Anda di halaman 1dari 90

FIQH HARTA: SATU PENGENALAN

Kata Pembukaan


- --='
----- -,--- ---=- ,
'-''-= '-,- - '---- - - -'- ,- ,
' .-- ` - --+, -
' ' ` .'-, - .
' =,-` --= - ` ' ` -+--
',- ---= --=- -+-- .

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami
memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami
dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka
tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah
petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada
sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berjalan melintasi (sebuah
kedai yang menjual) makanan. Maka baginda memasukkan tangannya ke dalam
makanan tersebut, ternyata jari-jarinya terasa sesuatu yang basah (makanan yang
sudah rosak). Maka baginda bertanya: Apakah ini wahai pemilik makanan? Dia
menjawab: Ia telah basah kerana terkena air hujan ya Rasulullah! Rasulullah
membalas:
-- ,' = - '-' - , '=' , -'= ` .
Mengapa kamu tidak meletaknya di bahagian atas makanan supaya boleh dilihat oleh
orang ramai (dan mereka mengetahui ia sudah rosak)? Sesiapa yang menipu maka dia
bukan daripada golonganku.
[1]


Ketika mengulas hadis ini, Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:
Adapun maksud hadis, maka ia berlaku kepada orang yang menghalalkan
(penipuan dalam urusniaga) sedangkan dia mengetahui (kesalahan itu) secara nyata.
Maka (orang tersebut) kafir dan keluar dari agama Islam. Ada yang berkata, maksud
hadis ialah (orang yang melakukan penipuan dalam urusniaga) tidak berada di atas
jalan dan hidayah kami (Muhammad) secara sempurna. Sufyan bin Uyaynah
rahimahullah membenci penafsiran tidak berada di atas hidayah kami. Beliau
berkata: Amatlah buruk perkataan itu. Lebih baik menahan diri dari memberi
takwilan sedemikian kepada hadis ini supaya ia lebih berkesan dalam jiwa dan sebagai
satu pencegahan. Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.
[2]

Hadis di atas dan ulasannya oleh seorang ilmuan Islam yang tidak diragukan
ilmunya menunjukkan kepada kita bahawa fiqh harta adalah satu subjek yang
amat penting. Kita umat Islam berinteraksi dengan harta dalam kehidupan
seharian. Namun tidak ramai di antara kita yang mengetahui bahawa jika kita
salah dalam berinteraksi dengan harta, ia boleh menyebabkan kekafiran, yakni
murtad dari Islam.
Atas dasar ini, saya berpandangan subjek fiqh harta perlu diberi tumpuan dan
penekanan yang lebih, bahkan pada tahap yang sama dengan fiqh thaharah dan fiqh
solat. Ini kerana sebagaimana kita berhadapan dengan persoalan kebersihan dan
solat dalam kehidupan seharian, kita juga berhadapan dengan persoalan harta dalam
kehidupan seharian.
Fiqh harta sehari-harian yang saya maksudkan merangkumi enam perkara:
1. Fiqh Mencari Harta.
2. Fiqh Jual-Beli.
3. Fiqh Menyimpan Harta.
4. Fiqh Pelaburan Harta.
5. Fiqh Membelanjakan Harta.
6. Fiqh Hutang-Piutang Harta.
Tidak dapat tidak, setiap individu muslim pasti akan berinteraksi dengan
salah satu atau lebih daripada enam perkara di atas. Setiap hari kita bekerja, itu
adalah fiqh mencari harta. Pada waktu pagi kita singgah ke gerai bersarapan nasi
lemak, itu adalah fiqh jual-beli. Pada hujung bulan kita mendapat gaji dan
menyimpannya, itu adalah fiqh menyimpan harta. Melaburkan lebihan harta yang
tersimpan, itu adalah fiqh pelaburan harta. Membelanjakan harta untuk seisi
keluarga, itu adalah fiqh membelanjaan harta. Meminjamkan RM50.00 kepada rakan
sekuliah, itu adalah fiqh hutang-piutang harta.
Berpijak pada dasar ini, saya merasakan perlu untuk menulis sebuah buku
berkenaan fiqh harta yang ditujukan kepada masyarakat umum, bukan kepada
ahli ekonomi, perbankan dan kewangan. Saya judulkan buku ini Fiqh Harta: Satu
Pengenalan. Berdasarkan judul ini:
Perkataan fiqh memiliki dua maksud, kefahaman dan hukum. Maka
dalam buku ini saya cuba memberi kefahaman tentang konsep harta
dalam Islam. Pada waktu yang sama saya juga akan mengupas hukum-
hukum berkaitan harta.
Perkataan harta tidak semestinya bermaksud jongkong emas yang
menimbun, tetapi apa jua yang dimiliki sama ada sedikit atau banyak,
yang memiliki nilai.
Saya menambah pada judulnya Satu Pengenalan kerana buku ini
hanya menyentuh satu titik dari lautan ilmu yang amat luas dalam
subjek harta. Harapan saya buku ini dapat menjadi pencetus kepada
para penyampai dan para penuntut ilmu untuk lebih memberi tumpuan
kepada subjek harta.
Penghargaan.
Buku ini asalnya ialah kertas kerja tambahan yang saya tulis khas sempena
seminar The Professional Mukmin Generation: Synergy of Faith, Knowledge and
Action anjuran Islamic Medical Association of Malaysia Czech Republic Student
Chapter yang diadakan di Cerny Most Mosque, Praque, Czech Republic pada 22 dan
23 March 2008. Ketika itu kertas kerja tersebut berjudul Islam dan Harta: Beberapa
Pesanan Moral. Kertas kerja tersebut kemudian saya kembangkan sedikit sebanyak
sehingga menjadi buku kecil ini dan diubah judulnya menjadi Fiqh Harta: Satu
Pengenalan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada para pelajar di sana yang
sudi menjemput saya yang dengan jemputan itu lahirlah buku ini.
Tidak ketinggalan, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri
dan sahabat-sahabat yang sudi membaca pruf buku ini dan mengemukakan
beberapa pembetulan dan cadangan pembaikan. Semoga Allah membalasi mereka
dengan apa yang lebih baik. Walaubagaimanapun diakui bahawa buku ini tidaklah
sempurna. Justeru dialu-alukan apa-apa pembetulan dan cadangan pembaikan
daripada para pembaca yang budiman sekalian.
Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar buku ini
berjaya mencapai objektifnya untuk memberi pengenalan kepada umat Islam dalam
subjek fiqh harta.
Hafiz Firdaus Abdullah
6 Jun 2008


Bahagian A:
Fiqh Mencari Harta

Islam menganjurkan umatnya mencari harta sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati
Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat
itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi
dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah
banyak-banyak supaya kamu berjaya. [al-Jumuah 62:9-10]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintah umat Islam
meninggalkan urusniaga jual-beli apabila azan Jumaat dilaungkan. Ini menunjukkan
bahawa sebelum azan, urusan mencari harta melalui jual-beli dibolehkan.
Seandainya ia haram, sudah tentu Allah akan melarangnya secara keseluruhan dan
bukan sekadar menyuruh berhenti ketika azan.

Kemudian setelah selesai solat Jumaat, Allah Subhanahu wa Ta'ala
memerintahkan umat Islam untuk meneruskan urusan mencari harta. Sekali lagi,
seandainya usaha mencari harta adalah tercela, nescaya Allah tidak akan
memerintahkan sedemikian.

Seperkara lain yang perlu diperhatikan ialah dua ayat di atas berbicara
berkenaan hari Jumaat. Hari Jumaat tidak dianggap sebagai hari cuti tetapi tetap
merupakan hari kerja mencari harta. Ringkasnya, dalam Islam tidak ada cuti hujung
minggu, cuti sekolah, cuti semester dan cuti bersara. Ia hanyalah budaya
masyarakat bukan Islam yang telah diislamkan. Islam menuntut umatnya sentiasa
berusaha demi agama dan masyarakat sepanjang masa tanpa mengenal cuti sekian-
sekian. Percutian bagi umat Islam ialah di Hari Akhirat kelak, di dalam syurga Allah
Subhanahu wa Ta'ala.

Dua ayat suci di atas adalah di antara sekian banyak dalil daripada al-Quran
dan hadis yang menyuruh umat Islam mencari harta. Mencari harta dengan titik
peluh sendiri adalah jauh lebih baik dari meminta-minta dan mengharapkan belas
kasihan orang lain, sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:

-' - -,- --- ,= - += _'= -=-=, '-= -= -=', `
-- -'== ' '-, `= -', - ' .

Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, seseorang di antara kalian yang mengambil
talinya lalu mengikat kayu api dan membawa di atas bahunya adalah lebih baik daripada
dia mendatangi seseorang dan meminta-minta kepadanya, sama ada orang itu memberi
atau menolaknya.
[1]


Oleh itu mencari harta merupakan sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara berkenaan harta yang perlu
diketahui sebelum kita berusaha untuk mencari harta:

Pertama: Kedudukan Harta Dalam Islam.
Kedua: Antara Mencari Harta Dan Bertawakkal.
Ketiga: Antara Miskin dan Kaya.
Keempat: Antara Harta dan Keberkatan.
Kelima: Antara Harta dan Ketaqwaan.
Keenam: Antara Redha dan Dengki.
Ketujuh: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tuan.
Kelapan: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tujuan Hidup.
Kesembilan: Antara Harta Dan Dakwah.
Kesepuluh: Tidak Mencari Harta Dengan Cara Yang Batil dan Zalim.
Kesebelas: Harta Tidak Boleh Membeli Segala Sesuatu.


Pertama: Kedudukan Harta Dalam Islam.
Apabila kita berbicara tentang harta, ketahuilah bahawa umat Islam secara
umumnya terbahagi kepada tiga kumpulan:
Pertama ialah mereka yang memandang harta sebagai sesuatu yang tercela.
Mereka menghimpun semua ayat al-Quran dan hadis yang mencela harta
dan mengabaikan ayat dan hadis yang memuji harta. Hasilnya, mereka
menganggap umat Islam perlu menjauhkan diri daripada apa jua yang
memiliki kaitan dengan harta.
[1]

Kedua ialah mereka yang memandang harta sebagai tujuan hidup. Mereka
mengabaikan semua hukum halal dan haram berkenaan harta. Bagi mereka
Islam hanyalah agama wudhu, solat dan puasa, tiada kaitan langsung
dengan harta. Umat Islam memiliki kebebasan sepenuhnya untuk berinteraksi
dengan harta melalui apa jua cara yang mereka kehendaki.
Ketiga ialah mereka yang berada dipertengahan antara kumpulan pertama
dan kedua di atas. Mereka memandang harta sebagai milik Allah manakala
kita manusia adalah pengurusnya. Maka kita sebenarnya tidak memiliki
kebebasan dalam berinteraksi dengan harta, sebaliknya hendaklah
mengurusinya mengikut undang-undang Pemiliknya, iaitu Allah Subhanahu
wa Ta'ala. Jika kita mengurusnya secara benar, maka Pemilik harta akan
mengurniakan kita kehidupan yang lapang di dunia dan akhirat. Sebaliknya
jika kita mengurusi harta secara salah, maka Pemiliknya akan menghukum
kita dengan kehidupan yang sempit di dunia dan akhirat. Dalam situasi
terakhir inilah harta menjadi satu fitnah yang tercela.
Kebenaran terletak pada kumpulan ketiga. Dalilnya ialah firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala:
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan
kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu
menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta
mereka yang membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap
beroleh pahala yang besar. [al-Hadid 57:07]
Dr. Abd Allah al-Mushlih dan Dr. Shalah al-Shawi menerangkan:
Harta pada dasarnya milik Allah. Manusia seluruhnya hanya bertugas
mengurusinya. Orang yang bertugas mengurusinya tentu tidak berhak keluar
dari aturan dan tujuan pemilik harta. Kalau itu dilakukan, maka orang itu
kehilangan peranannya sebagai pengurus harta. Maka kurniaan tersebut (yakni
harta) sepatutnya berpindah daripada dirinya kepada orang yang lebih tepat
melakukan tugas tersebut dan lebih mampu menjaga apa yang menjadi hak
harta itu.
[2]


Oleh itu kita perlu sedar dan akur bahawa harta bukanlah milik kita. Ia
merupakan milik Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diamanahkan kepada kita
untuk mengurusinya dengan cara yang dikehendaki-Nya. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam pernah menegur:
,-, --' : ''- ! ''- ! `` ''- - ' '-- : _- ' . '-
_--' _== _'- ' -' '-'' '- - ,+ =' ,- '- .

Seorang hamba berkata: Hartaku! Hartaku! Sesungguhnya yang menjadi (harta)
miliknya tidak lain hanya tiga:
(1) Apa yang dia makan hingga habis,
(2) Apa yang dipakai hingga lusuh dan
(3) Apa yang dia sedekahkan maka ia disimpan sebagai pahala untuk akhirat. Apa jua
selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya
kepada manusia.
[3]


[1]
Penjelasan akan maksud di antara dalil yang mencela harta serta memuji harta telah saya kemukakan dalam
buku Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah terbitan Jahabersa, Johor Bahru.
[2]
Ma La Yasa al-Tijaru Jahluhu (edisi terjemahan oleh Abu Umar Basyir atas judul Fikih Ekonomi Keuangan
Islam; Darul Haq, Jakarta, 2004), ms. 1 dengan beberapa suntingan bahasa. Rujukan ini seterusnya akan
diringkaskan sebagai Fikih Ekonomi Keuangan Islam sahaja.
[3]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2959 (Kitab al-Zuhud wa al-Raqaiq).

Kedua: Antara Mencari Harta Dan Bertawakkal.

Kadangkala wujud salah faham bahawa seorang muslim tidak perlu berusaha keras
untuk mencari harta. Memadai dia duduk dan bertawakkal, Allah akan mengurniakan
harta kepadanya. Salah faham ini perlu diluruskan. Dalam Islam, usaha terdiri
daripada lima langkah:
1. Merancang.
2. Berdoa, khasnya melalui solat Istikharah agar apa yang dirancangnya adalah
baik untuk dirinya dan agama. Menyentuh tentang solat Istikharah, terdapat
banyak bidah yang telah menyelinap masuk sehingga mencemari
ketulenannya. Justeru saya sarankan para pembaca sekalian mengkaji
tatacara solat Istikharah yang menepati sunnah. Antara rujukan yang baik
lagi sahih ialah Shalat Istikharah: Membuka Kesuksesan Hidup oleh Syaikh
Abdullah bin Muhammad al-Hamadi. Ia telah diterjemahkan ke bahasa
Indonesia oleh Fathurrahman Hamid dan diterbitkan oleh Pustaka Azzam,
Jakarta, 2005.
3. Berusaha mendapatkan apa yang dirancang. Sambil itu doa tetap diteruskan.
4. Bertawakkal, iaitu berserah kepada Allah dengan keyakinan Allah akan
memberikan yang terbaik untuknya. Secara mendalam tawakkal bererti:

Suatu prilaku di dalam hati yang bersumber dari pengenalan seseorang kepada
Allah serta adanya keyakinan bahawa Allah satu-satunya yang melakukan
penciptaan, pengaturan, bahaya, manfaat, pemberian dan penolakan. Dan
bahawa apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan apa yang Allah tidak
kehendaki pasti tidak akan terlaksana. Maka wajib bagi seseorang untuk
menyandarkan perkaranya kepada Allah, menyerahkan kepada-Nya, percaya
kepada-Nya serta yakin dengan suatu keyakinan bahawa yang disandarkan itu
(Allah) akan mengurus (urusan)nya dengan cara yang terbaik untuk dirinya.
[1]


5. Redha. Jika berjaya dia bersyukur dan memperbaikinya, jika gagal dia sabar
dan memperbetulkannya. Dia tidak putus asa kerana yakin ada hikmah Allah
di sebalik kegagalannya itu.

