Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN Sebagaimana teori-teori kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di Barat, pertumbuhan dan perkembangan teori-teori kesusasteraan tempatan

juga dipengaruhi oleh beberapa faktor. Pada peringkat awal perkembangan, tidak ramai sarjana dan penganalisis sastera Melayu yang melihat kepentingan kepada memiliki teori sendiri. Sebaliknya mereka lebih selesa mengguna dan mempraktikkan teoriteori dan pendekatan-pendekatan yang diimport dari Barat dalam kerja-kerja kritikan sastera. Oleh itu, ramai dalam kalangan para penganalisis dan sarjana Melayu yang terpengaruh dengan idea-idea teori Formalisme, Strukturalisme, Sosialisme, New Criticism dan sebagainya. Nama-nama pengkritik tempatan seperti Yahya Ismail, Shahnon Ahmad, A. Wahab Ali, Hashim Awang, Baha Zain, Kasim Ahmad, Umar Junus, Ramli Isin, Mana Sikana, Rahman Shaari Supardi Muradi, Muhammad Haji Salleh dikatakan amat akrab dengan teori-teori dan pendekatan-pendekatan serta aliran-aliran barat. Walaubagaimanapun dalam tahun-tahun 1980an, mereka mula menyedari akan kekurangan-kekurangan memiliki sikap kebergantungan kepada teori-teori Barat. Shahnon Ahmad seawal tahun 1980-an mula beralih kepada pemikiran Islam dan mengisytiharkan diri sebagai penganut sastera. Sikap Shahnon melambangkan ketidakpercayaan terhadap prinsip-prinsip kesusasteraan Barat yang ditanggapi menerusi teori-teori dan pemikiran yang tidak berlandaskan kepada Islam. Sikap prejudis dan pesimis terhadap teori-teori Barat mula membuak. Hashim Awang, Mohd Affandi Hassan, Shafie Abu Bakar, Mana Sikana, Mohd Kamal Hassan, Sahlan Mohd Saman, banyak menyuarakan pandangan yang membayangkan kepada perlunya kesusasteraan tempatan memiliki teori sastera dan teori kritikan sendiri. Berasaskan kepada perkembangan yang berlaku, khususnya dalam tahuntahun 1980-an dan 1990-an, beberapa kesimpulan dapat diunjurkan bagi menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan teori-teori kesusasteraan tempatan. Antaranya ialah kelemahan teori-teori Barat, kebangkitan pengaruh Islam, kesedaran intelektual dan tuntutan kritikan berasaskan nilai-nilai tempatan.
1

Tidak dapat dinafikan bahawa, ramai di kalangan sarjana sastera tempatan yang mendapat didikan sastera di Barat membawa pulang bersama mereka teoriteori dan pemikiran sastera barat. Menurut Sahlan (1997), teori-teori yang `diimport` dari Barat itu kemudiannya dikuliahkan, diajar, disebar, dibengkel dan diseminarkan dalam negara ini oleh tokoh-tokoh sarjana Melayu sendiri. Dengan itu teori dan pemikiran sastera dari Barat cepat merebak dan mempengaruhi hampir sebahagian besar penganut sastera Melayu. Walaubagaimanapun, ada juga dalam kalangan sarjana yang pulang dari Barat memiliki kesedaran intelektual yang tinggi terhadap kesusasteraan tempatan. Mereka inilah yang bangkit membongkar kelemahan-kelemahan teori kesusasteraan Barat dan menjelaskan kepincangan-kepincangan pemikiran Barat dalam menafsir dan menganalisis teks. Hashim Awang adalah tokoh sarjana berpendidikan Barat yang dilihat mempunyai kesedaran intelektual yang tinggi, sehingga beliau melibatkan diri secara langsung dalam menyumbangkan idea bagi membudayakan bidang teori dan kritikan berasaskan pandangan Islam dan nilai-nilai tempatan. Demikian juga dengan Muhammad Haji Salleh yang dianggap kental dengan didikan Barat, namun kembali beliau tidak larut dalam kebaratan, tidak termakan oleh prinsip-prinsip rapuh teori kesusasteraan bikinan sarjana Barat dan tidak pula memandang idea-idea teoretikal Barat itu sebagai mempunyai kekuatan dalam bidang epistemologi. Pencarian selama tiga puluh tahun tidak pernah menemukan kepuasan dalam diri terhadap sumbangan pemikiran Barat terhadap kesusasteraan nenek moyangnya. Muhammad meneroka dunia Melayu, menyelongkari jajaran estetika, mencerakin rantaian puitika bagi mendapatkan makna sebenar kesusasteraan Melayu. Usaha Muhammad yang terjelma dalam gagasan Puitika Sastera Melayu (2000) sebagai satu keberhasilan daripada kesedaran intelektualnya yang tinggi terhadap kesusasteraan Melayu. Demikianlah hal dengan beberapa tokoh lain yang turut bangkit atas prinsip keintelektualan dalam menyumbangkan idea dalam pembinaan teori-teori tempatan seperti Ungku Maimunah, Shafie Abu Bakar, Mana Sikana, Mohd Salleh Yaapar, Sahlan Mohd Saman, Mohamad Mokhtar Hassan, Mohamad Daud Mohamad dan ramai lagi.

