Anda di halaman 1dari 7

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Konsep Inklusif
Peluang pendidikan yang disediakan bagi murid pelbagai jenis kecacatan (cacat pendengaran atau penglihatan) yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama murid sebaya dengan mereka. Murid khas diintegrasikan dalam pendidikan bersama murid normal. Di dalam kelas pendidikan inklusif, murid-murid mengikut kurikulum biasa yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidikan. Dalam program pendidikan inklusif, murid yang dapat menguasai kemahiran diberikan program penggayaan. Manakala, bagi murid yang lambat menguasai kemahiran diberi program pemulihan. Penilaian semula dilaksanakan untuk menentukan sama ada murid sudah menguasai kemahiran yang diajar atau sebaliknya.

Sejarah Pendidikan Inklusif


Sebelum abad ke-19, dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya ini tidak boleh diajar dan menerima pengajaran seperti mana lazimnya. Awal abad ke-19, Thomas H,.Gallandet (1781-1851) & Louis Braille (1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan & pendengaran. Timbul slogan melindungi mereka yang berkeperluan khas dari dunia luar. Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas. Tahun 1975 The Education Of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika. Muncul pendidikan segregated.

Pendidik & keluarga mempersoalkan pengasingan ini.

Objektif Pendidikan Inklusif


Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak khas bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat. Memberi peluang kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. Mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Ciri-Ciri Pendidikan Inklusif


Penerapan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran perlu dilaksanakan oleh guru. Pemupukan budaya sains dan teknologi penting dalam pendidikan inklusif. Peningkatan dan pengukuhan Bahasa Melayu diutamakan dalam sebarang program inklusif. Penekanan diberikan kepada pendidikan berkonsepkan komputer.

Bentuk-Bentuk Pendidikan Inklisif


1. Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.

Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru damping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas di tahun enam boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan. 2. Pendidikan Separa Inklusif Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa. Senarai nama murid pada daftar program Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa. * Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan sama ada murid itu layak atau sebaliknya.

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif


1. Guru mesti menggunakan prinsip pemeringkatan isi. 2. Strategi pengajaran dan pembelajaran mesti dapat meningkatkan penglibatan murid melalui kaedah dan teknik seperti bercerita, main peranan, lawatan dan projek. 3. Di sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Rendah(PKSR) dilaksanakan, manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan Berasaskan

Sekolah Menengah(PKSM) dilaksanakan. Kedua-dua penilaian ini berasaskan kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yang berstruktur. 4. Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja dalam kedua-dua bentuk penilaian ini. 5. Sebarang penilaian yang dibuat dalam kelas pendidikan inklusif mesti disediakan berdasarkan minat murid. 6. Penilaian harus mencabar minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan murid. 7. Penilaian yang digunakan dalam pendidikan inklusif boleh dibuat dalam bentuk berikut: (a) projek (b) rekod anekdot (c) perlakuan (d) demonstrasi 8. Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif terikat dengan peraturan peraturan bilik darjah yang sama seperti murid-murid yang lain.

Kanak-Kanak Yang Layak Masuk Ke Kelas Inklusif


1. kerencatan akal/mental 2. pencapaian akademik 3. tingkah laku 4. kecacatan fizikal 5. kecacatan penglihatan 6. kecacatan pendengaran

7. pintar cerdas

Kanak-kanak istimewa yang lain juga boleh dimasukkan dalam kelas pendidikan inklusif jika masalah pembelajaran yang dihadapi tidak begitu serius. Jika kanak-kanak ini bermasalah pembelajaran/ kecacatan/tingkah laku yang sangat serius, mereka perlu dimasukkan ke dalam sekolah berasingan untuk mendapatkan program pendidikan khas.

Peranan Guru
1. Bagi sekolah yang tiada program pendidikan khas, guru harus mengajar kanakkanak istimewa dangan kanak-kanak normal dalam satu bilik darjah yang sama, menggunakan kaedah pembelajaran koperaktif dan kolaboratif dalam

mengendalikan kelas inklusif. 2. Guru harus mengelolakan aktiviti pemulihan untuk kanak-kanak istimewa dan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang menunjukkan pencapaian akademik yang baik. 3. Kebanyakan aktiviti dalam kelas pendidikan inklusif berlaku secara berkumpulan.

Isu-Isu Pendidikan Inklusif


Tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka. guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka

guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi.

mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka

Tekanan diterima dari pentadbir yang tidak membenarkan program inklusif dijalankan. Persepsi negatif dalam kalangan pentadbir

guru Pendidikan Khas terpaksa mengajar dengan menggunakan dua sukatan yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan alternatif bagi murid Pendidikan Khas

Cadangan Penambahbaikan Terhadap Isu


sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Keperluan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat

disampaikan dengan jelas Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid.

bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai kesabaran yang tinggi.

tidak perlu terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai