Anda di halaman 1dari 15

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2011

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

790719115159001 0172230940 makanan_percuma@yahoo.com

790719-11-5159

PUSAT PEMBELAJARAN

TERENGGANU

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF2103

ISI KANDUNGAN

Muka surat

Pendahuluan Bahagian Satu


Senario di Kelas Amanah

Bahagian Dua
Masalah: Apa hubungannya dengan teori? 6

Bahagian Tiga
Pelan mengatasi masalah Kelas Amanah Berlandaskan teori pembelajaran 10

Penutup Apendiks

14

15

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 PENDAHULUAN

HBEF2103

Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar di dalam sesebuah bilik darjah jika tiada sebarang masalah wujud dan ditimbulkan. Pun begitu, amat jarang sekali sesebuah kelas itu mengalami persekitaran begitu secara semulajadi. Ini disebabkan kerana guru-guru berhadapan dengan murid yang berbeza dari pelbagai aspek, maka tidak hairanlah biasanya di dalam sesebuah kelas itu muncul pelbagai masalah dan kerenah. Ini adalah apa yang cuba diutarakan di dalam tugasan ini. Dalam tugasan ini saya membahagikan kepada 3 bahagian yang mana pada bahagian pertama, saya cuba catatkan scenario kelas yang saya lihat sendiri setiap hari dalam tempoh waktu yang panjang. Pada bahagian kedua pula saya cuba mengenalpasti beberapa masalah yang mana saya telah hubungkaitkan dengan teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah dan sedang pelajari sehingga hari ini. Bahagian akhir dari tugasan ini pula, merupakan tulisan-tulisan saya yang berupa cadangan dan pelan bagi mengatasi masalah tersebut. Cadangan dan pelan yang saya utarakan ini adalah juga berdasarkan kepada teori pembelajaran itu sendiri. Saya mengharapkan dengan terhasilnya tugasan ini dapat memberi sedikit maklumat yang boleh dimanfaatkan kepada sesiapa yang membacanya dan sudah tentu ia diharapkan dapat memberi manfaat kepada saya sendiri.

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 BAHAGIAN SATU: SENARIO DI KELAS AMANAH Seringkali, factor kepelbagaian perbezaan individu dari segi kecerdasan,

HBEF2103

sosioemosi, factor latar belakang sosio ekonomi keluarga dan sebagainya menjadi satu cabaran kepada seorang guru bagi mendendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam tugasan ini, saya akan cuba membawa scenario sebuah kelas yang saya amat rapat dengannya di mana saya telah cuba meneliti permasalahan permasalahan yang telah wujud di dalam kelas tersebut. Kelas yang saya maksudkan adalah kelas Amanah. Kelas Amanah adalah sebuah kelas daripada pecahan kelas Program Pendidikan Khas di sebuah sekolah. Kelas ini terdiri daripada 9 orang murid yang telah dipilih khas berdasarkan tahap pembelajaran mereka. Di dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, murid yang boleh belajar dan tidak mengalami kesulitan dari segi aspek fizikal; psikomotor kasar dan halus dikategorikan sebagai high function dan murid yang mempunyai masalah fizikal; psikomotor halus dan kasar terutamanya, serta kemampuan belajar terhad dikategorikan sebagai low-function. Murid-murid kelas Amanah adalah murid-murid high-function yang paling terkedepan dari segi pembelajaran berbanding murid-murid lain di dalam program ini di sekolah tersebut. Mereka sepatutnya boleh belajar seperti murid-murid arus perdana (normal) yang lain, cuma dari segi pembelajaran, mereka agak sedikit lambat kerana murid kelas ini terdiri daripada murid-murid slow learner ataupun lembam. Namun begitu, mereka boleh mengikuti pembelajaran akademik seperti biasa setelah dimoderasikan sukatan pembelajaran mengikut tahap mereka Walaupun begitu, kelas Amanah sentiasa kelihatan tidak terkawal, bising dan kurang tumpuan untuk belajar kebelakangan ini. Setaip kali sesi pembelajaran akademik, akan ada murid yang membuat bising, bermain dan tidak memberi tumpuan kepada pelajaran, malah sering memohon untuk keluar ke tandas secara bergilir-gilir sehinggakan guru terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memastikan bahawa kesemua sembilan orang murid tersebut ada di dalam kelas untuk bersedia belajar . Apabila kesemuanya berada di dalam kelas, maka terjadilah pula suasana bising yang dimulai oleh

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 belajar kepada murid yang benar-benar ingin belajar.

