2.70 ). Dapatan ini membuktikan teori Dr. Montessori bahawa penulisan mendahului bacaan . Cadangan kajian akan datang Bagi memantapkan kajian ini dan dengan harapan dapat memberi manfaat kepada jabatan yang terlibat maka dicadangkan supaya kajian akan datang akan mengambilkira perkara-perkara berikut; 1. Kajian akan datang boleh dibuat dengan lebih menyeluruh kepada sekolah-sekolah kebangsaan yang terdapat program j-QAF kepada murid-murid tahap dua di Negeri Sabah. 2. Kajian juga boleh dibuat dengan membandingkan tahap penguasaan Jawi muridmurid tahap satu dan tahap dua di Semenanjung Malaysia dengan murid tahap satu dan tahap dua di Sabah dan Sarawak . 3. Kajian yang akan datang juga boleh mengkaji keberkesanan kaedah-kaedah menguasai Tulisan Jawi seperti Kaedah Mudah Jawi oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Ishak Haron , Kaedah Doktor Jawi Kuasai Jawi Dalam Masa 4 Jam oleh Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi , Kaedah Jawi Mesra Pengamal Rumi oleh Lee Guan Hooi dari Kelantan. 4. Kajian yang akan datang juga boleh membuat kajian terhadap penguasaan Jawi kepada murid-murid bukan Islam dan orang awam . Kesimpulan Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran permulaan penguasaan jawi di kalangan murid-murid tahap satu di Negeri Sabah berbanding kajian-kajian yang pernah di buat di Semenanjung Malaysia.

Rujukan Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi. 12

Universiti Kebangsaan Malaysia. Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937941. Chua Yan Piaw.(2006) . Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd. Ishak Haron . (2007) .Mudah Jawi . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Likert, Rensis (1932) A Technique for the Measurement of Attitudes , Archives of Psychology 140: 155 Mustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nik Rosila Nik Yaacob .(2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam .Pulau Pinang : Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan ,USM. Siti Fatimah Saufee (2006) Penguasaan tulisan Jawi di kalangan murid-murid tahap satu di sekolah rendah di Daerah Meradong. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Rajang Bintangor, Sarawak. Zali bin Muda (1996) . Faktor-faktor psikologi dan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran jawi di kalangan murid darjah lima di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal , Kuala Terengganu . Terengganu : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,Institut Perguruan Kuala Terengganu. .

13