Anda di halaman 1dari 14

1.0.

PENGENALAN

Kemahiran berucap di hadapan khalayak ramai, yang juga dikategorikan sebagai suatu seni pengucapan, telah dibentuk oleh masyarakat Greece purba. Pidato masyarakat Greece terkenal melalui suatu usaha antikuiti klasik. Pemidato Greece berucap bagi diri mereka sendiri dan bukan mewakili mana-mana klien atau institusi, maka sesiapa pun yang berjaya dalam perbicaraan, dalam politik, atau dalam kehidupan sosial haruslah menguasai teknik-yeknik pengucapan awam. Teknik-teknik pengucapan awam pada mulanya diajar oleh sebuah organisasi, sophists yang mengenakan bayaran, dengan tujuan menjadikan topik perbincangan yang paling lemah kepada yang paling kuat, dan untuk menjadikan pelajar mereka lebih baik melalui satu arahan yang berkesan. Plato, Aristotle, dan Isocrates, semua mereka telah membentuk teori-teori pengucapan awam yang bertentangan dengan Sophists, dan idea-idea mereka adalah bersifat institusi dan yayasan yang mana terbentuk melalui pembentukan sekolah-sekolah tetap di mana pengucapan awam adalah salah satu matapelajaran yang diajar. Semua prinsip-prinsip pengucapan awam telah berubah dan mengalami ubahsuai seturut dengan masyarakat, dan budaya yang telah berubah, tapi secara harfiah ianya masih sama. Teknologi dan cara bagaimana komunikasi ini secara tradisional telah melalui struktur seni berpidato dan bergantung kepada suatu jumlah audiens yang banyak ataupun sedikit. Bagaimanapun, kemajuan teknologi telah membolehkan lebih banyak komunikasi sofistikated berkesan untuk pemidato awam. Sumber teknologi dan media banyak membantu suasana pengucapan awam, seperti telekomunikasi dan persidangan video. Persidangan video adalah salah satu teknologi terkini yang mana ini adalah satu revolusi bagaimana pengucapan awam berhubung dengan media massa. David M. Fetterman (1997) dari Stanford University, dalam artikelnya Video Conferencing Over The Web menyatakan: Teknologi persidangan video membolehkan kumpulan-kumpulan yang terpisah oleh faktor-faktor goegrafi mampu mendengar dan menonton sesama sendiri, yang kebisaannya berhubung melalui satelit ataupun melalui sistem komunikasi telefon.

2.0. PENGERTIAN PENGUCAPAN AWAM

Pengucapan awam adalah satu proses pengucapan kepada satu perkumpulan atau perhimpunan yang terancang. Pengucapan awam disampaikan dengan tujuan yang baik, iaitu bertujuan untuk memaklumkan, atau bertujuan menghiburkan pendengar. Ianya sangat berkait rapat kepada penyampaian, namun pengucapan awam adalah lebih bersifat komersil dan tersirat. Secara umumnya, objektif seorang pemidato adalah sangat mudah, diantara menyampaikan maklumat, memotivasikan pengdengar untuk bertindak, sangat hanya untuk menceritakan sebuah kisah. Seorang pengucap awam profesional biasanya akan berlatih dari segi pengetahuan dan kelancaran dalam ucapannya. Ini termasuklah mencari bimbingan bagi meningkatkan kemahiran berucap mereka seperti mempelajari teknik penyampaian yang berkesan, sebagai contoh, atau belajar bagaimana menggunakan unsur-unsur kelakar dalam pengucapan dengan berkesan juga kajian lanjut berkaitan topik yang akan disampaikan. Seseorang yang berucap secara umum dalam kalangan golongan profesional akan diberikan bayaran. Seorang pemidato profesional mungkin adalah dari kalangan bekas ahli politik, bintang sukan dan model-model contoh masyarakat lain. Semakin tinggi profil personaliti pemidato tersebut, maka bayaran yang diterima oleh penodato tersebut juga semakin tinggi. Tidak ramai individu yang mampu berucap di hadapan orang ramai. Kebanyakannya adalah kerana satu ketakutan ataupun fobia untuk berpidato secara terbuka, yang dikenali sebagai glossophobia ataupun biasanya disebut sebagai darah gemuruh. Namun ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan antara perasaan teruja dengan perasaan fobia tersebut. Berucap secara awam dan berpidato kadang-kadang dianggap sebagai salah satu kemahiran yang paling penting yang boleh dikuasai oleh seseorang individu. Kemahiran ini boleh digunakan untuk apa tujuan sekalipun. Majoriti pembicara atau pemidato agung mempunyai kebolehan semulajadi untuk menunjukkan kemahiran dan keberkesanan yang membantu dalam menggerakkan atau memotivasikan audiens bagi tujuan tertentu. Penggunaan gaya bahasa dan retorik bahasa adalah dua diantara aspek terpenting dalam pengucapan awam dan kemahiran interpersonal. Mempunyai pengetahuan dan memahami penggunaan dan tujuan