Justeru tidak boleh terus melompat ke langkah keempat (tawakkal) dengan
meninggalkan langkah pertama, kedua, ketiga dan kelima. Hadis berikut
memberi gambaran yang tepat tentang tawakkal:

' ,- = '' _'= ,' ,- -- - ,' -- ,=' , '- - '
'-'=- - '-'-= .

Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal,
nescaya kalian diberi rezeki sebagaimana burung yang diberi rezeki.
Ia pergi (terbang) pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong
dan kembali pada waktu petang dengan perut kenyang.
[2]


Perhatikan bahawa burung itu tidak sekadar bertenggek di dahan menunggu
makanan, tetapi ia keluar berusaha, yakni dengan terbang mencarinya. Justeru
duduk berdiam diri menunggu harta bukanlah sikap tawakkal tetapi sikap orang
yang kurang akal. Tawakkal ialah berserah kepada Allah setelah berusaha
mencari harta dengan keyakinan Allah akan memberikan yang terbaik
kepadanya.

[1]
Demikian penjelasan al-Imam Ibn al-Qayyim sebagaimana yang dinukil oleh Dr. Abd Allah bin Umar al-
Dumaiji dalam bukunya al-Tawakkul ala Allah wa Alaqatuhu bi al-Asbab (edisi terjemahan oleh Kamaluddin
Sadiatulharamaini & Farizal Tarmizi atas judul Rahasia Tawakal & Sebab Akibat; Pustaka Azzam, Jakarta, 2000),
ms. 5 dengan beberapa suntingan bahasa.
[2]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:
2344 (Kitab al-Zuhud, Bab berkenaan tawakkal kepada Allah).

Ketiga: Antara Miskin dan Kaya.

Apabila disebut mencari harta, ramai yang berminat kerana ia dapat mengubah
seseorang daripada miskin menjadi kaya. Takrif miskin ialah orang yang sedikit
harta manakala takrif kaya ialah orang yang banyak harta.
Sebenarnya Islam memiliki takrif tersendiri tentang miskin dan kaya. Miskin ialah
orang yang memiliki harta tetapi merasakan ia masih tidak cukup, enggan
mensedekahkannya dan enggan berusaha mencarinya. Kaya ialah orang yang
kaya jiwanya sehingga sentiasa merasa lapang dan cukup sekalipun dia memiliki
harta yang sedikit. Perhatikan dua hadis berikut yang menjelaskan takrifan
miskin dan kaya di dalam Islam:


'-' _'= ,=, -' ,--' ,' --' '---'' --'' - -
---, - =-, ` ,-, _-= -=, ` -' ,--' ' '- --'
'-' '-, ,-, ` ,'= .

Bukanlah digelar miskin orang yang berkeliling di kalangan manusia lalu diberi satu
atau dua suap (makanan) dan satu atau dua biji kurma. Akan tetapi yang digelar miskin
ialah orang yang tidak menemui kekayaan yang mencukupi keperluannya (yakni kaya
tetapi masih merasakan tidak cukup), tidak mengerti ke manakah hartanya patut
disedekahkan dan tidak mahu berusaha sebaliknya hanya meminta-minta kepada
manusia.
[1]


--' _-= _-' ' ' ` = _-' ,' .

Bukanlah digelar kaya orang yang banyak pembekalannya akan tetapi
yang digelar kaya ialah yang kaya jiwanya.
[2]


Orang yang kaya jiwanya ialah orang yang sentiasa bersikap lapang terhadap
harta. Hatinya tidak rakus mengejar harta, tidak sombong apabila mendapat
harta dan tidak hancur apabila kehilangan harta. Orang bersikap lapang seperti
ini, hartanya diberkati oleh Allah sehingga sekalipun sedikit pada pandangan
mata zahir, ia tetap banyak pada pandangan mata hati. Penjelasan seterusnya
memperincikan lagi hakikat ini.



[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1479 (Kitab al-Zakat, Bab firman Allahsurah
al-Baqarah, ayat 273).
[2]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6446 (Kitab al-Riqaq, Bab orang yang kaya
ialah orang yang kaya jiwanya).

Keempat: Antara Harta dan Keberkatan.

Pernahkah anda makan banyak tetapi tetap tidak kenyang? Pernahkah anda
makan sedikit tetapi berat badan tetap naik? Pernahkan anda mengambil
makanan yang baik tetapi tetap mendapat penyakit? Persoalan di atas lazim
timbul dan tidak sedikit yang gagal menemui jawapannya. Ini kerana mereka
lupa atau mengabaikan satu faktor yang lebih penting di sebalik makanan yang
dimasukkan ke dalam perut, iaitu faktor keberkatan.

Faktor keberkatan tidak sahaja penting dalam persoalan makanan, ia juga
penting dalam persoalan harta. Keberkatan berasal daripada perkataan arab
al-Barakah yang bererti kebaikan, keutamaan dan nikmat yang berkekalan lagi
bertambah, melimpah-ruah. Keberkatan adalah milik Allah Subhanahu wa Ta'ala
dan Allah mengurniakannya kepada para hamba-Nya yang mencari harta melalui
cara yang diredhai-Nya. Cara tersebut pernah diterangkan oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat yang bernama Hakim bin
Hizam radhiallahu 'anh:

,= ', ! , ' ,- -- '=-- - -= - ,'= -= '-' -
-- - '- - -= - _--, ` .', -'' , ' '-, ' .
_'--' -,' - ,= ','' -,' .

Wahai Hakim! Sesungguhnya harta ini hijau dan manis (amat indah dan menarik
perhatian manusia). Maka sesiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang lapang,
diberkati baginya harta itu. Sesiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang sesak,
tidak diberkati baginya harta itu sebagaimana orang yang makan namun tidak
kenyang. (Ketahuilah) tangan di atas (yang memberi) adalah lebih baik daripada
tangan di bawah (yang meminta-minta).
[1]


Orang yang lapang jiwanya akan berinteraksi dengan harta menurut tunjuk ajar
Islam. Dengan itu hartanya sentiasa diiringi dengan kebaikan, keutamaan dan
nikmat yang berkekalan lagi bertambah-tambah kerana ia diberkati oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Berbeza dengan orang yang sesak jiwanya, sedikit
sebanyak dia akan berinteraksi dengan harta melalui cara yang menyelisihi
tunjuk ajar Islam. Ini menyebabkan hartanya, sekalipun besar jumlahnya, tidak
membawa kebaikan, keutamaan dan nikmat yang dicari-cari dalam kehidupan
kerana ia tidak diberkati oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Oleh itu apabila mencari harta, yang penting bukanlah jumlahnya tetapi
keberkatan di sebaliknya. Betapa banyak orang yang bekerja keras mencari
harta atau memiliki harta yang banyak tetapi itu semua tidak membawa
kebahagiaan yang diidamkan. Ini kerana mereka memandang kebahagiaan
terletak pada jumlah harta dan bukan pada keberkatan harta.



[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1472 (Kitab al-Zakat, Bab menahan diri dari
meminta-minta).

Kelima: Antara Harta dan Ketaqwaan.

Terdapat hubung kait yang amat rapat antara harta dan ketaqwaan. Harta akan
bertambah bagi orang yang bertaqwa, iaitu orang yang kerana sikap takutnya
terhadap Allah, sentiasa memerhatikan perintah larangan-Nya dalam setiap
urusan hariannya, sama ada dalam bab harta mahupun selain harta.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman mengenai orang yang bertaqwa:

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
[al-Talaq 65:2-3]


Sebelum melanjutkan ke poin seterusnya, ingin saya minta para pembaca yang
budiman sekalian untuk benar-benar memerhatikan hubung kait antara harta
dengan keberkatan dan ketaqwaan. Ini kerana dalam subjek fiqh harta ini, akan
ditemui perintah larangan Islam yang jika dikira dengan kalkulator manusia, ia
memang tidak menguntungkan. Bahkan ada sebahagian yang kelihatan seolah-
olah merugikan. Akan tetapi jika dikira dengan kalkulator Allah, ia pasti
menguntungkan dengan kadar yang tidak terlintas di hatinya.

Keenam: Antara Redha dan Dengki.

Dengki ialah sifat membenci kebaikan yang ada pada manusia lain. Dengki terdiri
daripada tiga tahap, kesemuanya salah di sisi Islam:
Tahap Pertama: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain.
Tahap Kedua: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain dan
berharap kebaikan itu hilang daripadanya.
Tahap Ketiga: Membenci kebaikan yang ada pada manusia lain dan
melakukan sesuatu tindakan agar kebaikan itu hilang daripadanya.
Kedengkian amat bertentangan dengan ciri-ciri keimanan, kerana ciri seseorang
yang benar lagi sempurna imannya ialah dia menyukai kebaikan yang ada pada
manusia lain. Seolah-olah kebaikan itu ada pada dirinya juga. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

---' -=, '- ,= ` -=, _-= -= -,, ` .

Tidaklah (sempurna) iman seseorang kalian sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya
apa yang dia cintai untuk dirinya.
[1]



Dalam konteks perbincangan kita, kadangkala manusia dengki kepada manusia
lain yang memiliki harta yang lebih. Ini sebenarnya ialah sifat yang tercela
kerana banyak atau sedikit harta yang dimiliki oleh seseorang bergantung
kepada kurniaan Allah. Apabila seseorang itu membenci seseorang lain kerana
kelebihan harta yang dimilikinya, tanpa disedari dia sebenarnya membenci Allah
kerana telah mengurniakan kelebihan tersebut. Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman:

Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam
kehidupan dunia ini,
(setengahnya Kami jadikan kaya dan setengahnya miskin);
dan juga Kami telah mengangkat darjat setengah mereka lebih tinggi dari darjat
setengahnya yang lain;
(semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan
menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain.
Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat)
adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka
kumpulkan.
[al-Zukhruf 43:32]


Kelebihan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala berikan tidak semestinya merupakan
satu keistimewaan. Kadangkala ia adalah satu ujian sukar bagi orang yang
menerimanya:

Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu
atas setengahnya yang lain beberapa darjat,
kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya,
dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[al-Anaam 6:165]




[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 13 (Kitab al-Iman, Bab termasuk sifat iman
orang yang mencintai).

Ketujuh: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tuan.

Jangan menyembah harta, iaitu menjadikannya sebagai tuan sehingga kita
melakukan apa sahaja demi harta. Kita tidak lebih seumpama seorang hamba
yang bertuankan harta sehingga apa sahaja yang dituntut oleh harta, kita
mentaatinya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menerangkan sikap
manusia yang menjadikan harta sebagai tuan dan dirinya sebagai hamba:

-' '-, -' --= - .

Celakalah hamba dinar dan dirham.
[1]



Hamba dinar dan dirham dapat dikenali melalui beberapa sikapnya seperti:
1. Dia menjadi amat gembira apabila menerima harta, amat sedih apabila
kehilangan harta.
2. Dia riang dan ceria sepanjang hari jika harga saham-saham miliknya
naik, menjadi muram dan sugul jika sebaliknya.
3. Jika sesuatu kerja menjanjikan ganjaran harta di sebaliknya, dia akan
melakukannya. Jika tidak ada ganjaran, dia tidak akan melakukannya.
Sebenarnya manusia melalui empat tahap sebelum mencapai kematangan dalam
berinteraksi dengan harta. Ia seperti berikut:

Tahap Pertama: Kehidupan = Harta.
Objektif kehidupan ialah mencari harta semata-mata. Hampir semua aktiviti
harian dilakukan demi mencari harta. Ini memang sifat lazim kebanyakan
manusia sebagaimana dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:
kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,
iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;
kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;
dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.
Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
[Ali Imran 3:14]


Tahap Kedua: Kehidupan = Lebih Banyak Harta.
Apabila sudah dapat memegang harta, manusia ingin memperbanyakkannya.
Pada tahap ini seseorang itu akan melakukan apa sahaja untuk mengurangkan
kos kehidupan demi memperbanyakkan hartanya. Dia sanggup tinggal di pondok
buruk demi menyewakan rumah yang dimilikinya. Dia sanggup menaiki kereta
kecil demi menjimatkan kos petrol. Dia sanggup tidur malam tanpa memasang
kipas demi mengurangkan bil elektriknya.

Tahap kedua merupakan lanjutan dari tahap pertama. Ini kerana kebanyakan
manusia apabila sudah memegang harta, timbul keinginan untuk memegang
lebih banyak harta. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan hakikat
ini:

'- - ', ' - ` ' ,'
'`''` _-- `
-' ` ' - ,= `-, ` .

Seandainya anak Adam (manusia) dihadapkan kepada dua lembah yang dipenuhi
harta, nescaya dia ingin mendapatkan lembah ketiga. Tidaklah setiap rongga pada
tubuh anak Adam melainkan diselaputi tanah (apabila dia mati kelak. Dia tidak akan
dapat membawa harta itu).
[2]



Tahap Ketiga: Harta = Kehidupan.
Tahap ketiga ialah tahap akil baligh. Seseorang itu mula sedar bahawa peranan
harta ialah memudahkan kehidupan dan bukan menyusahkan. Maka dia mula
mengubah cara hidupnya. Dia berpindah ke rumah yang selesa, membeli kereta
saiz biasa demi keselamatan dan menggunakan penghawa dingin ketika tidur.
Pada waktu yang sama dia mula membayar zakat harta dan bersedekah.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tentang manusia yang berada pada
tahap ini:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia. [al-Qasas 28:77]

Brian Sher menerangkan orang yang berada pada tahap ini dan ketidak
matangan mereka yang berada di tahap pertama dan kedua:

Virtually anyone you meet wants to be rich in the monetary sense. Nearly
everyone in life wants to make more money. The truth, however, is that being
rich in life isnt just about having more money. Many people have made the
mistake of believing this.
Money should be seen as it is just a tool for getting things done. The more
money you have the more things you can get done. At this early stage you must
realise money is merely a means to an end, not an end itself. Being truly rich in
life means having many, many other things more important than money, such as
more fulfilling and rewarding relationships, good friends, a satisfying career, a
happy life and enjoyment to the fullest. Its about living a long and healthy life
both physically and spiritually being honest with yourself and others, and
having strong values and beliefs.
the pursuit of money without regard to its consequences can be a very
disappointing and unrewarding experience. Anyone who is rich financially but
poor emotionally and spiritually is simply a bankrupt soul.
[3]



Tahap Keempat: Harta = Kehidupan Untuk Semua Orang.
Seseorang akan mencapai tahap kematangan apabila dia menyedari bahawa
harta bukanlah untuk memudahkan kehidupan dirinya sahaja tetapi turut
merangkumi kehidupan orang ramai. Maka pada tahap ini dia mula
menyedekahkan sebahagian besar hartanya demi memudahkan kehidupan
masyarakat. Bahkan dia berusaha lebih keras untuk memperbanyakkan harta
agar dia dapat memudahkan kehidupan orang lain yang lebih ramai jumlahnya.
Dia juga amat berhati-hati ke mana hartanya dibelanjakan agar tidak menjadi
sumber kerosakan bagi manusia dan alam.

Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan ciri-ciri orang yang berada di tahap ini:

Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang berbuat kerosakan. [al-Qasas 28:77]



[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6435 (Kitab al-Riqaq, Bab berhati-hati
daripada fitnah harta).
[2]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6436 (Kitab al-Riqaq, Bab berhati-hati
daripada fitnah harta).
[3]
What Rich People Know & Desperately Want To Keep a Secret (Truewealth, Kuala Lumpur, 1999), ms. 3-4.


Kelapan: Jangan Menjadikan Harta Sebagai Tujuan Hidup.

Selain ditegah menjadikan harta sebagai tuan, kita juga ditegah daripada
menjadikan harta sebagai tujuan hidup. Perhatikan hadis berikut di mana Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam telah membezakan antara orang yang menjadikan
akhirat sebagai tujuan hidup dengan orang yang menjadikan dunia sebagai tujuan
hidup. Termasuk dalam kategori dunia ialah harta.

- =` --' - -'-= '' .= -' '-- ' _-= ,- -' -- '
-= - ',- -' --' - ,-,= ,- - - '' .= ' '-- ,'=
',- -' - -', ' - '- ` .


Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, Allah menjadikan kekayaan di dalam
hatinya, menghimpunkan baginya segala urusannya dan dunia datang kepadanya dalam
keadaan tunduk. Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, Allah menjadikan
kefakiran dekat kepada kedua-dua matanya, memisah-misahkan urusannya dan dunia
tidak akan mendatanginya melainkan apa yang telah ditentukan baginya.
[1]


[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:
2465 (Kitab Sifat al-Qiyamat, Bab ke 29).

Kesembilan: Antara Harta Dan Dakwah.

Beberapa rakan pernah mencadangkan kepada saya untuk berhenti bekerja
sebagai juruterbang dan menjadi seorang pendakwah sepenuh masa. Saya tidak
setuju. Ini kerana dengan bekerjaya, seseorang itu memperoleh harta yang
dapat membantu usaha dakwahnya. Kepentingan harta bagi usaha dakwah
pernah diterangkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

'- --- '- - - '- --- '- = .

Tidak ada harta kekayaan yang bermanfaat sama sekali untukku sebagaimana
manfaatnya harta Abu Bakar. Ketika mendengar pengakuan ini, Abu Bakar menangis
seraya berkata: Aku dan hartaku hanyalah untukmu wahai Rasulullah!
[1]


Kerap kali kita melihat seorang pendakwah mengurusniagakan Islam kerana dia
tidak memiliki sumber perolehan harta yang tersendiri, yang bebas dari kerja
dakwahnya. Mengurusniagakan Islam yang saya maksudkan ialah:
1. Hanya menyampaikan apa yang suka dibaca dan didengar oleh masyarakat
tanpa membezakan sama ada kesukaan tersebut selari atau tidak dengan
ajaran Islam yang tulen. Dia mengetahui jika disampaikan ajaran yang
tulen, masyarakat tidak menyukainya dan mereka tidak akan membeli
bukunya atau menjemputnya memberi kuliah. Tiada pembelian, tiada
jemputan, bererti tiada harta.
2. Mensyaratkan bayaran yang tinggi bagi sesuatu program agama. Jika pihak
penganjur tidak mampu, dia tidak akan turut serta menjayakan program
tersebut.
3. Saling dengki dan memusuhi antara pendakwah semata-mata kerana lebih
atau kurangnya harta yang diperolehi dalam sesuatu kerja dakwah.
4. Menjual produk-produk yang diiklankan atas nama Islam, seperti kismis
untuk menguatkan hafalan dan kayu kokka yang memiliki seratus
kemujaraban.

Seandainya seorang pendakwah sudah memiliki sumber perolehan harta yang
bebas dari kerja dakwahnya, dia tidak akan mengurusniagakan Islam. Kerja-
kerja Islamnya akan bebas dan bersih dari unsur-unsur yang berkaitan dengan
harta.



[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no:
77 (Muqaddimah, Bab keutamaan Abu Bakar)

Kesepuluh: Tidak Mencari Harta Dengan Cara Yang Batil dan Zalim.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil. [al-Nisa 4:29]

Kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi. [al-Baqarah 2:279]

Mencari harta secara zalim dan batil banyak berlaku tanpa kita sedari, sama ada
bagi seseorang yang melakukan urusniaga jual-beli atau pekerjaan yang
mendapat gaji pada hujung bulan. Berikut sebahagian daripadanya:

1. Riba.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala mengenai orang yang mencari harta melalui
interaksi dengan riba:

Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu riba yang kamu berikan supaya bertambah kembangnya
dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak sekali-kali akan berkembang di sisi Allah
(tidak mendatangkan kebaikan). [al-Rum 30:39]

Jika seseorang itu tetap berinteraksi dengan riba, maka:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan
berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya
lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya.
[al-Baqarah 2:275]

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menegaskan:

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah meninggalkan riba),
maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya.
Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
(Dengan yang demikian) kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi. [al-Baqarah 2:279]

Betapa besarnya kesalahan riba dapat diketahui melalui dua ayat di atas:

Orang yang berinteraksi dengan riba, dia berdiri seperti berdirinya orang
yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang.
Orang yang berinteraksi dengan riba, maka akan adanya peperangan
daripada Allah dan Rasul-Nya.
Orang yang berinteraksi dengan riba, maka itulah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya.
Para ilmuan Islam pernah menegaskan, tidak ada satu kesalahan di dalam Islam
yang diancam dan dihukum sebegitu berat melainkan kesalahan riba. Terdapat dua
jenis riba, kedua-duanya adalah haram dan merupakan kesalahan yang amat besar
di sisi Islam:

a) Riba jual-beli. Ia akan saya kupas dalam bab Fiqh Jual-Beli Harta.
b) Riba pinjaman. Ia akan saya kupas dalam bab Fiqh Hutang-Piutang Harta.


2. Menipu.
Sebelum ini di bahagian Kata Pembuka telah dikemukakan hadis bagaimana
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemui seorang peniaga yang melakukan
penipuan. Di dalam rangka mencari harta, kita tidak boleh melakukan penipuan,
sekecil mana sekalipun. Penipuan juga tidak boleh dilakukan sama ada terhadap
sesama umat Islam atau terhadap orang bukan Islam.

Sebaliknya hendaklah kita bersikap jujur. Merujuk kembali kepada seorang peniaga,
maka sikap yang benar ialah:


'--' ,= '--'

, ',- ,= - '- '--' .=, `

' -,- ` -,= .

Seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain,
(justeru) tidak dihalalkan bagi seorang muslim menjual kepada saudaranya
sesuatu yang dalamnya memiliki kecacatan kecuali dia menjelaskan kecacatan itu
kepadanya.
[1]



3. Perjudian.
Iaitu mencari harta melalui cara yang tidak dapat dijangka langsung kadar
keuntungan atau kerugiannya. Ia hanya secara kebetulan semata-mata. Perjudian
juga disebut sebagai pertaruhan. Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang perjudian
melalui firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman!
Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib
dengan batang-batang anak panah adalah kotor dari perbuatan Syaitan.
Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[al-Maidah 5:90]


Perjudian yang dimaksudkan bukan sekadar pergi ke kasino atau bertaruh dalam
permainan sukan, tetapi meliputi pelbagai urusan harta yang lain. Antara yang lazim
berlaku pada masa kini ialah dalam pengambilan insuran konvesional. Apabila Nurul
mengambil insuran peribadi dengan membayar premium RM1000.00 setiap tahun,
dia sebenarnya menceburi satu urusan perjudian. Ini kerana musibah seperti
kemalangan, penyakit atau kematian bukanlah sesuatu yang dapat dijangkakan. Jika
Nurul menghadapi sesuatu musibah, dia akan mendapat bayaran yang besar
daripada pihak insuran. Jika Nurul tidak menghadapi apa-apa musibah, bayaran
premiumnya diambil dan menjadi hak milik syarikat insuran.

Terdapat juga produk insuran konvesional yang menjanjikan bayaran balik premium
yang telah dibayar jika tiada apa-apa musibah berlaku selama tempoh perlindungan.
Produk seperti ini tetap dilarang kerana perjanjian tersebut memiliki unsur gharar
yang dilarang oleh Islam. Kita akan mengupas lebih lanjut tentang gharar dalam bab
seterusnya insya-Allah.

Pilihan yang ada untuk kita umat Islam ialah mengambil insuran taawun yang
bermaksud saling tolong menolong. Ia dikenali sebagai takaful. Melalui insuran ini,
sejumlah orang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain dengan cara
meletakkan sejumlah wang dalam satu tabung. Apabila salah seorang daripada
penabung menghadapi musibah, wang dari tabung akan diambil untuk
membantunya. Lebihan wang, jika ada, akan dikembalikan kepada orang-orang yang
menabung pada awalnya. Tidak berlaku perjudian kerana tujuan asal meletakkan
wang dalam tabung ialah membantu sesiapa jua yang menghadapi musibah.


4. Rasuah.
Ia adalah haram berdasarkan keterangan Abd Allah bin Amr radhiallahu 'anh:


'- ,'= '' _'- '' ,- '

---' - ' .

Rasulullah (shallallahu 'alaihi wasallam) melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.
[2]



Di sini perlu dibezakan tiga perkara:

a) Hadiah ialah harta yang diberi tanpa disebabkan oleh apa-apa kedudukan atau
pekerjaan, sama ada sebelum, semasa atau sesudah ia diberikan. Saling memberi
hadiah amat dianjurkan oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:

,-'=- '+- .

Salinglah memberi hadiah, nescaya kalian saling mencintai (sesama umat Islam).
[3]



b) Upah ialah harta yang diberi untuk satu kerja yang dilakukan. Ia juga disebut
sebagai gaji, bayaran, ganjaran, elaun dan sebagainya. Memberi upah sebagaimana
yang dipersetujui sebelum sesuatu kerja dilakukan adalah wajib. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman
(Hadis Qudsi):

-',-' ,, +--= '- ` ``

-= ` - _== .=

--` . ' = '- .=

-- _,--' ,= ='-- .=

- = =, ' .

Tiga golongan yang Aku menjadi musuh mereka pada Hari Kiamat kelak:
(1) orang yang berjanji di atas nama-Ku kemudian mengkhianatinya,
(2) orang yang menjual orang lain yang merdeka (bukan hamba) dan memakan hasilnya
dan
(3) orang yang mengupah pekerja lalu menyuruh dia menyiapkan kerja tetapi tidak
membayar upahnya.
[4]



c) Rasuah ialah harta yang diberikan sebagai hadiah kepada seseorang yang
memiliki kedudukan atau pekerjaan yang melibatkan kepentingan orang ramai.
Kepentingan orang ramai di sini boleh merujuk kepada kampung, bandar, komuniti,
pejabat, syarikat, sekolah, kolej, persatuan atau negara. Kedudukan atau pekerjaan
yang dimaksudkan ialah seumpama ketua kampung, imam surau, bilal masjid,
penyelia jabatan, guru, pensyarah, pengerusi pertubuhan, bendahari persatuan,
menteri, hakim dan sebagainya.

Dilarang memberikan apa-apa harta atau hadiah kepada orang-orang sedemikian
berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

,'= '-' ', - .

Hadiah kepada para pekerja adalah pengkhianatan.
[5]



Abi Humaid al-Saidi radhiallahu 'anh menerangkan:

'' ,- .--- '- ,'= '' _'-

,--'' - _=-, ,'- -- ' -- _'= `= .

' --'= '= '-' :

, - - ''- - .

'- ,'= '' _'- '' ,- '- :

`+ =- =,- -,- --'=

' '- -- =-, - =,-'- _-=

' ` ,'= _-` '' --= '--== ` :

-- .= ' .--- - ' -- '-

' - ` '-- .-' _'= '

' -, - , - - ''- - ,-, -', !

-, - ,-'- _-= - ,- -,- '= `

'' ! -= ,- '-,- -- -= -=', `

-=, '' -' ` -',-' ,, ' .


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghantar seorang yang bergelar Ibn al-
Latabiyyah
[6]

untuk memungut zakat di perkampungan Bani Sulaim. Tatkala datang orang untuk
mengaudit (pungutan zakatnya), dia berkata, Ini harta kamu (untuk Baitul Maal) dan ini
hadiah (milik aku).

(Mendengar sedemikian) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Kenapa kamu tidak duduk saja di rumah ayah dan ibu kamu sehingga datang kepada
kamu hadiah kamu,
jika kamu seorang yang jujur?

(Abi Humaid al-Saidi melanjutkan) kemudian (Rasulullah) berkhutbah kepada kami.
Setelah memuji dan mengagungkan Allah, baginda bersabda:

Seterusnya, sesungguhnya aku mempekerjakan seseorang dari kalian
dengan satu pekerjaan yang Allah pertanggungjawabkan kepadaku,
lalu orang itu datang kepadaku dan berkata:
Ini harta kamu (untuk Baitul Maal) dan ini hadiah yang telah dihadiahkan kepadaku.
Kenapa tidak dia duduk saja di rumah ayah dan ibunya sehingga datang kepadanya
hadiah itu?

Demi Allah! Tidaklah seseorang dari kalian mengambil sesuatu yang bukan haknya
kecuali dia akan bertemu Allah pada Hari Kiamat dengan membawa apa yang diambilnya
itu.
[7]



Islam melarang pemberian hadiah kepada orang yang memiliki kedudukan atau
pekerjaan yang melibatkan kepentingan orang ramai kerana secara halus hadiah
tersebut akan memberi kesan yang mempengaruhi sikap antara pemberi dan
penerima. Sekalipun pemberi mungkin memiliki tujuan berterima kasih atau demi
menjalin silaturahim, tanpa disedari dalam masa terdekat atau jauh, ia tetap akan
memberi kesan yang bakal mempengaruhi sikap antara pemberi dan penerima.
Pemberi pada satu hari nanti mungkin mengharapkan daripada penerima sesuatu
yang bukan haknya atau penerima pada satu hari nanti mungkin menyerahkan
sesuatu yang bukan haknya kepada pemberi.

Inilah yang dimaksudkan sebagai rasuah. Oleh itu jangan memberi apa-apa hadiah
kepada orang yang memiliki kedudukan atau pekerjaan yang melibatkan
kepentingan anda. Sebaliknya ucapkanlah terima kasih atas usahanya yang baik dan
berdoalah agar Allah Subhanahu wa Ta'ala menghadiahkannya ganjaran yang baik di
dunia dan akhirat.

Jika anda adalah orang yang memiliki kedudukan atau pekerjaan yang melibatkan
kepentingan orang ramai, jangan menerima apa-apa hadiah yang diberikan oleh
orang yang berada di bawah urusan anda. Jika anda diberi hadiah, tolaklah ia
dengan penjelasan yang hikmah. Seandainya anda tidak memiliki ruang untuk
menolak, maka ambillah hadiah itu tetapi dengan segera hendaklah
menyerahkannya kepada Baitul Maal atau mana-mana badan kebajikan bagi
kegunaan orang awam.

Sebagai contoh, Fazlina tidak boleh memberi hadiah kepada Prof. Dr. Norma yang
merupakan pensyarahnya selagi mana Fazlina masih belajar di universiti yang Prof.
Dr. Norma bertugas sebagai pensyarah. Akan tetapi apabila Fazlina telah tamat
pengajian, dia boleh memberi hadiah kepada Prof. Dr. Norma kerana pada saat itu
Prof. Dr. Norma tidak lagi memiliki apa-apa kepentingan kepada Fazlina.


