Anda di halaman 1dari 25

REFLEKSI STAIL A (STAIL PERINTAH) NAMA PELATIH : M. REVATHI & L.

KASTHURI TARIKH PEMBENTANGAN: 7 SEPTEMBER 2011 Refleksi Pembentangan


Pada 7 september 2011, Kasthuri telah membentangkan tentang Stail A iaitu stail perintah. Bentuk stail ini ialah berkaitan dengan guru berautokratik dan berpusatkan guru. Maksudnya, guru mempunyai tanggungjawab dalam membuat keputusan manakala murid hanya menerima arahan daripada guru sahaja dan bertindak mengikut kehendak guru. Menerusi stail ini hasil pembelajarannya dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Stail ini selamat digunakan bagi murid murid sekolah rendah dan dapat kawal mereka dengan baik. Objektif bagi stail perintah ini adalah ketepatan tindak balas, kepatuhan kepada model, pemeliharaan standard estetik, keseragaman para murid, keselamatan para murid, mendapatkan tindak balas yang segera terhadap rangsangan, penonjolan semangat kumpulan, menggunakan masa dengan efisyen dan meliputi banyak material. Semasa kasturi bentangkan stail ini, kami mengetahui tentang ciri ciri stail perintah. Ciri ciri stail ini adalah stail ini berpusatkan guru, komunikasi sehala dimana guru seorang akan berkomunikasi dengan para murid, pelajar merupakan pelaksana bagi keputusan yang dibuat oleh guru, proses pnp berlaku tanpa perbincangan dan guru berperanan sebagai model bagi membuat demonstrasi serta tunjuk ajar tentang pengajaran yang hendak diajar. Seterusnya, dia membentangkan tentang kekuatan dan kelemahan stail perintah ini. Kekuatannya adalah guru dapat mengelakkan berlakunnya kepesongan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru tanpa sebarang perubahan sekiranya pelajar mengikutinnya dengan sepenuhnya, guru dapat mengawal kelas secara berkesan, guru dapat melakukan persembahan fizikal dengan berkesan, guru dapat menghasilkan keseragaman di antara pelajar, guru dapat memudahkan pembelajaran

pelajar tentang isi kandungan p&p dan guru juga dapat memadatkan kandungan pelajaran seperti membahagikan kemahiran kepada unit unit yang lebih kecil. Kelemahan bagi stail perintah ini ialah, stail ini mementingkan komunikasi sehala sahaja kerana guru tidak memberi peluang kepada murid untuk berbincang dengan guru dan mengemukakan pendapat mereka, guru tidak mengambil kira atas perbezaan individu iaitu pelajar lemah / kurang cerdas seperti mengeluarkan perintah atau arahan tanpa mengira perbezaan individu pelajar, guru tidak mementingkan saluran emosi atau social pelajar, stail ini menggalakan penyalahgunaan atas kuasa guru, menyekat perkembangan kreativiti pelajar dan guru juga kurang memotivasikan pelajar dalam pertukaran buah fikiran antara satu sama lain. Stail ini agak keras dan tidak memberi motivasi yang berkesan kepada segelintir pelajar.

Refleksi Mikroteaching
Pengajaran mikro bagi Stail A iaitu stail perintah dilaksanakan oleh rakan saya Revathy. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kecergasan, topik daya tahan otot dan aktiviti yang dipilih ialah ketinting. RPH tersebut telah ditunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak. Aktiviti yang dia laksanakan ialah ketinting sebelah kaki dari satu kon ke kon seterusnya dalam kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. Selepas itu, aktiviti kedua yang dia laksanakan ialah ketinting sebelah kaki dari satu kon ke kon yang lain arah zig-zag dan ini juga merupakan aktiviti kumpulan. Selain itu, aktiviti akhir ialah membuat ketinting dengan menukar kaki dari satu kon ke kon seterusnya. Permainan pada peringkat kemuncak ialah bola beracun. Permainan ini dimain dengan membuat ketinting bagi mengelak bola kena pada kaki.

Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah memberi komen terhadap pengajaran mikro Revathy. Komen yang diberikan kepada dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, demonstrasi yang dia tunjukkan jelas dan mudah difahami, penjelasan yang dia berikan tentang aktiviti baik dan jelas, pembahagian kumpulan yang dibuat oleh dia baik, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang diajar dan, pengurusan masa yang baik, penggunaan bahasa yang jelas, kawalan kelas yang baik, organisasi bagi setiap aktiviti sesuai dan barang yang digunakan semasa aktiviti jalankan mencukupi. Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu aktiviti yang disediakan tidak mencukupi dan tidak mencabar, tempat yang dipilih untuk menjalankan aktiviti tidak mencukupi, kon yang disusun bagi aktiviti berselerak dan berada dalam jarak yang dekat, masa yang diberikan untuk menjalankan aktiviti kurang, barang yang disusun bagi aktiviti seterusnya disusun oleh dia dan ia menyebabkan pembaziran masa, tidak minta bantuan daripada para murid untuk menyusun barang bagi mengelakkan pembaziran masa. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan. Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik yang betul.

