Anda di halaman 1dari 3

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Office of Director General of Education Malaysia

ARAS 8, BLOK E8,


Level 8, Bolck E8

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E


Government Compleks Parcel E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


Federal Government Administrative Centre

62604 PUTRAJAYA

Tel : 03 88846077 Fax : 03 88894548 Laman web : http//www.moe.gov.my

KP(BPSH-SPDK)201/005/02(38) Tarikh : 19 Februari 2010 Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Y.Bhg. Datuk / Dato / Tuan / Puan, PENGANJURAN PROGRAM / AKTIVITI SUKAN TAHUNAN / KEJOHANAN OLAHRAGA DI SEKOLAH SEKOLAH Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat sekolah sekolah yang telah dan sedang melaksanakan program / aktiviti sukan tahunan / kejohanan olahraga sekolah pada awal tahun. Pelaksanaan ini jelas bercanggah dengan jadual dan garis panduan yang terkandung di dalam Surat Siaran Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010. 2. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 3/2010 bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah akur dan patuh kepada Surat Siaran tersebut supaya menganjurkan program sukan tahunan / kejohanan olahraga mulai bulan Jun 2010. Walaubagaimanapun, aktiviti latihan dan pemilihan murid boleh dilaksanakan di peringkat awal bagi memastikan sukan dan permainan dilaksanakan secara efektif dan efisien. Dalam hal ini, pihak Y. Bhg. Datuk / Dato / Tuan / Puan dipohon agar mengingatkan semua Pengetua dan Guru Besar di bawah kawalan pentadbiran Y.Bhg. Datuk / Dato / Yuan / Puansupaya akur dan mematuhi keputusan tersebut. 3. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah kawalan pentadbiran Y.Bhg. Datuk / Dato / Tuan / Puan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

TAN SRI DATO HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM PEJABAT KETUA Ketua Pengarah PelajaranDirector General PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Malaysia of Education Malaysia Office of Kementerian Pelajaran Malaysia E8, ARAS 8, BLOK
Level 8, Bolck E8

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E


Government Compleks Parcel E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


Federal Government Administrative Centre

62604 PUTRAJAYA

Tel : 03 88846077 Fax : 03 88894548 Laman web : http//www.moe.gov.my

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN KP.BSSK.302-02/03/002(17) 14 Januari 2010 Semua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri. Y.Bhg. Datuk / Dato / Tuan / Puan, JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH SEPANJANG TAHUN Dalam usahanya memastikan wujudnya pembudayaan sukan serta memastikan kementerian acara sukan di sekolah sekolah, pihak Y.Bhg. Datuk / Dato / Tuan / Puan hendaklah memastikan semua Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah di peringkat negeri, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan di peringkat sekolah diaktifkan dan melaksanakan fungsi mereka dengan berkesan. 2. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Bil. 1/2009 bertarikh 22 Disember 2009 telah bersetuju supaya Kejohanan Olahraga Sekolah tidak perlu lagi terikat dengan takwim MSSM. Fleksibiliti harus diberikan terhadap Kejohanan Olahraga Sekolah bagi membolehkan persediaan pengurusan dan latihan murid yang mencukupi terutama dari segi penyesuaian diri dan kemahiran dalam bidang sukan dan permainan yang disertai. 3. Sehubungan itu, pihak sekolah diingatkan bahawa semua aktiviti sukan dan permainan antara rumah rumah sukan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Bersesuaian dengan itu, kementerian telah menyediakan JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH SEPANJANG TAHUN sebagai rujukan untuk memastikan sukan dan permainan dilaksanakan secara efektif dan efisien ( Lampiran A ). 4. Bagi memeriahkan lagi sukan d peringkat sekolah, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat setempat serta pihak swasta hendaklah dilibatkan secara aktif seperti mana yang telah disarankan melalui Surat Siaran KP.BSSK.302/03/003(13), Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Peringkat Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah, bertarikh 27 Ogos 2009 dan KP.BSSK.302-02/03/002 (16), Strategi Pelaksanaan Pembangunan Sukan Sekolah, bertarikh 30 Oktober 2009 adalah berkaitan.

5. Semua Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk / Dato / Tuan / Puan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

TAN SRI DATO HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai