Anda di halaman 1dari 14

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 13

UNIT PELAJARAN 2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan sejarah perkembangan pendidikan khas mengikut peringkat. 2. Menjelaskan sejarah perkembangan mengikut kategori berkeperluan khas. 3. Menjelaskan perkembangan pendidikan khas di Luar Negara.

PENGENALAN
Sekarang kita telahpun memasuki topik ke dua iaitu topik yang akan membincangkan sejarah pendidikan khas di Malaysia secara khusus dan antarabangsa secara amnya. Sejaran perkemangan pendidikan khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh badan-badan sukarela dalam dan di luar negeri serta peranan kerajaan sebagai penggerak utama. Peringkat yang pertama dari awal sehingga akhir 1947 Peringkat kedua dari 1948 hingga 1980 Peringkat yang ketiga dari 1981 hingga ke masa kini

PERINGKAT PERTAMA: AWAL DAN SEHINGGA AKHIR TAHUN 1947


Pada peringkat permulaan, peranan utama dalam pendidikan khas dan pemulihan pelbagai kecacatan disumbangkan oleh institusi-institusi keluarga dan masyarakat yang terdiri daripada pertubuhan agama, etnik, ibu bapa, dan badan sukarela bersifat tempatan dan antarabangsa. Minat terhadap pendidikan khas di Malaysia bermula pada tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia (Nurul Huda Abd Halim, 2009). Pada peringkat awal penubuhan, ia hanya memberi khidmat kepada mereka yang bermasalah penglihatan di sekolah Rendah Pendidikan Khas St Nicholas di Pulau Pinang dan Sekolah Rendah Pendidikah Khas Princes Elizabeth di Johor Bharu (Mohd Sharani Ahmad, 2006). Sekolah Rendah Pendidikan Khas Alma (St. Nicholas) di Pulau Pinang dan Sekolah Puteri Elizabeth di Johor Bahru merupakan dua buah sekolah rendah yang paling awal menyediakan kemudahan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan, iaitu masingmasing dalam tahun 1926 dan 1949 (Wong Huey Siew dan Sandiyao Sebestian, 2002).

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 14 Manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang pula dibina khusus untuk masalah pendengaran. Pada peringkat awal sekolah-sekolah ini adalah sekolah bukan kerajaan, dan kemudiannya sekolah ini ditukar kepada sekolah pendidikan khas Separuh Bantuan. Walaubagaimanapun pada hari ini sekolah-sekolah ini telah ditukar statusnya menjadi Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Bantuan Penuh Kerajaan. Pada zaman penjajahan Inggeris, usaha untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pendidikan bagi komuniti khususnya bagi mereka yang bermasalah penglihatan di negara-negara Asia termasuk Tanah Melayu telah dipelopori oleh pergerakan sosial yang terdiri daripada institusi-institusi yang bercorak keagamaan. Seorang sarjana dari barat bernama Bourgeault (1970) turut menyuarakan pandangan ini. Seterusnya, seorang tokoh pendidikan khas tempatan yang bernama Chua Tee Tee dalam rencana beliau (Pendidikan Khas di Malaysia) yang diterbitkan di Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1970, antara lain menyebut bahawa pendidikan khas di negara ini boleh dikatakan telah bermula apabila Misi Anglican mendirikan rumah dan Sekolah St. Nicholas bagi OKUP di Melaka pada tahun 1926. Ia telah dipindahkan ke Pulau Pinang pada tahun 1931. Pada ketika itu (1970), sekolah berkenaan menjaga seramai 80 orang kanak-kanak bermasalah penglihatan di peringkat sekolah rendah. Dengan kata lain, sekolah ini merupakan sekolah khas yang pertama di Malaysia bagi kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas (Wong Huey Siew dan Sandiyao Sebestian, 2002).

PERINGKAT KEDUA: DARI TAHUN 1948 HINGGA TAHUN 1980


Tahun 1948 merupakan satu historical milestone dengan memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan beberapa buah sekolah seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954).Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemaskan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan kanak-kanak khas. Antaranya, satu model penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas bermasalah pendengaran bermula dari tahun 1979 hingga 1981 dan 1984 hingga 1986. Selepas kemerdekaan, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menunjukkan inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk memajukan sistem pendidikan dan bekerja keras untuk mempertingkatkan kemudahan di semua sekolah. Pendidikan bagi komuniti minoriti yang berkeperluan khas di negara ini juga turut mendapat perhatian daripada pihak berkuasa. Justeru, kemudahan dan perkhidmatan pendidikan bagi golongan pelajar berkeperluan khas ini telah mengalami zaman anjakan paradigma terutamanya dalam tempoh tahun 1960 dan seterusnya. Ini adalah kerana pihak kerajaan telah merangka satu dasar pendidikan nasional yang komprehensif dan menjadikan perkara mengenai pendidikan khas sebagai sebahagian daripada agenda penting dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi bagi golongan istimewa di Malaysia. Sebelum mencapai kemerdekaan, didapati bahawa kerajaan tidak melibatkan diri secara langsung dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi golongan pelajar berkeperluan khas kerana tanggungjawab ini telah dipikul oleh pertubuhan sukarela. Selepas kemerdekaan, keadaan ini telah berubah terutamanya selepas tahun 1960. Pada masa itu, kerajaan telah mengambil bahagian yang aktif dalam perihal pendidikan khas, contohnya menyediakan keperluan asas bagi pelajar-pelajar istimewa seperti

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 15 mana yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 (Wong Huey Siew dan Sandiyao Sebestian, 2002). Dari aspek latihan guru-guru khas pula telah dimulakan pada tahun 1962 dalam bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran pada tahun 1963 di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Kuala Lumpur. Langkah memulakan program latihan guru-guru pendidikan khas di maktab perguruan tempatan adalah wajar kerana usaha menghantar guru-guru mengikuti kursus pendidikan khas ke seberang laut sebelum ini melibatkan belanja yang besar. Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan ditubuhkan bagi menguruskan program pendidikan khas pada tahun 1964. Unit Pendidikan Khas diletakkan di bawah pengurusan bahagian sekolah. Kesannya suatu Perakuan Kabinet iaitu perakuan 169, 170, 171, 172 dan 173 diterbitkan. Sehubungan dengan itu, beberapa perubahan berlaku bagi membantu memaju dan meluaskan skop program dan aktiviti Pendidikan Khas. Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, maka kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu daripada pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan (Nurul Huda Abd Halim, 2009). Manakala dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. (Noorazimah binti Mohd Noor, 2008). Akta ini memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas.

PERINGKAT KETIGA: DARI TAHUN 1981 HINGGA MASA KINI


Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam peringkat ketiga di mana perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan kewangan dan khidmat kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas. Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu pada Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat 1981 menegaskan full participation and justice, dan tidak lagi bergantung kepada campassion of charity sebagai temanya. Ini bagi menjamin semua kerajaan yang menjadi anggota pertubuhan mengamalkan dasar the disabled child, pupil or adult is entitled to benefit in the equalization of all spheres of activities, namely education, social, political and economic. Kerajaan Malaysia melalui konsep kerjasama antara kementerian yang melibat Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan utama dalam enam aspek iaitu: I. Mengutamakan pelbagai strategi dan program yang bersifat intervensi awal (early intervesion) dan pencegahan (potentially preventable) pelbagai kecacatan dari peringkat bayi dan penempatan kanak-kanak dalan program pemulihan dan pendidikan bersesuaian.

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 16 II. Mewujudkan pelbagai jawatan kuasa antara kementerian bertujuan menyelaras dan memantau perkembangan pelaksanaan program (in- built evaluation and monitoring system for adjustment, correction and improvement). Mengutamakan golongan yang tinggal di luar bandar. Mengutamakan pendekatan barsifat local community-based daripada the specialized residential centre. Menggalakkan decentralization bagi pusat, sekolah, kelas khas dan specialized di peringkat daerah, negeri dan wilayah dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja. Mewujudkan kerjasama serantau dan peringkat antarabangsa dengan agensi-agensi kerajaan.

III. IV. V.

VI.

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Mengikut Kategori


Sejarah perkembangan pendidikan khas lebih jelas dan terperinci dapat dilihat mengikut

program pendidikan khas iaitu program bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, bermasalah pembelajaran dan pendidikan inklusif.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan


1926 : Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih diperkenalkan Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih diperkenalkan Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu

1931 1948

: :

1953 1958 1962

: : :

1963

1977

1978

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 17 untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu 1983 : Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyelenggaraan alatan Braille

1984

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran


1954 : Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang 1963 : Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia KodTangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

