Anda di halaman 1dari 25

Top i k

Pengetahuan Asasdalam SeniVisual

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan makna Pendidikan Seni Visual dari konteks KBSR; 2. Menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah; 3. Menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan 4. Mengesyorkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.

PENGENALAN
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

61

4.1

PENGENALAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

4.1.2
(a)

Bidang-bidang dalam Seni Visual

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang: Melukis dan membuat gambar Membuat rekaan corak Membentuk dan membuat binaan Kraf tradisional Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik tersebut. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini

62

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

Rajah 4.1: Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah

(b)

Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: (i) (ii) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting

(iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat (iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

63

Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada: Penuh Turun satu suku Turun tiga suku Turun separa Sisik ikan Selang seli Tampak dam dan tampak catur Siku keluang Pucuk rebung Orgee Batu bata Tunggal Berpusat Sendeng Berombak Jidar Berjalur Cerminan

Teknik Corak Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak ini dihasilkan (sila rujuk Rajah 4.2 dan 4.3).

64

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Rajah 4.2: Corak tidak terancang

Rajah 4.3: Corak terancang

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

65

(c)

Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi: Arca timbul Arca asemblaj Arca bergerak Arca stabil Model Diorama Boneka Topeng Origami

Tema dan Subjek (i) (ii) Alam semulajadi Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

(iii) Aliran dan tema sejagat (iv) Keperluan dan pengalaman harian (d) Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turuntemurun mengikut kaum masing-masing.

66

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Jenis-jenis Kraf (i) (ii) Alat domestik Alat permainan

(iii) Alat mempertahankan diri (iv) Batik (v) Seni tekat

(vi) Tembikar (vii) Anyaman (viii) Kelarai (ix) Ukiran

4.1.3

Estetika dalam Pendidikan Seni Visual

Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dan kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu daripadanya. Mereka akan membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya pelukis juga memikirkan nilai estetika yang ingin ditampilkan. Bagaimana estetika itu boleh ditampilkan dalam karya? (a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran ia dibolehkan.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

67

(b)

Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi Pelukis-pelukis agung seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gogh dan Goya sering mengekspresikan lukisan mereka mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak-perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan pada kanvas dan arca-arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan. Menggunakan Kaedah Formalistik Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, penegasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan agung. Keaslian Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau memplagiat adalah sesuatu yang ditegah dan boleh mengakibatkan seseorang itu dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.

(c)

(d)

4.2

ASAS SENI REKA


Unsur Seni

Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam asas seni reka.

4.2.1

Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. (a) Garisan (i) (ii) Garisan merupakan cantuman satu siri titik. Garisan boleh dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.

68

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

(iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. (iv) Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti: (b) Teknik koyakan Teknik tampalan Teknik kolaj Teknik gosokan Teknik cetakan Teknik capan

Warna Warna terdiri daripada: (i) (ii) Warna asas Warna sekunder

(iii) Warna tertier Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning (sila rujuk Rajah 4.4). Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau jingga. Satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalam roda warna, apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna akan membantu pelajar dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yang dihasilkan.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

69

Rajah 4.4: Roda Warna

AKTIVITI 4.1
Apakah warna penggenap? Bagaimanakah ia terbentuk?

70

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

(c)

Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi kepada dua jenis: (i) (ii) Jalinan tampak Jalinan sentuh

Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalinan secara sentuhan. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi. Jalinan boleh dihasilkan melalui: (d) Teknik cetakan Teknik pualaman Teknik kolaj Teknik campuran Teknik binaan Teknik cantuman

Rupa Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, silinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan dengan bantuan alat geometri.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

71

Jenis-jenis rupa: (i) (ii) Rupa positif dan negatif Rupa dan corak

(iii) Rupa dan lambang (iv) Rupa dan muka taip (e) Bentuk Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton dan jalinan ruang diaplikasi sekaligus. Bentuk terdiri daripada dua jenis: (i) (ii) Bentuk ilusi (maya) Bentuk konkrit

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, ilustrasi, lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat pada satah gambar. Apabila disentuh, ia hanyalah permukaan mendatar kerana dalam bentuk dua dimensi. Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi (sila rujuk Rajah 4.5).

Rajah 4.5: Bentuk ilusi ke bentuk konkrit

72

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

(f)

Ruang Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan bentuk.

4.2.2

Prinsip-prinsip Rekaan

Prinsip rekaan terdiri daripada yang berikut: (a) Harmoni Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, terapeutik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap-melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya. Penegasan Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan. Imbangan Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang (kiri dan kanan, atas dan bawah). Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri. Kontra Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.

(b)

(c)

(d)

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

73

(e)

Pergerakan Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh dijadikan kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna. Kesatuan Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama, ia akan mewujudkan kesatuan. Kepelbagaian Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.

(f)

(g)

AKTIVITI 4.2
1. Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di persekitaran anda, lukiskan lima contoh objek yang mempunyai imbangan simetri. Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan bagaimana pelukis tersebut mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaannya.

