Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2012

HBAE 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

821017045386001 821017045386 0196080288 haya_ti1982@yahoo.com OUM KAMPUS MELAKA

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

SENARAI KANDUNGAN : Muka Surat Senarai kandungan........................................................................................ 1

Penghargaan .................................................................................................

Pendahuluan..................................................................................................

Karya Keindahan Alam Semulajadi ...

Sinopsis Karya...

5-6

Apresiasi Seni Pelukis Malaysia.

7-15

Penutup....................................................................................................

16

Rujukan.................................................................................................

17

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Penghargaan
Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan pendidikan jasmani ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada tutor saya iaitu Pn. Nurul Huda bt Mohamed kerana beliau telah banyak memberikan tunjur ajar dan garis panduan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada suami tercinta terima kasih yang tidak terhingga di atas dorongan dan pengorbanan, ahli keluarga serta kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea kepada saya untuk menambahbaik lagi tugasan ini. Segala pendapat dan tunjur ajar kalian sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah membantu dari segi sokongan moral. Akhir kata dari saya terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan tugasan ini.

Norhayati binti Noor Mohamed

821017045386 HBAE 1103/OUM/JAN/2012

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Pendahuluan
Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Hal ini disebabkan oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as

defining, valuing and explaining Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. Objektif apresiasi ialah memahami dan bertindak terhadap aspek seni. Selain itu, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni. Apresiasi sini membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung di dalam sesebuah hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat memberi gambaran hubungkait diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni berdasarkan persepsi visual. Melaluinya juga kita boleh melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain dimana ini akan dapat membentuk keyakinan dan kefahaman terhadap bidang seni.

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Menggambar

Karya lukisan ini adalah bertemakan Keindahan Alam Semulajadi. Karya ini di lukis dengan menggunakan tiga teknik menggambar iaitu lukisan, catan serta percikkan. Terdapat sesetengah unsur di dalam karya ini di hasilkan daripada corak tidak terancang iaitu dengan menggunakan teknik tiupan. Garisan yang digunakan berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline. Objek yang dilukis memenuhi ruang. Warna-warna pada rumput yang seakan

menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton.Contohnya daun rumput yang muda adalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-daun rumput yang lebih tua.Melalui contoh lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapat menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang dihasilkan.

Menganalisa

Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambar disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej lautan yang berada ditengah-tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya ini. Selain itu, penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat imej yang berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. Bayang pada air laut juga lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Warna yang digunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh warna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana di pinggir laut. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona pudar bagi menimbulkan suasana petang . Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan, masih terdapat penggunaan warna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini telah memberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan media yang digunakan oleh pelukis didalam karya tersebut. Media yang digunakan didalam karya tersebut ialah cat air.

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Tafsiran

Apabila melihat kepada karya pelukis, amat jelas tergambar bahawa makna yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan alam semulajadi . Pemandangan seperti ini hanya dapat di lihat dikampung-kampung persisiran pantai yang masih mengekalkan ciri-ciri alam semulajadinya. Kelihatan pokok-pokok bakau yang masih utuh berdiri menantikan ombak laut datang mambadainya. Burung-burung camar terbang berkumpulan untuk pulang ke sarang dan meninggalkan pantai yang kesepian. Pokok-pokok niur melentuk-lentuk di tiup sang bayu petang menggambarkan ketenteraman pelukis sewaktu menghasilkan karyanya. Dengan arus pembangunan moden yang sedang pesat berkembang ini tidak banyak pantai yang dapat mempertahankan keindahan semulajadi pantainya. Oleh itu pelukis mengambil inisiatif untuk melakarkan karya ini bagi tatapan generasi akan datang.