REKLEKSI STAIL B (STAIL LATIHAN) NAMA PELATIH : V. PREMA & S.THANESWARI TARIKH PEMBENTANGAN : 7 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Pada 7 september 2011, Prema Vijayakumar telah membentangkan tentang stail B atau lebih dikenali sebagai stail latihan. Stail B merupakan satu kaedah di mana guru memberi tugasan dan pelajar melakukan tugasan tersebut untuk satu tempoh masa tertentu. Pada masa ini, guru akan memerhatikan prestasi murid dan memberikan maklum balas kepada pelajar. Objektif stail perintah ini ialah mewujudkan hubungan baru antara guru dengan pelajar, pelajar dengan tugasan dan diantara pelajar sendiri, mempraktikkan tugasan seperti yang didemonstrasikan atau yang telah diterangkan, menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi adalah berkaitan dengan masa, menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang baik dan cekap adalah berkaitan dengan pengulangan tugasan dan pengetahuan keputusan, menyedari melalui pengalaman bahawa pengetahuan keputusan diperolehi melalui berbagai bentuk maklumbalas yang diberikan oleh guru. Peranan guru dalam dalam stail ini adalah guru bersedia menjawab soalan murid dan membuat maklumat tentang persembahan murid dan memberi maklum balas secara individu. Manakala peranan murid ialah untuk menjalankan tugasan yang

diberikan oleh guru. Selain itu, peranan murid ialah untuk membuat 9 keputusan berdasarkan kedudukan, tempat, susunan tugasan, kadar kemajuan, masa permulaan setiap tugasan, masa tamat setiap tugasan, masa rehat, penonjolan dan mengajukan soalan untuk penjelasan. Kekuatan bagi Stail B ialah isi pelajaran yang diajar adalah tetap dan tidak berubah, isi pelajaran mudah untuk dipelajari oleh murid, masa dan peluang pelajar

melakukan sendiri aktiviti dengan tetap dan mengikut panduan, guru dapat menegur dan menunujuk cara jika ada kesilapan dan secara langsung dapat mendampingi pelajar di dalam kelas, komunikasi secara dua hala iaitu antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru memberi peluang pelajar membuat keputusan sendiri, dapat memperkembangkan daya kreativiti pelajar secara maksimum dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Kelemahan bagi stail ini ialah, pelajar cepat meyelesaikan masalah sebelum sesi pengajaran dan pembelajarn sebenar tamat, perkembangan minda atau kognitif pelajar kurang digunakan, pelajar akan merasa terkongkong kerana terikat dengat aktiviti yang dijalankan, aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklum balas guru dan murid tidak dapat motivasi dari guru akibat menjalankan aktiviti sendiri. Melalui pembentangan yang dibuat oleh Prema, saya mendapat tahu bahawa stail latihan ini dapat memberikan peluang kepada pelajar membuat aktiviti dengan bebas dan menentukan keputusan mereka sendiri. Guru juga lebih percaya kepada pelajar.

Refleksi Microteaching Pengajaran mikro bagi Stail B iaitu stail latihan dilaksanakan oleh rakan saya Thaneswari. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kemahiran, topik permainan dan aktiviti yang dipilih ialah hantaran lantun dalam permainan bola baling. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak. Aktiviti yang dia laksanakan bagi kami ialah buat lantunan seorang diri. Selepas itu, buat hantaran lantunan kepada pasangan. Selain itu, aktiviti akhir ialah membuat lantunan sambil bergerak secara berpasangan. Permainan pada peringkat kemuncak

ialah bola lantun. Permainan ini dimain dengan membuat lantunan di antara ahli kumpulan dan membuat gol. Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah memberi komen terhadap pengajaran mikro Thaneswari. Komen yang diberikan kepada dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, demonstrasi yang dia tunjukkan jelas dan mudah difahami, penerangan yang dia berikan tentang aktiviti baik dan jelas, memberi penjelasan tentang 9 tugasan kepada para murid, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang diajar dan mencabar, pembahagian masa yang cukup, penggunaan bahasa yang jelas, tempat yang disediakan bagi melaksanakan aktiviti cukup dan barang yang digunakan semasa aktiviti jalankan mencukupi. Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu dia berasa gementar dan rasa tidak yakin semasa melaksanakan pengajaran mikro ini, aktiviti yang disediakan tidak mencukupi, kawalan kelas yang kurang baik kerana pelajar bebas memilih tempat dan masa rehat dan mulakan oleh itu dia mengalami kesukaran dalam mengawal mereka, organisasi yang kurang baik, permainan pada peringkat kemuncak yang dijalankan kurang mencabar para murid, barang yang disusun bagi aktiviti disusun oleh dia dan ia menyebabkan pembaziran masa, tidak minta bantuan daripada para murid untuk menyusun barang. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan. Saya telah mendapat maklumat yang baru dan pengetahuan baru daripada pengajaran yang dibuat oleh dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik yang betul.