2.

4.2.3

Struktur Rekaan

Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yang baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik digunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur.

74

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas di mana petak-petak terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi (sila lihat Rajah 4.6 hingga 4.8). Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikut sifat objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya. Berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan.

Rajah 4.6: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang

Rajah 4.7: Grid digunakan untuk menggambarkan struktur rekaan

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

75

Rajah 4.8: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak

4.2.4

Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah

Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utama pembelajaran di kalangan pelajar. Dr. Abd. Rahman Saleh (1976) berpendapat bahawa sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sistematik dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Persoalannya: bagaimanakah Seni Visual ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Dr. Abd. Rahman Saleh, ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara: (a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut. Memilih metod atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru-guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenarkan untuk mengajar Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mendidik pelajar dengan seni seharusnya lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah. Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik.

(b)

(c)

76

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

(d)

Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di sekolah. Maksudnya, berikan hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara pertandingan, spotcheck , kempen atau agenda tahunan sekolah. akan dapat

Seterusnya, perlaksanaan pendekatan didaktik di sekolah dilaksanakan ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut: (a)

Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan dan mempunyai hubungan dengan kehidupan sehari-hari. Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas supaya murid dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik. Guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu membantu dan mendorong kegiatan pembelajaran pelajar serta dapat membangkitkan persaingan dengan kerjasama murid. Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari. Penyajian bahan harus diatur secara berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut sekuen. Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai, guru harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa evaluasi adalah merupakan sebahagian daripada mengajar.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

Sekiranya masalah masih berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. Wan Zahid (1993 ) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasinya: (a) Pembetulan (correction) menyeleweng. Membetulkan fakta dan konsep yang

(b)

Orientasi (orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepat mengenai mata pelajaran ini. Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras disiplin-disiplin ilmu yang mengganggu dan menggagalkan.

(c)

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

77

(d)

Kesepaduan (integration) Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau paradigma yang berteraskan tauhid.

Namun begitu, kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika: (a) (b) (c) (d) (e) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah. Perkongsian wawasan dan tujuan. Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat. Jangkaan kejayaan yang tinggi. Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan pembelajaran. Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar. Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang dipelihara dan dihormati. Hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu pertalian yang tidak putus-putus. Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menaakul dan membina pengalaman.

(f) (g) (h)

(i)

Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total.

4.3

AKTIVITI SENI VISUAL

Subtopik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seni visual.

4.3.1

Menggambar

Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian. Jadual 4.1 menyenaraikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.

78

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Jadual 4.1: Senarai Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat Bil. 1. Jenis Teknik Lukisan Bahan Kertas, kanvas, kain, papan lapis Alat Pensel, pensel warna, pen teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus Berus, pisau palet, kekuda, kadbod, papan Gunting, pisau, mangkuk Gunting, pisau, pembaris Penggelek, papan, Spatula, cermin, kertas surat khabar Berus, pengikis Kain, papan

2. 3. 4. 5.

Catan Kolaj Montaj Cetakan

Kertas, kanvas, kain, papan lapis, minyak linsid, air, turpentin Kertas warna, gam, kapas, bahanbahan tampalan Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Dakwat cetak, gam, turpentin, minyak tanah, minyak linsid, papan Kertas, lilin, minyak, air, warna air Warna, kertas, pensel warna, pensel, warna pastel Profilem, kertas, dakwat cetak, pencelup Warna, air, kertas, Kayu, kertas, lilin, dakwat Warna, dakwat, kertas, bahanbahan terbuang, gam Gam, kertas tebal, kertas warna

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek

Squeezy, penggelek dan kain


Berus, straw, berus gigi Alat geometri, pembaris Papan, gunting, pisau Gunting, pisau

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

79

Contoh-contoh dalam bidang menggambar ditunjukkan dalam Rajah 4.9 dan 4.10.

(a)

(b)

Rajah 4.9: Menggambar menggunakan teknik kolaj

Rajah 4.10: Menggambar dengan menggunakan teknik catan

4.3.2

Membuat Rekaan dan Corak

Jadual 4.2 dan 4.3 menerangkan secara ringkas bagaimana membuat rekaan dan corak terancang serta tidak terancang. (a) Corak Terancang
Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang digunakan dalam Membuat Rekaan dan Corak Terancang Bil. 1. Jenis Teknik Lukisan Bahan Kertas, kanvas, kain, papan lapis Kertas, kanvas, kain, papan lapis, minyak linsid, air, turpentin Alat Pensel, pensel warna, pen teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus Berus, pisau palet, kekuda, kadbod, papan

2.

Catan

80

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

3. 4. 5.

Kolaj Montaj Cetakan

Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Dakwat cetak, gam, turpentin, minyak tanah, minyak linsid, papan Kertas, lilin, minyak, air, warna air Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan terbuang, gam Kertas, warna, dakwat

Gunting, pisau, mangkuk Gunting, pisau, pembaris Penggelek, papan, spatula, cermin, kertas surat khabar Berus, pengikis Papan, gunting, pisau

6. 7.