Penilaian

Pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan kepada pengalamannya. Hasil daripada persepsinya pelukis telah mengadaptasikan pengalaman untuk diolah dalam bentuk lukisan. Fungsi karya ini adalah untuk menyedarkan kepada masyarakat terhadap khazanah alam semulajadi yang kita miliki. Khazanah ini perlu dipelihara agar tidak terhapus dek kerakusan pembangunan moden dizaman ini. Ia juga merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam keseimbangan alam. Khazanah alam semulajadi yang kita miliki hari ini amanah yang perlu di jaga untuk tatapan generasi akan datang. Jangan disuatu hari nanti pokok bakau juga sudah tidak dikenali manakala keindahan warna si camar juga telah dilupakan.

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Pelukis : Dzulkifli Buyong Tajuk : Kelambu (1964) Media : Pastel Menggambar Karya ini menggambarkan lima imej gambar wanita dan juga imej kelambu yang menjadi tajuk kepada karya ini. Setiap gambar yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak yang tersendiri. Seorang perempuan tua yang berbaju hijau dan bersanggul memainkan watak sebagai seorang ibu. Manakala empat gambar didalam karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis. Kesemua gambar didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga. Gambar-gambar didalam karya tersebut menunjukkan bahawa kesemua mereka sedang melakukan aktiviti masing-masing. Karya tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama. Gambar-gambar yang berperanan sebagai anak gadis menunjukkan mereka sedang melakukan aktiviti, seorang daripada mereka sedang termenung di jendela sambil menikmati keidahan malam dengan melihat kerlipan bintang dan hembusan bayu malam, seorang lagi sedang membaca buku di dalam kelambu, terdapat seorang anak yang sedang mengikat tali kelambu untuk 7

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

digantungkannya dan seorang lagi meletakkan badannya keatas kelambu dengan memaparkan eksperesi muka yang begitu manja sambil menikmati suasana malam yang hening. Gambar yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk dan kemungkinan dia tidur di luar kerana kelambu yang dipasang kelihatan kecil. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta mempunyai ton yang gelap. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada gambar iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu perwatakan serta karakter gambar tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari apa yang dilihat pada rambut gambar ibu yang bersanggul.

Menganalisa Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambar disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada ditengahtengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya tersebut. Bayang pada kelambu dan juga dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Warna yang digunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh warna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana kampung. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona gelap bagi menimbulkan suasana malam . Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat pudar, masih terdapat penggunaan warna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini telah memberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan media yang digunakan oleh pelukis didalam karya tersebut. Aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan pelukis banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam karyanya Selain itu, penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat imej yang berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. 8

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Media yang digunakan didalam karya tersebut dan hampir kesemua karya beliau adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karektor yang ingin disampaikan oleh beliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Dengan pengaplikasian elemen dan prinsip seni, semakin jelas bahawa perkembang pendekatan barat semakin kuat bertapak dalam seni moden Malaysia. Seni moden Malaysia semakin berkembang dan mewujudkan gayanya yang tersendiri. Apa yang menarik mengenai visual yang ditampilkan oleh Dzulkifli Buyung dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej gambar yang lebih menjurus kearah imej lukisan kanak-kanak dan berbentuk seni naif. Beliau telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden.

Tafsiran Karya ini jelas menggambarkan makna yang ingin disampaikan bahawa ia adalah

berkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yang mudah sebagai contoh situasi sebuah keluarga ketika hendak tidur, namun penekanan yang amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat dijelaskan adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah keluarga. Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai pengorbanan seorangibu demi anak-anaknya dimana, melalui visual yang diwujudkan, si ibu berkemungkinan tidur diluar sebaliknya anak-anak gadisnya pula tidur di dalam kelambu tersebut. Si ibu sanggup membiarkan dirinya terdedah kepada gigitan nyamuk di malam hari demi memastikan keselesaan anak-anaknya. Didalam karya tersebut, dilihat tiada katil digunakan dan keluarga didalam catan tersebut tidur hanya beralaskan tilam menggambarkan kesusahan hidup mereka. Melihat dari konteks kebudayaan Melayu, kasih sayang merupakan salah satu elemen yang amat ditekankan didalam masyarakat. Kasih sayang merupakan suatu perkara yang amat indah dan ianya seringkali diterapkan di dalam masyarakat Melayu melalui pelbagai cara seperti didalam pepatah dan peribahasa Melayu. Orang Melayu dahulu mungkin tidak mempunyai kekayaan dari segi harta benda dan material, namun mereka kaya dengan kasih sayang yang cukup membuatkan hidup mereka 9

