Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTERI WANGSA, TAMAN PUTERI WANGSA 81800 ULU

TIRAM JOHOR BAHRU


Ruj. Kami : JBA 1090/100-9/2/1 ( ) Tarikh : 11 Ogos 2011

No. Tel: 07-8677077

Kepada:

___________________ ___________________ ___________________ ___________________


Tuan/Puan, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK DI AGIHKAN KEPADA PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN DI SK TAMAN PUTERI WANGSA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA 2011 Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas pihak PIBG SK Taman Puteri Wangsa telah melancarkan dana khas bagi mendapatkan sumber kewangan untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan dan memutuskan untuk membuka peluang kepada individu dan syarikat yang prihatin untuk memberikan sumbangan. 2. Hasil kutipan dana akan diagihkan kepada 60 orang murid terdiri daripada anak yatim dan miskin seperti yang direkod oleh Badan Kebajikan Sekolah. Senarai murid terlibat adalah seperti dilampirkan. 3. Sumbangan boleh disampaikan melalui tunai atau cek ke atas nama PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK TAMAN PUTERI WANGSA. Setiap sumbangan akan disediakan resit. Pihak sekolah dan PIBG amat mengalu-alukan sumbangan yang diberikan. Sumbangan murni tuan/puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ................................................ (KHAIRI BIN TOHIRAN) YDP PIBG, SK Taman Puteri Wangsa.

Anda mungkin juga menyukai