sesebuah komunikasi dapat membantu individu yang berucap menyampaikan mesej mereka dalam cara yang paling berkesan. Pemimpin-pemimpin seperti Martin Luther King, Jr. Sukarno, dan Adolf Hitler, mereka adalah contoh terbaik bagi keberkesan dalam pengucapan atau pidato dimana mereka menggunaka pidato mereka untuk memberi impak kepada masyarkat. Ucapan-ucapan ahli politik selalunya dianalisis secara umum oleh kedua pihak, penyokongnya dan pengkritiknya.

3.0. ELEMEN PENYEDIAAN TEKS PENGUCAPAN AWAM.

3.1. Tajuk Apabila seseorang itu diarahkan untuk berucap, benda pertama yang akan timbul di minda seseorang itu pastinya adalah berkaitan dengan topik pengucapannya. Melainkan penyampaian anda berkaitan, dan sudah dimaklumkan oleh pihka penganjur tentang topik pengucapan, terdapat banyak topik pengucapan awan lain yang boleh dipilih. Bagaimana cara saya memilih topik terbaik? Bagaimana cara saya untuk mengetahui sejauh mana pendengar suka akan ucapan saya? Bagaimana kalau mereka tertidur? Ini adalah antara soalan-soalan yang akan timbul di fikiran seseorang pengucap. Tidak ada cara untuk kita memastikan samaada pendengar akan suka kepada ucapan kita, tapi yang pasti, ada cara untuk memastikan walaupun tidak semua tapi kebanyakan audien akan kagum dengan pengetahuan dan semangat anda, yaitu dengan membuat penulisan dengan penuh keghairahan. Nyatakan anda ghairah tentang apa, samaada sukan, kerjaya, atau apapun juga. Jika anda menyukai topik anda, ini akan membolehkan anda mempunyai pengetahuan yang baik tentang topik tersebut. Keghairahan atau keseronokan anda akan terserlah di dalam mesej ucapan anda. Apabila anda seronok dengan topik anda, maka pastinya anda akan menulis ucapan anda dengan mudah. Semua ini tidak bermaksud anda tidak ghairah dangan topik yang bukan menjadi keghairahan anda. Yang penting adalah, kita suka untuk bercakap kepada umum. Contohnya sebagai seorang guru, kita minat untuk mengajar dan berlatih. Jadi apabila kita mempunyai peluang untuk berdiri dan berucap kepada umum akan membuat kita teruja. Sememangnya kita akan gementar, tapi itu adalah salah satu bentuk keterujaan. Ini adalah beberapa senarai apa yang kita boleh pertimbangkan dalam kita memilih suatu topik untuk pengucapan awam kita: Tulis apa yang kita tahu. Semua itu boleh bergantung kepada pengalaman anda, kerjaya anda, keluarga, ataupun kehidupan. Apapun juga yang anda rasa anda boleh berkata banyak tentang topik tersebut.

Jadi Diri Sendiri. Tulis pengucapan anda dalam cara bagaimana kita menyampaikannya kepada kawan kita.