1978

1979

1985

1987

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 18

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran


1988 : Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran

Program Pendidikan khas Terencat Akal


1955 1964 1966 1969 1975 1979 1982 : Pembukaan Rumah Jubilee, Johor Bahru oleh kementerian Kebajikan Am : Penubuhan persatuan Terencat Akal Selangor. : Sekolah Khas Semangat Maju, Ipoh (Sekolah Terencat Akal Kg. Tawas) dikelola oleh Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Perak. : Sekolah Terencat Akal Pulau Pinang di Green Lane (Jalan Tun Sardon Jubir) : Taman Sinar Harapan Johor Bahru di bawah kendalian Kementerian Kebajikan Masyarakat : Rumah Tunku Ampuan Najihah Seremban di bawah kendalian Kementerian Kebajikan masyarakat. : Taman Seri Puteri Kuala Terengganu dikendali oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat. : Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bahru, Selangor. : Sekolah Khas Seri Mangasih, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan membuka kelas

1988

Program Pendidikan Khas Percantuman/Inklusif


1962 : Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur Pembukaan kelas-kelas program inklusif secara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

1988

1993

1994

1995

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 19

Bincangkan perkembangan pendidikan khas dari aspek latihan guru dari tahun 1990an hingga kini.

Perkembangan Pendidikan Khas Luar Negara


Perkembangan pendidikan khas di luar negara banyak mempengaruhi falsafah dan pemikiran perkembangan pendidikan khas dalam negara. Perkembangan pendidikan khas di United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mencorak program pendidikan khas di Malaysia dari aspek akta, kurikulum kaedah dan strategi pengajaran dan penilaian mengikut kategori berkeperluan khas.

United Kingdom
Banyak sekolah pendidikan khas di United Kingdom dibuka pada abad ke 19 dan ia merupakan produk yang terhasil daripada usaha mereka yang mendapat kesedaran dan berada dalam sistem pendidikan supaya perubahan dapat dibuat. Pelopor lama yang semakin dilupakan seperti Cik Bennett yang membuka sekolah pendidikan khas di pondok iaitu Battersea Park, London untuk kanak-kanak tempatan pembawa penyakit TB dan kanak-kanak yang tidak dibenarkan pergi ke sekolah, akhirnya mendapat apa yang mereka inginkan apabila kanakkanak ini diajar mata pelajaran utama (Abbott, 2001). Menurut Abbort (2001) lagi, dalam masa yang sama, tenaga pengajar sekolah pendidikan khas ini perlu berjuang untuk memastikan golongan muda yang diamanahkan kepada mereka diberikan peluang untuk terlibat sepenuhnya dalam pendidikan dan kehidupan sosial masyarakat di sekeliling mereka. Di United Kingdom, bidang pendidikan khas kadangkala merupakan satu bidang yang 'confrontational and litigious' (Whitbourn, 2002). Bilangan kes mahkamah yang bertambah dalam bidang pendidikan khas telah menyumbang kepada perkembangan undang-undang pendidikan khas di United Kingdom. Keadaan ini menghasilkan satu specialism of education law (Whitbourn, 2002). Sejak implementasi Akta Pendidikan 1981 (Education Act 1981) di United Kingdom sehingga Akta Special Educational Needs and Disability Act (SENDA) 2001, langkah yang signifikan telah diambil oleh pihak sekolah, kolej, dan pihak penguasa pendidikan tempatan (Local Education Authorities LEA) untuk memajukan sistem pendidikan khas. Perkembangan juga berlaku dalam cara yang digunakan untuk mengesan dan mengenal pasti pelajar yang memerlukan perkhidmatan istimewa dalam bidang pendidikan khas, serta persediaan bantuan yang sesuai untuk golongan pelajar tersebut. Sebaliknya, negara maju yang lain telah mendahului United Kingdom dari segi meminda dengan memperkenalkan dan memperkukuhkan rangka perundangan yang mengawal sistem pendidikan khas. Undang-undang mencegah diskriminasi terhadap golongan yang kurang upaya telah diperkenalkan di Amerika Syarikat (Americans with Disabilities Act 1990), Australia (Disability Discrimination Act, 1992), dan di New Zealand (Human Rights Act, 1993).