HBEF2103

seorang dan berjangkitan kepada murid-murid yang lain sekaligus menghilangkan kesedian

Semasa kelas dan pembelajaran berjalan pula, agak sukar untuk guru berpusing untuk mencatatkan sesuatu atau menampal bahan pembelaran untuk diterangkan di papan putih kerana sebaik sahaja guru berpusing, akan mulalah kedengaran riuh rendah dan gurauan murid sesame mereka yang kadang-kadang menimbulkan perbalahan sesame sendiri. Ada juga guru yang langsung tidak boleh mengajar kerana apabila guru tersebut memberi perhatian kepada murid yang membuat masalah, murid lain pula tiba-tiba melakukan masalah seperti bising, dan mengganggu rakan dan apabila guru tersebut memberi perhatian kepada murid itu, murid lain pula yang membuat masalah. Ia seperti berjangkitan dari seorang murid dengan murid yang lain. Bila tiba kejadian-kejadian seperti itu, murid yang tadinya berminat untuk belajar akan turut terganggu dan merasa bosan. Ada yang lebih suka melukis dari mengikuti pengajan guru, dan ada juga yang berkhayal dan membuat hal sendiri walaupun setelah keadaan mula reda dari kebisingan dan gangguan-gangguan rakan mungkin disebabkan oleh protes atau berasa jemu, Apabila guru bertanyakan itu dan ini kepadanya, dia langsung tidak mahu mengambil bahagian dalam soal-jawab walaupun dirangsang dengan pembayang. Kejadian-kejadian bising melampau, murid suka bermain dan mengganggu rakan seterusnya menyebabkan hampir keseluruhan murid kelas Amanah tidak minat belajar biasanya terjadi semasa guru perempuan mengajar dan semasa mata pelajaran-pelajaran akademik teras seperti Bahasa Melayu. Dalam mata pelajaran kemahiran seperti Kemahiran Hidup dan Seni, hal sebegitu biasanya kurang kerap terjadi. Begitu juga dengan Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sosial Alam Sekitar, murid kelihatan kurang mebuat bising dan bermain.

BAHAGIAN DUA : MASALAH: APA HUBUNGANNYA DENGAN TEORI?

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF2103

Setelah diteliti dan diamati, kelas Amanah yang dahulunya terkawal tetapi sekarang bertukar menjadi sebuah kelas yang bermasalah adalah di sebabkan beberapa factor. Dalam bahagian ini, saya akan cuba mengenalpasti beberapa punca masalah dan saya akan cuba hubungkaitkan dengan beberapa perkembangan dan teori pembelajaran.. Pertamanya, faktor kehadiran murid baru yang saya namakan sebagai Najib. Najib adalah murid yang baru dua bulan memasuki sekolah dan kelas berkenaan. Tidak seperti murid-murid yang lain dalam kelasnya, Najib agak pandai dalam pembelajaran, malahan dia boleh menghafal perkataan dalam Bahasa Inggeris serta mengingati ejaannya dengan cepat walaupun dia dikategorikan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Selain itu, memang sifat semula jadinya adalah sangat suka bercakap. Dia suka bercakap tentang pengalamannya yang telah lama dan baru lepas. Dia terlalu gemar bercerita. Bila di suruh berhenti, dia akan berhenti sekejap, kemudiannya menyambung kembali ceritanya tadi atau membuka cerita baru yang juga mengenai tentang pengalamannya. Ayahnya, pernah memberitahu bahawa tabiat bercakap anaknya itu semakin bertambah dari sehari ke sehari menyamai tabiat adiknya ketika muda. Sigmund Freud (1856-1939), seorang ahli neurologi dari Austria1, yang terkenal dengan teori psikoanalisisnya, percaya bahawa dalam diri manusia terdapat tiga alam kesedaran iaitu alam sedar, alam pra-sedar dan alam tidak sedar. Menurutnya, alam tidak sedar merupakan pendorong asas kepada tingkah laku manusia. Ia mengandungi kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya, manusia akan bertindak dan menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh orang ramai.2. Freud percaya bahawa ingatan masa lalu individu disimpan secara tidak sedar. Teori Freud tentang tingkat perkembangan kesedaran ini, sedikit sebanyak ada persamaan dengan yang berlaku terhadap Najib. Perlakuan Najib yang suka bercakapcakap itu seperti seseorang yang bercakap di bawah sedar. Bila di suruh berhenti, dia

1 2

http://en.wikipedia.org/wiki/Sigmund_Freud Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, (2011) HBEF 2103 Psikologi Pendidikan, OUM

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 kembali bercakap seperti tiada kawalan dalam dirinya.

