Anda di halaman 1dari 4

Teknologi Binaan 1/DMA 1134/Nazihah/ITPYPJ

2.6

Dinding

Dinding untuk bangunan boleh dibina dalam pelbagai cara dengan penggunaan bahan-bahan yang boleh didapati dalam berbagai-bagai jenis. Teknik pembinaan dinding juga berbeza-beza daripada satu bahan dengan satu bahan yang lain. 2.6.1 Fungsi-Fungsi Dinding

Fungsi dinding di dalam bangunan adalah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Menyokong beban lantai atas serta bumbung di samping bebannya sendiri Sebagai perintang telus lembap Sebagai penebat haba Sebagai penebat bunyi Memberi rintangan daripada merebaknya kebakaran Untuk menyediakan tempat bagi pemasangan pintu-pintu dan tingkap-tingkap di samping menyempurnakan pembinaan sesuatu bangunan Melindungi dari cuaca buruk, binatang liar dan sebagainya

2.6.2

Bahan-bahan Yang Digunakan Dalam Pembinaan Dinding

Bahan-bahan yang digunakan untuk membina dinding dan tembok adalah tidak dihadkan dan bergantung kepada keadaan tempatan seperti iklim yang dialami, bekalan bahan-bahan dan juga kemampuan pemiliknya. Dalam perusahaan tempatan, jenis-jenis bahan yang digunakan untuk membina dinding dan tembok adalah seperti berikut: (i) Kayu Kayu banyak digunakan untuk membina rangka dan papan dinding. Kayu terbukti sebagai bahan dinding yang sangat baik, dari segi ketahanan, keselesaan dan kecantikannya. Di kampung, kayu digunakan untuk membina rangka dinding dan juga pelapisan dinding (weather board) sebagai dinding luar, sementara papan lapis pula digunakan sebagai dinding dalam. Jenis kayu yang sesuai digunakan dalam pembinaan dinding adalah cengal, meranti, resak, kapur, keruing, damar minyak dan sebagainya. Logam Logam boleh digunakan sebagai rangka ataupun pelapisan (cladding) dalam pembinaan dinding. Kegunaanya tidak begitu meluas. Rangka logam boleh didapati dalam pembinaan dinding sekat untuk pejabat dan dalam bangunan perindustrian. Pelapisan logam pula boleh didapati di gudang, berek tentera dan beberapa jenis bangunan perindustrian. Jenis logam yang digunakan terdiri daripada alumium, besi bergalvani, keratan keluli guling, bentuk keluli bergelek dan sebagainya. Konkrit bertetulang Konkrit bertetulang boleh digunakan untuk membina tembok seperti tembok empangan, tembok kolam, tembok bangunan di bawah aras bumi dan tembok penahan, ataupun secara tuang dahulu seperti panel pasang siap yang kini banyak digunakan

(ii)

(iii)

Teknologi Binaan 1/DMA 1134/Nazihah/ITPYPJ

dalam pembinaan rumah pangsa. Konkrit tetulang ini dihasilkan dengan menggunakan acuan dan diawet sebelum dipasang. (iv) Bata Bata ialah bahan pembinaan dinding yang meluas digunakan dalam segala pembinaan. Dinding yang dibina dengan bata berupa dinding bata elok ataupun tembok bata dilepa. Blok simen / konkrit Blok konkrit telah mengambil tempat yang penting dalam pembinaan dinding kerana kelebihannya berbanding dengan bata. Blok konkrit dihasilkan dalam beberapa rekabentuk rekabentuk untuk kegunaan yang tertentu. Antaranya ialah blok padu, blok berongga dan blok bersel.

(v)

Selain yang disebut di atas, bahan-bahan lain seperti kaca, papan gentian, papan keras, blok kaca dan lain-lain juga digunakan untuk membina dinding dan tembok dengan tujuan mencapai kesan yang istimewa.

2.6.3 -

Dinding Galas Beban (Load Bearing Wall) Dinding galas beban adalah dinding yang direkabentuk untuk menanggung semua beban struktur di atasnya termasuklah lantai, peralatan bangunan, perabot dan beban manusia. Pada satu ketika dahulu dinding galas beban ini dibina sebagai dinding bata yang sangat tebal untuk menanggung semua beban di atasnya. Setelah pembinaan bangunan pencakar langit semakin berkembang, ia memerlukan perubahan kepada dinding yang lebih nipis kerana faktor ekonomi. Kemunculan strutur keluli yang lebih nipis telah menyebabkan penggunaan dinding bata tebal semakin kurang popular. Struktur keluli menghasilkan dinding yang lebih nipis, ekonomi dan selamat. Dinding galas beban dapat diklasifikasikan kepada lima kumpulan: (i) Dinding bata (ii) Dinding bata komposit gabungan bata dan jubin (iii) Dinding berongga (iv) Dinding bertetulang (v) Single-unit walls

2.6.4 -

Dinding Tidak Galas Beban (Non-Load Bearing Wall) Dinding tidak galas beban hanya direkabentuk untuk menampung beratnya sendiri sahaja dan bukannya beban-beban lain. Dinding jenis ini biasanya digunakan di dalam bangunan dengan sistem kerangka konkrit dan keluli. Biasanya dinding jenis ini akan disokong oleh rasuk di bawahnya.

Teknologi Binaan 1/DMA 1134/Nazihah/ITPYPJ

2.6.5 -

Dinding Berongga (Cavity Wall) Dinding berongga adalah sejenis dinding yang dibina secara 2 lapisan dengan terdapat satu ruang atau rongga ditengah-tengahnya dan ianya biasa dibina sebagai dinding luar. Tujuan utama pembinaan dinding berongga ini adalah untuk mencegah penyerapan air hujan ke bahagian dinding sebelah dalam. Dinding berongga ini jarang digunakan di Malaysia dan kebanyakannya hanya digunakan di negara-negara yang mengalami cuaca 4 musim.

2.6.5.1 Kebaikan Dinding Berongga Berupaya menghalang penyerapan air hujan walaupun yang terlalu lebat ke sebelah dalam dinding. Bertindak memberikan penebatan haba yang baik, bangunaan akan memberi suhu panas pada musim sejuk dan akan menjadi sejuk pada musim panas. Tidak memerlukan lepaan sebelah dalam bangunan. Dinding berongga dengan ketebalan nominal 255mm memberikan penebatan bunyi yang lebih tinggi berbanding dinding bata dengan ketebalan satu bata. Boleh memberikan ruang untuk bahan penebat tambahan.

2.6.5.2 Kelemahan Dinding Berongga Rekabentuk yang agak kompleks dan proses pembinaan yang lebih rumit untuk menghasilkan binaan dinding yang berkualiti. Ia memerlukan pengawasan yang ketat semasa proses pembinaan. Memerlukan pemasangan lapisan kalis lembap secara menegak pada semua bukaan dinding. Kos yang lebih tinggi sedikit daripada binaan dinding bata dengan ketebalan satu bata.

Teknologi Binaan 1/DMA 1134/Nazihah/ITPYPJ

Rajah : Perincian dinding berongga