Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK PANTAS DUIT ONLINE

PENGENALAN Selamat datang ke Teknik Pantas Duit Online. Dinamakan sebegini kerana anda akan diberi teknik untuk mendapatkan email dengan cara yang pantas. Pemasaran email merupakan satu platform berharga yang menjadi tunjang kepada kaedah pemasaran produk dan perkhidmatan di internet. Hampir keseluruhan usahawan-usahawan internet bergantung kepada pemasaran email untuk mendapatkan jualan mereka dengan pantas. Teknik ini sangat berkesan dan boleh menghasilkan pendapatan lumayan. Jadi tidak hairanlah, pelbagai kaedah digunakan oleh usahawan-usahawan internet untuk mengumpulkan list mereka sendiri dengan pelbagai cara semata-mata menambahkan koleksi pada database masing-masing. Berbagai teknik untuk mendapatkan email dilakukan oleh usahawan internet, contohnya seperti borang optin dengan memberi produk percuma, membuat program pay per lead, menggunakan sistem autoresponder dan sebagainya. Oleh itu, panduan ini akan mengajar anda satu teknik untuk mendapatkan email dengan cara pantas supaya anda boleh menghasilkan pendapatan daripada internet. Namun bergantung juga pada usaha dan kreativiti anda mengaplikasikan teknik yang diajar ini. Selamat mencuba! PROMOSI Perkara utama untuk menghasilkan wang dari internet ialah promosi. Dengan promosi, barulah ada pengunjung ke laman web anda yang boleh manghasilkan jualan. Terdapat banyak cara untuk membuat promosi seperti melalui email, web iklan percuma, forum, blog, direktori, google adwords, syarikat pengiklanan dan sebagainya. PROMOSI MELALUI EMAIL Promosi melalui email merupakan teknik yang paling berkesan dalam menghasilkan wang dari internet. Anda hanya perlu menghantar email promosi kepada seberapa banyak email yang ada dan penerima email yang berminat akan membuat belian terhadap produk anda. Semakin banyak email yang dihantar, semakin banyak tempahan untuk produk yang anda jual melalui web anda. 6 KUMPUL EMAIL TEKNIK PANTAS Terdapat banyak cara untuk mengumpul senarai email. Disini akan difokuskan satu teknik mengumpul dengan cara yang lebih pantas menggunakan enjin carian seperti yahoo dan google serta bantuan software email extractor. Mari mulakan dengan langkah berikut;

Langkah 1. Setting Enjin Carian

Anda perlu mengubah setting preference bertujuan menjadikan hasil carian anda nanti dipaparkan sebanyak 100 carian untuk satu muka surat. GOOGLE www.google.com - Lihat gambarajah..Pilih search setting. 7 - Paparan Global Preference akan muncul dan lihat pada Number of result..Pilih 100 result per page . - Klik pada Save preference untuk save setting ini.

YAHOO www.yahoo.com

Untuk yahoo anda boleh ubah setting ini dengan klik pada option dan pilih Preference. Anda akan dibawa ke fungsi search preference. Lihat pada ruangan display and layout untuk mengubah setting result page anda. Klik edit untuk mengubahnya

Pilih 100 results, klik save untuk simpan setting ini. Klik finish untuk menamatkan setting ini dan anda akan dibawa semula ke muka hadapan enjin carian. Langkah 2. Cari Laman Web Mengikut Kategori Perniagaan Anda Cari laman web yang mempunyai kategori yang sama dengan perniagaan yang lakukan. Contohnya, anda mencari prospek untuk program buat duit, gunakan keyword buat duit pada enjin carian. Hasilnya seperti berikut; 9 Salin laman-laman web yang popular ini di kertas atau notepad. Kemudian cari lagi laman web dengan menggunakan keyword yang lain yang berkaitan dengan buat duit dan salin

nama-nama web tersebut.

Langkah 3. Cari Email Dari Laman Web. Disini mengambil contoh web www.jutawanautomatik.com 10 Untuk cari email dari gmail, taipkan arahan berikut pada enjin carian dan klik search. Site: www.jutawanautomatik.com @gmail.com

Klik kanan dan pilih select all dan copy paste ke notepad. Tadi baru halaman pertama. Sekarang buka halaman kedua, select all dan copy paste ke notepad yang sama (sambung dibawahnya). Kemudian buat yang sama untuk halaman seterusnya. Selepas itu, cari pula email dati yahoo dan hotmail dengan arahan berikut; Site: www.jutawanautomatik.com @yahoo.com Site: www.jutawanautomatik.com @hotmail.com Buat seperti langkah di atas, salin setiap halaman dari hasil carian ke notepad yang sama. Ini baru satu laman web. Anda boleh teruskan pula dengan web yang lain. Contoh disini hanya satu laman web. Ini adalah contoh pada notepad.

Save fail notepad, contoh nama email01. Langkah 4. Online EMAIL-EXTRACTOR Letakkan link ini ke browser computer anda http://lite14.com

Buka fail notepad tadi dan copy & paste ke ruangan email extractor. Di ruangan separator : klik new line & di klik di ruangan Sort Alphabetically. Kemudian klik butang Extract. Selesai proses extract, hanya melalui satu laman web ini telah menghasilkan 15 email seperti berikut;

Sekarang pergi pada ruangan email tu, copy dan simpan ke fail notepad anda. Itulah fail yang mengandungi hasil email yang anda dapat tadi. Dalam masa 5 minit sahaja anda sudah dapat email hanya guna satu laman web. Teruskan membuat carian dengan mencari laman web dengan keyword yang berbeza-beza. Dan seterusnya cari email dari setiap web dan salin semua halaman dalam satu notepad. Email Extractor ini akan mengumpulkan email dari notepad walaupun ia dalam keadaan bertaburan. Jika anda rajin, pasti anda boleh mengumpulkan email hingga puluhan ribu dalam masa yang singkat. CONTOH EMAIL DALAM NOTEPAD (email01)

Senarai email ini telah disusun dalam satu barisan bagi memudahkan anda untuk langkah seterusnya iaitu menghantar email promosi. Anda mungkin boleh pindahkannya ke Excel kerana ia boleh menunjukkan bilangan email yang ada dalam senarai tersebut. MENGHANTAR EMAIL PROMOSI Terdapat banyak cara untuk menhantar email promosi, sama ada menggunakan software penghantar email, menggunakan autoresponder berbayar, menyewa server hosting atau guna sahaja GMAIL . Gmail lebih mudah dan percuma. Gmail membenarkan anda untuk menghantar 500 email dalam sehari. Jadi anda buka akaun Gmail sebanyak 10 akaun, maka anda boleh hantar email sebanyak 5000 dalam sehari. PENUTUP Bagaimana? Anda telah mempunyai laman web bisnes yang mana anda akan menerima komisen tajaan dari prospek. Anda juga sudah mempunyai teknik untuk mendapatkan senarai email yang banyak. Ini sudah cukup pantas untuk anda buat bisnes online dan jana pendapatan. Tugas anda yang pertama ialah mengumpulkan senarai email sebanyak yang anda mahu dan mampu. Seterusnya ialah membuat promosi web anda atau anda ada bisnes lain kepada senarai email yang anda kumpul. Buat promosi kepada senarai email yang besar pasti boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Tidak kira apa pun bisnes anda, promosi email adalah yang paling berkesan untuk

melariskan jualan. Jika anda menggunakan kaedah ini dengan bijak, maka tidak mustahil anda mampu membina senarai email anda dengan pantas dan banyak dalam masa yang singkat sahaja seterusnya menghasilkan duit online anda. Sekian, semoga anda berjaya! Admin www.tunenetwork2u.com/?id=richbiz2u

Anda mungkin juga menyukai