HBEF2103

seperti teringat bahawa dia terlalu banyak bercakap. Dan selang beberapa detik dia mula

Percakapan Najib, samada cerita-ceritanya diajukan dengan guru atau dengan rakan lain, menyebabkan sahut-sahutan sesama sendiri dan menyebabkan kelas menjadi bising sehingga menggangu keberadaan kelas. Daripada bercakap, samada mengiyakan cerita atau menolak cerita-cerita, kadang-kadang menimbulkan suasana tegang dan berlaku pergeseran. Ada juga murid yang cuba mengenengahkan cerita masing-masing melalui pengalaman masing masing dan memperlekehkan cerita sesama sendiri. Yang nyatanya kehadiran Najib menimbulkan suasana kebisingan dan keriuhan kelas. Ini dibuktikan sendiri, apabila Najib tidak hadir ke sekolah, kelas menjadi sunyi. Murid menumpukan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Bila keadaan seakan menunjukkan suasana seperti akan wujud kebisingan, guru cepat-cepat mengawal dan kelas menjadi seperti sediakala. Murid kembali menumpukan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dengan sendirinya menunjukkan, betapa kuatnya pengaruh Najib ke atas kawan-kawannya. Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan teori perkembangan psikososial Erickson yang keempat iaitu tahap industri lawan rasa rendah diri (6 hingga 12 tahun) yang dikarang dalam bukunya yang terkenal berjudul The Life Cycle Completed3 . Oleh kerana pada usia ini, kebanyakan masa kanak-kanak dihabiskan disekolah, guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kanak-kanak. Diantara guru dan rakan sebaya pula, sesiapa yang mempunyai sifat dominan berjaya mempengaruhi murid lain. Dalam konteks ini, saya melihat Najib lebih dominan kerana sifat suka bercakapnya yang berada dibawah sedar, dan oleh kerana pada usia ini kanak-kanak berada di tahap industri lawan rasa rendah diri, maka kawan-kawan Najib yang lain tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menonjolkan diri untuk sama-sama mencari tumpuan guru supaya tidak rasa tersisih dan rendah diri. Selain itu, hal yang demikian juga boleh dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial Bandura. Albert Bandura (1925-)4, dalam Model Determinisme Timbal Balik, telah
3 4

http://www.businessballs.com/erik_erikson_psychosocial_theory.htm http://webspace.ship.edu/cgboer/bandura.html

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 (kognisi) dan persekitaran5 seperti yang digambarkan di dalam rajah berikut

HBEF2103

menyatakan bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara factor dalam diri

PERLAKUAN

INDIVIDU PERSEKITARAN (KOGNISI)


Sumber asal: Santrock, 2001 Educational Psychology, ms 256 Sumber sekunder: Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2011, Modul Psikologi Pendidikan, ms 158

Saya melihat dalam hal ini, perlakuan murid yang bising adalah kerana faktor pengaruh Najib (persekitaran) yang memulakan kebisingan telah ditambah dengan faktor dalam diri (kognisi) murid tersebut, iaitu murid pendidikan khas, yang rata-ratanya lebih suka bermain atau berbual dari belajar akademik secara formal. Itulah juga mungkin sebabnya kenapa kelas tersebut sentiasa berkeadaan bising dan susah dikawal Kedua, faktor guru dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada pemerhatian saya, pengajaran guru kurang menarik perhatian pelajar secara menyeluruh, Guru juga dilihat kurang inovasi dalam menyampaikan isi pembelajaran seperti penyedian bahan bantu
5

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, (2011) HBEF 2103 Psikologi Pendidikan. Selangor: OUM