REKLEKSI STAIL C RECIPROCAL (STAIL BERGANDINGAN) NAMA PELATIH : R. MATHIMALAR & T. ROGINI TARIKH PEMBENTANGAN : 9 SEPTEMBER 2011

Refleksi pembentangan
Pada 9 September 2011, rakan saya Mathimalar Rajainatharan telah membentangkan tentang bentuk stail yang diberikan kepada kami iaitu stail bergandingan. Stail bergandingan ini adalah satu teknik pengajaran yang mewujudkan tiga hubungan penting iaitu antara pelaku dan pemerhati serta guru. Peranan guru adalah untuk menjadikan semua subjek menjadi subjek utama, mewujudkan kriteria dan membuat keputusan yang logik dan bagi mewujudkan maklum balas kepada pemerhati. Pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan berinteraksi melalui maklum balas yang mereka peroleh sepanjang tempoh melakukan tugasan tersebut. Manakala guru akan melihat dan pemerhati sahaja yang boleh berinteraksi dengan guru. Objektif Stail C ini terbahagi kepada dua iaitu objektif berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran dan objektif instrinstik (tingkahlaku pelajar). Objektif berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran ialah pelajar dapat mengulangi peluang-peluang untuk melakukan tugasan secara spesifik dengan pemerhatian secara peribadi, berlatih dengan pengawasan, dapat membolehkan mengenal pasti persamaan dan perbezaan sesuatu langkah dan mengenal pasti kesalahan dan membetulkannya. Manakala objektif instrinstik iaitu tingkah laku murid adalah mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi, murid dapat melatih skil komunikasi untuk mengembangkan hubungan reciprocal, belajar untuk mengkritikndan menerima pendapat daripada rakan dan mengembangkan sikap sabar, toleransi dan menerima kekurangan orang lain dalam perlakuan, mengembangkan empati, mempelajari perilaku sosial belajar mempercayai orang lain dan merasai perasaan melihat rakan yang lain berjaya.

Rakan saya bentang tentang ciri ciri yang terdapat di dalam stail C ini iaitu stail ini merupakan stail berpasangan iaitu melibatkan pemerhati dan pelaku, pemerhati dapat menegur dan membaiki kesilapan pelaku, stail ini berpusatkan kepada pelajar berdasarkan tugasan / arahan berpadukan kepada kad kriteria, guru berperanan sebagai fasilitator dan pelajar memainkan peranan sebagai pelaku dan pemerhati masing-masing. Dia juga telah menerangkan tentang peranan guru, pemerhati dan pelaku. Peranan guru adalah memantau pemerhati, menjawab soalan pemerhati, mengawal konflik yang wujud diantara pemerhati dan pelaku, menerangkan tentang kad kriteria. Manakala peranan pelaku adalah sebagai pelaku yang melakukan aktiviti yan diberikan oleh guru, pelaku mengikut arahan dalam kad kriteria, menerima maklum balas daripada pemerhati serta boleh mengemukakan soalan dan berkomunikasi dengan pemerhati sahaja. Pemerhati pula, berperanan untuk menilai prestasi pelaku dan buat kesimpulan mengenai prestasi pelaku, memberi pendapat kepada pelaku, jika perlu pemerhati perlu berkomunikasi dengan guru. Kekuatan stail C ini adalah guru menerima hubungan social antara pemerhati dan pelaku, guru sedar kepentingan mengajar murid untuk memberi maklum balas antara satu sama lain serta mencapai objektifnya, guru dapat mengembangkan perlakuan dan menggunakan masa yang mencukupi terhadap pelajar dalam mengambil keputusan tambahan, pelajar boleh mengembangkan nilai aktif mereka dalam proses pembelajaran dan pelajar boleh meluangkan masa belajar dengan penggunaan kertas kriteria dalam hubungan reciprocal tanpa kehadiran guru. Kelemahan stail C ialah ialah kesukaran untuk memilih pasangan yang sesuai, kemungkinan terjadinya konflik antara pasangan, hanya sesuai untuk mereka yang memerlukan bimbingan rakan sebaya, wujudnya tingkah laku yang baru menyebabkan ketidak selesaan dan terdapat pelajar yang tidak suka apabila ditegur semasa aktiviti. Stail ini tidak begitu digalakkan dalam kaedah pengajaran di dalam kelas.

Refleksi Microteaching Saya Rogini Thevathas sangat bersyukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana limpah dan kurniaanya saya dapat menyiapkan tugasan Pendidikan Jasmani ini. Tugasan ini merangkumi stail pengajaran yang sangat penting untuk bakal guru seperti kami. Stail yang kami dapat ialah stail C iaitu stail bergandingan / reciprocal. Soalan pertama adalah membuat pembentangan tentang stail C dan dibuat oleh rakan kumpulan saya Mathimalar. Soalan seterusnya ialah melaksanakan satu pengajaran p&p mikro / mikro-teaching berdasarkan stail C dan dibuat oleh saya Rogini. Sepanjang proses menyiapkan rancangan pelajaran harian ini banyak pihak yang menghulurkan bantuan dan sokongan kepada saya maka di sini saya mengambil peluang ini untuk menyusun sepuluh jari saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak tersebut. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Anita yang banyak membantu dan membimbing saya dalam bahagian pengajaran ini. Sepanjang proses menyiapkan RPH ini, saya telah mempelajari dan mendapat tahu banyak perkara baru yang berguna dan bermanfaat. Tidak dinafikan bahawa matapelajaran ini banyak menyumbangkan manfaat yang penting dan berguna bagi saya untuk dipraktikkan pada masa kelak. Pertamanya, saya telah memperolehi pelbagai ilmu dan maklumat berkenaan dengan stail pengajaran C dalam pelbagai sumber. Dengan maklumat yang dapati, saya menghasilkan satu RPH untuk melaksanakan satu pengajaran p&p mikro. Saya menunjukkan RPH yang saya hasilkan kepada Puan Anita untuk memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Beliau memperbetulkan kesilapan yang saya telah lakukan dan memberi idea untuk meningkatkan aktiviti yang saya nyatakan dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar beliau mendorong saya untuk menghasilkan RPH yang sempurna bagi melaksanakan pengajaran pada masa kelak. Setelah pengajaran p&p mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas saya telah memberi komen terhadap pengajaran p&p mikro saya. Komen mereka terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi saya. Ulasan yang

