Anda di halaman 1dari 5

KULIAH 5:

BATUAN

Hasil Pembelajaran:a) b) c) d) Menyatakan jenis batuan (igneus, enapan & metamorfosis) Menghuraikan proses pembentukan setiap jenis batuan Menjelaskan perkaitan antara jenis batuan dengan konfigurasi bentuk bumi. Mengenal pasti kepentingan sebagai sumber alam

Konsep batuan Umum Pepejal yang terbentuk daripada paduan pelbagai jenis mineral yang terikat antara satu dengan lain melalui pemejalan, pemadatan dan penyimenan serta penjelmaan baru. Batuan Igneus Batuan yang terbentuk akibat proses penyejukan dan pemejalan magma sama ada di dalam kerak bumi atau di luar kerak bumi. Batuan Enapan Batuan yang terbentuk melalui proses pemadatan dan penyimenan bahan-bahan mendapan oleh sungai, glasier, angin dan ombak. Batuan Jelmaan Batuan baru yang terbentuk melalui proses penjelmaan atau proses metamorfosisme batuan igneus atau enapan. Ciri-ciri batuan. a) Ciri-ciri komposisi kimia - Keras dan lembut mineral yang membentuk batuan - Kestabilan mineral dan bahan perikat yang membentuk batuan - Darjah mobaliti dan pergerakan mineral apabila menerima kehadiran air dan asid lemah. b) Ciri-ciri tekstur batuan c) Ciri-ciri struktur batuan - Struktur hablur - Struktur serpih d) Ciri-ciri rekahan dan ira batuan e) Warna batuan f) Keporosan batuan

Proses pembentukan batuan Batuan igneus a) Igneus rejahan peyejukan magma dalam lapisan kerak bumi. Cth granit dan gabro b) Igneus terobosan penyejukan magma di luar kerak bumi. Cth basalt, pumis dan obsidian. Batuan enapan Bahan-bahan mendapan organik dan bukan organik megalami pemadatan dan penyimenan akan membentuk batu enapan; a) klastik enapan pasir membentuk (batu pasir), kelodak (syal), ke dan breksia) b) kimia enapan bahan-bahan kimia batuan. Cth batu garam dan gipsum c) organik mendapan bahan-bahan hidupan dan tumbuhan. Cth batu kapur dan arang batu. Batuan metamorfosis Batuan igneus atau enapan mengalami tekanan dan suhu yang tinggi meyebabkan berlaku perubahan tekstur dan komposisi kimia. Metamorfisis serantau (tekanan akibat pemampatan dan timbunan beban) dan metamorfosis sentuhan (suhu magma yang panas). Cth kuartza, marmar dan gneis. Kitaran batuan Batuan igneus ------batuan enapan--------batuan metamorfosis Pengaruh batuan terhadap konfigurasi bentuk muka bumi. a) Batu granit keras, stabil dan tahan dari proses geomorfik akan membentuk gunung, banjaran dan tanah tinggi. b) Batu kapur lembut, tidak stabil dan luluh terhadap proses geomorfik akan membentuk lurah, lembah dan lembangan saliran. Kepentingan batuan sebagai sumber alam a) Batuan igneus i. Batu granit bahan binaan ii. Batu basalt membentuk tanih pertanian yang subur apabila diluluhawa iii. Batu riolit membentuk tanih laterit yang subur apabila diluluhawa. b) Batuan enapan i. Batu kapur membuat simen, mengurangkan keasidan tanah, karst (ekopelancongan dan keagamaan) ii. Kaolin pembuatan tembikar dan jubin iii. Arang batu, lignit dan gambut bahan api iv. Batu garam masakan v. Kajian arkeologi. c) Batuan metamorfosis i. Batu marmar kemasan binaan ii. Batu permata perhiasan wanita dan mata gerudi.

KULIAH 5:

FAKTOR PERTUMBUHAN PENDUDUK

Hasil Pembelajaran:a) Menghuraikan bagaimana proses pertumbuhan penduduk berlaku, iaitu i. pertumbuhan semula jadi (kelahiran kematian); ii. pertumbuhan penduduk (kelahiran kematian + migrasi bersih). b) Menilaikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk, iaitu i. kadar kelahiran; ii. kadar kematian; iii. migrasi

Faktor-faktor yang mempengaruhi kepesatan pertumbuhan penduduk. a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) Demografi penduduk Perkhidmatan kesihatan Amalan pemakanan Penemuan kaedah rawatan moden Amalan perkahwinan di usia muda Kegagalan program kawalan penduduk dan perancangan keluarga Tenaga buruh di kalangan ahli keluarga Kestabilan politik Dasar governan Faktor migrasi

Lebihan penduduk Konsep Jumlah penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yang ada dalam sesebuah negara. Jenis a) Lebihan realtif b) Lebihan mutlak Faktor a) Kadar kelahiran tinggi - Peningkatan taraf kesihatan - Sistem dan kaedah perubatan moden - Kegagalan perancangan keluarga b) Kadar kematian rendah - Kemajuan perubatan moden - Kemudahan kesihatan dan doktor semakin bertambah - Amalan pemakanan seimbang c) Daya tampung sumber terhad - Sumber terhad tanah dan mineral - Teknologi yang mundur

Langkah mengurangkan masalah lebihan penduduk a) Melaksanakan dasarkan saiz keluarga kecil b) Melaksanakan amalan perancangan keluarga c) Mempelbagaikan kegiatan ekonomi d) Meningkatkan teknologi pengeluaran dan R&D untuk eksploitasi sumber alam e) Mengalakkan migrasi dan transmigrasi Kurangan penduduk Konsep Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yang kurang berbanding dengan daya tampung sumber alam Faktor a) Kesan pelaksanaan polisi saiz penduduk kecil b) Kepentingan kerjaya, gaya hidup bebas dan status quo c) Sejarah demografi Kesan positif a) Sumber alam yang banyak b) Kadar pengangguran rendah c) Tempat tinggal yang selesa d) kualiti hidup yang tinggi e) Sistem perubatan moden Masalah a) Kurang tenaga kerja b) Ketidakseimbangan komposisi penduduk c) Saiz pasaran domestik kecil dan kuasa beli penduduk rendah Langkah a) Meningkatkan kadar kelahiran b) Mengurangkan had umur boleh kahwin c) Meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk Penduduk optimum Konsep Jumlah penduduk seimbang dengan daya tampung sumber alam semasa berbanding dengan tempoh sebelum dan selepas mencapai penduduk optimum. Kesan a) Taraf hidup penduduk tinggi b) Tiada pengangguran c) Pembangunan mapan d) Penggunaan sumber alam yang wajar e) Struktur demografi yang seimbang.