Jika pengucapan adalah lebih berbentuk formal, menggabungkan elemenelemen tertentu akan membolehkan personaliti anda terserlah.

Jika anda tidak tahu tentang topik tersebut, jangan mencuba untuk menjadi teknikal. Isu-isu mungkin akan timbul di mana mungkin seseorang yang lebih arif tentang topik tersebut akan mencabar anda.

Pengalaman anda adalah senjata utama anda. Kerap kali anda akan mampu mengaitkan pengalaman-pengalaman anda dengan insiden tertentu kepada audiens.

Pekerjaan adalah penjana idea yang paling berkesan. Keluarga adalah yang terbaik, kalau pun bukan yang terbaik, idea akan timbul dalam pengucapan kita. Kita boleh membicarakan tentang anak-anak kita tentang apa yang mereka lakukan. Lakukan sedikit pemerhatian kepada situasi-situasi seperti ini. Pastinya anda akan ada unsur lawak sebagai tambahan.

Jika pengucapan anda berbaur persendirian, maka suasana hangat akan timbul di antara anda dan pendengar.

3.2. Khalayak/Audiens Pengucapan awam adalah sangat penting. Topik pengucapan akan menjana jangkaan audiens tentang apa yang akan kita ucapkan. Topik pengucapan kita mungkin boleh membosankan atau membuatkan pendengar untuk tidak teruja. Maka pilihan haruslah tepat. Kita mungkin akan simpan ini apabila kita merancang topik ucapan kita. Siapakah audiens atau pendengar kita? Apa minat yang mereka ada? Dan kalau kita adalah salah satu dari audiens, pastinya kita akan beranggapan bahawa ini dalah ucapan yang harus kita dengar. Pelanggan adalah sentiasa betul adalah satu frasa bisnes yang

dipakai oleh ramai ahli bisnes berjaya. Perkara yang sama juga apabila ianya berkaitan dengan topik untuk pengucapan awam. Kita perlu mencuri perhatian pendengar kita supaya mereka berminat dengan topik pengucapan awam kita. Ianya harus berkait rapat dengan apa yang membuat mereka selesa, ilustrasi atau sesuatu yang mengandungi amaran yang baik. Mantan Timbalan Presiden Al Gore menyatakan perhatian yang lebih kepada tayangan dokumentarinya An Inconvenient Truth. Beliau lebih peka dengan persekitaran namun orang yang datang untuk menonton mungkiin sekali hanya tertarik dengan aspek politik dalam tayangannya. Beliau telah menarik perhatian audiens dan ini adalah sesuatu yang boleh kita terapkan. Dengan topik pengucapan awam kita boleh mempunyai tujuan iaitu untuk menyampaikan mesej kita. Kita memerlukan itu, dan ianya adalah sangat penting. Namun kita mungkin perlu menggunakan pendekatan yang menarik untuk memancing audiens kita. Sesetengah topik boleh berkait rapat dengan Mendapat Hadiah Percuma selepas ucapan sepertimana yang dilakukan dalam The Oprah Winfrey Show. Adakah ini adalah sesuatu yang baik? Mungkin ramai diantara kita yang tidak setuju dengan ini. Pertama sekali, apa jenis audiens yang akan kita hadapi? Adakah ianya menarik hanya dengan mendapatkan sesuatu? Mungkin mereka dalam keadaan tercabar dari aspek kewangan. Inilah yang harus kita ketahui. Jika pengucapan kita adalah berkaitan dengan tindakan kita untuk memberi tekanan kepada semua yang menjadi audiens kita, mungkin kita sedang menghadapi audiens yang pemalas. Pengucapan awam akan membawa audiens kepada tanda tanya apakah rahsia yang akan kita akan kongsikan kepada mereka. Ramai mengatakan tanggapan pertama adalah penting dan itu adalah hakikat apabila kita menyentuh hal yang berkaitan dengan topik pengucapan awam. Kita pastinya akan mengharapkan tanggapan pertama yang baik sebagai batu loncatan kita, yang mana ini pasti akan membawa audiens yang tepat untuk pengucapan kita.

