Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN Mata Pelajaran Tarikh Hari Masa Tahun Bilangan Murid Tunjang Tajuk

Sub Tajuk Objektif Pengajaran Pendidikan Kesihatan 4 Mac 2011 Khamis 7.40 pagi 8.20pagi (30 minit ) 5 Arif : 24 Orang ( 10 lelaki & 14 perempuan) Kesihatan Diri dan Keluarga (Tahap 2) Seksualiti Akil Baligh Di akhir pengajaran murid dapat: Kognitif : 1. Menyatakan maksud secara lisan seksualiti dan akil baligh. 2. Menyenaraikan tiga perubahan fizikal bagi seseorang remaja lelaki dan perempuan yang telah mencapai akil baligh. Afektif : 1. Bersyukur dan lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri. KBKK Membanding beza,menganalisa dan mencirikan.

Pengetahuan sedia ada Penggabungjalinan

1. Murid telah diberi pendedahan dalam pelajaran Pendidikan Islam.

KEMAHIRAN UTAMA: Kemahiran menulis dengan menyenaraikan perubahan ciri-ciri fizikal akil baligh bagi lelaki dan perempuan. KEMAHIRAN SAMPINGAN: menyanyi mengikut rentak dengan lirik yang diubahsuai Pendidikan Islam1- Menurut Islam, sekiranya seseorang menghadapi akil baligh, mereka perlu menyucikan diri mereka dengan melakukan mandi wajib. 2- Dosa mereka juga akan ditanggung sendiri Sains 1-Sistem reproduktif akan menghasilkan hormon 2-Menandakan kematangan Muzik 1-menyanyi ikut rentak.

Penyerapan

Penerapan Nilai

Menjaga kebersihan, bertanggungjawab , bersyukur dan menyayangi diri sendiri

Alat Bantu Mengajar

Kertas lembaran kerja, carta bergambar, slide Powerpoint, buku teks PK tahun 5

Langkah Isi pelajaran Pendahuluan Bacaan doa (1 minit) Set induksi Menyanyi lagu aku sudah dewasa (5 minit)

Aktiviti P & P Murid dan guru membaca doa bersama-sama. Lagu Aku Dah DewasaRentak Old McDonald Had a Farm Murid diminta menari dan menyanyikan bersama sama guru, lagu Aku Dah Dewasa Guru membuat perkaitan antara lirik lagu dengan isi pembelajaran hari ini.

Catatan

Slide Powerpoint Lirik lagu aku sudah dewasa ikut rentak lagu old mcdonald.

Langkah 1 ( 8 minit)

Maksud seksualiti dan akil baligh.

Guru meminta murid memberikan pendapat mereka berkaitan maksud seksualiti dan juga akil baligh. Murid memberikan pelbagai jawapan mengikut pendapat masing-masing. Guru memberikan penerangan tentang maksud seksualiti dan akil baligh. (slide) Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. Guru memaparkan LCD berkaitan dengan ciri-ciri perubahan yang dialami oleh remaja lelaki dan perempuan setelah akil baligh. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan ciri-ciri perubahan yang akan dialami setelah akil baligh. (Buku Teks halaman 96)

Langkah 2 ( 10 minit)

Ciri-ciri perubahan fizikal bagi remaja lelaki dan perempuan setelah akil baligh.(persembahan LCD)

Penerapan nilai: Menyayangi diri sendiri

Murid memberikan reaksi yang pelbagai terhadap soalan yang dikemukakan. Langkah 31. Latihan pengukuhan berkumpulan. (10 minit) 2. Mengklasifikasikan ciri-ciri remaja lelaki dan perempuan yang telah akil baligh. Murid melaksanakan aktiviti secara individu di dalam kertas lembaran kerja yang telah disediakan. Kertas lembaran kerja Murid melaksanakan aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan oleh guru.

Murid mengklasifikasikan ciri-ciri perubahan fizikal remaja lelaki dan perempuan yang telah akil baligh. KBKK (Membanding beza)

Guru memantau kerja murid dalam lembaran kerja yang diberi.

Murid menghantar tugasan kepada guru. Penutup ( 4 minit) Rumusan : Penjagaan kebersihan diri setelah seseorang remaja akil baligh. Guru merumuskan tajuk pelajaran dengan menyatakan secara umum cara-cara penjagaan kebersihan diri setelah seseorang remaja meningkat dewasa (akil baligh). Menjaga kebersihan Bertanggungjawab Penerapan nilai:

Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada Iman. Guru juga menekankan bahawa menjaga kebersihan itu adalah dituntut ke atas setiap Muslim.

Penyerapan/rentasan: Pendidikan Islam/moral

Badan yang bersih menjamin kesihatan yang baik. Badan Sihat Otak Cergas Murid mendengar rumusan guru dengan teliti. Penerapan nilai: Bersyukur

Sentiasa menghargai diri sendiri.