Anda di halaman 1dari 7

proses sosialisasi dalam sukan

Proses Sosialisasi Ke dalam Sukan.

Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.

Proses sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan.

Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri individu terbabit.

Di samping itu, berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud mempunyai peraturanperaturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini mempengaruhi sikap individu terbabit.

Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan.

Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah.

Proses sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut.

Proses Sosialisasi Melalui Sukan.

Proses sosialisasi yang kedua adalah proses sosialisasi melalui sukan. Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat mensosialisasikan individu terbabit. Elemen-elemen yang terdapat dalam peraturan sukan seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati di antara individu serta mematuhi undang-undang dan peraturan dapat membantu untuk pembentukan sifat peribadi individu itu sendiri. Melalui sukan sikap individu dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap yang baik, nilai-nilai murni, tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan individu terserlah. Melalui sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu seorang individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu tersebut bertukar menjadi orang yang agresif. Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam sukan ragbi dan gusti.

Di samping itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat untuk mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli. Dalam pasukan tersebut akan terbentuk sikap saling membantu dan sentiasa memastikan pasukan menang dalam pertandingan sukan dengan mengamalkan sikap saling membantu. Sikap ini akan mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pasukan.

Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut berunsurkan motivasi kejayaan. Pasukan atau individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan. Motivasi yang diterima sama ada berbentuk motivasi intrinsik atau pun motivasi ekstrinsik. Melalui motivasi dalam aktiviti sukan tersebut individu atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk mengharumkan nama negara dan keluarga. Semangat ini didapati berkesan untuk mendorong atlet mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam sukan badminton dan skuasy.

Seterusnya, proses sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan sebagai alat pertahanan diri. Individu akan bersukan adalah untuk mempertahankan diri sama ada untuk mempertahan diri sendiri atau organisasi atau pun disebabkan faktor lain. Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat. Misalnya individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan seperti karate do, taekwondo, menembak dan memanah.

Kesimpulannya, sosialisasi sukan melibatkan individu dan juga agen-agen sosialisasi hasil daripada proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan.

SOSIALISASI MELALUI SUKAN


Sukan merupakan satu cara individu bersosial antara satu sama lain. Sukan menjadi alat untuk mengintegrasi atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih malahan dengan ahli-ahli yang terdapat dalam sesuatu institusi sukan. Integrasi yang terdapat dalam institusi sukan ini akan mewujudkan

perpaduan yag erat tidak mengira bangsa dan agama. Hubungan dikalangan ahli yang erat ini bukan sahaja berlaku dalam institusi berkenaan malahan akan berlanjutan sehingga di luar institusi yang akan menguntungkan negara.

Dalam konteks ini juga, sukan menjad alat untuk mensosiaisasikan individu. Sikap berdisiplin, bekerjasama,toleransi, hormat menghormati, mematuhi peraturan merupakan elemen-elemen yang penting untuk

membentuk watak seseorang. Sebagai contoh, seseorang individu yang pendiam akan dapat mengubah dirinya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisiplin sekiranya melibatkan diri dalam permainan tinju dan ragbi memandangkan sukan ini berbentuk agresif dan meletakkan disiplin latihan yang tinggi sebagai tingkat teratas penyumbang dalam kejayaan seorang.

Selain itu, sukan memberi ruang untuk atlet mencipta kejayaan. Kejayaan ini datangnya daripada beberapa faktor samada berbentuk intrinsik ataupun ekstrinsik. Seseorang cenderung untuk memajukan diri dalam istitusi sukan untuk mendapatkan ganjaran tidak kiralah dalam bentuk wang ringgit mahupun berupa kebendaan. Dengan ini mobiliti sosial ataupun taraf hidup seseorang tersebut akan meningkat dengan adanya ganjaran ataupun upah yang diperolehi bersesuaian dengan tahap kemahiran individu

berkenaan. Bukan itu sahaja, individu cenderung berusaha dalam sukan untuk kepuasan diri dan menaikkan nama baik institusi, mahupun negara.