Kritikan adalah wahana sastera yang sangat dinamis sifatnya. Oleh itu, kritikan menyumbangkan peranan yang sangat besar dalam kemajuan dan perkembangan sastera. Kesusasteraan tidak mungkin dapat hidup dengan sematamata bergantung kepada teorinya, kerana kritikanlah yang `memberi nyawa` kepadanya. Keperluan kepada teori kesusasteraan Melayu berkait rapat dengan kegiatan kritikan sastera Melayu itu sendiri.

Telah sekian lama kesusasteraan kita hidup bergantung kepada teori sastera dan pendekatan kritikan Barat. Selama itu jugalah pandangan hidup masyarakat Melayu yang terselindung dalam karya-karya sastera Melayu belum benar-benar mampu dibongkar, kerana teori dan kritikan yang tidak mampu mencecah kedalaman Melayu dan Islam yang menjadi anutan mereka. Teori-teori dan pendekatan moden Barat tidak menyediakan ruang dan jalan rintis yang seafdalnya ke arah itu. Dalam era pascamoden, keadaan menjadi lebih tidak menentu dan teoriteorinya pula tidak memberi sebarang jaminan terhadap apa-apa kepastian yang cuba dicari. Oleh itu, definisi kritikan sastera dalam kesusasteraan Barat dan kesusasteraan Melayu perlu kepada sedikit pengubahsuaian. Dari pemahaman sarjana Barat, kritikan kesusasteraan satu disiplin yang sistematik yang berusaha untuk menjelas, mengkaji, menganalisis, menginterpetasi dan menilai sesuatu hasil seni (Charless E. Bressler 1999:4). M.A. Abrams (1971) pula menyebutkan kritikan kesusasteraan sebagai satu cabang pengkajian yang berhubung dengan pengertian, penjenisan, penghuraian dan penilaian karya-karya kesussteraan. Kritikan sastera Melayu mengikut Ungku Maimunah ialah segala tulisan tentang sastera yang memberi kesan kepada perkembangan kesusasteraan termasuk kepada pembacaan dan penerbitan karya sastera (Rahman Shaari, 1994:11). Ungku Maimunah berpendirian, aspek perkembangan sastera turut dilibatkan sebagai satu pertimbangan yang wajar berdasarkan keadaan-keadaan tertentu yang berlaku dalam kesusasteraan Melayu itu sendiri (Rahman Shaari, 1994:10). Ahmad Kamal Abdullah, et al (1990) pula menjelaskan:
3

Kritikan harus mengandungi ciri-ciri seperti pengamatan yang kritis, penumpuan terhadap teks sama ada yang tersurat dan tersirat, pemerian apresiasi terhadap keindahan dan kekuatan karya, menilai, membanding, menunjukkan kesalahan dengan niat mempertingkatkan karya, memberi manfaat kepada pembaca dan seluruh peneliti lainnya. Perlakuan itu semestinya dibuat dengan pendekatanpendekatan tertentu dalam lingkungan kesusasteraan itu sendiri. Definisi di atas adalah hasil adunan definisi kritikan sastera dari Barat yang disesuaikan dengan pandangan dan keperluan khalayak sastera Melayu. Daripada definisi-definisi tersebut, kritikan sastera Melayu kelihatan lebih bersifat

