Anda di halaman 1dari 3

JENIS-JENIS PENULISAN Kemahiran mengarang boleh diajar secara berperingkat-peringkat.

Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu seperti : 1. Terkawal 2. Separuh Terkawal 3. Berpandu 4. Bebas (a) Penulisan Terkawal Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat megelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

Murid-murid yang menulis karangan dengan berpandukan Contoh aktiviti : i. ii. iii. iv. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah disediakan terlebih dahulu. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri. Menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap. Menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap berstruktur.

sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.

(b) Penulisan Separuh Terkawal Pada peringkat ini pelajar-pelajar diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan yang sesuai dengan penulisan peringkat ini ialah latihan menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadankan dengan perkataan lain yang disediakan. (c) Penulisan Berpandu Murid-murid yang melalui peringkat ini diberi sedikit kawalan, mereka dipandu dalam membuat karangan tersebut. Pelajar-pelajar mungkin dipandu dari segi isi karangan atau diberikan beberapa urutan gambar dan diminta menghasilkan karangan berdasarkan rangsanganrangsangan yang diberi. Isi karangan yang telah diberi oleh guru Murid-murid membina ayat berdasrkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru Kesalahan minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh muridmurid Latihan memadankan ayat boleh diberikan terdahulu kepada muridmurid. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar

Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap

(d) Penulisan Bebas Anda harus ingat bahawa penulisan karangan mengikut pendekatan bebas hanya dapat dijalankan apabila pelajar-pelajar telah menguasai bahasa dengan baik. Pelajar-pelajar diberi kebebasan menulis karangan tanpa bimbingan daripada guru. Pendekatan ini menegaskan bahawa murid-murid pada peringkat pertengahan perlu memberi perhatian kepada isi dan kelancaran penulisan. Hal demikian kerana pada peringkat ini mereka telah mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa dan kemahiran mekanis yang cukup. Dari segi teorinya, pendekatan penulisan secara bebas memberi peluang kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian tentang tajuk karangan. Penulisan jenis ini diperluaskan kepada bentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif, dan argumentatif