Resis Capan

8.

Kaligrafi

Pen kaligrafi, buluh, resam

(b)

Corak Tidak Terancang


Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang Digunakan dalam Membuat Rekaan dan Corak Tidak Terancang Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Jenis Teknik Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan Bahan Kertas, air, cat kilat, cat minyak Kertas, kanvas, warna air, warna batik Warna air, lilin, api Kertas, tisu, warna batik, getah gelang, kain Warna air, kertas, kanvas Alat Besen, berus Straw, berus Pembaris keluli Besen warna, berus Berus, bekas warna

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

81

4.3.3

Membentuk dan Membuat Binaan

Jadual 4.4 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk membentuk dan membuat binaan.
Jadual 4.4: Teknik, Bahan dan Alat untuk Membentuk dan Membuat Binaan Bil. 1. Jenis Teknik Arca timbul Bahan Kepingan kayu, kapur Paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat, papier-mache, tanah liat Kayu, logam, batu, simen, bongkah kayu, barang ganti kenderaan, bahan kutipan, besi Besi, dawai, kertas, tali temali, plastik, kepingan logam, zink, kadbod Simen, kepingan logam, plastik, barang ganti kenderaan, besi, logam, papan Kertas tebal, loyang, gangsa, papan lapis, zink, akar kayu, papan Papan lapis, papan, zink, cermin lutsinar, patung, karangan laut Tekstil, span, plastik, tali, cat, spray warna, gam dunlop/UHU Alat Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir Alat pateri, skru, paku, gergaji, ragum, gerudi, sepana hidup, pemutar skru Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru Alat pateri, skru, paku, gergaji, ragum, gerudi, sepana hidup, pemutar skru Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru Gunting, pisau, pemutar skru Gunting, pisau, besen playar,

2.

Asemblaj

3.

Bergerak

4.

Stabil

5.

Model

6.

Diorama

7.

Boneka

8.

Topeng

Papier-mache, plastik, kertas


surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik, warna

9.

Origami

Kertas, tekstil, benang

Gunting, pisau

82

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

4.3.4

Kraf Tradisional

Jadual 4.5 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk kraf tradisional.
Jadual 4.5: Teknik, Bahan dan Alat untuk Kraf Tradisional. Bil. 1. Jenis Teknik Alat domestik Bahan Kepingan kayu, tempurung, besi, kayu, manik Buluh, kertas, benang, gam, kertas warna, kayu Kayu, timah, besi, plumbum, loyang Benang, tekstil, prada, gam, butang, kayu Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu soda, pelembut kain/fabrik Benang emas, benang putih, kain dasar, baldu, kertas tebal, gam, rotan saga Tanah liat, kaolin Alat Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir, gergaji kecil Gunting, pisau, gam, gergaji kecil, pemutar skru, skru Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru Gunting, pisau,gergaji kecil, pemutar skru, ragum Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat pemanas, periuk, besen besar Pemidang kayu berkaki, cuban Pisau, span, penggelek, papan golek, gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu ukur, angkup luar, pinggan, kayu, pengguris dan berus Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk, penyisip, pisau kecil Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, syelek

2. 3. 4. 5.

Alat permainan Alat pertahanan diri Alat perhiasan diri Batik

6.

Tekat

7.

Tembikar

8.

Anyaman

Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis, daun serdang, rotan, rumput-rampai Kayu

9.

Ukiran kayu

AKTIVITI 4.3
Teliti batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan persamaan yang ketara dari segi penghasilannya.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

83

Dalam topik ini, pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja. Terdapat 4 bidang dalam pendidikan seni visual iaitu melukis, membuat gambar, membuat binaan serta kraf tradisional. Kesemuanya mempunyai teknik-teknik tertentu. Asas seni reka dibincangkan. seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsipnya turut

Unsur seni visual boleh diserapkan di sekolah rendah melalui pemilihan kaedah yang tepat, penggunaan peralatan yang baik dan penilaian yang bersesuaian. Di antara aktiviti seni visual ialah menggambarkan, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.

Asemblaj Diorama Kaolin

Arca bergerak Montaj Resis

Hurwitz, A. & et al. (2001). Children and their art. USA: Harcourt College Publishers. Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni. Bangi: Penerbitan Pelangi. Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within. USA: Simon & Schuster, Inc. Rahmat Salihon. (2003). Pendidikan seni visual Tingkatan 1. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti. Raja Baharudin. (1999). Kursus amali pendidikan seni PMR. Selangor Darul Ehsan: Pan Asia Publications Bhd.

84

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Gardner, H. (1989). Toward more effective arts education: Arts, mind and education. USA: University of Illinois Press. Lark-Harovitz, Lewis, H. P., & Luca, M. (1967). Understanding childrens art for better teaching.USA: Columbus.