Anda di halaman 1dari 24

MAKLUMAT ORANG SUMBER

NAMA : PUAN KAMALA BINTI ADNAN UMUR : 48 TAHUN (2012) ALAMAT : 699,JALAN SEMPADAN, BATU 8 IJOK, 45600 BESTARI JAYA , SELANGOR DARUL EHSAN . PEKERJAAN : PEMILIK PERUSAHAAN

TEMUBUAL DENGAN PUAN KAMALA BINTI ADNAN

Saya:Assalamualaikum , Puan Kamala . Pn. Kamala :Waalaikumsalam . Saya:Boleh saya menemuramah puan buat seketika ? Pn. Kamala :Boleh saja , apasalahnya . Kamu hendak bertanya mengenai apa Saya :Saya ingin bertanya mengenai latar belakang perusahaan makanan Tradisi Ijok Kay . Pn. Kamala : Perusahaan makanan Tradisi telah wujud pada tahun 2003 ketika itu ini masih lagi kecil-kecilan . Saya :Adakah puan menggunakan modal persendirian ? Pn. Kamala :Ya . Saya hanya menggunakan modal persendirian dan keluarga bagi memulakan perusahaan ini . Saya :Apakah tujuan puan membuka perusahaan ini ? Pn. Kamala :Tujuan saya mengusahakan perusahaan ini kerana untuk mencari sumber pendapatan sampingan dan disamping itu dapat meringankan beban suami saya dan membantu masyarakat kaum wanita .

Saya :Berapakah bilangan pekarja puan ? Pn. Kamala :Saya mempunyai 2 orang pekerja . Antaranya ialah Nabila binti dan saya sendiri . Saya : Bagaimankah cara-cara puan menjaga kualiti dan juga mutu produk-produk puan ? Pn. Kamala : Saya sangat mementingkan mutu dan juga kualiti bagi setiap produk yang saya hasilkan .Saya akan menggunakan barangan yang halal, bemutu dan juga bersih . Saya: Apakah perancangan puan untuk masa akan datang ? Pn. Kamala : Perancangan saya untuk masa akan datang adalah untuk memasarkan produk saya ke peringkat yang lebih tinggi . Saya juga akan mengembangkan cawangan saya keserata negeri Selangor . Saya :Semoga harapan puan menjadi keyataan Terima kasih kerana sudi ditemuramah oleh saya . Pn. Kamala :Sama-sama . Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan awak . Saya : Assalamualaikum . Pn. Kamala : Waalaikumsalam .

PPRODUK YANG DIHASILKAN

Baulu

Baulu

kuih kapit

Kuih siput

Kuih Tiram

Resepi membuat kuih kapit / sepit / love letter

500g Tepung gandum 500g Gula pasir (saya kurangkan gula sebab tidak suka manis) 3 cwn santan ( kalau nak lemak, semua guna santan pekat) 3 biji telur sudu teh garam - masukkan dalam santan dan kacau Minyak untuk goreng

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. Pukul telur hingga kembang. Masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Panaskan minyak dengan acuan terendam. Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan. Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras. 6. Simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dihidangkan utk semua occasion sepanjang tahun. 7. Acuan kuih kapit bersaiz 4

PRODUK TEMPATAN DI NEGARA KITA : PERUSAHAAN MEMBUAT DAN MEMBEKAL MAKANAN TRADISI DAN MAKANAN RINGAN

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9

PERKARA TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

MUKA SURAT

PEGHARGAAN

Saya Khairyl Amre bin Mazlan ingin mengucapkan jutaanterima kasih kepada guru matapelajaran sejarah ,Puan Norasmah ,kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus sejarah ini . Terima kasih sekali lagi kerana sanggup memberi tunjuk ajar walaupun pada waktu selepas sekolah . Selain itu , tidak lupajuga saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kedapa ibubapa saya iaitu Mazaln bin Imam dan Zahara binti Ramli yang telah banyak berkorban bagi menyiapkan kerja kursus sejarah ini . Terima kasih kerana telah berkorban masa, tenanga dan juga wang . Akhir sekali ,saya ingin berterimakasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus sejarah . Jutaan terima kasih kepadarakan-rakan saya yang telah menolong saya mencari maklumat bagi menyiapkan kerja kursus sejarah .