5. Hasil daripada perkara yang haram hukumnya.
Seperti arak, bangkai, khinzir, patung berhala, anjing, pelacuran, bomoh dan
sebagainya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

'-- ` , -=' -,-' -=' _,- = ',- '' .

Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan
patung.
[8]



Abi Masud al-Anshari radhiallahu 'anh menerangkan:

'- ,'= '' _'- '' ,-

-' +- -'' -` = _+- '' ,'= .

Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
melarang hasil penjualan anjing, hasil zina dan upah bomoh.
[9]




6. Harta anak yatim.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik
(untuk mengawal dan mengembangkannya),
sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).
[al-Anaam 6:152]


Demikian enam cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam. Perhatikan
bahawa dalam pengharaman tersebut, al-Quran dan al-Sunnah hanya menyebut
cara dan bukan bentuk. Ini kerana bentuk boleh berubah-ubah mengikut zaman
dan peradaban manakala cara di sebaliknya tetap sama.



[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no:
1873 (Kitab al-Tijarat, Bab orang yang menjual barang yang cacat hendaklah menjelaskan kecacatannya).
[2]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:
1337 (Kitab al-Ahkam, Bab orang yang merasuah ).
[3] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad, hadis
no: 593 (Bab menerima hadiah).
[4]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2227 (Kitab al-Buyu, Bab dosa menjual orang
merdeka).
[5]
Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami al-
Shagheir, hadis no: 7021.
[6]
Ada juga yang menyebut namanya sebagai Ibn Lutbiyyah.
[7]
Sahih: Sebahagian dari hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6979 (Kitab al-
Hiyal, Bab helah seorang pekerja untuk mendapatkan hadiah bagi dirinya).
[8]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2236 (Kitab al-Buyu, Bab menjual bangkai
dan patung).
[9]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2237 (Kitab al-Buyu, Bab hasil penjualan
anjing).

Kesebelas: Harta Tidak Boleh Membeli Segala Sesuatu.

Money cannot buy everything.

Demikian kata pepatah Inggeris. Ia amat benar tetapi sayang sekali tidak ramai
di antara kita yang menyedarinya. Antara lain, harta tidak dapat membeli
perpaduan umat Islam mahupun menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan
umat Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan hakikat ini:

Dan (Allah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu).
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi,
nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka,
akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[al-Anfal 8:63]

Bahagian B:
Fiqh Jual-Beli Harta

Seorang peniaga muslim selalu menghiasi diri dengan akhlak
yang mulia. Sikap itu tidak muncul hanya dari sisi
kepentingan komersil semata seperti yang dilakukan oleh
kalangan bukan Islam. Namun sikap itu muncul dari
keyakinan yang kukuh, yang asasnya ialah ketaatan kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan mengikuti jejak langkah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta mengharapkan
pahala dalam hal itu. Seandainya mereka mendapat
keuntungan di sebalik akhlak yang baik tersebut, seperti
urusniaga yang semakin laris, hal itu terjadi sebagai hasil
sampingan, bukan tujuan utama.
Budi pekerti yang baik bagi peniaga muslim berpengaruh
besar dalam penyebaran Islam di banyak negara Asia dan
Afrika. Kenyataannya Islam tersebar melalui perantaraan
para peniaga yang berdakwah, bukan pendakwah yang
berniaga.
Namun hampir tidak pernah habis kehairanan kita kepada
perbezaan antara realiti masyarakat Barat yang sangat
pakar dalam bidang pelayanan menyambut para pelanggan
(customer service), ditambah dengan sikap rendah diri
dalam berinteraksi dengan para pelanggan, dengan realiti
masyarakat Islam yang kebanyakannya dalam cara
mengurusi perniagaan lebih pakar dalam menyakiti hati
pelanggan dan bersikap kasar terhadap mereka. Seolah-olah
perbuatan mereka itu memberi isyarat kepada para
pelanggan: Jangan sekali-kali anda sekalian kembali
berurusniaga dengan kami!
Saya tidak berbeza pandangan walau sedikit jua dengan
pengamatan Dr. Abd Allah al-Mushlih dan Dr. Shalah al-Shawi
di atas.
[1]
Islam sangat menekankan akhlak yang mulia dan saat
ketika berjual-beli, apabila dua atau lebih muslim saling
bertemu, merupakan saat untuk kita berakhlak mulia. Akan
tetapi sayang sekali apabila bertemu dengan peniaga muslim,
yang lazim ditemui adalah muka yang masam, layanan nak
tak nak dan komunikasi yang memiliki maksud tersirat: Lepas
ini jangan datang ke kedai ini!
Semua ini amat bertentangan dengan ciri-ciri akhlak mulia
yang sepatutnya menjadi pakaian seragam umat Islam.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegaskan:
'-'= +--= '-'-, ,--,-' .- .
Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang
paling baik akhlaknya.
[2]


Akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling
memberatkan timbangan amal:
'=' -= - ,-' .-` - - '- .
Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari
Akhirat) berbanding akhlak yang baik.
[3]


Orang yang memiliki akhlak yang mulia menjadi orang yang
dicintai oleh Allah:
' - ` ' -=, '' .
Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam
segala urusan.
[4]


Dalam riwayat yang lain, para sahabat radhiallahu anhum
pernah bertanya:
Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjawab: Orang
yang paling baik akhlaknya.
[5]


Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang
yang dicintai oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan
menduduki tempat yang hampir dengan baginda di Hari Akhirat:


' -= -

-',-' ,, '-'=- -- -

' `= --'=

' --

,, '-'=- -- -- -',-'

,-+,---' , ----' '``' .

Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian
dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat
adalah orang yang paling baik akhlaknya.
Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai
dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat
adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong.
[6]


Akhlak yang mulia menghiasi seseorang:

- ` - ,, ` '

-'- ` - - -, ` .

Sesungguhnya tidaklah sikap lemah lembut terdapat pada sesuatu
melainkan ia menghiasinya
dan tidaklah ia (sikap lemah lembut) tercabut dari sesuatu melainkan ia
memburukkannya.
[7]


Akhlak yang mulia merupakan salah satu faktor penentu kejayaan,
termasuklah kejayaan perniagaan:


' -=, , ''

--' _'= =, ` '- ' _'= =,

- ,- '- _'= =, ` '- .

Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah
lembut,
Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap
kekasaran
dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi
kelembutan).
[8]



Apabila dua orang muslim bertemu, seorang pembeli dan
seorang penjual, hendaklah mereka saling mengucap dan
menjawab salam serta melakukannya dengan wajah yang ceria.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


,--,- _-= -=' ,'=-- `

,-'=- _-= ,--,- `

---'=- -,--' - _'= ' `

-,- `-' ,- .

Tidaklah kalian akan memasuki syurga sehinggalah kalian beriman
dan tidaklah kalian beriman sehinggalah kalian saling mencintai.
Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan
nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara
kalian.
[9]



'-,- -' - -=- `

'= = ,- '= _-'- ,' .

Janganlah engkau meremehkan sedikit jua daripada perbuatan baik,
sekalipun sekadar engkau menampakkan wajah yang manis kepada
saudara engkau.
[10]



Kemudian apabila jual-beli berlangsung, maka:


' --, _-= ' ' --, ' '- ',=''- ',-'

'-+' ,- '-,- ' -- ' '-+,-

'-+,- - --=- '- - '-- .

Dua orang yang melakukan jual-beli boleh saling menyatakan
pilihan sebelum mereka berpisah.
Jika mereka berdua jujur dan berterus-terang, jual-beli mereka akan
diberkati.
Sebaliknya jika mereka saling menyembunyikan dan berdusta,
dihapuskan keberkatan dalam jual-beli itu.
[11]



Hubungan yang saling redha, saling toleran dan berlebih
kurang di antara penjual dan pembeli bakal memperoleh
rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:

= _-- -- '- '=-- `= '' .

Allah merahmati seseorang yang bersikap lapang dada apabila
membeli, menjual dan mengutip hutang.
[12]



Cara jual-beli yang diharamkan.

Beberapa Pesanan Berkenaan Fiqh Jual-Beli.



Kandungan



[1] Fikih Ekonomi Keuangan Islam, ms. 3-4 dengan beberapa suntingan bahasa.
[2]
Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1162 (Kitab al-Radha, Bab berkenaan hak wanita ke
atas suaminya).
[3]
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan
Abu Daud, hadis no: 4799 (Kitab al-Adab, Bab berkenaan akhlak yang baik).
[4]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya hadis no: 2165 (Kitab al-Salam,
Bab larangan mendahului Ahl al-Kitab).
[5]
Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mujam al-Ausath, hadis no:
6380 (Bab al-Mim, Orang yang bernama Muhammad) dan dikemukakan oleh al-Haitsami
dalam Majma al-Zawaid dan beliau berkata: Riwayat al-Thabarani dan para perawinya
adalah perawi yang sahih. Rujuk Bughyah al-Raid fi Tahqiq Majma al-Zawaid wa
Manba al-Fawaid, hadis no: 12691. Sebelum itu ia juga dikemukakan oleh al-Dimyathi
dalam al-Matjar al-Rabih dan beliau berkata: Riwayat al-Thabarani dengan isnad yang
menepati syarat sahih. Hadis ini juga disahihkan oleh Zakaria bin Ghulam al-Pakistani,
pentahqiq kitab al-Matjar al-Rabih. Rujuk Shahih al-Matjar al-Rabih fi Tsawab al-Amal al-
Shalih (Dar Ibn Hazm, Beirut, 2001), hadis no: 908.
[6]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan
al-Tirmizi, hadis no: 2018 (Kitab al-Birr wa al-Solah, Bab berkenaan akhlak mulia).
[7]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2594 (Kitab al-Birr wa al-
Solah, Bab keutamaan bersifat lemah lembut).
[8]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2593 (Kitab al-Birr wa al-
Solah, Bab keutamaan bersifat lemah lembut).
[9] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 54 (Kitab al-Iman, Bab
menjelaskan bahawa tidak akan masuk syurga).
[10]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2626 (Kitab al-Birr wa
al-Solah, Bab disunatkan berwajah manis).
[11]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2079 (Kitab al-Buyu,
Bab apabila dua orang melakukan jual-beli).
[12]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2076 (Kitab al-Buyu,
Bab mudah dan lapang dada dalam pembelian, penjualan).




Bahagian C:
Fiqh Menyimpan Harta

Harta yang sudah diperoleh tentu akan disimpan, sama ada di
bank atau di bawah tilam. Berikut beberapa perkara yang perlu
diketahui tentang menyimpan harta.
Pertama: Keluarkan Zakat.
Kedua: Harta Tidak Kekal.
Ketiga: Jangan Bersikap Bermegah-Megahan Dan
Sombong Dengan Harta.
Keempat: Berhati-Hati Terhadap Fitnah Harta.

Pertama: Keluarkan Zakat.
Apa jua harta yang anda simpan, terdapat hak zakat di
dalamnya yang wajib dikeluarkan kepada pemerintah atau
wakil yang dilantik olehnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman:

Ambillah dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan
mereka;
dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[al-Taubah 9:103]

Dan orang yang dalam harta mereka terdapat hak bagi yang
termaklum
bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan
diri (daripada meminta).
[al-Maarij 70: 24-25]


Orang yang tidak mengeluarkan zakat diancam keras oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak
serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah (iaitu mengeluarkan
zakat),
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa
yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak itu dalam neraka jahannam,
lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta
belakang mereka
(sambil dikatakan kepada mereka):
Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri,
oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
[al-Taubah 9:34-35]


Menyentuh tentang zakat, terdapat tiga persoalan yang lazim
dikemukakan. Saya merasakan ia penting untuk dikupas dalam
tulisan ini kerana tidak sedikit yang menjadikan tiga persoalan
ini sebagai alasan untuk tidak mengeluarkan zakat.


Persoalan Pertama:
Wajibkah mengeluarkan zakat terhadap bentuk-bentuk harta
yang tidak wujud pada zaman Rasulullah tetapi wujud pada
zaman kini seperti zakat wang simpanan, zakat gaji dan zakat
saham?

Jawapan:
Jika dirujuk kepada ayat 103 surah al-Taubah serta ayat 24 dan
25 surah al-Maarij, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebut harta
secara umum. Di dalam harta itu terdapat hak zakat yang wajib
dikeluarkan. Harta yang dimaksudkan dalam kedua-dua ayat di
atas tidak terhad kepada bentuk harta yang wujud pada zaman
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sahaja tetapi meliputi
apa jua yang ditakrifkan sebagai harta di sisi manusia baik
dahulu, kini dan akan datang.


Persoalan kedua:
Bolehkah membayar zakat secara terus kepada orang-orang
yang berhak menerimanya?

Jawapan:
Terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan terhadap
persoalan ini
[1]
dan ia dapat diringkaskan kepada dua pendapat:
1. Zakat hendaklah dikeluarkan kepada pemerintah atau wakil
yang dilantik oleh pemerintah seperti Pusat Zakat. Tidak
sah mengeluarkan zakat secara sendiri.
2. Zakat boleh dikeluarkan secara sendiri kepada orang-orang
yang berhak menerimanya. Tidak wajib mengeluarkannya
kepada pemerintah mahupun wakilnya.
Pendapat yang dipilih ialah yang dipertengahan. Jika seseorang
itu hidup di negara yang memiliki pemerintah yang mengurusi
hal-ehwal zakat seperti di Malaysia, maka zakat dikeluarkan
kepada pemimpin atau wakilnya. Jika seseorang itu hidup di
negara yang tidak memiliki pemerintah yang mengurusi hal-
ehwal zakat seperti di Eropah, maka zakat dikeluarkan secara
sendiri kepada orang-orang yang berhak menerimanya.
[2]


Dalil yang mewajibkan zakat dikeluarkan kepada pemerintah
atau wakilnya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang
bermaksud: Ambillah dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat). Siapakah yang diperintah oleh Allah untuk
mengambil harta umat Islam sebagai zakat? Pada saat ayat di
atas diturunkan, ia merujuk kepada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam yang berperanan sebagai pemerintah. Pada
masa kini ia adalah pemerintah umat Islam di negara masing-
masing. Syaikh Wahbah al-Zuhaili berkata:

Bahawa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Ambillah dari
harta mereka menjadi sedekah (zakat) tidak terhad kepada
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tetapi merangkumi para
pemerintah sesudah baginda.
[3]



Persoalan Ketiga:
Adakah kita tetap mengeluarkan zakat kepada Pusat Zakat
yang tidak cekap dalam menguruskannya?

