Anda di halaman 1dari 4

KULIAH 4:

pengenalan kepada sistem geomorfologi

Hasil Pembelajaran:(a) Menerangkan proses geomorfologi (luhawa, hakisan, pergerakan jisim, pengangkutan dan pemendapan) (b) Menghuraikan struktur dan kandungan lapisan bumi. (c) Mengenal pasti taburan daratan & lautan.

Konsep geomorfologi Geomorfologi ialah satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi di antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Proses-proses geomorfologi Proses endogenik (di dalam bumi) Proses pemulihan isostasi Proses orogesis (perlipatan kerak bumi) Proses gelinciran (sesaran kerak bumi) Gempa bumi Aktviti gunung berapi Proses metamorfosisme Proses eksogenik (di permukaan bumi) Proses luluhawa Proses hakisan Proses pengangkutan dan pemendapan Proses gerakan jisim (mass movement) Taburan daratan dan lautan Kongfigurasi bentuk muka bumi daratan (21%) dan lautan (79%) 19.4% daratan di hemisfera utara, 9.6% daratan di hemisfera selatan. Daratan (benua) o Benua utama Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Antartika dan Oceania o Terbahagi kepada; Unit benua Pentas benua perisai benua, dataran (pantai dan tinggi), pelantar benua. Pergunungan Unit lautan

Lembangan lautan Banjaran tengah laut Arka pulau Unit sempadan

Lautan o Lautan utama Atlantik, Pasifik, Hindi dan Artik o Taburan pulau terbahagi kepada; Pulau-pulau bersaiz besar Gugusan pulau Pulau-pulau terpencil

Struktur dan kandungan lapisan bumi Lapisan kerak bumi o Ciri fizikal Lapisan paling luar bumi Terbahagi kepada dua lapisan utama Sial kerak benua, ketebalan antara 25 hingga 70 km, ketumpatan 2.7 g/m3 Sima kerak lautan, ketebalan 5 hingga 10 km, ketumpatan 3.0 g/m3 o Ciri kimia Sial kaya dengan silika dan aluminium, batuan igneus yang cerah (granit dan gabro) dan batuan mendak (syil dan batu pasir) Sima kaya dengan magnesium dan ferum (besi), batuan bes. Lapisan mantel o Ciri fizikal 82% isipadu bumi, 68% jisim. Ketebalan (2830 km), suhu antara 800 1600oC, ketumpatan (atas 3 3.37 g/m3 ,bawah >5.5 g/m3) o Ciri kimia Kaya dengan basalt olivin, ultramatik dan piroksin. Lapisan kerak bumi o Ciri fizikal Ketebalan 3470 km, suhu mencapai 3000oC, ketumpatan antara 12 g/m2 hingga 13 g/m3 o Ciri kimia Kaya dengan besi dan nikel.

KULIAH 4:

pertumbuhan penduduk

Hasil Pembelajaran:(a) Membandingkan trend pertumbuhan penduduk mengikut wilayah dunia dan negara Malaysia (i) pertambahan/perubahan; (ii) kadar pertumbuhan tahunan. (b) Menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk wilayah dunia dan negara Malaysia dengan formula berikut: r 1/n Log e (Pn / Po) 100; (c) Menganggarkan dan meramalkan jumlah penduduk di sesebuah kawasan

Arah aliran pertumbuhan penduduk. Pertumbuhan negatif (kematian melebihi kelahiran) Pertumbuhan sifar (kematian hampir sama kelahiran) Pertumbuhan positif (kelahiran melebihi kematian) Pertumbuhan abnormal (gangguan kematian dan kelahiran akibat peperangan) Keadaan Arah alir peningkatan atau penurunan secara mendadak/pesat. Arah alir peningkatan atau penurunan secara gradual/perlahan-lahan. Arah alir yang stabil/tidak berubah. Trend pertumbuhan penduduk mengikut wilayah. Pertumbuhan penduduk mendadak selapas perang dunia kedua. Pada masa kini; o Pertumbuhan mendadak berlaku di benua Asia, Afrikan, Amerika Selatan dan Ocenia. o Pertumbuhan gradual berlaku di benua Eropah dan Amerika Utara. Jangkaan pada 2050 penduduk dibeberapa negara akan berkurang Rusia, Itali dan Jepun Arah aliran penduduk negara maju mengalami penurunan kerana; o gaya hidup bebas o peningkatan kos hidup o perkahwinan pada usia yang lewat o kepentingan kerjaya dalam kalangan wanita Pertumbuhan penduduk mengikut komposisi umur menunjukkan golongan tua semakin bertambah manakala golongan muda semakin kecil.

Trend pertumbuhan penduduk negara Malaysia. Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia mengalami kadar turun dan naik yang kecil. Mulai tahun 1990an mula mengalami penurunan yang kecil kerana faktor: o cara hidup moden o kesedaran tentang perancangan keluarga o kepentingan kerjaya dalam kalangan wanita o tumpuan yang lebih kepada pendidikan anak-anak

Konsep kadar pertumbuhan tahunan penduduk. Kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah satu angka yang menunjukkan arah pertumbuhan penduduk di sesebuah negara pada satu tempoh tertentu sama ada mengalami pertambahan penduduk secara pesat, perlahan, statik atau berkurang. Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Kaedah pengiraan kadar pertumbuhan penduduk. r 1/n Log e (Pn / Po) 100 di mana; r = kadar pertumbuhan penduduk purata tahunan n = bilangan tahun antara Pn dengan Po Pn = penduduk tahun semasa Po = penduduk tahun asas atau sebelumnya Log e = (Logaritma asli/Log to based e) Contoh soalan Jadual di bawah ini menunjukkan jumlah penduduk di daerah-daerah negeri Terengganu pada tahun 1990 dan tahun 2010. Daerah Besut Setiu Kuala Terengganu Marang Hulu Terengganu Dungun Kemaman Jumlah penduduk (orang) 1990 2010 86 879 136 563 33 670 54 563 230 679 337 553 64 768 95 283 53 700 70 800 101 598 149 851 97 988 166 750

Kira kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk bagi daerah-daerah negeri Terengganu.