Anda di halaman 1dari 10

AKTIVITI & LDK 1 Tajuk : ICE BREAKING MASA : 30 minit ALATAN : PROSEDUR : 1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar.

2. Fasilitator memberi arahan pergerakan fizikal (tangan dan kaki) secara lisan dan isyarat. 3. Peserta diminta melakukan pergerakan mengikut arahan fasilitator. 4. Aktiviti ini dilakukan secara berulang dan terkawal. FALSAFAH : 1. Sedar akan kewujudan diri. 2. Sedar tentang kesempurnaan fizikal dan bersyukur di atas anugerah Tuhan. 3. Badan sihat otak cergas. 4. Peka kepada arahan.

Tajuk : KUMPULANKU MASA : 30 minit ALATAN : Kad gambar buah-buahan (durian, rambutan, pisang, kelapa dll.) PROSEDUR : 1. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan kad gambar buah masingmasing. 2. Sekali lagi peserta diminta berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing. 3. Seterusnya peserta diminta berkumpul semula berdasarkan kod yang diberikan pada kad nama masing-masing. 4. Ketua fasilitator memperkenalkan fasilitator bagi setiap kumpulan. 5. Setiap kumpulan dikehendaki membuat tag dan bendera untuk kumpulan masing-masing.

LDK 2 Tajuk : PENJAGA HARTA KARUN MASA : 30 minit ALATAN : Tiada OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan. 2. Mewujudkan keseronokan semasa aktiviti. PROSEDUR : 1. Peserta membuat satu bulatan. 2. Seorang peserta berperanan sebagai penjaga harta karun. Manakala seorang lagi berperanan sebagai pencuri. 3. Peserta yang berperanan sebagai pencuri dikeluarkan dari bulatan dan kembali semula untuk mengesan penjaga harta karun tersebut. 4. Peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun hendaklah membuat beberapa gerakan (tepuk tangan) dan diikuti oleh peserta-peserta yang lain. (Gerakan tersebut boleh ditukar kepada beberapa gerakan yang berbeza-beza) 5. Apabila pencuri dapat mengesan peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun maka permainan ini tamat. FALSAFAH : 1. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 2. Menjaga rahsia keluarga/kelompok masyarakat. 3. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar yang berbahaya.

LDK 3 Tajuk : TUNGGU DAN LIHAT MASA : 60 Minit ALATAN : Kertas A4 untuk membuat Kad Arahan dan Sound sistem. PROSEDUR : 1. Semua peserta diminta membuat satu bulatan besar. 2. Bekas yang mengandungi kad arahan akan digerakkan oleh peserta mengikut alunan muzik. 3. Peserta akan berhenti apabila muzik diberhentikan. Peserta yang mendapat bekas tersebut setelah muzik berhenti akan mengambil akan mengambil kad yang mengandungi arahan. 4. Peserta tersebut melaksanakan arahan yang terdapat pada kad tersebut. OBJEKTIF : 1. Membina keyakinan dalam diri.

LDK 4 TAJUK : SILANG DAN MENANG MASA : 45 minit ALATAN : Wisel, kerusi OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan. PROSEDUR : 1. Sembilan buah kerusi disusun . 2. Peserta dibahagikan kepada kepada dua kumpulan. 3. Apabila wisel ditiup, seorang ahli akan duduk di atas kerusi secara bergilir- gilir. 4. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya duduk pada kerusi dalam satu garisan lurus untuk mencapai kemenangan.

LDK 5 TAJUK : KAPAL KARAM MASA : 60 minit ALATAN : Lampiran OBJEKTIF : 1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan pemikiran yang tajam. 2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta. 2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan. 3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut. 4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat. FALSAFAH : 1. Seseorang itu perlu bijak bertindak. 2. Tenang menghadapi saat-saat genting. 3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.