Jawapan:
Sebelum menjawab persoalan ini, saya akan kemukakan
beberapa soalan terlebih dahulu?
1. Apabila dikatakan Pusat Zakat tidak cekap, wujudkah bukti
yang kukuh untuk mendakwa sedemikian? Sudahkah orang
yang mendakwa melakukan audit ke atas Pusat Zakat
secara menyeluruh atau ia semata-mata berdasarkan
rungutan tiga empat orang? Pada pengamatan saya, ia lebih
kepada sangkaan semata-mata, bukan berdasarkan audit
atau penilaian yang diiktiraf.
2. Bercakap tentang audit, sudahkah orang yang mendakwa
memerhatikan hasil audit terhadap syarikat-syarikat yang
besar? Jika sudah, nescaya dia akan mendapati paling
kurang 5 hingga 10 peratus daripada urusan kewangan
syarikat tersebut ditakrif sebagai tidak cekap oleh pihak
pengaudit. Malah, jika yang mendakwa melakukan audit ke
atas perbelanjaan harian dirinya sendiri, nescaya dia juga
akan menemui beberapa perbelanjaan yang tidak
sepatutnya dia lakukan. Fakta penting yang cuba saya bawa
di sini ialah, kesempurnaan hanya milik Allah manakala
kekurangan ialah milik manusia. Kekurangan pentadbiran
Pusat Zakat seandainya ada bukanlah merupakan ciri
khusus mereka tetapi merupakan ciri kelaziman manusia.
3. Jika terbukti Pusat Zakat tidak cekap, sudahkah kita
berusaha untuk menasihati mereka dan membantu mereka
meningkatkan kecekapan? Atau kita hanya duduk
merungut?
Berdasarkan tiga soalan di atas, maka jawapan kepada soalan
asal: Adakah kita tetap mengeluarkan zakat kepada Pusat
Zakat yang tidak cekap dalam menguruskan zakat? ialah:
1. Jika Pusat Zakat terbukti secara jelas melakukan khianat
dan penyelewengan dalam urusan zakat, maka tidak wajib
mengeluarkan zakat kepada mereka. Zakat boleh
dikeluarkan secara bersendirian kepada yang berhak
menerimanya.
2. Jika kecekapan Pusat Zakat diragui dalam urusan zakat,
maka zakat tetap dikeluarkan kepada mereka (Pusat
Zakat). Ini kerana hukum-hukum Islam dibina di atas
keyakinan manakala keraguan semata-mata tidak boleh
mengubahnya.



[1] Asal usul perbincangan merujuk kepada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang
sering menyebut zakat sebagai sedekah. Ini kerana dari sudut manfaatnya, zakat dan
sedekah hampir sama. Hanya dari sudut hukumnya, zakat adalah wajib manakala
sedekah adalah sunat.
Berpijak dari kesamaan antara istilah zakat dan sedekah, sebahagian orang
membaca dalil-dalil yang menganjurkan sedekah kepada ahli keluarga, sanak saudara
dan orang miskin dengan kefahaman boleh mengeluarkan zakat secara terus kepada ahli
keluarga, sanak saudara dan orang miskin. Padahal anjuran yang dimaksudkan oleh dalil-
dalil al-Quran dan al-Sunnah tersebut ialah sedekah yang sunat dan bukannya zakat
yang wajib hukumnya.
Lalu apabila mengkaji al-Quran dan al-Sunnah, bagaimanakah untuk kita
membezakan sama ada perkataan sedekah yang digunakan bermaksud zakat yang
wajib hukumnya atau sedekah yang sunat hukumnya? Caranya ialah dengan mengkaji
susunan ayat. Jika ayat tersebut bersifat memerintah atau mengancam orang yang
enggan dengan azab, maka perkataan sedekah bermaksud zakat. Jika ayat tersebut
bersifat anjuran atau menjanjikan ganjaran, maka perkataan sedekah bermaksud
sedekah sunat. Sebagai contoh, ayat 103 surah al-Taubah di atas memerintah untuk
mengambil sedekah, bererti sedekah yang dimaksudkan ialah zakat.
[2]
Rujuk Fiqh al-Zakat oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (edisi terjemahan oleh Salman Harun,
Didin Hafidhuddin & Hasanuddin atas judul Hukum Zakat; Mizan & Litera AntarNusa,
Jakarta, 1996), ms. 733 dan seterusnya (Bab cara membayar zakat).
[3]
al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariyyah wa al-Manhaj (Dar al-Fikr, Beirut,
1998), jld. 11, ms. 35.

Kedua: Harta Tidak Kekal.
Sekalipun seseorang itu menyimpan hartanya mengikut kaedah
yang paling selamat, ketahuilah bahawa ia tetap tidak kekal.
Pada bila-bila masa Allah boleh mengambilnya semula dengan
cara yang tidak disangka-sangka. Dalam al-Quran terdapat
kisah tentang pemilik kebun anggur yang berkata:

Tuan kebun itu pula mempunyai harta lalu berkatalah dia kepada
rakannya,
semasa dia berbincang dengannya:
Aku lebih banyak harta daripadamu dan lebih berpengaruh dengan
pengikut-pengikutku yang ramai!

Dan diapun masuk ke kebunnya sedang dia berlaku zalim kepada
dirinya sendiri sambil dia berkata:
Aku tidak fikir kebun ini akan binasa selama-lamanya!
[al-Kahf 18:34-35]


Maka Allah membalas sikapnya itu dengan:

Dan segala tanaman serta harta bendanya itupun dibinasakan,
lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana
menyesal)
terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada
kebun-kebunnya,
sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya;
sambil dia berkata:
Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan (syirik) sesuatupun
dengan Tuhanku!
[al-Kahf 18:42]


Satu perkara yang menarik perhatian kita dalam ayat 42 surah
al-Kahf di atas ialah ucapan orang yang dibinasakan tanaman
dan harta bendanya: Alangkah baiknya kalau aku tidak
sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku! Mengapakah dia
mengaitkan peristiwa yang terjadi dengan persoalan syirik?

Sebahagian ahli tafsir berkata, mungkin kerana dia seorang
musyrik yang tersedar akan kesalahannya. Namun ada
pandangan lain yang lebih saya cenderungi
[1]
, iaitu timbulnya
persoalan antara tauhid dan syirik kerana orang itu
menganggap dia berkuasa sepenuhnya dalam urusan hartanya
baik dahulu, kini dan akan datang. Dia menafikan peranan Allah
Subhanahu wa Ta'ala terhadap hartanya padahal harta adalah
milik Allah dan hanya Allah yang memiliki kuasa sepenuhnya
dalam urusan harta tersebut baik dahulu, kini dan akan datang.

Maka bagi orang tersebut, dia ialah seorang muslim tetapi
memiliki aqidah yang salah. Dia menyekutukan Allah kerana
menganggap dirinya mampu melakukan peranan ketuhanan.
Apabila Allah memusnahkan hartanya, barulah dia sedar akan
kesalahan aqidahnya lalu mengakui: Alangkah baiknya kalau
aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!

Pengajaran penting di sini ialah jangan kita lupa bahawa harta
ialah milik Allah Subhanahu wa Ta'ala sementara kita hanya
diwakilkan oleh-Nya untuk mengurusi harta tersebut. Kedua,
kekal atau tidak harta adalah urusan Allah Subhanahu wa
Ta'ala manakala kita hanya menjaganya sekadar yang mampu.
Bila-bila masa Allah boleh mengambilnya, mengubahnya,
menambahinya atau menguranginya. Justeru jangan merasa
yakin harta simpanan termasuklah rumah, perabut, kenderaan
sehinggalah kepada talifon bimbit dan dompet akan kekal
selama-lamanya. Sebaliknya sentiasalah berdoa kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala agar harta kita dipelihara dan diberkati
oleh-Nya.



[1]
Rujuk Tafsir al-Mishbah oleh Dr. Muhammad Quraish Shihab (Lentera Hati, Jakarta,
2002), jld. 8, ms. 64-65.

Ketiga: Jangan Bersikap Bermegah-Megahan Dan
Sombong Dengan Harta.
Di dalam al-Quran juga terdapat kisah seorang yang bernama
Qarun:

Sesungguhnya Qarun, adalah dia dari kaum Nabi Musa.
Kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka
dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan
yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk
dipikul oleh sebilangan orang yang kuat.
(Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya:
Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu),
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
bermegah-megah.
[al-Qasas 28:76]


Terhadap nasihat ini:

Qarun menjawab (dengan sombongnya):
Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan
pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku.
[al-Qasas 28:78]


Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala membalas kesombongannya
itu:

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam
tanah,
maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh
menolongnya dari azab Allah
dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.
[al-Qasas 28:81]


Harta yang sedikit lazimnya menyebabkan manusia merasakan
dirinya rendah dan hina manakala harta yang banyak lazimnya
menyebabkan manusia merasakan dirinya megah dan
sombong. Ini kerana dengan harta tersebut, dia merasa
mampu melakukan pelbagai perkara dan boleh mencapai apa
jua yang dikehendakinya.

Dalam surah al-Qasas Allah Subhanahu wa Ta'ala merakam
kisah seorang yang bernama Qarun. Dia memiliki harta yang
amat banyak sehingga kunci yang digunakan untuk membuka
atau menutup gudang hartanya perlu dipikul oleh sebilangan
orang yang kuat. Akan tetapi sekalipun dengan harta yang
sebegitu banyak, ia tidak dapat membantu Qarun apabila
berhadapan dengan azab Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akhirnya
Qarun ditenggelamkan ke dalam tanah sebagai balasan akan
kemegahan dan kesombongan dirinya.

Kisah di atas dirakam oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bukan
untuk kita jadikan bahan bacaan sebelum tidur, tetapi untuk
kita jadikan iktibar dan mengukur diri kita apabila berinteraksi
dengan harta. Janganlah harta yang banyak menyebabkan kita
merasa megah dan sombong kerana harta itu, sebanyak mana
sekalipun, tidak sekali-kali akan dapat membantu kita di
hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Keempat: Berhati-Hati Terhadap Fitnah Harta.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

'-' -- -- -- - .' .
Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat fitnah dan fitnah bagi
umatku ialah harta.
[1]



Harta adalah sesuatu yang jika diuruskan dengan betul, ia akan
menarik kita ke arah syurga. Akan tetapi jika diuruskan dengan
salah, ia akan menolak kita ke arah neraka. Sayang sekali di
antara pengurusan yang betul dan salah, harta lebih kerap
diurus dengan cara yang salah. Oleh kerana itulah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam amat bimbang akan nasib umatnya
apabila berinteraksi dengan harta. Sejak awal baginda telah
mengingatkan bahawa antara fitnah yang terbesar bagi kita
ialah harta.

Fitnah yang terkandung di dalam harta tidak bermakna kita
patut meninggalkan harta. Sebaliknya yang patut kita lakukan
ialah sentiasa berhati-hati apabila berinteraksi dengan harta. Di
sini sekali lagi terdapat bukti akan kepentingan subjek fiqh
harta agar dengan itu kita terpelihara dari kesalahan-kesalahan
dalam mengurusi harta. Justeru apabila berinteraksi dengan
harta, jangan lalai dari mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Secara lebih mendalam, jangan lalai dari mengingati hukum-
hukum Allah apabila berinteraksi dengan harta. Allah
Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-
pinak kamu daripada mengingati Allah.
Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah
orang-orang yang rugi.
[al-Munafiqun 63:09]


Kelalaian boleh berlaku dalam empat penjuru:
1. Hubungan kita dengan Allah. Maka janganlah lalai daripada
mendirikan solat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir dan
berdoa.
2. Hubungan kita sesama manusia. Maka janganlah lalai
daripada hukum-hukum fiqh harta apabila berinteraksi
dengan manusia. Jika diteliti kesemua hukum-hukum fiqh
harta, akan ditemui bahawa Islam menginginkan keadilan
dan menjauhkan kezaliman di antara manusia.
3. Hubungan kita dengan alam sekitar. Jangan sibuk dengan
harta hingga merosakkan alam dan menzalimi haiwan.
Terdapat hubungan yang rapat antara sesama manusia dan
alam sekitar. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang dan
janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya. Dan
janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan
janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
[al-Syuara 26:181-183]
4. Hubungan kita dengan diri sendiri. Maka janganlah kerana
harta kita lalai dari menuntut ilmu agama, menyucikan
harta dengan mengeluarkan zakat dan membersihkan hati
dari sifat tamak, dengki, ujub, kedekut dan sebagainya.


[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan
al-Tirmizi, hadis no: 2336 (Kitab al-Zuhud, bab berkenaan bahawa fitnah bagi umat ini
ialah harta).



Bahagian D:
Fiqh Perlaburan Harta

Pada masa kini hampir semua orang yang memiliki harta ingin melaburkannya
agar ia berkembang menjadi lebih banyak. Di luar sana terdapat banyak bentuk
pelaburan sehingga seseorang sering tertanya-tanya Pelaburan apakah yang
paling menguntungkan? Di kalangan umat Islam yang prihatin terhadap hukum
halal dan haram, mereka tertanya-tanya: Pelaburan apakah yang halal dan
menguntungkan?

Pelaburan yang halal amatlah penting kerana keuntungan seperti bonus dan
dividen yang diperolehi daripadanya akan menjadi salah satu sumber harta yang
kelak akan diaudit oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam mengingatkan kita:

- --= - -',-' ,, ' - - - `

-= = '-, _-=

-'- , - -= =

- `- , -'-- =

--- , - ''-

--- ,

'-, .-= '- '= .

Tidak berganjak dari sisi Allah kedua tapak kaki manusia pada Hari Kiamat (kelak)
sehingga dia ditanya tentang lima perkara:
1. Tentang umurnya untuk apa ia dihabiskan,
2. Tentang masa mudanya untuk apa ia digunakan,
3. Tentang hartanya dari mana ia diperolehi,
4. (Tentang hartanya) kepada apa ia dibelanjakan,
5. Dan apa yang dia amalkan dari ilmu yang dimiliki.
[1]


Lebih memberatkan, harta yang diperolehi secara tidak halal sama ada melalui
pelaburan atau selainnya, lalu kemudian digunakan untuk membeli bahan
makanan untuk diri sendiri mahupun ahli keluarga, maka daging yang tumbuh
daripadanya akan menjadi bahan bakaran api neraka. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam memberi amaran:

-=- - --- =' ,-, ` -

- _' '-' --' ` .

Sesungguhnya tidak akan berkembang
[2]
daging yang tumbuh dari makanan yang
haram
melainkan nerakalah menjadi tempat yang layak baginya.
[3]



Sumber perolehan harta, sama ada melalui pelaburan atau selainnya, juga memberi
kesan kepada kemakbulan doa seseorang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
pernah menerangkan tentang tindakan seorang yang menadah tangannya ke langit
dan berdoa Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! akan tetapi:

... = -=-

= - --

= --'-

=''- -=

=' -' '=--, _- '

makanannya (daripada sumber yang) haram,
minumannya (daripada sumber yang) haram
dan pakaiannya (daripada sumber yang) haram
dan daging tubuhnya tumbuh dari yang haram.
Justeru bagaimana mungkin dia mengharapkan doanya dimakbulkan?
[4]


Oleh itu apabila ingin melakukan pelaburan, sama ada dalam bentuk hartanah,
saham syarikat, amanah saham (unit trust), perniagaan dan sebagainya,
pastikan ia adalah halal, iaitu:
1. Anda atau syarikat yang anda labur mengeluarkan zakat, seperti zakat saham
atau zakat perniagaan.
2. Anda atau syarikat yang anda labur tidak terlibat dengan riba pinjaman.
3. Anda atau syarikat yang anda labur tidak melakukan urusniaga yang dilarang
oleh Islam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bab pertama dan kedua
buku ini.
Selanjutnya:
1. Apabila melabur melalui amanah saham (unit trust), pastikan syarikat yang
mengurusi amanah saham tersebut menepati tiga syarat di atas dan
melakukan pelaburan ke dalam syarikat-syarikat yang juga menepati tiga
syarat di atas.
2. Tidak boleh bertaklid (mengikut tanpa mengkaji) sijil atau kelulusan halal
yang dikeluarkan ke atas syarikat atau amanah saham tertentu melainkan
anda ialah orang yang hidup bergayut di atas pokok di pendalaman hutan
rimba. Maksud saya:
a. Kelonggaran bertaklid hanya diberikan kepada orang yang benar-
benar tidak faham subjek fiqh harta sekalipun dia telah berusaha
sekuat mampu. Golongan ini ialah mereka yang duduk di
pendalaman dan mengalami kesukaran yang tidak dapat dielak
untuk mendapat ilmu yang sahih. Bagi golongan ini dibolehkan
bertaklid sama ada dalam persoalan fiqh harta mahupun hukum-
hukum agama yang lain. Seandainya hukum yang mereka taklid
adalah salah, beban dosa tidak berada pada bahu mereka tetapi
berada pada bahu ilmuan yang mengeluarkan hukum tersebut.
b. Adapun orang yang memilik kelulusan pendidikan, tinggal di
tempat yang bertamadun dan mampu menjana lebihan harta
sehingga dapat dilaburkan, maka bagi mereka tidak ada
kelonggaran untuk bertaklid. Jika golongan terakhir ini tidak faham
subjek fiqh harta, ia tidak lain disebabkan oleh kemalasan diri
mereka sendiri.
[5]



[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:
2416 (Kitab Shifat al-Qayamah, Bab Kiamat).
[2]
Yakni tubuh badan yang tidak akan membawa manfaat atau pahala kepada tuannya.
[3]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no:
614 (Kitab al-Jumuah, Bab berkenaan keutamaan solat).
[4]
Sahih: Sebahagian dari hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya hadis no: 1015 (Kitab al-
Zakat, Bab diterimanya sedekah daripada sumber yang baik).
[5]
Lebih lanjut tentang hukum taklid, sila rujuk buku saya Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam terbitan
Jahabersa, Johor Bahru.


