Anda di halaman 1dari 69

My Wife

The old sayings said: Behind Every Successful Man, There is A Woman. And the woman behind me is you. Youve been so patient facing a lot of bitter and sweet scenes weve been through together. Itll be a lot more difficult if you are not with me in this adventurous journey. Thanks so much honey.

My Son
Hope youll not repeating the same mistakes Ive done before. Work your plan before its too late. Ive made mistakes thats I started my business too late. Hope soon we will see the glory start shining. Be a real man and be strong in whatever problem you are facing.

Zex Nig
Bro, thanks so much sebab banyak guide berkaitan bisnes online. Kamu orang pertama yang bawak aku ke dalam bisnes online dengan cara yang betul. Tanpa kamu mungkin aku terkapai-kapai lagi dan semoga bisnes makin maju. Semoga cepat-cepat bergelar suami. Hehehe.

Sekalian Pembaca
Ketika saya menulis ebook ini, saya hanya seorang suami. Ketika anda baca ebook ni, saya telah menjadi seorang bapa. Diharap ebook ini banyak membantu lebih-lebih lagi kalau anda pemilik bisnes kecil yang bersaing dengan gergasi bisnes yang lain. Tidak kira siapa pun anda sekalipun hanya seorang pelajar sekolah atau pemilik bisnes, ebook ini akan membantu anda.

Bisnes
Pada awal-awal terlibat dalam bisnes saya agak buntu dari mana nak mula. Lepas tu banyak rasa malu. Malu sebab fikirkan bagaimana orang akan pandang saya. Lagi-lagi persepsi Melayu orang kerja kerajaan adalah orang yang paling hebat sebab susah dibuang kerja dan ada pencen. Jadi saya lakukan research berkaitan bisnes internet. Pada awalnya saya banyak rugi kerana banyak buat silap dan lama kelamaan saya jadi semakin mahir. Dengan panduan yang ada dalam ebook ni, kandungan ebook akan membantu pemilik bisnes yang telah menjalankan bisnes mahupun yang ingin memulakan bisnes bagaimana untuk bisnes nampak power, kukuh dan menjadikan bisnes anda terus unggul. Saya menghabiskan masa berbulan untuk menyiapkan eBook ini dalam keadaan yang sibuk. Pada awalnya eBook saya ni saya nak edarkan pada harga RM59 sempena kelahiran baby sulung saya (Naz Ryan bin Muhammad Nahar). Namun bila fikir-fikir balik eloklah saya edarkan secara percuma supaya semua orang dapat manfaat. Jika anda ingin membuat sumbangan untuk baby saya, anda boleh buat sumbangan ikhlas mana-mana akaun disini:
Cimb: 121-8-010-5304-525 (Muhammad Nahar B Mat Adam) Bank Islam: 1-303-5-0202-56-281 (Muhammad Nahar B Mat Adam) Maybank:1-6226-3412-815 (Muhammad Nahar B Mat Adam)

Tujuan saya buat eBook ni agar semua orang dapat manfaat sekalipun student sekolah menengah yang ingin membuat bisnes secara kecil-kecilan. Ebook ini saya tulis dalam bentuk panduan secara praktikal secara step by step. Dari awal lagi saya tidak mahu tulis ebook motivasi seperti ebook lain sebelum ni iaitu baca, naik semangat, tulis impian, simpan bawah bantal dan jadi angan-angan yang tidak tercapai. Ebook ini juga akan menjadi short cut untuk anda supaya tahu bagaimana cara menjenamakan bisnes, bagaimana cara buat bisnes berkumpulan dan lain-lain lagi. Semoga beroleh manfaat dan semoga bisnes anda terus kencang.