komprehensif berbanding makna kritikan sastera dalam kesusasteraan Barat. Pembangunan sastera dianggap sebagai satu aspek penting yang perlu ada dalam kritikan sastera Melayu. Oleh itu, kritikan sastera Melayu tidak semata-mata menyelongkari teks, tetapi juga membawa sastera itu sendiri kepada kemajuankemajuan sastera dan menghubungkannya dengan aspek-aspek yang berada di luar teks. Di sinilah pentingnya teori kesusasteraan Melayu, yakni untuk memenuhi keperluan dalam bidang kritikan sastera Melayu itu sendiri, yang disifatkan oleh Mana Sikana sebagai bersifat jatidiri dan seiring dengan konteks sosio budaya negara ini. Teori-teori kesusasteraan dan kritikan Barat tidak dapat menjangkau ketinggian falsafah kehidupan orang-orang Melayu dan Islam, kerana sifat sekular dan keterbatasan falsafahnya yang tidak mencecah dasar ketauhidan dan ketuhanan yang haq.

TOKOH SASTERA DAN SUMBANGANNYA (A. SAMAD SAID)

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said, seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam

perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera. Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sumbangan A. Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan

kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya. Semasa berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan beliau mendapat pendidikan asas dan menengahnya di sana. A. Samad Said belajar di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940
5

1946) sebelum meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution. Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior

Cambridge (1956). Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Samad sudah mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-pengarang penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah diketemuinya. Sajak dan cerpennya mula tersiar sewaktu beliau masih di bangku sekolah. Sebelum terbitnya novel Salina yang mengharumkan namanya, Samad membaca karya-karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayers Folly. Beliau menggunting cerpen-cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya. Kegiatan menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuat minatnya terhadap kesusasteraan. Segalanya ini membulatkan tekad dan fikirannya untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, terhadap novel, dunia drama, sastera esei/kritikan telah berakar dan dan

terjemahan. Kecenderungannya

berkembang dalam dirinya sejak kecil lagi apabila beliau selalu mendengar ceritacerita daripada ibunya. Daripada pengakuannya yang merendah diri, Samad berkata : ... kalaulah saya diterima sebagai penulis saya lahir daripada Batu Belah batu Bertangkup. Saya masih tetap mendengar cerita ini walaupun orang yang menceritakannya ketika memandikan saya, menyuapkan makan saya dan menidurkan saya sudah tidak ada lagi. Pekerjaan pertama Samad Said ialah sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Beliau berasa beruntung bekerja di hospital itu kerana amat sukar baginya mendapat kerja di mana-mana pun pada waktu itu. Tetapi, di hospital itu, beliau tidak lama bekerja dan hanya dapat bertahan selama enam bulan saja. Samad kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Selepas enam bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali semula ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur dan Usman Awang, Said Zahari,

Pengarang Utusan Melayu waktu itu berpindah sama, Samad Said juga turut berhijrah. A. Samad Ismail, Pengarang Berita Harian ketika itu, telah memujuk Samad Said agar menyertai Berita Harian. Di sekitar tahun 1960-an Samad sekali lagi bertukar kerja. Apabila A. Samad Ismail diberikan tugas lebih besar dalam surat khabar The New Straits Times, Samad Said pula dilantik menjadi Pengarang Berita Harian. Semasa A. Samad Ismail berada dalam tahanan, beliau telah dilantik menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times di samping menjalankan tugasnya sebagai Pengarang Berita Harian. Tetapi Samad menyedari bahawa minatnya dalam bidang penulisan dan tanggungjawab yang besar yang diamanahkan kepadanya boleh merugikan, bukan sahaja bakat dan kreativitinya, tetapi dunia kesusasteraan umumnya. Justeru, Samad Said minta dibebaskan daripada menjadi Pengarang Berita Harian dan mulai 8 Mac 1978 Samad bertugas sebagai seorang daripada enam orang penolong khas dengan tugas-tugas tertentu seperti menulis rencana pengarang dan artikel feature. Sejak akhir 1981, beliau bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Warta

Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menumpukan seluruh masa dan perhatiannya kepada bidang penulisan. Isterinya, penyair Salmi Manja, seorang penulis yang cukup dikenal oleh peminat-peminat sastera. Seperti Samad, Salmi juga menulis sajak dan cereka. Kejayaan A. Samad Said sebagai sasterawan ialah hasil daripada pengalamannya dan berkat kerajinannya membaca karya-karya orang lain. Dalam karya Samad kita melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang. Beliau bukan sahaja begitu cermat dan teliti menghadapi dan membentuk watak-watak, tetapi juga terhadap alam, benda hidup dan mati, yang menjadi latar ceritanya. Beliau seolaholah mencari erti dalam semuanya itu. Samad juga sedar bahawa untuk melahirkan karya yang bererti, seseorang tidak hanya bergantung kepada bahan dan bakat kekuatan fikiran sahaja, tetapi pembacaan dan pengalaman yang luas amatlah penting. Kerana itu, Samad meluaskan pembacaannya kepada bidang politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Cara beliau membaca agak aneh, yakni dengan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik
7

dalam prosa, novel, dan malahan puisi. Ini memperlihatkan betapa teliti pembacaan dan pemerhatiannya. Sikap telitinya ini terpancar juga pada deskripsi dan dalam dialog-dialog karyanya. Sungguhpun Samad sangat mengutamakan nilai sastera, beliau tidak pula menolak konsep Seni untuk Masyarakat, malah puisinya yang pertama diberinya judul Untuk Angkatan 50 yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad sendiri pernah menjadi anggota ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, Seni untuk Masyarakat , tetapi pendekatan Samad berbeza daripada penulispenulis lain. Beliau berhasil memadukan tugas sastera dengan nilai yang diperlukan. Beliau dianggap sebagai tokoh yang menghubungkan sasterawansasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawansasterawan generasi kemudiannya yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan. Meskipun Samad lahir di tengah-tengah Angkatan 50, tetapi daya ciptaannya berbeza daripada tokoh-tokoh ASAS 50 yang lain. Hal ini demikian kerana, beliau dibesarkan di kota kosmopolitan Singapura, terdidik secara formal dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dan tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah. Tokoh-tokoh lain itu terlibat dengan perjuangan membebaskan masyarakat, karya mereka berlatarbelakangkan daerah pedesaan dan rakyat, lebih banyak terdedah kepada bahan bacaan dari Indonesia, dan yang secara sedar, menjadikan sastera sebagai alat kedua dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Walaupun Samad bergaul dengan mereka dalam satu periode yang sama dan mempunyai latar belakang dan pendidikan yang berbeza, namun Samad cuba menyamakan cita-cita sasteranya dengan mereka tetapi membezakan dirinya dari segi stail dan pencapaian. Novel pertamanya, yang asalnya berjudul Gerhana kemudian diterbitkan dengan judul Salina ialah sebuah novel yang tebal dan berjaya mengangkat martabat kesusasteraan Melayu ke tahap yang disifatkan oleh Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana sebagai bertaraf antarabangsa. Novel yang hanya memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan penulisan novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (1958) dan yang dihasilkan oleh Samad sewaktu beliau baru berusia 23 tahun ini, akhirnya menjadi sebuah karya yang menjadi garis pemisah
8

antara karya-karya penulis lama dengan baru dan antara Samad dengan penulispenulis 50-an.

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Ia menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota, dan pergelutan untuk mempertahankan peribadi di tengah-tengah kebobrokan. Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina ialah manusia yang natural bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Novel ini telah diadaptasi menjadi bentuk teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian Kuala Lumpur (1986), dan kemudiannya di Singapura. Seperti Salina, novelnya Sungai pengalaman langsung Samad Jepun dalam Mengalir Lesu juga menampilkan akibat

masyarakat di

yang

menderita dan

perang. Pemerintahan

yang

singkat

Singapura

penderitaan

masyarakat akibat perang, memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi. Beliau mengutip kembali butir-butir

pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura. Di samping novel, Samad juga memperlihatkan kekuatannya dalam penulisan puisi seperti yang terkumpul dalam kumpulan Liar di Api. Beliau antara

penulis yang terawal melakukan eksperimen dalam sajak-sajak bebas. Selepas itu, beberapa buah lagi kumpulan puisinya telah diterbitkan seperti Benih

Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984). Samad memberikan banyak waktu untuk menulis beberapa buah lagi novelnya seperti Di Hadapan Pulau. Langit Petang dan Daerah Zeni. Sebuah buku tentang latar belakang pengalamannya menulis Salina, Sungai Mengalir

Lesu dan Langit Petang telah diterbitkan, berjudul Dari Salina ke Langit Petang. Ia merupakan hasil tulisan bercorak autobiografi, rakaman pengalaman Samad yang menceritakan bagaimana beliau lahir menjadi seorang pengarang dan proses penghasilan tiga buah novelnya yang penting itu. Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan

meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976, bersama-sama beberapa pengarang lain, beliau diiktiraf sebagai Pejuang Sastera. Tahun 1979, juga turut memberi erti kepada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama, beliau telah dipilih menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu, telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam tahun 1993, A. Samad Said menerima Anugerah ASEAN Darulsalam. Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran `Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. 1993 (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei

10

KESIMPULAN

Sumbangan para sasterawan dan penulis cukup besar dalam pembangunan industri kreatif di negara ini. Sesungguhnya, banyak karya penulis dalam pelbagai genre dapat diangkat ke pentas teater, dan layar perak sebagai alternatif tambahan untuk mengetengahkan karya-karya terbaik dan berkualiti tinggi. Kesemua ini serasi dengan konsep Confluence of Cultures dan gagasan 1Malaysia. Penulis dan sasterawan juga berupaya menjadi ejen perubahan dengan cara merubah dan mempengaruhi pemikiran dan tanggapan rakyat terhadap apa yang diingini menerusi karya-karya yang ditulis sedemikian rupa. Walau bagaimanapun, penulis dan sasterawan tidak menyalahgunakan keistimewaan mereka ini dengan menghasilkan karya-karya yang berbentuk hasutan dan berniat jahat kerana inginkan nama dan wang tanpa memikirkan baik buruk kesannya terhadap masyarakat dan negara. Sebaliknya, tulis dan ciptakan karya-karya yang dapat merubah pemikiran rakyat ke arah kebenaran dan tujuan yang murni. Lebih baik lagi, tulis dan ciptakan karya-karya yang dapat menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada kemajuan dan pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi ketika kerajaan hendak melonjakkan negara ke status negara maju. Penghargaan yang diterima oleh penulis merupakan penghargaan atas sumbangan masyarakat sasterawan serta penulis yang sentiasa prolifik, produktif dan prihatin untuk turut membangunkan literasi budaya dalam kalangan masyarakat kita. Seperti yang sedia maklum, setiap bangsa mempunyai karya agung masingmasing yang membawa tema tentang hidup manusia dan kemanusiaan. Keistimewaan golongan penulis, terletak pada sensitiviti dan kreativiti mereka terhadap alam, persekitaran serta nilai manusia dan kemanusiaan yang harus diterokai, difahami dan akhirnya dituangkan ke dalam karya-karya sastera yang indah, baik dan bermutu.

11

Di samping terus giat menulis, aspek promosi dan pemasaran karya-karya yang dihasilkan oleh para sasterawan dan penulis juga, juga harus diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Insentif-insentif lain, selain hadiah dan anugerah juga harus dikenal pasti untuk memberikan nilai tambah harta intelektual golongan tersebut yang

memerahkan minda mereka untuk menghasilkan karya-karya yang cemerlang.

12

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Rukaini, Sejarah Melayu- Ulasan dan Kajian STPM, Kuala Lumpur: AmalEnterprise., 1994. Abu Hassan Sham, Perbandingan Sejarah Melayu Dengan Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur Masa Enterprise., 1994. Abdul Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. KualaLumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.,1987. Hasyim Awang, Kesusasteraan Melayu Dalam Krritikan dan Sejarah , Kuala Lumpur: PenerbitFajar Bakti Sdn Bhd., 1984. Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd. Kamaruddin Sulaiman. Feb. 2004. Penggunaan Prosa Klasik dalam Pengajaran BahasaMelayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

13

Anda mungkin juga menyukai