Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBONGAN

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011


Pada 23, 24 dan 25 September 2011 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Limbongan telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform yang juga merupakan acara tahunan yang dijalankan di sekolah ini. Aktiviti perkhemahan telah di sertai oleh murid-murid dari tahun 3 sehingga tahun 6 iaitu seramai 112 orang murid. Unit beruniform yang terlibat adalah Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah. Program ini bermula pada hari Jumaat iaitu pada pukul 3.00 petang, dimana muridmurid dikehendaki mendaftar dan mendengar taklimat serta pembahagian kumpulan dijalankan. Istimewanya, program perkhemahan di SKL mengajar murid-murid untuk memasak sendiri makanan mereka. Tetapi, semua aktiviti memasak adalah di bawah pengawasan fasilitator setiap kumpulan. Aktiviti memasak berlaku sebanyak dua kali untuk satu hari iaitu sewaktu makan tengahari dan makan malam. Perasmian Program Perkhemahan Unit Beruniform dilaksanakan oleh pegawai PEMADAM Negeri Melaka. Beliau juga memberikan Ceramah Gejala Sosial yang bertajuk Kemudaratan Dadah. Pada malam tersebut juga, aktiviti Larian Komando juga dijalankan pada pukul 11.15 malam. Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental murid-murid. Walaubagaimanapun, murid-murid yang telah dikenalpasti kurang sihat dikecualikan dari mengambil bahagian. Pada hari Sabtu, murid-murid dikejutkan seawal 5.00 pagi untuk menyediakan diri untuk Qiamulail dan solat subuh. Selepas itu , upacara menaikkan bendera dan senaman pagi dimulakan. Pada hari kedua ini, ada empat aktiviti utama yang dijalankan. Aktivitiaktiviti tersebut adalah orientaring, gotong royong dikawasan sekolah pada waktu siang dan pada waktu malam dijalankan Malam Kebudayaan dan Unggun Api. Aktiviti pada hari tersebut menyebabkan penglibatan sepenuhnya dari murid dan menyebabkan murid agak letih. Namun inilah pengalaman yang sangat bermakna untuk mereka.

Pada hari Ahad iaitu hari terakhir Program Perkhemahan Unit Beruniform terdapat dua lagi aktiviti yang dijalankan iaitu, Latihan Kawad Kaki dan Latihan Kecemasan dari JPA. Murid kelihatan sangat bersemangat dan memberikan perhatian yang sangat baik kepada Pegawai JPA yang terlibat. Selepas itu, Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah dilaksanakan. Program Perkhemahan Unit Beruniform berakhir pada pukul 2.00 petang. Sekian Terima Kasih

_________________________ Nuraishah Binti Kamaruddin AJK Dokumentasi Prorgam Perkhemahan Unit Beruniform, SKL

KERTAS CADANGAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011

1. PENGENALAN Program perkhemahan ini merupakan acara tahunan yang digalakkan kepada setiap sekolah. Program ini adalah penting untuk membina jatidiri dan membina semangat kerjasama di kalangan rakan dan guru-guru.

2. OBJEKTIF 2.1 Melahirkan semangat jatidiri yang tinggi di kalangan peserta. 2.2 Mewujudkan sikap berani dalam aktiviti yang dijalankan. 2.3 Memupuk kerjasama di kalangan para peserta perkhemahan. 2.4 Mewujudkan sikap berdikari di kalangan para peserta. 2.5 Menghayati dan bermesra dengan alam sekitar 2.6 Menimba pengalaman bermalam di luar rumah.

3. PELAKSANAAN

Tarikh Hari Tempat

: 23,24 & 25 September 2011 : Jumaat, Sabtu & Ahad : SK Limbongan

4. SASARAN Pelajar tahun 3,4,5,dan 6 (Unit Beruniform)

5. ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perkara Sarapan pagi Minum petang Minum malam Makan tengahari Makan malam Air Mineral Jumlah Bilangan RM 1.50 x 112 murid x 2 hari RM 1.50 x 112 murid x 2 hari RM 1.50 x 112 murid x 2 hari RM 3.00 x 112 murid x 2 hari RM 3.00 x 112 murid x 2 hari RM 10.00 x 15 kotak Jumlah RM 336.00 RM 336.00 RM 336.00 RM 672.00 RM 672.00 RM 150.00 RM2502.00

6. PENUTUP Penganjur berasa yakin bahawa program perkhemahan unit beruniform ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi iltizam yang tinggi dan bersungguh-sungguh dari semua pihak yang terlibat. Usahasama dan perhatian dari pihak ibu bapa dan guru-guru dapat memastikan kelancaran program dan mendatangkan banyak manfaat yang berguna untuk murid-murid.

-Selamat Maju Jaya-

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

______________________ EN ZAKARIA B CHE PA PENYELARAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK LIMBONGAN

_____________________ PN HJH MARLINA BT OMAR GPK KO-KURIKULUM SK LIMBONGAN

Anda mungkin juga menyukai