Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA MURAL 2011 PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PETRA JAYA KUCHING, SARAWAK 1.

0 PENGENALAN

Aktiviti Mural ini merupakan salah satu program yang dijalankan di prasekolah bagi merapatkan lagi hubungan antara guru serta keluarga murid-murid prasekolah. Tambahan, aktiviti sebegini mampu meningkatkan interaksi seseorang guru dengan pihak luar khasnya golongan ibu bapa. Selain menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-murid prasekolah, ibu bapa juga tidak dilupakan kerana ibu bapa mempengaruhi perkembangan murid-murid prasekolah. Hubungan yang baik ini akan memudahkan guru prasekolah untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang latar belakang murid-muridnya di dalam kelas. Oleh itu, aktiviti mural ini mampu mengeratkan hubungan disamping dapat menyumbangkan sesuatu kepada kelas prasekolah sebagai tanda kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama aktiviti mural ini dijalankan di prasekolah adalah untuk mengeratkan hubungan guru, murid dan ibu bapa di samping memberi sumbangan kepada kelas prasekolah dari aspek keceriaan. Menerusi aktiviti mural ini, murid-murid serta ibu bapa dapat menunjukkan keprihatinan mereka terhadap prasekolah. Selain itu, menambahkan keyakinan dan kepercayaan ibu bapa kepada guru dalam mengembangkan bakat murid serta menjadikan anakanak mereka seorang yang cerdas kelak. Tambahan, program ini mengajar guru pelatih untuk berinteraksi dengan pihak luar terutamanya pihak ibu bapa dalam mengendalikan sesuatu aktiviti yang melibatkan ibu bapa murid prasekolah.

3.0 OBJEKTIF

Objektif aktiviti Mural adalah seperti berikut :

Hubungan antara guru, murid dan ibu bapa dapat dijalinkan dengan lebih erat. Melatih guru pelatih untuk berinteraksi dengan pihak luar terutamanya ibu bapa dengan baik. Menambah pengalaman guru pelatih mengendalikan melibatkan ibu bapa serta pihak sekolah. Guru dapat mengenali murid-muridnya dengan lebih mendalam kesan daripada kerjasama dan perkongsian yang diberikan dalam menjayakan aktiviti yang dirancang. Memenuhi keperluan tugasan PRA 3110 penglibatan Ibu Bapa di Prasekolah bagi kumpulan PISMP Prasekolah. aktiviti yang

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh Masa Tempat

: : 8.00 pagi 12 tengahari. : Prasekolah Sekolah kebangsaan Petra Jaya

5.0 PENGLIBATAN

Murid-murid Prasekolah SK Petra Jaya, Kuching. AJK Pengurusan Prasekolah SK Petra Jaya. Ibu bapa murid. Pelajar PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2009.

6.0 ATURCARA PROGRAM

Masa 8.00 8.30 pagi

Aktiviti

Ketibaan guru prasekolah dan staf prasekolah Ketibaan ibu bapa Ucapan alu-aluan pengerusi. Aktiviti mural Aktiviti keceriaan prasekolah Bersurai

8.30 11.50 pagi 11.50 12.00

tengahari

7.0 AHLI JAWATANKUASA

AJK PENGURUSAN PRASEKOLAH

Pengerusi Naib pengerusi 1 Naib pengerusi 2 Naib pengerusi 3 Penyelaras Pembantu penyelaras Setiausaha Bendahari

: : : : : Puan Saraya bte Haji Kuan : Puan Jessy : :

8.0 ACARA

Aktiviti untuk murid-murid prasekolah dan ibu bapa :

Melakar mural. Mewarna mural. Melekatkan huruf-huruf serta nombor-nombor pada dinding. Mengemas kelas prasekolah.

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL 1

PERKARA PERALATAN Plaka Berus warna Riben

JUMLAH

*** bahan disediakan sepenuhnya oleh pihak prasekolah.

*** Jamuan tidak disediakan pada bulan puasa.

10.0

PENUTUP

Melalui aktiviti Mural, sikap kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa dapat diterapkan. Ibu bapa juga dapat mengetahui perkembangan murid-murid di kelas prasekolah. Selain itu, guru juga dapat mengenali dan memahami muridmuridnya melalui aktiviti ini. Pengalaman bekerjasama dengan ibu bapa da guru prasekolah merupakan pengalaman yang mampu menjadi rujukan dan panduan kepada guru pelatih apabila berada di prasekolah kelak. In merupakan pendedahan dan persediaan awal kepada guru pelatih untuk mengendalikan penglibatan ibu bapa dalam akiviti yang dirancang di prasekolah kelak. Diharap pengalaman ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru pelatih.

Disediakan oleh : ____________________ ( Setiausaha Aktiviti Mural Prasekolah

SK Petra jaya, Kuching.

Disemak oleh : _____________________ ( PUAN SARAYA BTE HAJI KUAN) Penyelaras Aktiviti Mural Prasekolah SK Petra Jaya, Kuching.

Disahkan oleh : ______________________ ( Pengerusi Aktiviti Mural Prasekolah SK Petra Jaya, Kuching.

Anda mungkin juga menyukai