saya dapati daripada Puan Anita dan rakan sekelas saya ialah suara saya begitu lantang dan kuat, demonstrasi yang saya tunjukkan jelas dan mudah difahami, penjelasan yang saya berikan tentang aktiviti dan peranan murid cukup baik dan jelas, pembahagian kumpulan yang dibuat oleh guru baik kerana kumpulannya terdiri daripada pelaku dan pemerhati, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang diajar dan mencabar, lembaran kriteria yang disediakan bagi aktiviti sesuai dan telah memberi penjelasan bagaimana untuk menggunakan dan menandanya, penggunaan wisel pada masa yang diperlukan dan penggunaan bahasa yang jelas, organisasi bagi setiap aktiviti sesuai dan barang yang digunakan semasa aktiviti jalankan mencukupi. Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan saya dan menambahbaikkan prestasi saya, iaitu penjelasan yang diberi oleh saya panjang lebar dan ia mengambil masa yang lama, pengurusan masa yang tidak teratur kerana aktiviti yang dijalankan pada peringkat 3 dan kemuncak telah mengambil masa yang lebih, kawalan kelas saya yang kurang baik kerana sebelum saya memberi arahan untuk mulakan aktiviti para murid telah bermain, barang yang disusun bagi aktiviti terlalu dekat dan ia mungkin mengalami kecederaan semasa para murid menjalankan aktiviti. Ini merupakan komen yang saya dapati daripada mereka dan akan memperbaikikan kelemahan yang lakukan semasa pengajaran p&p mikro dilakukan. Walaupun saya menghadapi banyak kesulitan semasa menyempurnakan tugasan ini, saya dapat melakukan tugasan ini dengan bantuan rakan sekelas saya dan pensyarah pembimbing. Maka sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Saya sangat berharap agar tugasan saya ini memenuhi kehendak pensyarah dan menjadi sesuatu tugasan yang sempurna. Sekian Terima kasih.

REKLEKSI STAIL D ( STAIL SEMAK KENDIRI) NAMA PELATIH : M. KESAVAN & A. EGANASH TARIKH PEMBENTANGAN: 12 SEPTEMBER 2011

Refleksi pembentangan
Pada 12 september 2011, Kesavan Munian telah membentangkan

pembentangan mereka iaitu stail D yang dipanggil stail semak kendiri. Stail semak kendiri berdasarkan kepada kemahiran yang telah dipelajari, pelajar akan melakukan penilaian kendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam stail ini, guru bertindak memastikan semua pelajaran, kriteria dan keputusan logistik. Tugas murid pula ialah belajar secara sendiri dan memeriksa hasilan kerja mereka sendiri berdasarkan kriteria yang disediakan oleh guru. Tujuan stail ini ialah untuk mencegah pelajar daripada bergantung sepenuhnya kepada dan maklum balas dari sumber luar termasuk, rakan sebaya dan persekitaran, seterusnya mula bergantung kepada maklum balas sendiri. Selain itu mereka juga dapat menerima kelemahan dan had keupayaan diri sendiri. Peranan guru adalah membuat pemerhatian secara spesifik dan berkomunikasi dengan murid berkenaan tentang keberkesaan penggunaan senarai semak kendiri. Manakala peranan murid pula garisan panduan dan kriteria digunakan oleh murid untuk melatih diri sendiri dan rakan sebaya dan memberikan maklum balas kendiri secara jujur. Kesavan telah membentangkan tentang kekuatan stail ini. Kekuatannya ialah guru boleh menilai kemampuan dan perkembangan pelajar dalam melakukan aktiviti melalui senarai semak kendiri, guru mempercayai pelajar bersikap jujur sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat memberi dan menilai kebebasan pelajar, pelajar mengenalpasti had keupayaan diri mereka sendiri, pelajar boleh bekerja secara sendiri dan melakukan penilaian kendiri, mereka boleh mengunakan periksa

