Anda di halaman 1dari 2

Refleksi isu guru dan cabaran semasa Selepas menyiapkan tugasan ini, saya dapat terdapat pelbagai halangan

dan cabaran semasa yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Saya mendapat sedikit kesedaran kepada saya mengenai cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai bakal seorang guru bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa datang. Selain itu cabaran tersebut sangat penting kepada seorang guru untuk menjadikan pendidikan kita maju seiring dengan teknologi semasa. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional. Pentingnya integrasi nasional ini untuk mewujudkan sistem sosial yang kukuh. Tanpa integrasi yang baik maka akan runtuhlah bangsa kita sendiri. Setiap guru dianggap sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya. Selain itu, melalui tugasan ini juga mendapat bahawa sistem pendidikan di di negara kita masih belum begitu mantap lagi. Ini kerana negara kita masih lagi mengamalkan sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan untuk membuat penilaian ke atas murid. Pada pendapat saya, sistem peperiksaan perlu diseimbangkan dengan kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang murid disamping kebolehan akademik mereka. Justeru itu, setiap guru perlu menyahut cabaran ini untuk memastikan pelajar mendapat hak dan pencapaian yang sepatutnya. Sebelum kita menerima atau melalui satu dasar baru penilaian dalam sistem peperiksaan, kita seharusnya menerima dahulu hakikat bahawa sistem peperiksaan yang ada sekarang. Pelaksanaan atau pendekatan peperiksaan adalah satu

pendekatan yang terbaik untuk melatih pelajar mendisiplinkan diri dengan latihan, hafalan, pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan-kawan. Tanpa sistem peperiksaan yang dianggap formal mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Akhir sekali, apa yang saya pelajari daripada tugasan ini ialah penggunaan sisterm meritokrasi yang kurang bersesuaian dengan pelajar kerana ianya sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kedua belah pihak samaada guru mahupun pelajar itu sendiri. Bagi saya penggunaan sistem meritokrasi ini hanya menyusahkan dan memberi tekanan kepada guru dan pelajar kerana terpaksa bekerja melebihi kemampuan untuk mencapai sasaran yang dikehendaki. Oleh itu, saya berharap sistem ini dikaji semula supaya tidak memberi masalah kepada guru dan pelajar pada masa hadapan. Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku disiplin mereka. ini.