Good luck, Zerkind Veyron a.k.a Nahar

Fanpage Facebook Bisnes Kecil Berimej Power Jutaan Ringgit (http://www.facebook.com/pages/BisnesKecil-Berimej-Power-JutaanRinggit/313302268726315)

Kandungan

1.Dropbox | Pengganti USB, Server dan Email Page 1 1.1 Dropbox Tu Apa?................................................................................................Page 1 1.2 Kelebihan Dropbox.............................................................................................Page 2 1.3 Dropbox Untuk Group Bisnes.............................................................................Page 3 1.4 Cara Install Dropbox dan Daftar Akaun (step by step)..Page 5 1.5 Cara Copy Dan Dapatkan Link Download File..Page 9 1.6 Untuk Akses File Melalui Laman Web.................................................... .........Page 11 1.7 Trick untuk tambahkan jumlah storage 10Gb Secara Percuma..Page 12 1.8 Tips Tambahan....................................................................................................Page 13 1.8.1 Anda boleh menjadikan Dropbox anda kepada portfolio...Page 13 1.8.2 Menerima file attachment automatic ke dalam Dropbox.....Page 15 1.8.3 Dropbox sebagai backup file anda.......................................................Page 16

2.Virtual Office | Lambang Kekukuhan Bisnes.................................................................Page 17 2.1 Kisah Sebuah Syarikat Kecil Berimej Jutaan Ringgit.Page17 2.2 Anda dan Virtual Office......................................................................................Page 18 2.3 Kelebihan Virtual Office......................................................................................Page 20 2.4 Pakej-pakej Virtual Office...................................................................................Page 22 2.5 Tips Untuk Memilih Virtual Office......................................................................Page 31 2.6 Extra Tips............................................................................................................Page 32 2.6.1 Nombor Telefon Pejabat.. .................................................................Page 32 2.6.2 Virtual Office Luar Negara..................................................................Page 34 2.6.3 Seviced Office atau Instant Office......................................................Page 35

3.Gadget | 30jam Dalam Sehari......................................................................................Page 36 3.1 Bagaimana Menambah Masa 30jam Sehari.......................................................Page 36 3.2 Beli Gadget Ni Membazir atau Tidak? ...............................................................Page 38 3.3 Tips Memilih Gadget...........................................................................................Page 39 3.4 Extra Tips Untuk Internet....................................................................................Page 40

4. Branding | One Time Investment To Make Business Visible Forever....Page 42 4.1 Kepentingan Branding........................................................................................Page 42 4.2 Bisnes Kad..........................................................................................................Page 43 4.3 Video Marketing................................................................................................Page 44 4.4 Website..............................................................................................................Page 48

5. Group Business (Bisnes Berkumpulan) ........................................................................Page 50 5.1 Cara Bahagi Untung............................................................................................Page 50 5.2 Masalah Biasa Pemilik Bisnes Berkumpulan.......................................................Page 51 5.3 Kelebihan Bisnes Berkumpulan..........................................................................Page 52 5.4 Teknik Brainstorming Berkumpulan (Jana idea) ................................................Page 53 5.4.1 Apa itu Brainstorming.........................................................................Page 53 5.4.2 Cara brainstorming..............................................................................Page 53

Chapter 1

Iklan Penaja

1.Dropbox | Pengganti USB, Server dan Email


1.1 Dropbox Tu Apa Bro?
Dropbox adalah satu aplikasi untuk menyimpan data kita ke storage online. Dengan menggunakan Dropbox, anda akan diberikan ruangan khas pada computer untuk menyimpan file. File-file anda dari folder khas tadi akan melakukan synchronization secara automatic ke simpanan file Dropbox online (juga dikenali sebagai cloud storage). File yang disimpan di storage Dropbox online ini boleh di akses pada bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja asalkan anda anda sambungan internet. Paling menarik anda boleh aksess file storage Dropbox dengan menggunakan komputer Windows, Apple Mac, Linux, iPhone, iPad, Blackberry mahupun Android. Rujuk gambar dibawah.

