Anda di halaman 1dari 7

Pandangan Agama Lain Terhadap Pendidikan Pandangan Agama Islam Terhadap Pendidikan Islam memandang ilmu sebagai sesuatu

yang amat penting. Islam juga telah menghimpunkan antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ayat 1-5 surah Al Alaq menunjukkan kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam Islam. Maksud surah ; Bacalah dengan(menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar(manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Di sini Allah menekankan kepentingan membaca sebagai wacana untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan. Islam juga menggalakkan umatnya mendidik anak-anak sejak mereka masih kecil. Dalam Islam, kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ; . Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan" Ilmu juga dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; . Maksudnya; Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" Kesimpulannya, Islam amat menekankan pendidikan dalam aspek kehidupan dan amat menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Pandangan Agama Kristian Terhadap Pendidikan Agama Kristian juga mementingkan pendidikan. Hal ini dapat dilihat menerusi sikap dan penerimaan mereka terhadap guru. Menurut agama Kristian, Yesus Kristus adalah Mahaguru yang menyampaikan ajaran Kristian. Guru dianggap sebagai pembimbing yang membantu murid-murid melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab suci. Guru juga

bertanggungjawab untuk melindungi murid, menunjukkan jalan yang benar dan meningkatkan pencapaian ilmu kerohanian pelajar. Berdasarkan penerimaan murid dan pengikut agama Kristian dapat disimpulkan bahawa agama Kristian juga mementingkan ilmu pengetahuan.

Pandangan Agama Buddha Terhadap Pendidikan Dalam agama Buddha, pendidikan adalah sebagai satu cara mencapai kesempurnaan. Belajar merupakan jalan satu-satunya untuk dapat membebaskan diri dari kebodohan. Sang Buddha menjelaskan pentingnya belajar dalam kehidupan manusia. Orang yang tidak mau belajar akan menjadi tua seperti sapi; dagingnya bertambah tetapi kebijaksanaannya tidak berkembang (Dhp. 152). Pendidikan adalah penerusan nilai, pengetahuan, kemampuan, sikap dan tingkah laku; yang dalam arti luas pendidikan merupakan hidup itu sendiri (dan belajar itu seumur hidup), sebagai proses menyingkirkan kebodohan dan mendewasakan diri menuju kesempurnaan. Pendidikan merupakan usaha yang disengaja dan terencana untuk mendorong seseorang belajar dan bertanggung jawab, mengembangkan diri atau mengubah perilaku, sehingga bermanfaat bagi kepentingan individu dan masyarakat (Materi Pelatihan Pandita Penatar MBI, 2001: 1). Agama Buddha juga sangat menghargai kebebasan berfikir. Karena itu pendidikan dalam perspektif agama Buddha tidak bersifat otoriter, melainkan bersifat demokratis. Justeru itu, agama Buddha juga mementingkan nilai ilmu pengetahuan dan pendidikan.

Tokoh-tokoh Pendidik Timur

1. Hamka (1908-1981)

Nama penuh HAMKA ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau adalah tokoh ulama dan sasterawan negara asalnya iaiatu Indonesia. Beliau dilahirkan pada tahun 1908 di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat. HAMKA biasa dikenali dengan gelaran Buya, iaitu nama panggilan orang Minangkabau yang bermaksud seorang yang dihormati Beliau mula menceburkan diri dalam bidang keguruan sebagai guru agama pada tahun 1927. Seterusnya, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang serta menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Selain itu, HAMKA juga merupakan seorang wartawa, penulis, penyunting dan penerbit. Sejak tahun 1920 an beliau telah menjadi wartawan kepada beberapa buah akhbar. Beliau amat gemar membaca dan bertukar-tukar idea dengan tokoh-tokoh terkenal Indonesia hingga menjadikan beliau seorang pendebat yang baik. Antara hasil karya HAMKA ialah : 1. Karya ilmiah Islam seperti Tafsir Al Azhar sebanyak 5 jilid. 2. Karya kreatif seperti novel dan cerpen. Contohnya, Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. Bukubuku ini dijadikan buku teks sastera di Malaysia dan Singapura. HAMKA meninggal dunia pada tahun 1981.