3.3.Masa Kita seringkali mengabaikan teknikal-teknikal penting dalam pengucapan awam. Kita harus ingat bahawa kita harus menggunakan hati kita dalam pengucapan kita. Dan salah satu aspek penting dalam pengucapan awam yang harus kita titik beratkan adalah masa. Meletakkan had masa bagi ucapan kita adalah sangat penting. Ini adalah kunci kepada ucapan kita. Hormati audiens kita dan hormati masa mereka. Harus kita ingat juga bahawa akan ada ucapan lain yang telah diatur selepas ucapan kita. Apabila sesuatu ucapan itu mengambil masa yang terlalu lama dan memakan masa program lain yang telah diatur, audiens akan berasa jengkel. Ramai di antara mereka akan beredar. Itu adalah petanda buruk. Jiaka kita tidak meletakkan had dalam pengucapan kita, maka itu akan memburukkan suasana dan memburukkan pengucapan kita. Ini adalah cara bagaimana kita boleh melatih diri kita untuk meletakkan had masa dalam pengucapan kita. Salah satu ciptaan terhebat merujuk kepada hal ini adalah jam randek. Gunakan ia. Sebelum ucapan rasmi kita, lakukan beberapa latihan dan catat masa ucapan anda. Jika anda terlebih masa, maka anda haruslah membuat skala semula tentang apa yang akan kita perkatakan. Harus juga diingat tentang kemampuan kita. Mungkin kita adalah seorang yang bercakap dengan cepat apabila kita berada di hadapan orang awam atau kita berkemungkinan akan berucap dengan perlahan dalam situasi tersebut. Benda ini harus diambil kira bagi memperuntukkan masa kita. Tidak terlalu keterlaluan jika kita membawa jam randek bersama kita semasa ucapan dan kita boleh lihat prestasi penggunaan masa kita. Kita mungkin perlu membuat sedikit perubahan di atas pentas agar kita dapat menggunakan masa sebaiknya. Jangan menggunakan masa dari apa yang sepatutnya. Ini adalah untuk kebaikan kita juga. Contohnya, jika kita menjual sesuatu pada penghujung ucapan kita, pastinya audiens akan mahu membeli lebih banyak daripada anda.

3.4. Tujuan Walaupun kita mungkin mempunyai fakta-fakta menarik dan cerita-cerita yang menghiburkan yang kita akan sampaikan kepada audiens kita, sebagai seorang pengucap, kita haruslah menyediakan informasi yang menarik, menghiburakn atau mendorong kepada audiens kita. Sesiapa pun yang akan berucap kepada sebuah kumpulan haruslah mempunyai matlamat yang spesifik di dalam minda kita. Anda harus tahu apa yang ingin anda capai, apa yang audiens ingin dengar dan apa pengalaman yang anda mau dari pengucapan yang anda lakukan. Apabila kita bercakap kepada orang ramai, matlamat yang kita cuba capai adalah dengan berucap kepada umum tentang fikiran dan idea kita, memuaskan hati pendengar dan mendapat ganjaran melalui pengalaman berucap. Soalan yang sering ditanyakan bagi mengetahui apa tujuan atau matlamat kita dalam pengucapan kita adalah: i. ii. iii. Apa yang boleh kita capai dalam pengucapan kita? Bagaimana kita boleh mengetahui tentang apa yang audiens mahu? Apa ganjaran pengelaman yang boleh kita ddapat dari pengucapan kita?