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF2103

mengajar yang tidak menarik dan berkesan, pengajaran yang selalu berpusatkan guru, serta kurangnya tugasan-tugasan spesifik ke atas seorang individu dengan individu yang lain. Didalam kelas Amanah, Najib merupakan pelajar yang paling pandai antara mereka. Selain itu, Najib juga adalah yang paling berusia. Apa yang terjadi, ialah apabila guru mengajar, Najib seperti sudah sedia maklum akan apa yang dia bakal pelajari pada hari tersebut. Berkemungkinan besar adalah dia bosan. Terkadang, terlebih sudu dari kuah, Najib akan berlagak menjadi lebih pandai dari dirinya sendiri. Dan yang lebih teruk lagi, dia akan memperlekehkan kawan-kawannya yang belum menguasai pelajaran tersebut, sebagai contoh, cis, yang macam ni pun tak tahu!. Hal yang demikian akan menyebabkan perasaan tidak puas hati kawan yang diperlekehkan dan menimbulkan perang mulut dan terkadang pergaduhan kecil, bergantung kepada kepandaian guru mengawal kelas. Keadaan ini menjadi satu sindrom di dalam kelas, di mana murid-murid yang lain turut sama memperlekeh antara satu sama lain apabila ada yang tidak tahu tentang sesuatu. Selain itu, Najib juga kerap ke tandas apabila dia bosan belajar dan ruang untuknya bercakap dan mengenakan orang tidak berhasil. Biasanya ini terjadi apabila guru yang mengajar subjek tersebut agak garang dan tidak memberikan ruang langsung untuknya menganggu kelas. Bila masuk ke kelas kembali, riak mukanya akan sedikit ceria, mungkin terasa terlepas dari tekanan. Kecerian yang didapatkannya dengan sendirinya di kongsi dari riak muka dan perlakuannya yang nampak segar. Selepas itu akan terjadilah pula satu sindrom ke tandas oleh murid-murid lain juga. Akhirnya kelas akan kembali terganggu dengan kekosongan murid untuk satu-satu subjek dalam tempoh masa yang agak lama. Hal-hal seperti ini pula boleh dikaitkan dengan satu lagi Teori Pembelajaran Sosial Bandura iaitu Teori Pembelajaran Peniruan. Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah mengethui cara untuk melakukannya6. Oleh kerana Najib selalu melakukan perbuatanperbuatan seperti memperlekehkan orang lain dan sering keluar ke tandas secara kerap, ia menjadi satu amalan biasa yang ditonton oleh rakan-rakannya dan dengan sendirinya mereka akan terpengaruh untuk melakukan seperti yang demikian juga. Namun jika Najib
6

Ee Ah Meng. (2002). Psikologi Pendidikan 111. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF2103

tidak hadir pada hari tersebut, tidak pula mereka sama-sama melakukankannya. Ini dikatakan daya tindak balas seseorang individu yang timbul setelah mendapat gerak balas daripada individu lain. Ketiga, Faktor persekitaran semula jadi. Di ketahui umum, bilik darjah yang kondusif amat penting bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang bersih, luas dan segar akan menyebabkan murid-murid berminat dan seterusnya bersedia belajar. Dalam konteks ini, Kelas Amanah mempunyai sedikit ralat kerana ruang bilik darjah kelas ini sangat sempit dan pengudaraan di dalam kelas tersebut juga tidak bagus. Hal ini disebabkan bangunan sekolah tidak mampu menampung murid yang ramai. Selain daripada itu, udara di dalam kelas tersebut juga panas. Bekalan elektrik sentiasa terputus. Perkaraperkara ini, jikalau tidak banyak pun, saya beranggapan ia menyumbang kepada kelas bermasalah seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini.

BAHAGIAN KETIGA : PELAN MENGATASI MASALAH KELAS AMANAH BERLANDASKAN TEORI PEMBELAJARAN Fitrah kehidupan, ada penyakit maka ada penawarnya. Begitu juga dengan setiap permasalahan yang berlaku, pasti ada jalan penyelesaiannya jika kita analisa masalah dan cuba fikirkan cara untuk mengatasinya. Walaupun mungkin ia tidak dapat mengatasi semua masalah secara total, sekurang-kurangnya apabila ada perancangan untuk mengatasinya dan diimplentasi dengan baik, saya percaya ia dapat mengurangkan lebih daripada separuh masalah yang melanda. Untuk itu, dalam bahagian ini saya akan cuba merancang suatu pelan tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kelas Amanah. Pertamanya, saya rasakan amat perlu bagi guru untuk cuba memainkan peranan sebaiknya untuk tackle Najib yang saya kelaskan sebagai pencetus kepada masalah-masalah yang wujud di Kelas Amanah yang menyebabkan kelas itu menjadi bising, huru-hara dan tidak terkawal . Untuk itu, satu rancangan pengubahan tingkah laku perlu diwujudkan ke atas Najib secara khususnya dan kepada murid lain di dalam kelas itu secara amnya.