Wow! Hebatnya bro! Yup. Memang hebat. Tambah hebat lagi ruangan storage Dropbox anda adalah 2Gb dan PERCUMA. Saya juga akan berikan tips dan trick bagaimana anda boleh menambahkan jumlah storage percuma sehingga 10Gb. Dropbox akan menjimatkan duit anda serta group anda dari membeli fizikal server. Jika anda mempunyai pejabat, bayangkan berapa banyak anda perlu habiskan untuk beli server, setup server, kos upah setup serta bil elektrik. Dekat beribu-ribu ringgit juga tu. Dengan storage Drobox, anda bagaikan membawa server kemana-mana sahaja sekalipun di luar pejabat. Anda juga sudah menjimatkan masa kerana tidak perlu berjalan-jalan untuk menghantar file melalui pendrive. Semua file yang ingin dikongsi akan di transfer automatik kepada member anda. Emailkan Ada Bro. Kalau guna email anda perlu upload setiap kali ingin share file. Dengan Dropbox hanya sekali save sahaja terus Dropbox yang akan upload untuk anda. Tambahan pula ada email provider yang tidak menerima file yang melebihi 10Mb. Dengan Dropbox, masalah limit size file akan selesai. Yeaaha! Lagi bro. Macam best je ni. Ok. Kita lihat senarai kelebihan Dropbox.

Page 1

Iklan Penaja

1.2 Kelebihan Dropbox


File dari folder khas anda akan di synchronize(selaraskan) secara automatik dari komputer kepada storage Dropbox online Aplikasi Dropbox akan launch secara automatic apabila windows dihidupkan Jika anda save file anda dibahagian Public (folder khas dalam storage Dropbox), Dropbox akan membina link untuk file tersebut secara automatic. Semudah save file dan Dropbox akan transfer file anda ke storage online serta membina link untuk file itu secara automatik. Link itu boleh digunakan untuk share file kepada orang lain. File anda boleh di akses dimana sahaja asalkan ada connection internet. Boleh jadi server untuk gambar anda tanpa perlu upload ke Imagehacks.us. Boleh dijadikan sebagai portfolio contohnya anda sebagai pereka grafik dan ingin menunjukkan hasil kerja anda. Dropbox akan membina slideshow untuk anda melalui folder hasil kerja yang anda ingin kongsi. Semua orang boleh dapat manfaat termasuk pelajar yang buat study group mahupun pemilik bisnes yang besar. Boleh guna untuk tujuan peribadi mahupun berkumpulan Untuk backup semua file-file penting yang boleh diambil semula sekiranya laptop rosak. Pergh! Power betul Dropbox. Tapi macam mana kegunaan untuk group?

Page 2

1.3 Dropbox Untuk Group Bisnes


Katakan anda dan group yang terdiri dari 5 orang ahli membuat bisnes berkumpulan seperti rekaan grafik. Setiap dari ahli group mempunyai peranan berbeza. Contohnya satu kumpulan bernama Smallville (bisnes graphic) terdiri dari Clark Kent dan Chloe Sullivan perlu melakukan grafik design, Lex Luthor pula buat marketing, Martha Kent update follow up customer dan Lana Lang perlu kumpul serta urus file. Masing-masing membuat bisnes dari rumah mereka dan hanya meeting sekali seminggu. Kumpulan Smallville ini telah install aplikasi Dropbox untuk setiap laptop mereka dan menggunakan satu akaun yang telah didaftar khas untuk kumpulan mereka. Lex Luthor telah melakukan marketing dan mendapat 2 client. Selepas mengambil maklumat yang diperlukan, Lex Luthor menamakan file document itu Clark Copy 01 dan Chloe Copy 01 dan save kedua-dua file itu ke folder khas Dropbox. Dropbox akan salin dan transfer file dari folder Lex Luthor ke storage online Dropbox. Kemudian Dropbox akan transfer file-file itu ke folder khas Dropbox pada laptop Clark Kent, Chloe Sullivan, Martha Kent dan Lana Lang. Semua ini dilakukan automatik oleh Dropbox dengan hanya sekali save oleh Lex Luthor.

