Anda di halaman 1dari 3

Analisa Item: Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item

A. Apa Itu Analisa Item? Kaedah lain mengukur ketekalan dalaman (internal consistency) yakni hubungan diantara pencapaian sesuatu item dengan keseluruhan item adalah dengan membandingkan pencapaian tertinggi dengan terendah sesuatu item Analisa Item (item analysis) adalah kaedah yang melibatkan penentuan bagaimana sesuatu item ujian berfungsi dan sejauh manakah sesuatu ujian itu mendiskriminasikan pencapai yang tinggi dengan pencapai yang rendah atau lemah dalam ujian tersebut.

B. Apakah Itu Indeks Kesukaran item dan Indeks Diskriminasi Item? Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi adalah pengukuran ketekalan dalaman (internal consistency). Indek Kesukaran (Item difficulty) adalah suatu kaedah pengukuran kesukaran keseluruhan item ujian. Lagi rendah nilai p, lagi sukarlah nilai item tersebut secara teori. Indeks Diskriminasi (Item discrimination) menunjukkan kita bagaimana sesuatu item itu berjaya mengesan atau mengasingkan pencapaian pelajar cemerlang dengan pelajar doraemon. Indeks Diskriminasi [ID atau DI] (discrimination index) dikira dengan menolak (subtracting) bahagian bawah 27% pelajar yang menjawab jawapan dengan betul dengan 27% bahagian atas pelajar yang menjawab jawapan dengan betul. Adalah lebih penting/mustahak untuk item mendiskriminasi dari item itu sukar. C. Bagaimanakah anda menentukan kesukaran item dan indeks diskriminasi? Bahagikan pengambil ujian kepada tiga kumpulan, berdasarkan kepada pencapaian ujian keseluruhan : Top 25% or 27%. (bergantung kepada saiz sampel. Jika >30 gunakan 27%) Middle 50% Bottom 25% or 27%

Perlu tahu dua perkara : Bilangan pelajar dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Bilangan pelajar dalam kedua-dua kumpulan yang mendapat jawapan betul.

Katakan sejumlah 200 pelajar mengambil ujian tersebut. Kumpulan yang mendapat pencapaian tinggi adalah 54 (.27 x 200) dan kumpulan yang mendapat pencapaian rendah juga adalah 54 . Pada item (soalan) 1, sebgai contoh 48 dari kumpulan atas, 42 dari kumpulan tengah , dan 37 dari kumpulan bawah mendapat jawapan atau menjawab dengan betul.

Indek Item Kesukaran : agihan yang mendapat jawapan betul p= 48+42+37/200=127/200=.64

Indek Diskriminasi : DI=% kumpulan atas mendapat jawapan betul % kumpulan mendapat jawapan betul DI= (48/54) - (37/54)= .89-.69=.20

D. Nilai yang dicadangkan bagi nilai p dan DI? Cadangan Indeks Kesukaran bagi pelbagai item ujian : Number of Options (k) Optimum Difficulty Index 2 (True-False) .85 4 .74 Open-Ended .50

Lagi tinggi nilai DI (up to 1), lebih baik tugasan mendisriminasi pelajar cemerlang dengan pelajar doraemon. Jika D = 1, ia bermaksud semua kumpulan teratas dan tiada seorang dari kumpulan doraemon dapat menjawab item itu dengan betul Jarang D (jika ada) = 1 or O Sesuatu item mempunyai tahap nilai diskriminasi jika D => .30 p dan D bukanlah nilai keberangkalian tersendiri (independent probabilities). Indeks Diskriminasi > .30 adalah kekadang diterima apabila kita memperolehi

nilai p yang sangat tinggi