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 20 Pada peringkat permulaan, kerajaan United Kingdom tidak memberikan perhatian kepada perkembangan undang-undang tersebut. Walau bagaimanapun, kertas kerja iaitu Green Paper yang bertajuk A Consultation on Government Measures to Tackle Discrimination Against Disabled People telah diterbitkan pada tahun 1994. la diikuti dengan kertas kerja White Paper yang bertajuk Ending Discrimination Against Disabled People pada tahun 1995 telah mengubah pandangan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Cadangan kedua-dua laporan Green Paper dan White Paper) ini dicantumkan dan seterusnya dijadikan Akta Disability Discrimination Act 1995 (DDA). Akta DDA 1995 ini melarang pihak tertentu melakukan sesuatu tindakan yang berbentuk diskriminasi terhadap golongan yang kurang upaya seperti di dalam bidang pendidikan, pekerjaan, penyediaan kemudahan dan juga perkhidmatan. Malangnya, pelajar yang kurang upaya tidak dapat bergantung pada peruntukan di bawah DDA 1995 sahaja untuk membuat aduan bahawa mereka telah mengalami diskriminasi. Rasional yang diberikan ialah sesuatu aduan itu boleh dilakukan dengan menggunakan peruntukan di dalam undangundang yang lain, seperti Akta Pendidikan 1996 di mana terdapat peruntukan yang disediakan untuk pendidikan khas. Pada tahun 1997, kerajaan United Kingdom telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula peruntukan berkaitan dengan diskriminasi dalam kalangan golongan kurang upaya. Pada masa yang sama, dua agenda pendidikan baru telah timbul iaitu tuntutan untuk inclusion (inklusif) yang bertambah, dan kehendak meningkatkan integrasi pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa di sekolah. Pada bulan Oktober 1997, kertas kerja (Green Paper) bertajuk Excellence for All Children: Meeting Special Educational Needs telah diterbitkan. Lebih daripada 3,600 respon diperolehi daripada ibu bapa dan organisasi tertentu. Di United Kingdom, SENDA 2001 telah meminda peruntukan yang didapati dalam dua bentuk undang-undang yang lama iaitu Akta Pendidikan 1996 dan DDA 1995. Di samping itu, SENDA 2001 juga menukarkan peruntukan yang didapati di dalam dua akta yang lain iaitu the School Standards and Framework Act 1998, dan, the Disability Rights Commission Act 1999, dua perkara baru yang ditegaskan di dalam SENDA 2001 ialah aspek inclusion dan peruntukan yang disediakan untuk golongan yang mempunyai keperluan khas. SENDA 2001 memberikan tumpuan pada aspek inclusion golongan yang kurang upaya. Langkah-langkah untuk mempertingkatkan agenda inclusion dalam pendidikan khas yang terdapat dalam SENDA 2001 (dipakai di negeri England dan Wales) terdiri daripada peruntukan seperti berikut:(a) memperkukuhkan hak kanak-kanak berkeperluan khas untuk dididik dalam sekolah biasa apabila dikehendaki oleh ibu bapa dan kepentingan kanak-kanak yang lain masih boleh dilindungi. (b) memerlukan LEA menyediakan nasihat dan maklumat serta cara menyelesaikan pertelingkahan kepada ibu bapa berkenaan. (c) memerlukan LEA mematuhi tempoh masa yang diarahkan oleh Tribunal Pendidikan Keperluan Khas.

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 21 (d) memerlukan pihak sekolah memaklumkan ibu bapa apabila pendidikan khas disediakan untuk anak mereka dan membenarkan sekolah meminta penilaian statutori mengenai keperluan pendidikan khas pelajar.