Clark Kent dan Chloe Sullivan mengambil file dari folder khas Dropbox dalam laptop mereka dan mula melakukan rekaan graphic berdasarkan file dari Lex Luthor. Lana Lang pula mengambil dokumen tersebut dan update website database customer. Clark Kent mengalami sedikit masalah iaitu kekurangan maklumat untuk rekaan graphicnya lalu membuat senarai maklumat yang diperlukan. Senarai tersebut dinamakan Follow up 1 Clark Copy 01 dan file tersebut disave ke folder khas Dropbox dalam laptopnya.

Page 3

Iklan Penaja

Dropbox akan transfer file tersebut ke storage online dan akan transfer file tersebut ke setiap folder ahli kumpulan Smallville. Martha Kent terus membuka file Follow up 1 Clark Copy 01 serta melakukan follow up customer berdasarkan berdasarkan file Clark Kent. Lana Lang pula akan update ke website database customer berdasarkan file tersebut. Bertapa mudahnya kerja berkumpulan dengan menggunakan Dropbox. Dengan hanya save file ke folder khas Dropbox, Dropbox akan melakukan semuanya untuk anda. Memang mantap la bro. Kami nak belajar cara install

Iklan Penaja

Page 4

1.4 Cara Install Dropbox dan Daftar Akaun (step by step)

1) Buka http://www.dropbox.com dan klik download

2) Dropbox akan di download secara automatic dan install selepas siap download

Page 5

3) Semasa proses install, Dropbox akan meminta akaun Dropbox anda. Jika masih belum daftar anda boleh pilih I dont have a Dropbox account. Kemudian klik next.

4) Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik next

Page 6

5) Pilih 2Gb Free (anda boleh upgrade akaun Dropbox anda bila-bila masa sahaja selepas pendaftaran) dan klik Next

6) Pilih Typical untuk Dropbox pilih sendiri tempat install atau anda boleh memilih sendiri folder untuk install dengan memilih Advance. Kemudian klik Install.

Page 7

7) Selepas siap Install, tadaa! Folder khas Dropbox anda diwujudkan dekat dalam computer. (contoh folder)

8) Icon taskbar menunjukkan status Dropbox anda

Page 8

Iklan Penaja

1.5 Cara Copy Dan Dapatkan Link Download File

1. Save kan file ke dalam folder khas Dropbox (Pilih folder Public untuk auto sharing) atau drop file ke dalam folder Public Dropbox. Icon synchronize akan muncul menandakan Dropbox sedang transfer file anda ke storage online.

2) Bila keluar tanda Right berwarna hijau, maksudnya file anda sudah berada di storage online.

Page 9

3) Untuk ambil link download, right klik file>Dropbox>Copy Public. Sekarang link untuk file anda sudah di copy

4) Cuba paste link anda tadi ke browser. (Gambar ni saya edit masa zaman kolej matrikulasi)

Page 10

1.6 Untuk Akses File Melalui Laman Web

1. Right klik pada icon Dropbox di taskbar dan pilih Launch Dropbox Website

2. Secara automatic anda akan dibawa ke akaun Dropbox anda

Page 11

1.7 Trick untuk tambahkan jumlah storage Dropbox anda dari 2Gb ke 10Gb Secara Percuma

1. Pilih Account > Referral > Invite More

2. Sekarang anda boleh invite member anda menggunakan email atau referral link. Setiap orang yang terima invitation dan install Dropbox menggunakan invitation anda, anda dan dia akan mendapat tambahan 250Mb. (Pastikan tidak mendaftar pada computer yang sama) Terbaik la bro. Ada lagi tak cara lebih pantas? Ada. Email kepada saya dropbox@zvcreate.com. Saya akan berikan anda akaun Dropbox baru bersaiz 18Gb tanpa perlu invite satu persatu pada harga RM45 sahaja. (23Gb pada harga RM55)