Pelaburan Islam dan Pelaburan Ciptaan Manusia

Di sebalik kesukaran mengkaji dan menapis pelaburan yang halal atau haram, apa
kata saya perkenalkan kepada para pembaca yang budiman sekalian kepada
Pelaburan Islam (PI). Ia adalah sesuatu yang benar-benar berasal dari Islam, bukan
pelaburan ciptaan manusia (PM) yang kemudiannya dipasarkan dengan nama-nama
Arab yang canggih. Pelaburan Islam (PI) memiliki lima perbezaan besar berbanding
cara pelaburan ciptaan manusia (PM). Berikut diterangkan perbezaan antara
keduanya:
[1]

PI: Modal pelaburan dijamin akan dikembalikan sepenuhnya.
PM: Modal pelaburan tidak dijamin, ia bergantung pada keuntungan atau
kerugian.

PI: Pulangan dividen dijamin berterusan. Tidak ada kerugian.
PM: Dividen bergantung pada keuntungan atau kerugian pelaburan.

PI: Kadar dividen bergantung pada jumlah harta milik pelabur.
PM: Kadar dividen bergantung pada jumlah harta yang dilaburkan.

PI: Pelaburan boleh dilakukan sekalipun terhadap syarikat yang memiliki
rekod yang tidak baik. Pelabur tidak perlu menyemak latarbelakang dan
prestasi sesebuah syarikat sebelum melabur.
PM: Pelaburan hendaklah dilakukan terhadap syarikat yang memiliki rekod
yang baik. Pelabur perlu menyemak latarbelakang dan prestasi sesebuah
syarikat sebelum melabur.

PI: Pelaburan boleh dilakukan dengan apa jua yang dimiliki oleh pelabur
tanpa terhad kepada matawang.
PM: Pelaburan hanya boleh dilakukan dengan matawang.

Berikut diterangkan portfolio pelaburan Islam yang dimaksudkan. Keterangan ini
boleh dirujuk sepenuhnya dalam al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Hanya dalam
kedua-dua rujukan ini, pelaburan disebut sebagai sedekah, infaq dan perbelanjaan di
jalan Allah.

1. Modal pelaburan dijamin akan dikembalikan sepenuhnya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal,
akan disempurnakan kepada kamu, dan kamu tidak dikurangkan.
[al-Baqarah 2:272]


2. Pulangan dividen dijamin berterusan. Tidak ada kerugian.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
[al-Baqarah 2:261]


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjamin:

'- - -- ---- '-

= ` ,-- --= '' '-

'' ` '' -= _- ,- '- .

Tidaklah sedekah itu menyusutkan harta
dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat kemaafannya melainkan
kemuliaan
dan tidaklah seseorang bersifat rendah diri kerana Allah melainkan Allah menaikkan
darjatnya.
[2]



3. Kadar dividen bergantung pada kadar harta milik pelabur.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

-' -'- -- .

,'' : -,

' : '- -= '- --- '- .= ' '

''- = _' .= '=-

'+- --- -' -'- -- -= ' .

Satu dirham, pahalanya lebih besar daripada seratus ribu dirham.
Para sahabat bertanya: Bagaimana (hal itu boleh terjadi)?
Rasulullah menjawab:
Seorang yang memiliki dua dirham lalu dia mensedekahkan satu dirham
dan seorang (lain) yang pergi ke tempatnya (di mana disimpan) harta yang melimpah,
diambilnya seratus ribu dirham lalu disedekahkannya.
[3]



4. Pelaburan boleh dilakukan sekalipun terhadap syarikat yang memiliki
rekod yang tidak baik.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

--- --- ` .= '

'- -, '+- , - --- =

'- _'= --- ,` -=-, ,=-- '

'- : -- ` --=' =' +'' --- - .

,- -, '+- , - --- =

,- _'= ','' --- ,` -=-, ,=-- '

'- : --- --- ` ,- _'= --=' =' +'' .

- --- = -= -, '+- ,

-= _'= --- ,` -=-, ,=-- '

'- : '- _'= --=' =' +''

-= _'= ,- _'= .

' .,- - '

-, '' '- _'= =- -- '- - - = --

''- = ---- '+'' ,-' '-

'' -'== '-- --, --, '' -' '- .

Seorang lelaki berkata: Sungguh aku akan bersedekah!
Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang pencuri.
Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: Sedekah diberikan kepada pencuri!
Lelaki itu menjawab: Ya Allah! Bagimu segala pujian. Sungguh aku akan bersedekah
(lagi).

Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang penzina.
Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: Sedekah diberikan malam tadi kepada
penzina!
Lelaki itu menjawab: Ya Allah! Bagimu segala pujian (aku telah bersedekah) kepada
penzina.
Sungguh aku akan bersedekah (lagi).

Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu meletakkannya di tangan seorang kaya.
Pada pagi (esoknya) orang ramai bercakap-cakap: Sedekah diberikan kepada orang
kaya!
Lelaki itu menjawab: Ya Allah! Bagimu segala pujian (aku telah bersedekah) kepada
pencuri,
penzina dan orang kaya.

(Pada malam hari) dia didatangi oleh seseorang (dalam mimpinya) lalu dikatakan
kepadanya:
Adapun sedekah kamu kepada pencuri, mudah-mudahan dapat menahannya dari
mencuri.
Adapun kepada penzina, mudah-mudahan dapat menahannya dari berzina.
Adapun kepada orang kaya, mudah-mudahan dia dapat mengambil iktibar darinya
dan mensedekahkan apa yang Allah kurniakan kepadanya.
[4]



5. Pelaburan boleh dilakukan dengan apa jua yang dimiliki oleh pelabur
tanpa terhad kepada harta. Apa saja kelebihan yang dimiliki oleh
seseorang seperti masa, ilmu dan kekuatan fizikal boleh dilaburkan.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

'-= , '-- - '-

-- ' -- . '- ' `

-- ' -- - '-

-- ' ,+ -- _--' . '-

-- ' ,+ ,=' -' '-

` -- ' ' ` -= - , .

Tidaklah seorang muslim menanam pokok lalu dimakan daripadanya
melainkan ia menjadi sedekah bagi (yang menanam)nya.
Apa yang dicuri darinya menjadi sedekah baginya,
apa yang dimakan oleh haiwan darinya menjadi sedekah baginya,
apa yang dimakan oleh burung darinya menjadi sedekah baginya
dan tidak ada sesiapa yang kehilangan sesuatu melainkan ia menjadi sedekah baginya.
[5]




[1]
Ketika mengkaji tentang pelaburan, saya mendapati apa yang dilakukan pada masa kini ialah mengambil
konsep pelaburan dari orang Barat dan kemudian mengislamisasikan. Saya tidak berpuas hati dengan tindakan
ini kerana saya yakin Islam memiliki konsep pelaburan yang tersendiri. Setelah mengkaji al-Quran dan al-
Sunnah yang sahih secara mendalam, alhamdulillah saya menemui konsep pelaburan Islam yang unik lagi
berbeza. Konsep inilah yang sedang saya kupas sekarang ini di ruangan utama di atas.
Apabila saya menyerahkan skrip buku ini untuk dibaca dan disemak oleh beberapa ahli ekonomi dan
perbankan Islam, mereka agak terperanjat dengan konsep Pelaburan Islam (PI) yang saya utarakan. Di antara
mereka ada yang berkata, ini adalah pertama kali mereka membaca tentang konsep tersebut. Akan tetapi
alhamdulillah, mereka tidak menolaknya atau menganggap ia salah, malah menyetujuinya sebagai sesuatu yang
original dari Islam.
Di antara pembaca mungkin akan ada yang terperanjat dan tidak setuju. Nasihat saya, ambillah masa untuk
memikirkan konsep ini secara mendalam, nescaya anda akan menemui kelebihannya berbanding Pelaburan
Manusia (PM).
[2]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2588 (Kitab al-Birr, Bab disukai sifat pemaaf
dan rendah diri).
[3]
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no:
2526 (Kitab al-Zakat, Bab sedekah orang yang sedikit hartanya).
[4]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1421 (Kitab al-Zakat, Bab apabila bersedekah
kepada orang kaya sedangkan dia tidak mengetahuinya).
[5]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1552 (Kitab al-Musaqat, Bab berkongsi dan
bermuamalat dengan sebahagian buah dan tanaman).
Syarat-syarat Pelaburan Islam

Demikian ciri-ciri pelaburan Islam yang jauh berbeza dari pelaburan ciptaan
manusia. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi apabila ingin melakukan
pelaburan Islam:

Syarat Pertama: Ikhlas.
Pelaburan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala dan bukan
kerana inginkan pujian orang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

,-''- '-= ` '--

,- '- - .' '--

',- '' _' - =+ ',- '' _' - = --' -

'+= -, - '+-,-, ',- -' - = --' -

=+ ,' =' '- _' - .

Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat
dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan.
Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah
kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dia
inginkan atau kerana seorang wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya adalah kepada
apa yang dia berhijrah kerananya.
[1]



Dalam sebuah hadis diterangkan tentang seorang lelaki yang Allah Subhanahu wa
Ta'ala telah mengurniakan kepadanya harta yang pelbagai lagi banyak. Maka pada
Hari Akhirat dia dibawa ke hadapan Allah dan Allah bertanya:

'+, -'-= '-

' :

'+, --, -=- .,-- - - - '-

=' '+, ---- ` .

' : ., -- ,= , '-,' -' =-' -- - .

+= _'= -=- - - `

` '-' -' .

Apakah yang telah kamu lakukan tentangnya (harta tersebut)?
Lelaki itu menjawab:
Tidaklah aku meninggalkan satu jalan yang Engkau sukai agar disedekahkan di dalamnya
melainkan aku bersedekah di dalamnya ikhlas untuk Engkau.

Allah berfirman: Kamu berdusta! Sebenarnya kamu melakukannya supaya diperkatakan
orang:
Dia seorang yang pemurah hati dan sememangnya telah diperkatakan sedemikian.
Kemudian Allah memerintahkan agar dia diheret di atas mukanya dan dicampak ke dalam
neraka.[2]


Melakukan pelaburan secara ikhlas tidak semestinya dengan cara yang tersembunyi.
Seseorang itu boleh menampakkan pelaburannya jika tujuan melakukan sedemikian
adalah untuk mengajak orang lain agar turut melabur. Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman:

Kalau kamu menampakkan sedekah-sedekah itu (secara terang-terangan),
maka yang demikian adalah baik (kerana dapat menjadi contoh).
Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-
orang fakir miskin
maka itu adalah lebih baik bagi kamu;
dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
[al-Baqarah 2:271]


Berkata Imam Ibn Katsir rahimahullah terhadap ayat di atas:

Di dalamnya terdapat petunjuk bahawa sedekah secara tersembunyi adalah lebih
utama daripada sedekah secara terang-terangan kerana ia dapat menjauhkan
daripada sifat riya. Pengecualian jika suasana mengarah seseorang untuk
menampakkan sedekahnya kerana sesuatu kemaslahatan yang penting, agar orang
ramai mengikuti tindakannya. Maka dalam suasana seperti ini menampakkannya
adalah lebih utama.
[3]



Syarat Kedua: Melabur Apa Yang Lebih Dari Tanggungjawab.
Pelaburan hanya dilakukan terhadap lebihan harta selepas keperluan asas diri sendiri
dan keluarga dipenuhi. Dalam erti kata lain, belanjakanlah harta untuk memenuhi
tanggungjawab ke atas diri anda dan keluarga. Seandainya ada lebih, barulah
dilakukan pelaburan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan mereka bertanya kepadamu:
Apakah yang mereka akan sedekahkan?
Katakanlah: (Sedekahkanlah apa-apa) yang lebih dari keperluan (kamu).
[al-Baqarah 2:219]


Syarat Ketiga: Mendahulukan Ahli Keluarga, Sanak Saudara.
Harta yang lebih hendaklah dilaburkan menurut turutan prioriti:
1. Ahli keluarga, iaitu ibubapa, pasangan hidup, adik beradik kedua-dua pihak
(suami-isteri) dan anak-anak.
2. Sanak saudara, sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Bagi yang sudah
berumahtangga, maka ia melibatkan sanak saudara dari kedua-dua pihak
suami dan isteri.
3. Anak yatim.
4. Orang miskin, sama ada yang miskin sejak awal atau orang berkecukupan
yang menerima ujian seperti musibah, bala dan trajedi alam hingga jatuh ke
kedudukan miskin.
5. Orang musafir yang menghadapi kesukaran dalam perjalanannya.

Ayat berikut menjadi rujukan bagi senarai prioriti di atas:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
Apakah (dan kepada siapakah) yang akan mereka nafkahkan?
Katakanlah: Apa jua harta benda yang kamu hendak nafkahkan maka berikanlah kepada
kedua ibu bapa,
kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam
perjalanan.
Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan,
maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya.
[al-Baqarah 2:215]


Syarat Keempat: Melabur Kepada Mereka Yang Memerlukannya.
Dalam rangka melaksanakan pelaburan sepertimana prioriti di atas, hendaklah
dibezakan antara yang berkecukupan dengan yang memerlukan, antara yang tidak
mampu dari sudut mental dan fizikal dengan yang malas dan mengambil
kesempatan. Sebagai contoh, jika ahli keluarga dan sanak saudara semuanya dalam
keadaan berkecukupan, maka beralihlah kepada anak yatim dan seterusnya. Ini
kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

- -' ` -' --' .=- ` ,- .

