Anda di halaman 1dari 1

1.

Pengenalan

Gangguan emosi adalah satu masalah yang sering berlaku kepada para murid di sekolah. Masalah ini boleh menyebabkan prestasi mereka terjejas dalam pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karakteristik oleh murid-murid. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Selain itu, gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan cirri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Sebagai contoh, antisosial adalah salah satu contoh gangguan personaliti. Secara kesimpulannya, gangguan emosi boleh dikatakan sebagai sebagai gangguan yang diterima oleh seorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menyebabkan emosi murid tersebut menjadi tidak stabil dan menyebabkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Perkara ini amat serius pada usia persekolah dan perkara ini perlu ditangani dengan langkah-langkah yang betul supaya kesannya tidak akan berlarutan dalam masa yang panjang. Jika tidak ditangani dengan betul, kesannya murid akan mengalami stress dan seterusnya akan mempengaruhi kehidupan seorang murid kearah negatif.

2.0

Jenis-Jenis Gangguan Emosi Yang Dialami Oleh Murid

Anda mungkin juga menyukai