Seseorang

juga

boleh

bersosialisasi

menerusi

sukan

dengan

menjadikan sukan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Individu akan melibatkan diri dalam ilmu mempertahankan diri dan cuba untuk mendalami imu berkenaan untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan tinggi. Individu mempelajari ilmu pertahanan diri menerusi sukan berkenaan bertujuan untuk melindungi institusi mahupun diri sendiri seperti kemahiran yang ada dalam sukan taekwondo ,judo,silat,menembak dan lain-lain lagi. Seni dalam sukan

ini akan dipelajari sedalam mungkin dan memberi impak yang mendalam kepada individu tersebut.

Penutup Sukan adalah satu konsep dimana individu akan berinteraksi antara satu sama lain yang dibantu oleh agen-agen sosialisasi. Proses sosialisasi ke dalam dan melalui sukan meninggalkan kesan kepada perkembangan kehidupan manusia seharian. Manusia akan menjalankan proses sosialisasi ini sekiranya melibatkan diri dalam sukan berkenaan ataupun sedia ada dalam sukan tersebut dan berhubung dgn ahli dalam institusi. Di samping itu dengan bersukan juga seseorang akan lebih yakin dengan diri sendiri disebabkan adanya kesihatan fizikal yang baik.

SOSIALISASI KE DALAM SUKAN


Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila seseorang individu tersebut mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam sukan tersebut. Antara agen-agen sosialisasi yang mempengaruhi sosiaisasi ke dalam sukan ialah keluarga, masyarakat, institusi pendidikan, rakan sebaya dan media massa. Agen-agen sosialisasi ini akan mempengaruhi sikap, nilai dan kemahiran individu tersebut.

Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila individu yang melibatkan diri dalam sukan tersebut menerima norma-norma yang terdapat dalam sesuatu sukan yang ingin diceburi. Sikap seperti tidak menghisap rokok, menghormati orang lain dan ketua, rajin berlatih, taat kepada perintah tuhan dan menunjukkan teladan yang baik akan dapat diterapkan ke dalam diri seseorang individu setelah melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan. Konsep ini merupakan suatu peraturan yang harus diterima oleh individu yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan.

Selain itu, seseorang individu juga akan melakukan anjakan budaya yang harus ada setelah melibatkan diri dalam sukan. Sebagai contoh, personaliti individu seseorang individu akan berubah sekiranya melibatkan diri dalam sukan golf seperti kemas dalam berpakaian, lebih tenang dalam melakukan sesuatu perkara, pertuturan yang teratur dan sopan, juga disiplin yang tinggi seharian selaras dengan nora-norma yang harus ada pada seorang pemain golf. Perwatakan sedemikian bukan sahaja berlaku di dalam institusi sukan berkenaan, malahan akan berterusan sekiranya tidak lagi melibatkan diri dalam sesuatu acara sukan berkenaan.

Bukan itu sahaja, seseorang juga akan bersosialisasi ke dalam sukan dengan menjadi sebahagian daripada keperluan institusi sukan tertentu. Seseorang individu yang ingin bermain bola sepak akan cenderung untuk memantapkan lagi kemahiran yang harus ada padanya selaras dengan kemahiran atau teknik yang diperlukan dalam permainan tersebut. Individu akan cuba untuk menjadi atlet yang berkemahiran tinggi agar dapat diterima sebagai salah seorang ahli dalam institusi berkenaan.

Selain itu, sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli dalam institsi sukan tersebut seperti interaksi antara atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih, malahan antara atlet dengan pentadbir sesuatu organisasi sukan berkenaan. Interaksi berkisar dalam permasalahan personaliti, prestasi atlet dan jurulatih malahan

berkaitan dengan kebajikan mereka sendiri yang ada hubungkait dengan pentadbiran institusi sukan.

Seseorang yang mengambil keputusan untuk melibatkan diri ke dalam sesuatu jenis sukan tersebut akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kemahiran mereka dan berpeluang melawat ke tempat-tempat yang mereka tidak pernah lawati. Oleh itu, seseorang individu yang ingin

mendapatkan kepercayaan daripada institusi sukan agar terpilih menjadi pemain, akan cenderung untuk berusaha dengan lebih gigih mengasah kemahiran yang sedia ada. Setelah terpilih, individu tersebut tersebut akan menjadi pemain kepada sesuatu pasukan tersebut dan mereka akan melawat ke tempat lain dalam melengkapkan takwim pertandingan.