Tidak halal sedekah bagi orang yang kaya, dan tidak bagi orang yang berkebolehan lagi
normal
(dari sudut mental dan fizikal).
[4]



Syarat ini penting supaya harta tidak beredar di kalangan orang-orang yang
berkecukupan tetapi meluas secara adil kepada semua lapisan masyarakat:

supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
[al-Hasyr 59:07]

Ia juga penting agar umat Islam tidak menjadi golongan yang malas lagi manja,
sebaliknya rajin lagi bersungguh-sungguh mencari harta. Ini berdasarkan perintah
Allah Subhanahu wa Ta'ala yang telah dikemukakan di permulaan buku ini:

Maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah
kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya.
[al-Jumuah 62:9-10]


Walaubagaimanapun jika anda tidak pasti sama ada seseorang itu bercukupan atau
tidak, malas atau rajin, maka berbaik sangkalah bahawa dia benar-benar
memerlukannya. Ini tetap dilakukan sekalipun pada zahirnya orang itu kelihatan
berkecukupan serta sihat mental dan fizikal. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
berpesan:

_'= '= = .-'-'' .

Setiap peminta (sedekah) mempunyai haknya, sekalipun dia datang dengan menunggang
kuda.
[5]



Syarat Kelima: Tidak Mengungkit Pelaburan.
Pelabur dilarang dari mengungkit atau menyakiti perasaan orang yang
diserahkan harta pelaburannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu
dengan perkataan mengungkit-ungkit (pemberiannya),
dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi),
mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,
dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[al-Baqarah 2:262]

Syarat Keenam: Melabur Harta Yang Baik Dan Halal.
Hendaklah melabur dengan sesuatu yang baik dan halal. Jangan melabur harta yang
sudah tidak bernilai, rosak atau memang tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Juga jangan melabur dengan harta yang diperolehi melalui jalan yang haram.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna)
sebelum kamu mensedekahkan apa yang kamu sayangi.
Dan apa jua yang kamu sedekahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
[Ali Imran 3:92]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

-,= -- - -- -- --- -

-,=' ` '' .--, `

'' -,-,- '+'---,

-='-' '+,- , `

- ,' -= - , '-

.-=' .`- ,- _-= .

Sesiapa yang bersedekah dengan harga kurma dari hasil usaha yang baik,
kerana Allah tidak menerima melainkan yang baik,
(maka) sesungguhnya Allah menerimanya dengan tangan kanan-Nya.
Kemudian Dia mengembangkannya untuk orang yang bersedekah itu
sepertimana salah seorang dari kalian yang membesarkan anak kuda betinanya
hingga menjadi seperti gunung.
[6]



Syarat Ketujuh: Melabur Dengan Penuh Kerelaan.
Hendaklah melabur dengan hati yang rela, yakni jangan mengira, menghitung
kembali atau bersikap kedekut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

=,'= '' -=, -=- ` ---

=,'= '' =,, =,- ` .

Bersedekahlah dan jangan berkira kerana Allah akan berkira pula ke atas kamu
dan jangan kedekut kerana Allah akan kedekut pula ke atas kamu.
[7]



Demikian tujuh syarat Pelaburan Islam.

Ayuh! Marilah kita beralih dari Pelaburan Manusia kepada Pelaburan Islam, dari
pelaburan yang meragukan kepada pelaburan yang meyakinkan. Jika sebelum ini
anda melabur RM1000.00 untuk membeli amanah saham, maka kini laburkanlah
RM1000.00 kepada rumah anak yatim. Jika sebelum ini anda melabur RM2500.00
untuk membeli saham syarikat, maka kini laburkanlah RM2500.00 untuk membeli
buku agama yang ilmiah untuk dihadiahkan kepada orang ramai. Jika sebelum ini
anda melabur RM15,000.00 sebagai wang pendahuluan membeli dusun, maka kini
laburkanlah RM15,000.00 untuk mangsa tragedi alam di dalam atau luar negara.




[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 01 (Kitab Badu al-Wahyi).
[2]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1905 (Kitab al-Imarah, Bab orang yang
berperang kerana riya).
[3]
Tafsir al-Quran al-Azhim (Muassasah al-Qurtubah, Kaherah, 2000), jld. 2, ms. 473.
[4]
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no:
1634 (Kitab al-Zakat, Bab yang berhak menerima zakat dan batas kekayaan).
[5]
Sanad Jayyid (Bagus): Dikeluarkan oleh Abu Yala dan sanadnya dinilai jayyid (bagus) oleh Husain Salim
Asad dalam semakannya ke atas Musnad Abu Yala, hadis no: 6784 (Musnad Husain bin Ali bin Abi Thalib).
[6]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1410 (Kitab al-Zakat, Bab bersedekah dari
hasil yang baik).
[7]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1029-2 (Kitab al-Zakat, Bab anjuran untuk
bersedekah).

Islam memiliki garis panduan mudah berkenaan membelanjakan harta. Caranya,
janganlah boros mahupun kedekut:

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (kedekut)
dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya
(boros)
kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela
(kerana sikap kedekut itu) dan menyesal (kerana sikap boros itu).
[al-Isra 17:29]

Sebaliknya hendaklah berada di pertengahan di antara boros dan kedekut. Allah
Subhanahu wa Ta'ala berfirman berkenaan ciri-ciri orang yang diredhai oleh-Nya:

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila
membelanjakan hartanya,
tidak melampaui batas (boros) dan tidak kedekut;
dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara
kedua-dua cara
(boros dan kedekut) itu.
[al-Furqan 25:67]

Sikap boros ditegah kerana:

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan,
sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada
Tuhannya.
[al-Isra 17:27]

Maksud boros ialah menggunakan harta secara sia-sia tanpa membezakan sama ada
pemboros itu memiliki harta yang banyak atau sedikit. Seseorang yang menghisap
rokok sekalipun pada kadar sebatang sehari merupakan pemboros tanpa dibezakan
sama ada dia seorang pelajar yang menerima biasiswa RM300.00 setiap bulan atau
seorang ahli niaga yang memperoleh keuntungan bersih RM3000.00 setiap hari.

Lawan kepada sikap boros ialah kedekut, ia juga ditegah kerana:

Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,
iaitu orang-orang yang kedekut dan menyuruh manusia supaya bersikap
kedekut
serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari
limpah kurnia-Nya.
[al-Nisa 4:36-37]

Pada masa kini terdapat banyak buku yang mengupas cara belanjawan yang efektif.
Buku-buku ini boleh dimanfaatkan dengan syarat pembacanya terlebih dahulu
menguasai ilmu fiqh harta di dalam Islam. Tanpa ilmu ini, pembaca tidak akan
mampu membezakan sama ada yang ditulis dalam buku-buku tersebut adalah
haram atau halal, adil atau zalim, dianjurkan atau ditegah.

Sebagai contoh, saya pernah membaca sebuah buku yang menyarankan agar semua
pembelian dilakukan dengan kad kredit dan bukan secara tunai. Wang tunai
hendaklah disimpan dalam bank agar dengan itu kita dapat memperoleh bunganya.
Apabila bil kad kredit diterima dalam masa sebulan selepas pembelian, seseorang itu
akan memperoleh sekurang-kurangnya bunga yang bernilai sebulan bagi wang
simpanannya.

Saranan ini tidak selari dengan ajaran Islam kerana:
1. Islam tidak menganjurkan umatnya berhutang sekalipun untuk tempoh yang
pendek.
2. Bunga yang diberi oleh bank, ia adalah hasil dari urusniaga pinjaman
berasaskan riba yang dilakukan oleh pihak bank. Maka bunga tersebut tidak
halal bagi kita umat Islam.
3. Sebahagian pembelian dilarang menggunakan kad kredit, iaitu apa yang
melibatkan Riba al-Nasia.


Fiqh Hutang-Piutang Harta

Hutang-piutang adalah sesuatu yang tidak dapat disisihkan
dalam perbincangan tentang harta. Fiqh hutang-piutang harta
meliputi beberapa perkara:
Fiqh Hutang-Piutang Harta
Perkara Khusus Penghutang
Perkara Khusus Pemiutang
Fiqh Hutang-Piutang Harta
Pertama: Tidak Digalakkan Berhutang.
Pada dasarnya kita umat Islam tidak digalakkan berhutang. Ini merujuk
kepada sikap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang keberatan melaksanakan
solat jenazah bagi mayat yang masih memiliki tanggungan hutang. Lebih dari itu
baginda pernah menyatakan:
, -' ` -- . -,+-'' -, .
Diampunkan bagi seorang (yang mati) syahid semua dosanya kecuali hutang.
[1]


Pada ketika yang lain baginda bersabda:

- -,- --- -'

,= ` '' .,-- .- `= ,'

,= ` .- `

, ,'= .- `

-, -= _--, _-= -=' .= '- .

Demi nyawaku yang berada di tangan-Nya,
bahawa seseorang yang terbunuh di jalan Allah lalu hidup,
kemudian terbunuh lagi lalu hidup,
kemudian terbunuh lagi lalu hidup (mati syahid tiga kali) padahal dia memiliki tanggungan
hutang,
dia tidak akan memasuki syurga sehinggalah hutang itu dibayar.
[2]



Baginda menyatakan sedemikian sekalipun mati syahid adalah ganjaran paling
besar yang mampu diperoleh seseorang. Bukti lain Islam tidak menggalakkan
hutang ialah doa yang lazim dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
=' +' - =- ,= - +''

= ' -'= , -' _'- -=' .=-' .-' =' ' .

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan,
kesedihan,
kelemahan, kemalasan, (sikap) kedekut, (sikap) pengecut, lilitan hutang dan dikuasai
oleh orang lain.
[3]



Tidaklah baginda meminta perlindungan daripada sesuatu melainkan perkara itu
memiliki keburukan di dunia dan akhirat. Termasuk keburukan yang baginda
minta perlindungan darinya, sepertimana hadis di atas, ialah hutang. Aisyah
radhiallahu 'anha pernah menerangkan:

`-' ,=-, ' '- ,'= '' _'- '' ,- :

--' -= - =- ,= - +''

'= -' _,--' -- - =- ,=

-' -- ',=-' -- - =- ,= '- ,

-' `'-' - =- ,= - +'' .

.-' ' '- : -' - -,--- '- ` '-

'- : -'= ' -= - -= = .= ' .

Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazimnya berdoa di dalam solat:
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari azab kubur,
aku berlindung kepada Engkau dari fitnah al-Masih al-Dajjal,
aku berlindung kepada Engkau dari fitnah kehidupan dan fitnah kematian.
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari dosa dan hutang.

Lalu seseorang bertanya: Apa yang menyebabkan anda banyak berlindung dari
hutang?
Baginda menjawab: Sesungguhnya seorang yang berhutang (lazimnya)
apabila berbicara dia berdusta dan apabila berjanji dia memungkirinya.
[4]



Pada masa kini terdapat satu bentuk jual-beli secara berhutang yang berlaku
secara meluas, iaitu jual beli melalui kad kredit. Jual-beli cara ini menyebabkan
banyak orang berhutang dalam jumlah yang tinggi dan tidak dapat
membayarnya. Ini sebagaimana yang lazim dilaporkan dalam berita tempatan.
Justeru minimumkanlah penggunaan kad kredit kepada suasana yang benar-
benar perlu sahaja.


Kedua: Tidak Melibatkan Riba.
Hutang-piutang dalam Islam tidak boleh melibatkan riba. Sebelum ini dalam
Bahagian A: Fiqh Mencari Harta, telah diterangkan kesalahan besar riba. Berikut
perincian tentang riba dari sudut hutang-piutang:

1. Riba bermaksud tambahan sebagaimana yang dapat diperhatikan dalam ayat
berikut:
Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka,
lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah (riba).
[al-Haqqah 69:10]

2. Riba dalam pinjaman ialah apa-apa lebihan, sama ada sedikit atau banyak,
yang diambil di atas harta pokok di dalam satu hutang-piutang. Allah
Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
[al-Baqarah 2:279]

Oleh itu apabila Anuar meminjamkan RM500.00 kepada Zaid, tidak boleh
mensyaratkan bayaran balik RM700.00 kerana tambahan RM200.00 ialah
riba. Bayaran balik tetap harta pokok, iaitu RM500.00

3. Riba mungkin disyaratkan oleh pemiutang, penghutang atau kedua-duanya.
Contoh:
Kamarul meminjamkan RM100.00 kepada Azmi dan mensyaratkan Azmi
membayar balik RM120.00. Tambahan RM20.00 ialah riba.
Jamal meminjam RM200.00 daripada Zainal dan berjanji akan membayar
balik dalam masa enam bulan. Apabila sampai tempoh matang (enam bulan),
Jamal tidak dapat membayar pinjamannya. Lalu dia meminta Zainal
melanjutkan tempoh dengan tawaran akan membayar Zainal RM300.00.
Tambahan RM100.00 yang ditawarkan ialah riba.
Aishah meminjamkan Norasyikin RM1200.00 dan pinjaman ini akan dibayar
secara ansuran bulanan RM110.00 selama 12 bulan. Tambahan RM10.00
setiap bulan ialah riba.
4. Tidak dibezakan sama ada tambahan yang diambil di atas harta pokok adalah
banyak atau sedikit. Jika Sakinah meminjamkan Maryam RM350.00, dia tidak
boleh mensyaratkan bayaran balik RM350.01. Tambahan satu sen tetap
merupakan riba yang diharamkan.

Sebahagian pihak beranggapan riba hanyalah tambahan berganda-ganda
di atas harta pokok. Jika tambahan hanya sedikit dan memadai, maka ia
bukan riba. Anggapan ini disandarkan kepada ayat:

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda,
dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
[Ali Imran 3:130]

Perkataan berlipat-lipat ganda difahami sebagai tambahan yang
banyak. Justeru tambahan yang sedikit dibolehkan.

Anggapan atau fahaman ini adalah salah. Ini kerana berlipat-lipat ganda
yang dimaksudkan ialah riba yang asalnya kecil kemudian menjadi
semakin besar tahun demi tahun kerana kegagalan peminjam membayar
kepada penghutang. Perkara ini akan dapat kita fahami dengan tepat
dengan merujuk kepada praktik riba pada zaman ayat di atas diturunkan.
Zaid bin Aslam radhiallahu 'anh menerangkan, sebagaimana yang
diriwayatkan oleh anaknya:

Sesungguhnya riba pada zaman jahiliyah merupakan gandaan di atas gandaan umur
haiwan.
[5]
Ketika sampai tempoh matang, pemiutang akan berkata kepada
penghutang: Bayarlah aku atau tambahkan nilai hutang. Maka jika penghutang
memiliki sesuatu, dia akan membayarnya. Jika tidak, ditambah umur haiwan yang
akan dibayar.

demikianlah juga terhadap hutang harta, jika penghutang tidak dapat
membayar, ia digandakan. Jika penghutang masih tidak dapat membayar, ia akan
digandakan daripada seratus kepada dua ratus dan jika dia masih tidak dapat
membayar, ia digandakan lagi menjadi empat ratus. Begitulah ia digandakan setiap
tahun.
[6]


Oleh itu riba yang berlipat-lipat ganda bukanlah tambahan RM1000.00
di atas pinjaman RM500.00 tetapi apa jua tambahan, sekalipun sedikit,
yang akan semakin bertambah kadarnya tahun demi tahun. Ayat 130
surah Ali Imran tidak terpisah dari ayat 279 surah al-Baqarah: Maka hak
kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. Kedua-duanya
saling berkaitan dengan pengharamkan riba, sama ada sedikit atau
berlipat ganda. Pemiutang hanya boleh mengambil balik harta pokoknya
tanpa sebarang tambahan.