2. Lao Tze

Lao Tze juga dikenali sebagai Lao Tzu dan Lao Tse yang bermaksud Mahaguru atau Old Master. Beliau adalah seorang ahli falsafah Cina serta pengasas Taoism. Bilau dikatakan lahir pada tahun 570 M di Luoyang, ibu negeri lama Negara Cina. Menurut sejarah, beliau telah dilantik sebagai Penyimpan Arkib Imperial oleh Raja Zhou di Luoyang. Beliau mengambil kesempatan ini untuk membaca buku-buku klasik yang tersimpan dalam arkib tersebut. Oleh kerana itu, beliau menjadi seorang yang berilmu pengetahuan luas. Beliau dikatakan telah menghasilkan satu esei yang panjangnya 5000 patah perkataan yang dikenali sebagai Tao Te Ching. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada tahun 490 SM. 3. ZABA

Zaba atau nama penuhnya Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah. Beliau menerima pendidikan formal dan dan didikan agama yang mantap di sebuah sekolah Melayu di Linggi dan St Pauls Institution Seremban. Belia mula menceburkan diri dalam bidang perguruan sebagai guru Bahasa Melayu pada tahun 1916. Ketika itu beliau mula menulis dengan serius hingga berjaya menghasilkan rencana pertama yang berjudul Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling. Beliau juga turut menghasilkan beberapa makalah dlam surat khabar, majalah dan periodikal Bahasa Inggeris. Antara hasil karya beliau ialah : i) Pelita Bahasa Melayu

ii) Ilmu Mengarang Melayu iii) Daftar Ejaan Melayu Jawi/Rumi iv) Falsafah Takdir Penggal 1 v) Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan vi) Dengan Kadha dan Kadar Zaba dikatakan mempunyai satu keistimewaan iaitu berkebolehan menggabung semua aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam penulisan beliau. Selain bergiat aktif dalam penulisan, Zaba juga aktif dalam khidmat masyarakat. Beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya dan Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Atas sumbangan Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu, beliau telah menerima anugerah-anugerah seperti berikut: i) Gelaran pendita dalam bentuk songkok pada tahun 1956 semasa diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ii) iii) Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada tahun 1959 Bintang Panglima Mangku Negara bergelar Datuk(kemudiannya Tan Sri) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung pada tahun 1962.

4. Maria Montessori

Maria Montessori dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Beliau adalah pengasas pusat prasekolah Montessori. Beliau telah tamat pengajian dalam bidang perubatan pada tahun 1896 dan digelar sebagai doktor perempuan pertama di Itali. Sambil menjalankan tugas klinikal harian dengan pesakit kanak-kanak, beliau mula tertarik dengan cara mereka belajar. Akhirnya, pada tahun 1901 beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan falsafah. Beliau pernah menjadi Profesor antropologi di Universiti Rom namun kemudiannya meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas 60 orang kanak-kanak di daerah San Lorenzo, Rome. Dalam bidang pendidikan kanak-kanak, beliau memperkenalkan Kaedah Montessori. Kaedah ini mula diperkenalkan di Casa dei Bambini atau Rumah Kanak-kanak. Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip iaitu: i) Kanak-kanak lebih mudah belajar sekiranya mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran. ii) Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri. Beliau juga mengadakan Pameran Bilik Darjah (digelar glass house) di Pameran Antarabangsa Panama-Pasifik di San Francisco pada tahun 1915. Menubuhkan Pusat Latihan Montessori Atas sumbangan Maria Montessori, beliau telah dicalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize sebanyak tiga kali. Kini, perjuangan beliau masih diteruskan

melalui

Association

Montessori

Internationale

(AMI)

di

Amsterdam,

Netherland.

5. Jean Piaget

Beliau adalah seorang ahli falsafah, ahli sains asli, dan ahli psikologi perkembangan yang banyak mengkaji mengenai kanak-kanak khusunya dari segi perkembangan kognitif mereka. Beliau dilahirkan pada tahun 1986 dan dibesarkan di Lake Neuchatel di Switzerland. Beliau adalah seorang kanak-kanak cerdas dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi berhubung dengan alam semulajadi. Ketika berumur 10 tahun, beliau telah mahir membuat pemerhatian yang begitu rapi mengenai alam sekitar hingga dapat menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan. Pada tahun 70 an dan 80 an, pemikiran Piaget membawa reformasi pendidikan di negara Eropah dan Amerika yang menekankan pendekatan berpusatkan kanak-kanak. Teori Pembelajaran Kognitif yang diperkenalkan beliau menjadi garis panduan dan rujukan dalam pendidikan kanak-kanak.