diri sebagai maklum balas untuk kemajuan masing masing dan guru dapat memupuk sikap jujur di kalangan murid. Kesavan juga telah menerangkan tentang kelemahan yang terdapat di dalam stail ini. Jangka masa menjalankan kaedah ini agak pendek dan halang nilai keupayaan. Stail D kurang berkesan sekirannya saiz kelas terlalu besar. Tidak semua tugasan dalam sains sukan sesuai menggunakan stail D, rekod atau catatan mungkin kurang tepat berdasarkan sifat kejujuran murid dan sukar untuk membuat penilaian apabila melakukan tugasan baru. Melalui pembentangan Kesavan, saya mendapat tahu pengetahuan yang baru. Stail ini menerangkan maklum balas kendiri ke atas persembahan menjadi garis panduan dalam latihan yang akan datang, sama ada untuk dikekalkan atau diperbaiki untuk membantu menyesuaikan dalam posisi badan atau ketepatan. Stail ini secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat dan motivasi murid berdasarkan kebebasan yang telah diberikan oleh guru dalam membuat penilaian kendiri.

Refleksi Microteaching

Pengajaran mikro bagi Stail D iaitu stail semak kendiri dilaksanakan oleh rakan saya Eganash. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kemahiran, topik permainan dan aktiviti yang dipilih ialah servis dalam permainan bola tampar. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak. Aktiviti yang dijalankan oleh dia ialah membuat servis mengikut kumpulan dan menilai sendiri atas pergerakan sendiri. Membuat servis menerusi jaring. Permainan kemuncak yang dia laksanakan ialah membuat servis dan menjaring gol pada kon yang disediakan dengan mata tertentu.

Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah memberi komen terhadap pengajaran mikro Eganash. Komen yang diberikan kepada dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, dia bakal menjadi guru yang baik pada masa kelak, berasa yakin atas pengajaran dia, demonstrasi yang dia tunjukkan jelas dan mudah difahami, penerangan yang dia berikan tentang aktiviti baik dan jelas, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang diajar dan mencabar, penggunaan wisel, memberi penerangan tentang lembaran kriteria dan cara menandakannya, memberi penerangan tentang peranan masing-masing, kawalan kelas yang cukup baik, penggunaan bahasa yang jelas, tempat yang disediakan bagi melaksanakan aktiviti cukup dan barang yang digunakan semasa aktiviti jalankan mencukupi. Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian masa yang tidak teratur dan tidak mencukupi, organisasi yang kurang baik, permainan pada peringkat kemuncak yang dijalankan terlalu kurang dan para murid terasa tidak libatkan diri dengan sepenuhnya dan dia mempunyai interaksi dengan para murid yang menghadapi masalah. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan. Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik yang betul.

REKLEKSI STAIL E ( STAIL GAYA PENINGKATAN) NAMA PELATIH : N. SANGEETHA & K. MOGANAPRIA TARIKH PEMBENTANGAN : 14 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Stail gaya peningkatan ini dibentangkan oleh Sangeetha Nadarajah. Stail gaya peningkatan ini diperkenalkan oleh mosston dan ashowrth. Gaya ini mempunyai satu tahap tugasan yang ditentukan oleh guru. Stail pengajaran ini membolehkan murid yang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza mengambil bahagian dalam satu tugasan yang sama mengikut tahap kesukaran yang boleh dilakukan oleh mereka. Semasa sangeetha menerangkan tentang stail ini kami juga memperoleh pengetahuan tentang objektif stail. Objektif stail ini adalah untuk menyesuaikan perbezaan pelaksanaan individu, meningkatkan penglibatan pelajar secara berterusan, memberi peluang membuat keputusan bagi menyesuaikan kandungan, mengukuhkan proses urutan penilaian, meningkatkan kualiti masa aktiviti tugasan, melatih kemahiran menilai individu dengan menggunakan satu kriteria pelaksanaan serta murid juga melatih dalam memilih tahap yang sesuai dan jujur dalam menilai diri sendiri. Sangeetha telah membentangkan tentang ciri-ciri stail ini iaitu tekankan kepada murid yang masih berada di tahap pilihan mereka dan beri galakan dan menawarkan guru dan murid masa pembelajaran yang lama dimana tugasan dijalankan secara individu. Tambahan pula, Sangeetha juga telah membentang tentang peranan guru dan murid yang terdapat di dalam pembentangan ini. Peranan guru adalah untuk membuat keputusan dalam set praimpak, memberi respon kepada peranan mengenai proses membuat keputusan, memantau proses pembelajaran dan guru juga boleh

membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid. Manakala peranan murid adalah untuk membuat keputusan semasa set impak dan pasca impak mengikut 9 keputusan

dalam stail latihan, membuat keputusan mengenai pemilihan dan permulaan dan menilai prestasi mereka mengikut boring kriteria yang disediakan oleh guru. Stail E ini mengandungi kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Kekuatannya ialah murid belajar untuk berdikari dan membuat keputusan, murid berasa selesa kerana layak untuk memperolehi peluang untuk belajar, murid juga tidak berasa terkongkong atau dikawal oleh guru, aktiviti akan lebih menarik dan mencabar, memupuk semangat bersaing antara pelajar dan prestasi murid juga dapat dinilai oleh guru dengan serta merta. Kelemahannya pula adalah guru tidak dapat memerhati semua aktiviti yang dilakukan oleh pelajar, kawalan guru adalah longgar yang proses p&p kurang berkesan, sukar menentukan kejujuran pelajar dalam aktiviti, masa pembelajaran panjang dan peralatan yang banyak diperlukan serta persediaan yang kurang akan menjejaskan prestasi murid. Stail ini lebih sesuai jika diaplikasikan kepada murid yang sedikit.