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

gembira. Kebijaksanaan Dzulkifli Buyung didalam menghasilkan karya jelas dimana beliau mampu untuk menggunakan metafora atau perumpamaan yang amat mudah didalam menyampaikan ideanya yang membawa makna yang mendalam. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau banyak menumpukan kepada tema zaman kanak-kanak. Karya beliau menunjukkan kegembiraan, kenakalan, keharmonian dan keriangan zaman kanak-kanak melalui aktiviti harian mereka. Kanak-kanak digambarkan bermain dengan riang dan berjenaka didalam pesekitaran tempatan yang menggambarkan motif serantau didalam identiti tempatan . Dzulkifli Buyung mungkin mendapat pengaruh yang amat besar daripada guru beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn, namun melalui pengolahan serta stailisasi yang dilakukan oleh beliau terhadap gambar mempunyai karektor kartun dan karikatur telah membentuk identitinya yang tersendiri dan lebih menampakkan kebudayaan tempatan. Didalam karya tersebut juga, apa yang dapat dilihat secara tersurat adalah identiti budaya tempatan melalui penggunaan imej seperti kelambu, kain batik, bantal serta suasana bilik.Kelambu merupakan pelindung yang digunakan oleh masyarakat Melayu terutamaya masyarakatkampung untuk melindungi dari gangguan nyamuk ketika waktu tidur.

Penilaian Perkara yang tidak dapat disangkal apabila melihat karya bertajuk Kelambu olehDzulkifli Buyung adalah kebijaksanaan beliau didalam menyampaikan mesej mengenai keindahan kebudayaan Melayu di dalam karyanya. Walaupun berlainan dari sudut konteks penyampaiaan, iaitu melalui pendekatan seni tampak moden, namun beliau masih tidak lupa mengenai keindahan serta kecantikan kebudayaan Melayu. Mungkin pengalaman hidup beliau telah menyebabkan beliau terdorong untuk menghasilkan karya-karya yang merakamkan kenangan zaman kanak-kanak didalam karyanya. Apa yang penting adalah bagaimana beliau melihat situasi yang amat mudah, mempunyai elemen-elemen estetik untuk dizahirkan didalamkarya. Dengan menyelitkan keindahan kebudayaan Melayu, karya yang dihasilkan oleh beliau menjadi sesuatu yang cukup kuat dari segi penceritaan serta keindahan warisan kebudayaan.Secara peribadi, saya menyatakan bahawa 10