10

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF2103

Oleh kerana masalah Najib ialah berkaitan dengan masalah tingkahlaku, jadi saya rasa sesuailah kiranya Teori Pelaziman Operan Skinner digunapakai. Burrhus Frederic Skinner (March 20, 1904 August 18, 1990)7, menyatakan dalam teorinya bahawa gerak balas boleh dikukuhkan atau dihapuskan. Gerak balas di sini adalah bermaksud tingkah laku. Pada dasarnya, tingkahlaku yang baik hendaklah diberikan peneguhan dan tingkahlaku yang buruk hendaklah di lupuskan. Dalam konteks mengubah tingkah laku Najib yang bising, suka menyampuk dan selalu keluar ke tandas apabila tidak boleh berbuat bising, kita mungkin boleh gunakan kelima-lima proses di dalam teori pelaziman operan iaitu peneguhan positif, peneguhan negative, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Namun, memandangkan kepada situasi Najib, yang suka bising, kita boleh gunakan dahulu dendaan di atas sebab kebisingan yang dicernakan, contohnya berdiri di belakang kelas. Dan apabila duduk semula dan didapati dia tidak memulakan kebisingan dalam sesuatu tempoh, diberikan pula peneguhan positif seperti memujinya kerana berjaya mengawal diri dari berlaku bising. Perkara ini, terutama peneguhan positif hendaklah dilakukan secara berulang-ulang untuk membentuk pelaziman. Bagi tingkahlaku yang sering keluar ke tandas pula, guru boleh gunakan prisinp Premack dengan menjanjikan apa yang diminati murid, sebagai contoh guru boleh mengatakan bahawa pada hari tersebut, dia mensasarkan tandas sifar semasa waktu pengajaran dan pembelajarannya. Contohnya, murid boleh bermain dam selepas menyiapkan tugasan atau latihan dan jika didapati tiada seorang pun yang keluar ke tandas. Di samping mengotakan janji, guru juga boleh memberi peneguhan positif kepada semua murid seperti memuji jika sasaran untuk menjadikan tandas sifar setiap kali kelasnya berjaya. Sekiranya, jalan penyelesaian selalu berakhir dengan denda demi mengurangkan atau melemahkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini seperti bising, kekacauan
7

http://en.wikipedia.org/wiki/B._F._Skinner

11

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF2103

dan sindrom ke tandas, dendaan yang hendak dikenakan itu mestilah bersifat tekal, bukan dendaan spesifik kepada Najib sahaja, dan setiap yang didenda mestilah diberitahu kenapa dia menerima hukuman tersebut kerana dendaan pada asalnya adalah untuk mengubah tingkah laku bukanlah balasan terhadap apa yang dilakukan. Kedua, di samping mengubah tingkah laku murid, guru sendiri juga hendaklah mengubah cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang boleh menyebabkan murid menjadi bising, bosan dan tidak terkawal sebagaimana yang saya telah catatkan sebelumnya. Antara yang boleh diaplikasi oleh guru dalam strategi pengajarannya ialah seperti apa yang di tekankan oleh Ausubel dalam teorinya yang mengambilkira pengetahuan sedia ada murid-murid bagi menjamin kesesuaian bahan dan akitiviti pengajaran yang disediakan8 contohnya, apabila memulakan pembelajaran yang setara, guru terlebih dahulu perlu memberi satu tugas lain yang sesuai dengan tingkat pengetahuan dan kefahaman Najib supaya dia tidak bosan dan membuat bising, dalam masa yang sama guru boleh mengajar apa yang ingin disampaikan kepada murid lain yang lebih kurang setara tingkat pemahamannya. Oleh kerana, murid kelas Amanah ini seperti yang telah dibincangkan sebelum ini tidak membuat hal dalam kelas kemahiran hidup dan sains social alam sekitar, maka saya membuat analogi bahawa mereka berminat dengan mata pelajaran kemahiran dan yang melibatkan dengan pengalaman dan penemuan seperti sains, maka saya merasakan wajarlah dalam mata pelajaran-mata pelajaran lain juga diubah cara dan teknik pengajarannya seperti contohnya menyediakan aktiviti berbentuk hands on dan minds on seperti yang disarankan oleh ahli-ahli yang menyokong teori pembelajaran konstruktivisme. Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh digunakan teknik silang kata, puzzle dan sebagainya. Namun begitu guru mestilah sentiasa berada berdekatan murid untuk membantu, apa lagi murid-murid kelas Amanah ialah murid-murid pendidikan khas.