Amerika Syarikat
Di Eropah, pada abad ke-18 dan abad ke-19, kanak-kanak tidak normal atau cacat diasuh dan dididik oleh institusi khas, iaitu mereka diasingkan daripada masyarakat. Masyarakat berkepercayaan bahawa kanak-kanak cacat perlu di latih melalui program khas di institusi khas disebabkan ketidaknormalan ataupun kecacatan mereka. Mereka yang tidak normal atau cacat perlu diberi perhatian khas (Sufean Hussin, 2008). Pada tahun 1810, idea Johnn Wilhelm Klein, tidak mendapat sambutan di kalangan masyarakat Eropah ketika itu. Hal ini kerana, beliau berpendapat bahawa kanak-kanak cacat atau tidak normal sepatutnya belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang normal dan adalah tidak munasabah pengasingan kanak-kanak cacat atau tidak normal kerana beliau beranggapan bahawa apabila dewasa kelak mereka dikehendaki berasingan dalam masyarakat bersama-sama orang yang normal. Namun selepas 90 tahun kemudian, idea Wilhelm Klein telah dihidupkan semula. Alexander Graham Bell dalam Sufean Hussin (2008), menganjurkan bahawa kanak-kanak pekak sepatutnya dibiarkan bersekolah bersama-sama dengan kanak-kanak normal tetapi mereka perlu diasingkan di kelas khas. Walau bagaimanapun, mereka yang pekak akan mempelajari mata pelajaran yang sama seperti mereka yang normal. Ini menampakkan kemunasabahan dan kebaikannya dari segi perkembangan psikologi bagi mereka yang cacat. Hasilnya, pada tahun 1900 kebanyakan sekolah awam di Amerika Syarikat telah menubuhkan kelas khas bagi mereka yang buta, pekak, terencat akal, cacat anggota badan, dan masalah dalam pertuturan. Era selepas tahun 1900 menyaksikan perkembangan pesat penubuhan kelas khas di sekolah awam, khasnya di Amerika Syarikat dan dunia amnya. Dalam kepesatan perkembangannya itu, timbul pula keperluan untuk mentakrif semula pengertian ketidaknormalan, kecacatan dan terencat akal yang mewujudkan sesuatu kesan kecacatan. Di Amerika Syarikat pada tahun 1950-an, kekeliruan pentakrifan perkataan yang dinyatakan telah menyebabkan kekeliruan dari segi penempatan atau penakrifan penempatan kanak-kanak berkenaan di sekolah awam. Akibatnya wujud beberapa kes saman-menyaman daripada keluarga yang mempunyai kanak-kanak cacat akal atau fizikal terhadap pihak kerajaan tempatan. Oleh itu, pada tahun 1963, Presiden John F.Kennedy telah meluluskan kertas perundangan Public Law 94 142 yang menghuraikan takrifan serta perkhidmatan untuk kanak-kanak cacat. Manakala National Education Association (NEA) di Amerika Syarikat pula telah meluluskan resolusi pendidikan untuk kanak-kanak cacat (Sufean Hussin, 2008). Menurut psychology wikia, pada tahun 1950-an dan 1960-an Persatuan Keluarga dan Advokasi telah ditubuhkan untuk membela nasib kanak-kanak kurang upaya. Kerajaan

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 22 persekutuan telah memperuntukan dana dan undang-undang yang menyokong, membangun dan melaksanakan program-program serta perkhidmatan untuk memenuhi keperluan mereka. Undang-undang tersebut antaranya adalah melatih para profesional dan guru yang bekerja dengan mereka yang mempunyai masalah mental yang termaktub pada tahun 1958 dan 1959. Pada tahun 1961 pula, latihan kepada guru dalam masalah pendengaran diperkenalkan. Seterusnya pada tahun 1965 peruntukan dana telah disalurkan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah untuk membantu serta mendidik kanak-kanak kurang upaya. Kemudian, pada tahun 1968, tabung kanak-kanak kurang upaya diwujudkan bagi membantu masalah yang mereka hadapi. Bahagian 504 daripada undang-undang Rehabilitasi tahun 1973 telah menjanjikan hakhak sivil untuk orang kurang upaya dalam konteks agensi yang dibiayai kerajaan persekutuan atau program atau kegiatan persekutuan akan menerima bantuan kewangan. Hal ini diperlukan untuk penginapan sekolah orang kurang upaya termasuklah akses kepada bangunan dan struktur serta meningkatkan integrasi dalam masyarakat. Pada tahun 1975, undang-undang awam (PL 94-142) telah memberikan hak istimewa kepada kanak-kanak kurang upaya untuk menerima pendidikan secara percuma. Pendidikan percuma ini bertujuan memastikan kanakkanak kurang upaya menerima pendidikan dengan memberi penekanan terhadap pendidikan khas dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan mereka. Kedua adalah untuk melindungi hak kanak-kanak kurang upaya ini serta penjaga mereka. Kemudian membantu negara dan lembaga pendidikan tempatan untuk menyediakan pendidikan bagi semua kanakkanak kurang upaya. Akhir sekali adalah untuk menilai dan menjamin keberkesanan usaha untuk mendidik semua kank-kanak kurang upaya. (Psychology wikia) Pada tahun 1986, undang-undang dikaji semula dan dipinda kerana memasukkan bayi yang berumur 2 tahun ke bawah yang mempunyai masalah kurang upaya termaktub dalam undang-undang ini serta layak untuk mendapat peruntukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan. Amerika memberi perlindungan kepada orang cacat dan menentang diskriminasi terhadap mereka seperti yang diperuntukan dalam Civil Right Act of 1964. Di samping itu, pada tahun 1990, skop pendidikan khas diperluaskan kepada kategori autism dan kecederaan otak traumatik dan pada tahun 1997, telah diperluaskan lagi dengan menerima kanak-kanak hyper aktif (ADHD). The Elementary and Secondary Education Act of 2001 diperkenalkan adalah untuk memastikan pelajar mencapai kecemerlangan akademik walaupun mereka dalam kalangan kurang upaya seperti mereka yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran dan fizikal. Seterusnya The Assistive Techology Act of 2004 telah memberi sokongan kepada sekolah yang mahu membuat pinjaman terhadap pembelian barangan teknologi untuk sekolah tersebut. Dalam tahun 2004 juga, kanak-kanak kurang upaya yang melibatkan diri dalam kegiatan dengan senjata api, dadah, atau kekerasan boleh di tempatkan dalam tatacara pendidikan alternatif sementara seperti yang terkandung dalam akta Disabilities Education Act.