Refleksi Mikroteaching

Pengajaran mikro bagi Stail E iaitu stail gaya peningkatan dilaksanakan oleh rakan saya Moganapria. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kemahiran, topik permainan dan aktiviti yang dipilih ialah teknik mengelecek dalam permainan hoki. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak. Aktiviti yang dilaksanakan ialah mengelecek longgar, mengelecek rapat dan mengelecek indian mengikut tahap kesukaran. Tiga stesyen disediakan untuk menjalankan akviti tersebut. Permainan pada peringkat kemuncak ialah permainan kumpulan menggunakan tiga teknik mengelecek dan menjaring gol.

Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah memberi komen terhadap pengajaran mikro Moganapria. Komen yang diberikan kepada dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, berasa yakin atas pengajaran dia, demonstrasi yang dia tunjukkan jelas dan mudah difahami, penerangan yang dia berikan tentang tahap kesukaran baik dan jelas, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang diajar, penggunaan wisel, memberi penerangan tentang lembaran kriteria dan cara menandakannya, memberi penerangan tentang peranan masing-masing, mengawasi pergerakan para murid dan kawalan kelas yang baik dan penggunaan bahasa yang jelas. Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian masa yang tidak teratur, permainan pada peringkat kemuncak yang dijalankan tidak menepati sebagaimana yang terdapat di dalam RPH yang telah disediakan oleh dia, organisasi yang tidak tepat dengan RPH, para murid terasa bosan kerana melakukan aktiviti tersebut banyak kali kerana memberi masa yang lama dan dia tidak memperbetulkan kesilapan murid. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan. Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik yang betul.

REFLEKSI STAIL F (STAIL PENEMUAN TERBIMBING) NAMA PELATIH : M. KUMUTHINI & S. MOHANA TARIKH PEMBENTANGAN : 14 SEPTEMBER 2011

Refleksi pembentangan
Stail gaya peningkatan ini dibentangkan Kumuthini Maniam. Stail penemuan terbimbing ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan interaksi antara guru dan pelajar. Pengajaran penemuan terbimbing ini merupakan stail pengajaran yang melibatkan pelajar dalam proses penemuan. Objektifnya ialah untuk melibatkan pelajar dalam proses penemuan kearah proses penumpuan. Stail ini digunakan untuk mendapatkan pengalaman yang melibatkan setiap langkah dimana memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai pelbagai konsep secara berterusan. Stail ini juga memberi peluang kepada pelajar dalam menemui konsep dan prinsip yang melibatkan pemikiran tertumpu. Kumuthini juga membentang tentang ciriciri yang terdapat dalam stail ini iaitu stail ini berpusatkan guru dan murid, stail ini melibatkan komunikasi dua hala, pelajar membuat tugasan yang diberikan oleh guru, guru perlu membuat turutan soalan bagi pelajar meneroka, proses pnp berlaku perbincangan dan penerokaan, guru sebagai fasilitator sahaja dan keputusan akan diambil oleh pelajar berbanding dengan guru. Kumuthini juga menerangkan tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam stail ini. Antara kekuatannya adalah pelajar dapat mempelajari tindak balas fizikal yang dirancang oleh guru, pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam hubungan antara langkah yan telah dipelajari, pelajar juga dapat membina idea sendiri berdasarkan aktiviti yang dirancang oleh guru dan pelajar dapat menerokai sesuatu yang baru dan semangat ingin tahu akan meningkat.

Kelemahan yang terdapat dalam stail ini hanya sesuai untuk pelajar yang matang sahaja. Ini kerana ada diantara proses didalam stail ini yang memerlukan penilaian dan tahap pemikiran yang tinggi. Oleh itu, pelajar yan lemah berkemungkinan tidak dapat memahami aktiviti yang dijalankan berdasarkan stail penemuan terbimbing ini. Rumusan dan hasil dapatan daripada aktiviti ini juga berkemungkinan terpesong dan kurang tepat. Ini kerana mungkin guru terlepas pandang beberapa orang pelajar dan maklumat yang disampaikan tidak dapat diterima oleh pelajar itu dengan baik. Guru juga tidak dapat mengawal kelas secara keseluruhan .

Refleksi Microteaching Pengajaran mikro bagi Stail F iaitu stail penemuan terbimbing dilaksanakan oleh rakan saya Mohana. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kemahiran, topik permainan dan aktiviti yang dipilih ialah hantaran aras dada dalam permainan bola baling. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah

memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak. Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah memberi komen terhadap pengajaran mikro Mohana. Komen yang diberikan kepada dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, berasa yakin atas pengajaran dia, penanyaan soalan kepada murid meningkatkan interaksi antara murid dan dia, dia pastikan semua libatkan diri dalam pengajaran dia, demonstrasi yang dia tunjukkan jelas, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang diajar, penggunaan wisel, membantu murid yang menghadapi masalah semasa menjalankan aktiviti, kawalan kelas yang baik dan penggunaan bahasa yang jelas. Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian tempat untuk aktiviti terlalu sempit dan ini akan menyebabkan kecederaan berlaku, aktiviti yang dijalankan tidak

menepati topik yang dipilih kerana ramai yang membuat teknik hantaran atas kepala manakala teknik yang sebenarnya ialah hantaran aras dada dan permainan pada peringkat kemuncak tidak diberi penjelasan yang baik bagaimana untuk bermain dan para murid mengalami kekeliruan. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan. Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik yang betul.