Sebelum kita memberi ucapan, kita sangat perlu memastikan apa yang kita mahu or apa yang kita jangka untuk kita capai melalui pengucapan. Ini adalah tujuan sebenar pengucapan kita, yang mana bole jadi diantara yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Untuk memaklumkan Untuk mendidik Untuk meransang Untuk memujuk Untuk mendorong untuk bertindak Untuk menghibur

Adalah penting bagi kita untuk membuat pernyataan sendiri tentang apa yang ingin kita capai sebelum kita memulakan penulisan ucapan kita. Sebagai contoh, Dalam pengucapan saya kepada kumpulan ini, saya ingin memujuk mereka untuk

mempertimbangkan produk kami, dan pada waktu yang sama saya akan menghiburkan mereka dengan cerita-cerita saya. Bercakap adalah suatu proses komunikasi. Jika pendengar atau audiens tidak memahami apa yang kita ucapkan, kita tidak mencapai matlamat utama dalam proses tersebut. Faktor-faktor penting yang haru kita ingat dalam memberi kepuasan kepada pendengar kira adalah yang pertama, bercakap dengan keyakinan, kedua, bercakap dengan jelas, dan yang ketiga, libatkan pendengar dalam pengucapan. Satu motivasi besar dalam kita memberi ucapan kepada sesebuah kumpulan, ataupu sesiapa sahaja untuk tujuan tersebut, adalah dengan menyampaikan idea-idea kita. Kadang-kadang sukar bagi kita untuk menyampaikan secara lisan tentang apa yang sedang kita fikir kepada orang lain. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai bakat untuk berucap dengan lancar dan mampun menarik perhatian mungkin mengalami kesukaran untuk meletakkan fikiran-fikiran dalam bentuk perkataan atau mungkin juga takut untuk bercakap kepada orang ramai. Jurucakap profesional juga kadang-kadang mengalami hal yang sama. Seorang pengucap yang berjaya mencapai matlamat dalam meluahkan pemikirannya, memuaskan hati para pendengar, dan mendapat pengalaman sebagai ganjarannya. Kita harus sedar akan tujuan kita dalam mengejar kejayaan dalam pengucapan.

4.0. TEKNIK PENYAMPAIAN YANG BERKESA

Ini bukanlah suatu kejutan, tapi suatu keyakinan, seorang pengucap yang efektif bermula sebelum kita masuk ke dalam bilik berucap. Persedian adalah sangat mudah. Berikut merupakan beberapa teknik penyampaian untuk pengucapan awam. Masa adalah segalanya. Kita harus rahu masa yang diperuntukkan bagi pengucapan kita, jadi kita harus membentuk satu pengucapan yang menggunakan 75% daripada masa yang diperuntukkan. Ini akan memberikan kita satu fleksibiliti. Kebanyakan orang akan mengambil masa lebih lama daripada yang dirancang. Bila kita selesai lebih awal, harus kita ingat tidak ada pembicara yang dipersalahkan bila selesai lebih awal. Curi perhatian pendengar. Mulakan dengan pendahuluan yang kuat, dan biarkan audiens tahu untuk 30 saat yang pertama di mana arah tujuan ucapan anda. Jangan sampaikan mesej anda terlebih dahulu, tapi berikan mereka petanda arah tuju anda. Rekabentuk isi-isi kandungan ucapan anda menggunakan kata kunci logik dan jangan menyimpang dari kandungan anda. Tujuh adalah nombor bertuah bagi minda manusia. Lebih dari tujuh poin bermakna ia menjadi kesukaran bagi kita untuk mengingatnya. Selitkan cerita. Cerita-cerita terutamanya berkisarkan pengalaman kita sendiri, adalah tambahan yang sangat kuat, namun biarlah secara ringkas dang berkaitan dengan ucapan anda. Jangan biarkan apa yang anda katakan itu tidak berkaitan dengan ucapan anda. Fakta adalah fakta. Jika tujuan kita adalah untuk menyakinkan orang untuk berfikir sama seperti kits, kita harus berkongsi dengan mereka fakta yang telah menyakinkan kita. Ini mungkin memerlukan kita menggunakan pemancar carta atau peralatan lain. Bahan bercetak adalah sangat mengganggau semasa pengucapan, ini harus menjadi pilihan terakhir dalam menggunakan media tambahan. Visual tambahan juga adalah amat berkesan dalam membantu kita semasa pengucapan. Simpulkan ucapan anda dengan fakta tambahan yang kuat agar audien akan terikat dan mendapat kesan oleh pernyataan dan gelaran bagi sesuatu tindakan yang menjadi sebahagian daripada audien. Contoh: Pengurusan memberi nilai kepada pandangan anda. Untuk beberapa