5. Tujuan diharamkan riba ialah kerana ia menzalimi penghutang dan
pemiutang. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah meninggalkan riba),
maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya.
Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
(Dengan yang demikian) kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi.
[al-Baqarah 2:279]

Kamu tidak menzalimi bererti pemiutang tidak menzalimi penghutang
kerana jika pemiutang mensyaratkan riba, dia sebenarnya menyusutkan
kedudukan kewangan penghutang yang pada saat itu dalam keadaan
kekurangan.

dan tidak dizalimi bererti penghutang tidak menzalimi pemiutang
kerana jika penghutang setuju mengambil riba, dia sebenarnya
menyusutkan harta pemiutang yang pada saat itu dalam keadaan
berlebihan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Allah susutkan (harta yang diperoleh melalui) riba
dan Dia mengembangkan (harta yang dikeluarkan melalui) sedekah.
[al-Baqarah 2:276]


6. Pinjaman tanpa riba, yang disebut sebagai Qardh Hasan, ditujukan kepada
orang yang tidak berharta atau kepada orang yang ingin membina asas
kehidupan seperti yuran pelajaran, belanja perkahwinan, membeli rumah
pertama, membeli kereta pertama dan membayar kos perubatan. Allah
Subhanahu wa Ta'ala mengumpamakan Qadr Hasan sebagai:

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah
sebagai pinjaman yang baik Qardh Hasan supaya Allah melipatgandakan (bayaran)
kepadanya
dengan berganda-ganda banyaknya?
Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan
(pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.
[al-Baqarah 2:245]


Bagi orang berharta yang ingin berhutang atas sebab-sebab tertentu yang
tidak berkaitan dengan asas kehidupan, maka Islam memiliki kaedah-
kaedah pembiayaan tersendiri yang bebas daripada riba.

7. Semua orang yang terlibat dalam hutang-piutang riba dianggap memakan
riba. Jabir bin Abd Allah radhiallahu 'anh menerangkan:

'- ' .' '- ,'= '' _'- '' ,- '

',-

--'

, -'-

,- ' .

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat orang yang mengambil (hutang secara)
riba,
yang memberi (hutang secara) riba,
yang menulis (perjanjian hutang piutang itu)
dan yang menjadi saksi (perjanjian hutang piutang itu).
Baginda menyatakan mereka semua sama sahaja.
[7]



Ketiga: Mencatit Rekod Hutang.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang
yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis
(hutang dan masa bayarannya) itu.

Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)
dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah
mengajarkannya.
Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan
(isi surat hutang itu dengan jelas).

Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya,
dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari hutang itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah
atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu),
maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar.

Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.
Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki,
maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu
setujui menjadi saksi,
supaya jika seorang dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu lupa
maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.

Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi.
Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu,
sama ada kecil atau besar jumlahnya.
Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan
saksi,
dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu.

Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri,
maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.
Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli.
Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan.

Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu),
maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada
kamu.
Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah;
dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu;
dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang),
sedang kamu tidak mendapati jurutulis,
maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang
(oleh orang yang memberi hutang).

Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang
(dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian),
maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu
menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya
dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya.

Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi)
menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu.
Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang
berdosa hatinya.
Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
[al-Baqarah 2:282-283]


Beberapa pengajaran penting daripada ayat di atas:
1. Hendaklah dicatit atau ditulis rekod antara pemiutang dan penghutang:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu
urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa
yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)
itu.
2. Janganlah menjadi jemu atau menganggap remeh urusan mencatit hutang-
piutang. Hendaklah dicatit sekalipun terhadap hutang-piutang yang kecil
jumlahnya: Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang
bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.
3. Disamping mencatit, hendaklah hadir dua lelaki yang menjadi saksi bagi
urusan hutang-piutang. Jika tidak ada lelaki, maka digantikan dengan dua
orang perempuan bagi setiap seorang lelaki: Dan hendaklah kamu
mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau
tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang
perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi.
Menggantikan seorang saksi lelaki dengan dua orang saksi perempuan
bukanlah bererti Islam mensetengahkan kedudukan perempuan
berbanding lelaki akan tetapi demi memudahkan peranan perempuan
sebagai saksi: supaya jika seorang dari saksi-saksi perempuan yang
berdua itu lupa maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.

Ini sebagaimana solat Zohor empat rakaat dipendekkan menjadi dua
rakaat ketika musafir (qasar), ia tidaklah bererti mensetengahkan
kedudukan solat fardhu akan tetapi demi memudahkan orang yang
sedang dalam perjalanan.

4. Jika hutang-piutang tidak dapat ditulis, seperti ketika dalam keadaan musafir,
maka hendaklah penghutang memberikan barang gadaian kepada pemiutang:
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang), sedang kamu
tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk
dipegang (oleh orang yang memberi hutang).
5. Pengecualian diberikan kepada pemiutang dan penghutang yang saling
amanah antara satu sama lain: Kemudian kalau yang memberi hutang
percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan
barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai
itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya dan
hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya.




[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1886 (Kitab al-Imarah, Bab sesiapa yang
terbunuh di jalan Allah dihapuskan segala kesalahannya kecuali hutang).
[2]
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no:
4698 (Kitab al-Buyu Bab penegasan berkenaan hutang).
[3]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6363 (Kitab al-Duawat, Bab memohon
perlindungan daripada dikuasai oleh orang lain).
[4]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 832 (Kitab al-Azan, Bab doa sebelum
memberi salam).
[5]
Yakni apabila meminjam haiwan ternak yang kecil umurnya, hendaklah dibayar dengan haiwan ternak yang
lebih dewasa umurnya.
[6]
Dikeluarkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jami al-Bayan an Tawil Ay al-Quran (Dar al-Fikr, Beirut, 1999),
riwayat no: 6206.
[7]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1598 (Kitab al-Musaqat, Bab dilaknat orang yang
mengambil riba)

Perkara Khusus Penghutang
Dalam fiqh hutang-piutang, terdapat beberapa perkara yang ditujukan khusus
kepada penghutang dan pemiutang sahaja. Perkara khusus yang dimaksudkan
kepada penghutang ialah:

Pertama: Penghutang Hendaklah Bertekad Membayar Hutang.
Apabila penghutang bertekad atau bersungguh-sungguh ingin membayar hutangnya,
maka Dia akan memperoleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai pembantunya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

-= - ' -, , '-' ,-

-= ''

'+ `- -, , -= -

'' -'- .

Sesiapa yang mengambil harta orang (berhutang) dan berkeinginan untuk membayarnya,
Allah akan (membantu dia) membayarnya
dan sesiapa yang mengambil dan ingin membinasakannya (tidak berhajat untuk
membayar balik),
Allah akan (membantu dia) untuk membinasakannya.
[1]



Kedua: Penghutang Hendaklah Segera Membayar Hutang.
Jika memiliki kelebihan harta, hendaklah menggunakannya untuk segera membayar
hutang sekalipun lebih awal dari tempoh matang. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:

- -- --= `` '= -, ` - -, '- '- -= .`- ' ' ,'
, -' - -- - ` .

Seandainya aku memiliki emas semisal bukit Uhud (jumlahnya),
aku tidak senang seandainya emas itu masih ada padaku selama tiga hari
melainkan aku gunakannya untuk membayar hutang.
[2]



Ketiga: Menghukum Penghutang Yang Sengaja Menunda Bayaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

--,-= -= .=, -= ,' ' .
Penundaan oleh orang yang mampu membayar hutang menghalalkan dia dipermalukan
dan dihukum.
[3]


Jika penghutang sengaja menunda pembayaran setelah tempoh matang padahal
dia mampu, pihak pemiutang berhak memaparkan namanya di akhbar dan
mengenakan tindakan mahkamah ke atasnya. Walaubagaimanapun dilarang
mengenakan hukuman berbentuk harta kepada penghutang tersebut kerana itu
ialah riba. Sebagai contoh, jika Zakaria gagal membayar hutangnya kepada
Yaakub yang berjumlah RM10,000.00 pada tempoh matangnya, Yaakub tidak
boleh menghukum Zakaria dengan mensyaratkan dia membayar RM12,000.00.
Tambahan RM2000.00 itu ialah riba.


Keempat: Dianjurkan Membayar Dengan Nilai Yang Lebih Dan Mendoakan
Pemiutang.
Abi Rafi radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pernah meminjam seekor unta yang masih kecil umurnya. (Beberapa
ketika) kemudian unta-unta sedekah diserahkan kepada baginda. Baginda menyuruh
Abi Rafi untuk mengembalikan unta kecil yang pernah baginda pinjam sebelum itu.
(Setelah mencari-cari di kalangan unta sedekah itu) Abi Rafi kembali kepada
Rasulullah dan berkata: Aku tidak menemui kecuali semuanya yang lebih baik.
Maka Rasulullah bersabda:

-', ==

'-' ',= '- +--= .

Berikanlah kepadanya (unta yang lebih baik itu kerana) sesungguhnya
di antara (ciri) manusia yang baik ialah membayar hutang dengan nilai yang lebih baik.
[4]


Membayar dengan nilai yang lebih baik hanya dibolehkan jika lebihan tersebut
adalah hadiah daripada penghutang kepada pemiutang. Ia tidak boleh menjadi
syarat hutang kerana yang sedemikian ialah riba.
Selain itu disunnahkan juga mendoakan pemiutang. Abd Allah bin Abu Rabiah
radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah meminjam
sebanyak empat puluh ribu (dinar) daripadanya. Apabila baginda datang untuk
membayar balik hutang tersebut, baginda bersabda:

=''- =' =' '' '-

` --=' -'-' = '-- .

Semoga Allah memberkati kamu dalam urusan keluarga kamu dan harta kamu.
Sesungguhnya balasan dari pinjaman tidak lain adalah pujian dan pembayaran.
[5]




[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2387 (Kitab fi al-Istiqradh, Bab sesiapa
mengambil harta orang ).
[2]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2389 (Kitab fi al-Istiqradh, Bab membayar
hutang).
[3]
Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Daud, hadis no:
3628 (Kitab al-Aqdiyat, Bab menahan orang kerana hutang dan selainnya).
[4]
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1600 (Kitab al-Musaqat, Bab orang yang
mengambil sesuatu sebagai hutang). Unta sedekah tersebut dibeli oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
sebelum digunakan untuk membayar hutang kerana baginda sekeluarga tidak boleh menerima sedekah. Rujuk
penjelasan al-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjajj, jld. 6, ms. 116.
[5]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no:
4697 (Kitab al-Buyu, Bab pinjaman).
Perkara Khusus Pemiutang
Berikut beberapa perkara khusus yang ditujukan kepada pemiutang:

Pertama: Dianjurkan Memberi Hutang Oleh Orang Yang Mampu.
Memberi hutang kepada orang yang berada dalam kesempitan kewangan
termasuk dalam keumuman hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

-, -- _'= -, -

=` ',- -' ,'= '' .

Sesiapa yang memudahkan orang yang berada dalam kesukaran,
Allah akan memudahkan ke atasnya urusan dunia dan akhirat.
[1]



Ini kerana memberi hutang adalah satu bentuk sedekah:

-- . .

Setiap pemberian hutang ialah sedekah.
[2]



Bahkan memberi hutang ialah sedekah yang dibalas dengan ganjaran yang lebih
besar:

'+-'- _'= '-,-- -=' .= .= :

'+''`- -- --'

-= ,-'-`- -' .

Seseorang memasuki syurga lalu melihat tertulis di atas pintunya:
Sedekah dibalas dengan sepuluh kali gandaan
manakala memberi hutang dibalas dengan lapan belas (kali gandaan).
[3]



Oleh itu digalakkan memberi hutang dengan syarat pemiutang itu sendiri
memiliki kelebihan harta. Jangan pula berhutang untuk memberi hutang.


Kedua: Mengutip Hutang Dengan Akhlak Yang Mulia.
Apabila pemiutang hendak mengutip atau meminta balik hutangnya, mintalah
dalam suasana akhlak yang mulia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
mengingatkan:

'-= -'=,' '-= -''= -

,= .

Sesiapa yang menuntut satu haknya (seperti hutang) maka tuntutlah dengan cara yang
baik
tanpa mengira (orang yang berhutang itu) membayar balik atau tidak membayarnya.
[4]



Ketiga: Memberi Tangguh Kepada Penghutang.
Jika penghutang mengalami kesukaran untuk membayar hutangnya, maka
dianjurkan kepada pemiutang untuk memberi tangguh sehinggalah dia mampu
membayar semula. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup,
maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya. [
al-Baqarah 2:280]


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:

= _-- -- '- '=-- `= '' .

Allah merahmati seseorang yang bersikap lapang dada apabila membeli, menjual dan
mengutip hutang.
[5]



Keempat: Menjadikan Hutang Sebagai Modal Pelaburan.
Jika setelah diberi tangguh penghutang masih tidak mampu membayarnya, maka
pemiutang memiliki pilihan agung untuk menjadikan hutang itu sebagai modal
pelaburan. Iaitu jadikan hutang itu sebagai sedekah sepenuhnya kepada
penghutang. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup,
maka (1) berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya
dan (2) (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik
untuk kamu,
kalaulah kamu mengetahui.
[al-Baqarah 2:280]


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

= ,= .-, ' `=

'-' , -, '

',- ' ,-, :

-,- '- -=

-= '- -

'-= '=-, _''- '' .' '=- .

.= = '' ' =' '-' ' :

= ,= -'-= .

' : ' ' - ` ` `=

'-' , --

' -' _-'--,' -`- ' :

-,- '- -=

-= '- -

-= '=-, '' .' '=- ' .

_''- '' ' : =-= '=- - .

Sesungguhnya terdapat seseorang yang tidak pernah melakukan apa jua amal kebaikan
kecuali dia lazim memberi hutang kepada orang ramai (yang berada dalam kesukaran
kewangan).
(Apabila mengutip hutang) dia berkata kepada pembantunya:
Ambillah apa yang mudah (daripada orang yang dapat membayar hutang)
dan tinggalkanlah apa yang sukar (daripada orang yang tidak mampu membayar hutang)
dan maafkanlah (hapuskanlah hutang itu), mudah-mudahan Allah Taala memaafkan kita.

Kemudian apabila dia meninggal dunia, Allah Azza wa Jalla berfirman kepadanya
(padahal Allah sudah sedia mengetahui):
Apakah kamu tidak melakukan apa jua kebaikan?
Dia menjawab: Tidak (ada apa-apa kebaikan) kecuali aku memiliki seorang pembantu
dan aku lazim memberi hutang kepada orang ramai.
Apabila aku mengutusnya untuk mengutip hutang aku berkata kepadanya:
Ambillah apa yang mudah (daripada orang yang dapat membayar hutang)
dan tinggalkanlah apa yang sukar (daripada orang yang tidak mampu membayar hutang)
dan maafkanlah (hapuskanlah hutang itu), mudah-mudahan Allah Taala memaafkan kita.

(Maka) Allah Taala berfirman: Sungguh Aku memaafkan kamu.
[6]





[1]
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no:
1976 (Kitab al-Shadaqat, Bab menangguhkan kutipan hutang).
[2]
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dan dinilai hasan lighairihi oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa
al-Tarhib, hadis no: 899.
[3]
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dan al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib
wa al-Tarhib, hadis no: 900.
[4]
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no:
1980 (Kitab al-Shadaqat, Bab meminta dengan baik dan mengambil dengan sopan).
[5]
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2076 (Kitab al-Buyu, Bab mudah dan lapang
dada dalam pembelian, penjualan).
[6]
Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai,
hadis no: 4708 (Kitab al-Buyu, Bab bersikap baik dalam pergaulan dan santun dalam membuat tuntutan).