REFLEKSI STAIL G (STAIL PENEMUAN BERTUMPU) NAMA PELATIH : S. SURIES & S. TINAGARAN TARIKH PEMBENTANGAN : 21 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Pada 21 september 2011, Suries Sundaram Sangaram telah membentangkan stail G iaitu Stail penemuan bertumpu. Gaya penemuan bertumpu ialah menemukan jawapan yang betul dengan menggunakan proses penemuan bertumpu. Gaya ini dicapai melalui penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran logic dan betul dengan menghubungkaitkan soalan yang membawa kepada tindak balas yang diingini. Objektif stail ini dibahagikan kepada dua objektif iaitu objektif subjek dan objektif tingkah laku. Objektif subjek satu jawapan atau satu penyelesaian untuk satu masalah, memperolehi cara penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran logik dan betul dan memperkembangkan sesuatu prosedur yang mengawal pengurusan kognitif yang membawa kepada penyelesaian masalah atau tujuan tindak balas seterusnya. Objektif tingkah laku ialah memberi respon yang betul dengan mempertahankan jawapan yang diperolehi, untuk mengaktifkan kemahiran logik, bertanya dan penyelesaian masalah. Suries membentangkan tentang peranan guru dan murid. Guru memastikan semua keputusan pra impak berfokus pada reka bentuk masalah yang mengikuti kognitif/penemuan fizikal yang dijangka, memperhatikan pelajar, guru bertindak sebagai fasilitator dan guru memberi jawapan dan membandingkan jawapan tersebut dengan jawapan pelajar. Guru juga menghasilkan keputusan atau rumusan dengan betul dan tepat daripada perbincangan pelajar. Manakala peranan pelajar pula pelajar boleh menghasilkan soalan, pelajar boleh mencari dan mengaturkan jawapan, pelajar juga perlu menghubungkaitkan jawapan, menumpukan maklumat dan menemui jawapan yang betul.

Kekuatan stail ini adalah berupaya melahirkan lebih banyak idea hasil dari kaedah cuba jaya yang dilakukan oleh setiap pelajar, pelajar berasa seronok apabila mereka dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru, pelajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri, guru juga dapat membentuk pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar dan stail ini dapat merapatkan hubungan antara guru dan pelajar. Kelemahan pulanya adalah pelajar yang lemah akan menghadapi masalah, dapatan yang salah boleh melemahkan pelajar, tidak semua tugasan sesuai dengan stail g, pelajar akan berasa bosan jika tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberi dan sesuai untuk pelajar yang matang pemikirannya.

Refleksi Microteaching Pengajaran mikro bagi Stail G iaitu stail penemuan bertumpu dilaksanakan oleh rakan saya Tinagaran. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kemahiran, topik olahraga acara padang dan aktiviti yang dipilih ialah lontar peluru teknik obrien. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak. Aktiviti yang dia laksanakan ialah aktiviti membuat lontaran peluru teknik obrien. Dia telah menyediakan tempat bagi kami melaksanakan latihan selama 10 minit dan kami berlatih teknik tersebut dengan bola sofbol. Permainan pada peringkat kemuncak ialah aktiviti secara berkumpulan dua. Permainannya ialah setiap pelajar membuat lontaran peluru teknik obrien yang betul dan mereka akan dapat mata mengikut teknik betul yang mereka lakukan. Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah memberi komen terhadap pengajaran mikro Tinagaran. Komen yang diberikan kepada dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, penanyaan khabar kepada murid merupakan permulaan yang bagus, berasa yakin atas pengajaran dia,

penanyaan soalan yang berkaitan dengan topik yang diajar oleh dia kepada murid, dia pastikan semua libatkan diri dalam pengajaran dia, tempat yang disediakan bagi menjalankan latihan baik, penggunaan wisel, penggunaan bola sofbol sebagai ganti peluru bagus kerana ia dapat mengelakkan sebarang kecederaan berlaku dan memberi pujian atas perlakuan para murid. Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian tempat untuk aktiviti tidak mengikuti peraturan lontar peluru, tidak mempunyai penahan bagi satu kumpulan malah menggunakan tali biasa, kawalan kelas yang kurang baik kerana para murid bebas milih tempat, tidak mempunyai interaksi yang baik semasa murid menjalankan latihan dan lupa untuk memberi tahu para murid untuk membuat pembentangan tentang teknik yang dipelajari. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan. Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik yang betul.