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini , saya akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar Belakang produk tempatan yang akan saya kaji . Sepanjang tempoh kajian dijalankan , pelbgai jenis kajian dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif yang ditetapkan . Pertama sekali ,saya akan dapat mengetahui tentang asal usul nama produk tempatan , sebab sebab nama tersebut dipilih dan sebagainya . Selain daripada itu ,saya juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengusaha produk tempatan tersebut iaitu Puan Kamala binti Adnan .Saya dapat mengetahui biodata sifat istimewanya dan sumbangan beliau terhadap masyarakat demi menaikkan imej bangsa melayu .Selain daripada itu ,melalui kajian ini saya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini kerana produk yang di diusahakan oleh pengusaha ini dapat menandingi produk luar negara . Olehitu ,sikap memandang rendah produk perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran dan sebaliknya membina semangat MALAYSIA BOLEH . Akhir sekali ,kajian sejarah ini juga dapat membantu saya menguasai mencari , mengumpul , merekod dan menganalisis maklumat tentang produk tempatan

KAEDAH KAJIAN
Selama kajian ini ,saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk mengumpul maklumat bagi mengumpul maklumat bagi menyempurnakan tugasan ini . Antara jenis kajian yang saya gunakan ialah kaedah menemu ramah .Kaedah ini merupakan satu tinjauan dalam pendidikan yang melibatkan pertemuan pengkaji dengan orang sumber untuk mendapatkan maklumat .Saya sebagai pengkaji telah menemuramah Puan Kamala Binti Adnan .Beliau memegang jawatan sebagai pengusaha Syarikat IJOK KAY ENTERPRISE .

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah lawatan dan juga pemerhatian . Dalam kaedah ini ,saya telah mengambil beberapa gambar semasa menjalankan lawatan ke perusahaan membekal makanan tradisional . Saya juga telah mengambil gambar sebagainya . Di samping itu , saya juga telah menjalankan kaedah menganalisis beberapa dokumen bagi mengkaji sumber primer untuk menentukan ketepatan fakta dan dapat memahami sesuatu peristiwa dengan lebih mendalam . Saya telah menganalisis beberapa dokumen seperti sijil perniagaan , lesen perniagaan , sijil syarikat Malaysia dan sebagainya . infrasturktur ,bangunan , kemudahan , alatan dan

Akhir sekali , saya juga menggunakan kaedah melayari internet . Dengan kaedah ini ,saya memperoleh maklumat dengan lebih cepat . Selain itu ,dengan melayari internet saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang produk tempatan yang terdapat di negara kita .

HASIL KAJIAN

MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN Nama produk tempatan di Negara kita yang saya kaji ialah Makanan Tradisi dan Makanan Ringan .Kategori makanan Tradisi yang dihasilkan ialah kuih muih tempatan . Nama Penguasaha makanan tradisi tersebut adalah Puan Kamala binti Adnan .Statusnya adalah hak milik persendirian .Lokasinya terletak di 699, Jalan Sempadan Batu 8 Ijok, 45600 Bestari Jaya , Selangor Darul Ehsan .

Kad Perniagaan

LATAR BELAKANG PERUSAHAAN MAKANAN TRADISI

Sejarah kewujudan perusahaan makanan Tradisi bermula secara kecil kecilan .Punca dan jumlah modal yang telah digunakan adalah dengan cara persendirian dan bantuan keluarga .Tujuan adalah untuk beliau mewujudkan perusahaan tersebut kerana minatnya yang mendalam dalam perusahaan ini . Oleh itu ,ianya juga telah dilengkapi dengan kemudahan yang memadai untuk berniaga secara kecil- kecilan . Kawasan perusahaan tersebut terletak di dalam kampung dan beliau bukan sahaja membuat kuih muih tempatan malah member i peluang kepada semua kaum wanita untuk belaja r rmembuat kuih muih tempatan .