Ee Ah Meng. (2002). Psikologi Pendidikan 111. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

12

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001

HBEF2103

Selain itu, pengajaran guru yang innovatif juga amat perlu untuk mengatasi hal dan karenah murid-murid kelas berkenaan di samping menarik minat murid untuk belajar dan cuba memahami. Apa lagi murid-murid sekarang sudah ramai yang terdedah dengan computer dan e-book. Oleh itu, media baru seperti perisian computer, gambarajah dan grafik yang menarik perhatian perlu dibina sebagai bahan bantu pengajaran, tidak hanya menulis di papan putih dan menampalkan gambar sahaja. Ketiga, wujudkan kelas yang kondusif. Walaupun telah dicatatkan sebelum ini kelas tersebut sering mengalami gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan murid menjadi rimas dan lemas, lantas menyebabkan murid bising dan tidak minat belajar, namun guru mesti sentiasa bijak menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran termasuk mengambil berat tentang kesedian belajar yang juga telah ditekankan oleh Bruner dalam teori pembelajarannya. Oleh itu, guru sepatutnya boleh membawa murid belajar di luar dari kelas berkenaan seperti belajar di bilik-bilik khas yang tiada masalah ganguan elektrik seperti di makmal computer, atau belajar di bawah pokok di tepi padang. Pasti ia juga satu keronokan belajar dan boleh menghindar dari bising dan suasana huru hara. Dalam melakukan perkara tersebut, guru boleh menggunakan prinsip Premack di dalam teori pelaziman operan Skinner contohnya dengan mengatakan Kalau kamu masih juga bising dan mahu bertumbuk, kita akan terus masuk ke kelas dan belajar dalam keadaan panas dan tidak akan ke sini lagi sampai bila-bila, tetapi kalau kamu bagus, kita akan sentiasa ke sini bila tiada bekalan elektrik di dalam kelas kita.

13

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 PENUTUP

HBEF2103

Umum sedia maklum bahawa, tiada satu perkara akan berubah dengan sendirinya jika kita sendiri tidak mengubahnya. Hal ini juga telah difirmankan oleh Tuhan di dalam Kitabnya9. Maka wajarlah, sebagai seorang guru kita cuba mengenal pasti segala permasalahan dan cuba mencari jalan penyelesaiaannya sebaiknya, supaya proses pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada murid dan juga kepada guru sendiri. Kelas Amanah tidak sepatutnya dibiarkan terus hanyut dibawa badai. Ia perlukan kesegaran suasana pembelajaran kembali. Sayang sekali jika perubahan tidak sampai di situ sedangkan kelas berkenaan pernah pada mulanya berjalan begitu baik sekali.

Al-Quranul Karim, Ar-Rad 13:11

14

AHMAD SHABRI BIN MOHD 790719115159001 APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI

HBEF2103

1. Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, & Ramlah Jantan. (2011) HBEF2103 Psikologi Pendidikan (2nd ed.). Selangor: OUM 2. Ee Ah Meng. (2002). Psikologi Pendidikan 111 (3rd ed). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 3. Crow dan Crow. (1985). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Prof. Dr. Sudarwan Danim dan Dr. Khairil. (2010). Psikologi Pendidikan (Perspektif Baru). Yogyakarta: Alfabeta 5. Hilal Asyraf. (2009). Aku Beramal, Kerana Aku Tidak Tahu.... [online]. Available: http://ms.langitilahi.com [ 2011, April 28] 6. http://en.wikipedia.org/wiki/Sigmund_Freud 7. Boeree Dr. C. G (n.d). Personality Theories: Albert Bandura. [Online]. Available: http://webspace.ship.edu/cgboer/bandura.html 8. http://www.businessballs.com/erik_erikson_psychosocial_theory.htm 9. http://en.wikipedia.org/wiki/B._F._Skinner 10. Al-Quranul Karim, Ar-Rad 13:11

15