REFLEKSI STAIL H ( STAIL GAYA HASILAN TERCAPAH) NAMA PELATIH : B. SUGUNA & B. SUJANA TARIKH PEMBENTANGAN : 21 SEPTEMBER 2011

Refleksi pembentangan
Pada 21 September 2011, Suguna Balan telah membentangkan stail H iaitu stail gaya penemuan bercapah. Dalam gaya penemuan bercapah ini murid akan terlibat secara langsung di dalam proses penemuan dan membuat keputusan mereka sendiri di dalam sesuatu permasalahan yang ditugaskan kepada mereka, tugas guru adalah untuk membuat keputusan tentang sesuatu tajuk yang berkaitan dan soalan yang khusus serta logikal untuk disampaikan kepada murid, tugas murid pula menyelesaikan masalah dengan tepat dan mempersembahkannya atau membuat penemuan mereka sendiri tentang tugasan atau masalah yang diberikan kepada mereka secara khusus. Objektif stail H terbahagi kepada dua iaitu matapelajaran dan kelakuan. Objektif matapelajaran ialah mencari dan menghasilkan pelbagai jawapan atau pelbagai penyelesaian kepada soalan atau masalah dan menghasilkan pengalaman bercapah dalam operasi kognitif tertentu. Objektif kelakuan ialah hasil daripada pelbagai jawapan atau respon yang diberikan, ianya dapat menjadi perangsang dalam rasa puas hati, menjadi pelajar berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui rangsangan yang diberi dan menjadikan emosi, kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea alternatif. Suguna membentangkan peranan guru dan peranan murid. Peranan guru adalah membuat keputusan mengenai permasalahan yang hendak disoal oleh pelajar, guru juga menerima sebarang tindak balas daripada pelajar dan guru juga berkhidmat sebagai sumber pengesahan dalam kebanyakkan perkara. Manakala peranan murid pula ialah menghasilkan tindak balas mencapah (pelbagai tindak balas untuk soalan yang sama), memastikan kesahan tindak balas, mengenalpasti respon dalam subjek

tertentu berkaitan dengan soalan yang disoal atau tidak dan mewujudkan pelbagai kesan keputusan berbanding dengan stail stail lain. Kebaikan stail ini ialah pelajar lebih kreatif dan kritis, menggalakkan perkembangan kognitif pelajar, pelajar tidak terkongkong dengan arahan guru, aktiviti pembelajaran lebih menarik dan mencabar, pelajar dapat melakukan aktiviti secara bebas dengan mengikut kebolehan masing masing. Tambahan pula, melalui stail ini dapat memupuk semangat bersaing di kalangan individu ke arah pemantapan kemahiran dan pelajar dapat membuat penilaian sendiri. Kelemahan menggunakan stail ini adalah guru menghadapi penglibatan pelajar tidak menyeluruh, pelajar yang lemah bergantung harap pada pelajar yang cerdas, kesukaran untuk tentukan kejujuran pelajar, masa pembelajaran pula panjang dan bosankan. Lagipun stail ini sesuai untuk sesi p&p yang jumlah pelajarnya kecil dan kurang sesuai bagi pelajar yang lemah. Sebagai kesimpulan, stail penemuan bercapah dikenali sebagai pemikiran divergen memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Proses penemuan bercapah ini adalah kekal kendiri.

Refleksi Microteaching

Pengajaran mikro bagi Stail H iaitu stail penemuan bercapah dilaksanakan oleh rakan saya Sujana. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kecergasan, topik kelajuan dan aktiviti yang dipilih ialah teknik hantaran baten dalam larian berganti-ganti. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah

memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak.

Aktiviti yang dilaksanakan ialah larian berganti-ganti dengan pertukaran baten dua cara iaitu atas ke bawah dan bawah ke atas dalam kumpulan. Selama 10 minit, dia berikan masa untuk melaksanakan latihan kepada kami. Permainan pada peringkat kemuncak dia melaksanakan acara kumpulan iaitu run & win. Melakukan larian dalam kumpulan dengan buat hantaran baten dan berjaya melepasi kawasan yang ditanda. Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah memberi komen terhadap pengajaran mikro Sujana. Komen yang diberikan kepada dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, penanyaan khabar kepada murid merupakan permulaan yang bagus, berasa yakin atas pengajaran dia, penanyaan soalan yang berkaitan dengan topik yang diajar oleh dia kepada murid, pembahagian kumpulan sistematik iaitu mengikut turutan nama, dia pastikan semua libatkan diri dalam latihan, penggunaan wisel, menegur pelajar yang buat

pembentangan iaitu menyuruh kesavan yang memberi arahan kepada rakan yang membuat demonstrasi untuk berundur ke belakang agar semua dapat menyaksikan demonstrasi yang dilakukan oleh kumpulan kesavan dan penyediaan tempat bagi permainan kemuncak sesuai dan selamat. Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian masa yang kurang baik, kawalan kelas yang kurang baik kerana para murid telah berasa seronok lalu berlari jauhan, permainan kemuncak begitu singkat iaitu beri peluang sebanyak sekali sahaja dan murid rasa sedih kerana tidak dapat bermain sekali lagi. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan. Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik yang betul.

Anda mungkin juga menyukai