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 23

a.Bincangkan akta pendidikan khas 1969 hingga 1996 b. Terangkan kesan akta pendidikan khas 1996 terhadap perkembang pendidikan khas di Malaysia.

RUMUSAN 1. Sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia melalui tiga fasa utama iaitu fasa pertama awal 1920an hingga 1947; Fasa kedua dari 1948 hingga 1980 dan Fasa ketiga 1981 hingga kini. 2. Setiap peringkat sejarah perkembangan memperlihatkan kesedaran dan keprihatinan pihak NGO dan pihak kerajaan dalam membela nasib kanak-kanak berkeperluan khas. 3. Pembentukan perundangan dan akta pendidikan sama ada dalam negara atau luar negara memberi kesan yang besar terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. 4. Kerjasama antara kementerian membuka ruang kerjasama dan pembelaan kanakkanak berkeperluan khas peringkat antarabangsa. 5. Perkembangan pendidikan khas luar negara khususnya United Kingdom dan Amerika Syarikat serta pengenalan pelbagai akta memberi ruang dan melindungi hak untuk murid berkeperluan khas mendapat kemudahan pendidikan dan mendapat bantuan kewangan. Secara keseluruhan terdapat perbezaan sejarah perkembangan pendidikan khas dalam negara dan luar negara. Perbezaan ini membawa kepada perbezaan ciri-ciri akta pendidikan di Malaysia dengan akta pendidikan di United Kingdom dan dan Amerika Syarikat. Penyataan Akta OKU 2008, Akta Pendidikan 1996,Akta Pelajaran 1961 dan Perakuan Kabinet perkara 169-172 di Malaysia dan PL 94-142, ADA Act 1990, DDA 1995 di luar negara memberi kesan yang besar terhadap perkembangan pendidikan khas secara keseluruhannya.

Rujukan
Abbort, C. 2001. Special educational needs: becoming more inclusive dlm J. Dillon dan M. Maguire (ed.) Becoming a Teacher:Issues in Secondary Teaching, edisi kedua, Buckingham: Open University Press. Americans with Disabilities Act 1990. (1990). Washington DC. Billington, T. 2000. Separating, Losing and Excluding Children: Naratives of Difference, London: RoutledgeFalmer. Disability Discrimination Act 1992. (1992). Australia. Education Act 1981. (1981). London for all children: Meeting special educational needs (1997). Cmnd 3785, London.

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 24 From exclusion to inclusion: A report of the disability rights task force on civil rights for disabled people (1999).London:Department for Educationand Employment. Disability Discrimination Act 1992. Australia. Heward. W.L.1996.Exceptional Children:An Introduction to special education(5thed.) Englewood Cliffs, NJ: Merril/Printice-Hall. Human Rights Act 1993. (1993). New Zealand. Kirk, S.A. et.al (1993). Pendidikan Khas. Dipetik daripada http://ppdlms.edu.my/pk/. Pada 20 November 2009 : 2.13 am. Masalah Pendidikan. (2006). Universiti Malaya. Mohd Faidz Hj Ibrahim: Insan Istimewa Permata Hati. Dipetik pada http://www.scribd.com/doc/21250478/Pendidikan-Khas. Pada 11 November 2009:9:00 pm. Nasaruddin et. al (2008). Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas. Dipetik daripada http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/sejarah-perkembangan-pendidikankhas.html. Pada 21 November 2009 : 3.25 pm Nurul Huda Abd Halim, (2009 Februari 14): Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas. Di Petik pada http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/sejarah-perkembangan-pendidikan khas.html. Pada 11 November 2009: 8.45 pm. Noorazimah Mohd Noor. (2008, Mei 16): Latar Belakang Pendidikan Khas di Malaysia. Dipetik daripada. http://www.spe-ed.net/pk-sejarah.php. Pada 11 November 2009:8.30 pm

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 25

K a n a k - k a n a k B e r m a s a l a h P e m b e l a j a r a n | 26

Anda mungkin juga menyukai