Tempat pembakar kuih

KAEDAH DAN CARA PENGHASILAN

Dari segi tenaga pekerja ,kini telah mempunyai dua orang pekerja .Perkerjanya ialah Nabila binti Ishak dan dirinya sendiri .

Antara peralatan yang digunakan ialah mesin pengadun tepung ,mesin pengisar , ketuhar , peti sejuk berskala besar dan lain lain lagi . Dari segi spesifikasi produk pula beliau menggunakan penimbang untuk menimbang bahan-bahan seperti tepung beras ,gula, telur. Bahan ini digunakan untuk membuat kuih kapit (sepit).

Beliau mengamalkan langkah yang berhati-hati untuk mengawal mutu produk yang digunakan .Beliau menggunakan barang barang yang bersih ,bermutu tinggi , tahan lama dan juga halal . Beliau sentiasa mementingkan kebersihan produk kerana kebersihan sebahagian daripada iman dan juga menjaga kebersihan tempat dan kebersihan peralatan untuk membuat kuih . Beliau akan memastikan keadaan tempat perusahaannya sentiasa bersih selapas digunakan Setiap minggu beliau akan membersihkan tempat perusahaan beliau . Kata beliau kebersihan mesti diutamakan dahulu .

PERKEMBANGAN PRODUK MAKANAN TRADISI

Dari segi rangkaian pemasaran makanan Tradisi pula beliau hanya memasarkan produk beliau di dalam daerah Kuala Selangor sahaja. Kemajuan yang ingin beliau capaikan ialah beliau ingin perusahaan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan . Keuntungan semakin bertambah dari hari ke hari. Beliau juga akan menggunakan teknologi-teknologi baru dan akan menambahkan kapasiti pengeluaran keseluruh negara dan pasaran eksport. Sebelum beliau mempunyai bengkel masakan, beliau mempunyai cabaran dan masalah yang dihadapi oleh beliau. Beliau mempunyai masalah dari segi kewangan dan saingan daripada pengeluar lain serta harga bahan mentah tidak menentu. Beliau juga mempunyai perancangan beliau adalah beliau akan membesarkan lagi pengusahaan masakan Makanan Tradisi beliau. Selain itu, beliau juga ingin meluaskan lagi cawangan makanan Tradisi dan ajaranya seluruh di Selangor dan menambah kakitangan serta alatan.

CARTA ORGANISASI PERUSAHAAN MAKANAN TRADISI DAN MAKANAN RINGAN

(Penaung)
RISDA

(Pengerusi)
Puan Kamala binti Adnan

(Pembantu) Puan Marfoaah binti Kamaruddin

(Pembantu) Nabila binti Ishak

RUMUSAN

Setelah bertungkus lumus akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dipelajari daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini saya berbangga menjadi Warganegara Malaysia kerana rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk-produk tempatan daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan sehinggalah kepada barangan harian seperti makanan. Sebagai negara yang menuju ke arah kemajuan, Malaysia sebenarnya sudah mampu berdikari dalam usaha menghasilkan dan mangeluarkan pelbagai barangan serta prodak

sendiri bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggalakkan minda rakyat negara ini bagi kepentingan negara ini. Rumusannya, kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan hala tuju kempen belilah barangan Malaysia hingga mencpai matlamat yang diharapkan.

LAMPIRAN

Gambar 1: Mesin pengadun tepung

Gambar 2: Kawasan Kajian Dijalankan

RUJUKAN

Orang Sumber 1. Puan Kamala binti Adnan,48 tahun, 699,Jln Sempadan, Batu 8 Ijok, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. 2. Nabila binti Ishak 24 tahun, 699 Jln Sempadan, Batu 8 Ijok, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Melawat Tempat Kajian 1. Perusahaan Makanan Tradisi dan Mkanan Ringan 699,Jln Sempadan, Batu 8 Ijok, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Internet 1. http://maps.google.com.my/maps/ms?source=embed&gcode=&ie=UTF&hq= &hne...,4/21/2012 2. http://www.bing.com/maps/?cc=my

Soalan: BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi Negara. Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu

melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.. Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini..Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

Kawasan kajian

Lawatan dari RISDA Negeri Johor