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

karya Dzulkifli Buyung banyak menyentuh emosi, jiwa serta kenangan sewaktu kecil. Mungkin kerana saya juga pernah mengalami serta merasai situasi tersebut sewaktu kecil dahulu ketika berada di kampung. Setiap imej yang dipaparkan didalam karya beliau seperti bantal, kelambu, pakaian, suasana bilik, serta situasi melambangkan keindahan masyarakat Melayu. Mengambil contoh bantal dan juga kelambu didalam karyatersebut, jelas bahawa masyarakat Melayu suatu ketika dahulu memang menggunakan peralatan tersebut didalam kehidupan seharian mereka, bantal yang mempunyai sulaman bunga dan kelambu yang diikat pada penyangkut. Perkara tersebut merupakan identiti yang dimiliki oleh orang Melayu walaupun ianya hanya peralatan harian namun ianya mengandungi nilai sentimental yang amat tinggi dan juga berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Dzulkifli Buyung melihat perkara-perkara tersebut sebagai suatu saat yang penting untuk dizahirkan didalam karya beliau. Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1964 danianya masih kekal sehingga ke hari ini. Masyarakat kini mungkin tidak mengenali dan menggunakan kelambu sebagai salah satu peralatan di dalam kehidupan mereka walhal, ianya pernah menjadi sesuatu yang sinonim terhadap kehidupan masyarakat Melayu. Lantas, ianya menjadikan karya tersebut sebagai catatan serta dokumentasi mengenai keindahan budaya Melayu, sesuatu yang amat penting kepada sejarah seni moden Malaysia dan juga masyarakat secara umumnya. Karya tersebut menjadi jaminan didalam memelihara salah satu kebudayaan serta keindahan masyarakat Melayu agar terus dikenali oleh generasi akan datang. Memang sudah ternyata dengan jelas bahawa fungsi sesebuah karya seni adalah sebagai sebuah dokumentasi didalam mencatat perjalanan sejarah kerana ianya wujud didalam tempoh masa tertentu. Dan apabila melihat terhadap karya Dzulkifli Buyung, dapat dibuktikan bahawa ianya merupakan catatan sejarah yang penting terhadap masyarakat lebih-lebih lagi apabila pengkarya begitu peka serta menitikberatkan elemen kebudayaan didalam karyanya. Seperkara lagi yang menjadikan karya ini sebagai sebuah karya yang sangat kuat dan berjaya adalah elemen kasihsayang antara keluarga yang ditonjolkan secara tersirat didalam karya ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, masyarakat Melayu amat menitikberatkan kasih sayang didalam kehidupan seharian sehinggakan wujud peribahasa seperti air dicincang tak akan putus dan pelbagai lagi. Kasih sayang diterapkan didalam setiap aktiviti, perlakuan dan perbuatan. Jika orang barat memerlukan televisyen untuk mereka duduk meluangkan masa 11

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

bersama keluarga, masyakat Melayu sebaliknya dapat menunjukkan aliran nilai kasih sayang mereka dengan hanya berbekalkan sebuah kelambu dan melalui aktiviti yang begitu mudah dan asas iaitu tidur . Begitulah apa yang divisualkan oleh Dzulkifli Buyung didalam karyanya. Beliau Berjaya membuktikan bahawa setiap detik di dalam kehidupan masyarakat Melayu biarpun dari pengalaman kanak-kanak ataupun melalui situasi yang amat mudah, mempunyai keindahannya yang tersendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut Berjaya mencapai darjah yang tinggi didalam tahap nilai estetik kerana telah meliputi kecemerlangan dari segi aspek formal serta makna yang terkandung.

12

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Pelukis : Abdullah Arif Tajuk : Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya (1960) Media : Cat Air Menggambar

Pelukis menghasilkan karya ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini menggambarkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang. Gambar didalam catan tersebut memperlihatkan teknik melombong secara tradisional tanpa menggunakan kaedah kapal korek. Ia juga memperlihatkan keadaan rumah melayu asli pada masa dahulu. Kedapatan pekerja lombong bijih yang sedang menjalankan aktiviti

13

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

melombong. Pelukis juga menggambarkan tentang kekayaan hasil bumi Malaya pada masa tersebut iaitu bijih timah yang merupakan sumber pendapat terbesar suatu ketika dahulu. Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik wash dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.

Menganalisa

Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan wash yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan. Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih. Penonjolan wash atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat wash itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.

14

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas. Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis.

Tafsiran

Subjek yang ingin ditonjolkan dalam hasil seni ini ialah kawasan yang menjadi perlombongan bijih timah suatu ketika dahulu. Simbol bekerjasama terdapat pada tiga imej figura yang sedang mencangkul dan mengandar bijih. Metafora ini lebih menggambarkan kepada kehidupan masyarakat cina pada zaman dahulu. Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.

Penilaian

Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam. Karya ini juga berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui oleh pelukis untuk dikongsi bersama bagi tatapan generasi akan datang.

15

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Penutup
Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga. Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan

menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.

16

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

HBAE 1103

Rujukan
Rousliluddin Ambia. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. (2011) Selangor. Meteor Doc.. Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:Open Universiti Malaysia

17

Anda mungkin juga menyukai