LDK 6 Tajuk : BOLA BALING MASA : 45 minit ALATAN : Sebiji bola plastik PROSEDUR : 1. Ahli kumpulan diminta berdiri di hadapan kerusi masing-masing dalam satu bulatan. 2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyebut namanya sambil membaling bola dengan perlahan kepada peserta pertama dalam kumpulan. 3. Aktiviti tersebut diulang oleh peserta yang lain sehingga semua ambil bahagian. FALSAFAH : 1. Mengetahui nama seseorang adalah penting untuk berkomunikasi dengan berkesan. 2. Kehadiran insan lain adalah penting dalam hidup kita.

LDK 7 TAJUK : AKU DAN DIA MASA : 45 minit ALATAN : Lampiran OBJEKTIF : 1. Untuk melihat perhubungan peserta dengan orang lain 2. Untuk melihat perhubungan yang berbeza antara individu PROSEDUR : 1. Fasilitator memberi satu rajah contoh kepada setiap peserta . 2. Peserta diminta menomborkan 1 hingga 6 di dalam bulatan kecil mengikut keutamaan dari segi perhubungannya dengan orang-orang tersebut 3. Fasilitator meminta peserta mempamerkan perhubungan itu di hadapan kumpulan 4. Fasalitator menggalakkan setiap peserta berbincang dalam kumpulan tentang pilihan masing-masing. FALSAFAH : 1. setiap manusia itu berbeza dari segi latar belakang dan pengalaman 2. perhubungan dengan orang lain adalah penting untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup. 3. Hubungkait tentang perhubungan rapat yang dibina oleh remaja dan rakan-rakan mereka

IBUBAPA

GURU

RAKAN

LAIN-LAIN

KELUARGA

ADIK BERADIK

LDK 8 TAJUK : MENARA IMPIAN MASA : 60 minit ALATAN : Surak khabar,straw dan tape OBJEKTIF : 1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan. 2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai.

PROSEDUR : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan. 2. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek : ~ Keselamatan ~ Pengurusan masa ~ Keunikan menara yang dibina ~ Kerjasama ahli kumpulan 3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan/bahan yang disediakan dalam Masa 45 minit. 4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan. FALSAFAH : 1. Usaha Tangga Kejayaan. 2. Berstu Teguh Bercerai Roboh. 3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 4. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian.

LDK 9 TAJUK : CERMIN DIRI (MOTIVASI) MASA : 45 minit PERALATAN : Sebuah kotak yang mengandungi cermin. OBJEKTIF : 1. Untuk menyedarkan remaja bahawa dirinya penting di samping orang lain. 2. Supaya remaja lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri 3. Untuk menggalakkan remaja memajukan dan memperkembangkan sahsiah diri. PROSEDUR : 1. Peserta dalam kumpulan didedahkan dengan sebuah kotak yang dibungkus cantik. 2. Setiap peserta diminta meneka apa yang terkandung di dalam kotak tersebut. 3. Setelah semua peserta meneka, setiap peserta dikehendaki melihat apa yang terdapat dalam kotak tersebut secara bergilir-gilir dan merahsiakan apa yang mereka lihat. 4. Peserta diminta berbincang mengenai apa yang dilihat dalam kotak tersebut. 5. Fasilitator berbincang dengan bertanya kepada peserta apakah yang mereka lihat dalam kotak tersebut. Apakah yang mereka lihat itu sama seperti yang mereka fikirkan pada mulanya. 6. Fasilitator membincangkan pengajaran yang diperolehi daripada aktiviti cermin diri FALSAFAH : 1. Diri kita sendirilah yang lebih penting dalam dunia ini. 2. Segala perubahan dan kemajuan yang kita kehendaki haruslah kita usahakan sendiri (90% motivasi berasal dalam diri ; 10% dari luar) 3. Kita perlu menghargai dan menghormati diri kita sendiri sebelum orang

LDK 10 TAJUK : GUBAHANKU MASA : 60 MINIT ALATAN : Surat Khabar,tape,gam air, dan bahan kitar semula. OBJEKTIF : 1. Mencungkil bakat dan kreativiti peserta. 2. Menanam semangat kerja berpasukan PROSEDUR : Peserta dikehendaki membuat persembahan dari bahan-bahan terbuang yang dikumpul sepanjang program.