sesi seterusnya, saya aka membawa anda untuk memberi pandangan bagaimana anda mempercayai bahwa kita akan menjadi pesaing hebat dan kemudian, hantar cadangan anda untuk dipertimbangkan. Jangan tutup ucapan anda dengan Terima kasih. (Tidak ada sebab kita untuk berterima kasih kepada audien. Audien tidak memberikan kita apa-apa.) Paling mudah adalah dengan memanggil semula juruacara, atau berikan signal atau anggukan sebagai tanda ucapan anda sudah tamat kepada juruacara. Seboleh-bolehnya katakan, Salam satu Malaysia.

5.0. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengucapan awam ini telah terbentuk sejak zaman Yunani lagi. Pada zaman itu, pengucapan awam adalah berbentuk persendirian dan kita mewakili mana-mana pihak. Bagi sesiapa yang berucap pada zaman Yunani, mereka berucap untuk kebaikan mereka sendiri, yang ini sangat jauh berbeza dengan apa kita amalkan kini, ucapan adalah untuk membangun dan mendorong para pendengar, kecuali ucapan-ucapan yang berkaitan politik apa lahi bila pilihan raya sudah semakin dekat. Terdapat banyak cara untuk menyampaikan ucapan kita dengan berkesan. Dari cara kita membuat persediaan sehingga kita selesai membuat ucapan semua adalah penting, tapi tidak ada yang lebih penting dari semua selain kita bercakap dari hati kita. Berikut adalah beberapa cadangan teknik-teknik mudah dalam memudahkan kita dalam pengucapan kita. Pertama, bernafas, jangan risau untuk berhenti seketika atau hanya dengan sekadar menarik nafas. Ini membolehkan anda untuk berfikir sejenak tentang apa yang akan anda ucapkan. Seterusnya, miliki apa yang anda tahu. Harus kita ingat bahawa audiens akan menganggap kita adalah seorang pakar dalam topik yang kita bincangkan. Apabila kita menunjukkan bahawa kita yakin, maka mereka akan percaya bahawa kita sememangnya yakin dengan diri kita. Lakukan interaksi mata dengan para audiens. Dengan perlahan pandang audiens anda dengan sekilas sewaktu kita melakukan ucapan. Audiens yang baik akan memberikan tenaga semangat kepada kita dan akan melibatkan diri dalam demonstrasi yang anda lakukan dalam pengucapan anda (jika ada), jadi jangan malu unutk melibatkan mereka. Amat penting kita bawa bersama tisu dan air. Dalam pengucapan kit akan bercakap banyak dan pasti mulut kita akan kehilangan kelembapan dan tekak kita juga akan terasa kering. Maka air akan memberi kita keselesaan apabila kita menghadapi situasi tersebut. Tisu juga amat penting. Mungkin kita adalah orang yang mudah berpeluh, dan pastinya anda tahu apa tujuan tisu di dalam poket anda.

Tetapi apa yang paling penting dalam kita melakukan sesuatu pengucapan awam adalah, kita menyampaikan ucapan melalui hati kita, untuk kepentingan bersama dan bukan hanya untuk kepentinga diri semata-mata.

( 2,790 patah perkataan)

6.0.RUJUKAN

Eisenberg, E. M., Goodall, H. L., Jr., & Tretheway, A. (2007), Organizational communication: Balancing creativity and constraint (5th Ed., New York: Bedford/St. Martins.

Hackman, M. Z., & Johnson, C. E. (2004). Leadership: A communication perspective (4th Ed.). Long Grove, IL: Waveland Press

Letteri, R. (1997). A handbook of public speaking. (2nd. ed.). New York: Cummings Hathaway Publishers

OHair, D., Stewart, R., & Rubenstein, H. (2001). A speakers guidebook: Text and reference. New York: Bedford/St. Martins.

Patout, P. (Ed.). (1978) Mark Twain speaks for himself. West Lafayette, IN: Purdue University Press