Page 12

Iklan Penaja

1.8 Tips Tambahan


1.8.1 Anda boleh menjadikan Dropbox anda kepada portfolio. Jom kita buat.

1. Copy folder gambar anda ke ruangan khas Photo Dropbox.

2. Right klik pada folder yang anda copy dan pilih Dropbox>Copy Public Gallery Link

Page 13

3. Paste kan pada browser anda dan gallery anda akan muncul.

4. Bila anda klik pada mana-mana gambar dalam gallery, secara automatic gallery akan menjadi paparan slide show

Page 14

1.8.2 Menerima file attachment dari clients secara automatic ke dalam Dropbox anda

1. Pergi ke http://sendtodropbox.com dan pilih Connect to Dropbox

2. Log in ke dalam akaun Dropbox anda

Page 15

3. Secara automatic anda akan diberikan email baru. Setiap attachment yang anda terima melalui email ini akan terus masuk ke folder Dropbox anda tanpa perlu mendownload satu persatu.

1.8.3 Dropbox sebagai backup file anda Bayangkan laptop anda tiba-tiba crash. Hard disk rosak dan semua file penting tak dapat nak diambil lagi. Dah tentu masalah besar melanda anda lebih-lebih lagi kalau file tersebut adalah file urgent dan penting. Saya banyak save file-file penting termasuk video-video clients saya dalam Dropbox. Laptop saya pernah rosak dan perlu diformat. Semua file-file dalam laptop tak dapat diambil lagi. Nasib baik saya simpan semua file-file dalam Dropbox bersaiz 18Gb. Saya hanya perlu install balik aplikasi Dropbox dan log in. Kemudia Dropbox akan buat semuanya untuk saya termasuk transfer semua file ke dalam laptop saya. Note: Untuk dapatkan Dropbox baru bersaiz 18Gb tanpa perlu invite satu persatu pada harga RM45 sahaja, anda boleh email kepada saya dropbox@zvcreate.com. Untuk 23Gb pula hanya RM55. Offer ini sangat terhad dan akan ditamatkan selepas kuota penuh.

Page 16

Iklan Penaja

Chapter 2
Iklan Penaja

2.Virtual Office | Lambang Kekukuhan Bisnes


2.1 Kisah Sebuah Syarikat Kecil Berimej Jutaan Ringgit
Saya masih lagi ingat satu program yang saya hadiri beberapa tahun dahulu. Program ini adalah berkaitan dengan pelaburan saham dan juga perdagangan matawang di Putrajaya. Sebelum saya hadiri program tersebut saya telah berborak-borak dengan CEO company tu di Kuala Lumpur. Dia menceritakan mengenai program yang akan dibuat dan kelebihan-kelebihan yang saya akan dapat. Pada mulanya saya agak malas untuk ambil tahu sebab kebanyakan program seperti ini hanyalah untuk mendapatkan duit mereka dari yuran program. Setelah mendengar serba sedikit saya pun ambil business kad mereka. Lepas tengok business kad tu tu saya terus yakin dengan program mereka dan mendaftar sebagai peserta program. Kenapa saya berubah fikiran dalam masa yang singkat? Pertama kerana saya melihat design business kad yang begitu ekslusif dan kedua kerana saya tengok ALAMAT SYARIKAT mereka beralamat di kawasan Kuala Lumpur yang hampir dengan KLCC. Masa tu saya terfikir bahawa syarikat mereka tentu sebuah syarikat yang sangat besar dan kukuh.

(Contoh business kad)

Page 17

Iklan Penaja

Beberapa hari kemudian saya ke Putrajaya untuk menghadiri program yang mereka adakan. Program itu berlangsung selama seminggu. Sepanjang program tu, hanya 4 orang sahaja dari syarikat tu yang menyeliakan program. Selebihnya hanyalah penceramah jemputan serta pekerja part time. Masa akhir program saya sempat berborak-borak dengan mereka dan rupa-rupanya mereka hanya berempat sahaja yang menggerakkan syarikat tu. Saya agak terkejut kerana mereka melakukan bisnes bernilai jutaan ringgit dengan imej yang sangat besar serta sangat kukuh. Lebih terkejut lagi kerana mereka hanya bermesyuarat di rumah dengan sangat simple. Saya agak kagum dengan cara mereka menjenamakan syarikat mereka sehingga saya tidak percaya syarikat ini sebenarnya digerakkan hanya 4 orang sahaja. Lihatlah bertapa pentingnya alamat bisnes anda.

2.2 Anda dan Virtual Office


Terfikirkah anda untuk memiliki syarikat atau bisnes yang beralamat dibandar-bandar besar yang dinamakan golden triangle seperti Kuala Lumpur? Lagi gah nama anda jika alamat syarikat itu berada berdekatan KLCC ataupun di kawasan elit Seri Hartamas. Apa la bro Zerkind ni. Nak sewa kawasan tu mahal tau. Maunya dekat RM12,000 sebulan. Yer, saya tahu kos sewa untuk kawasan eksklusif macam tu sangat mahal kerana kawasan-kawasan ini hanya disewa oleh syarikat-syarikat besar dan betul-betul kuat sahaja. Sekarang anda semua tak perlu risau lagi. Saya akan berikan alternative yang terbaik dimana anda boleh mendapatkan alamat bisnes di kawasan seperti itu pada harga yang sangat murah serendah RM50 SAHAJA sebulan. Pada harga RM50 anda sudah dapat alamat bisnes yang menggambarkan anda sedang membuat bisnes yang sangat besar dan sangat stabil.

Page 18

Alternatif ini dinamakan sebagai Virtual Office atau dalam bahasa Melayunya sebagai pejabat maya. Virtual office adalah alternative terbaik untuk pemilik bisnes kecil-kecilan mahupun pemilik bisnes sederhana. Dengan virtual office anda akan meminjam alamat bisnes yang besar-besar pada harga tertentu. Mereka akan menyediakan kotak peti surat khas untuk anda dan anda boleh memilih samada untuk mengambil sendiri surat itu atau menyuruh mereka forward surat anda pada harga tertentu. Di samping itu, anda juga boleh request untuk mendapatkan nombor telefon khas dan khidmat receptionist. Jika ada panggilan masuk melalui nombor khas kepada anda, mereka akan menjawab panggilan itu dengan menyebut nama syarikat anda seperti Hi. This is ZVCreate. May I help you? Apabila clients anda bertanyakan sesuatu, mereka akan mencatat pertanyaan itu atau forwardkan panggilan kepada anda.

Page 19

Iklan Penaja

2.3 Kelebihan Virtual Office

Hanya memerlukan modal yang sangat kecil untuk permulaan bisnes berimej kukuh dan stabil Menambahkan keyakinan pelanggan kepada perniagaan anda apabila melihat alamat perniagaan yang berada dikawasan korporat gergasi Tidak perlu membayar sewa bulanan pejabat yang mahal semata-mata untuk mendapatkan alamat yang eksklusif Menjimatkan duit kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli peralatan pejabat seperti komputer, air cond dll. Tidak perlu melakukan maintenance pejabat setiap bulan Anda boleh bekerja dimana sahaja termasuk di rumah dan lebih flexible. Ini menjadikan anda lebih produktif kerana tidak tetap di pejabat.

Page 20

Dengan pengurangan kos pejabat ini anda mampu meningkatkan untung bersih pendapatan anda Anda serta group business anda boleh bertemu dimana sahaja untuk bermesyuarat seperti restaurant, Mc D, kedai mamak, taman rekreasi dan lain-lain dengan santai Anda juga boleh memilih untuk bermesyuarat di bilik mesyuarat virtual office dengan selesa. Biasanya ada pakejpakej tertentu yang menawarkan penggunaan bilik mesyuarat percuma 8 jam dalam masa sebulan. Peti surat khas disediakan untuk anda terima surat di virtual office. Anda boleh memilih untuk mengambil sendiri surat itu atau meminta mereka menghantarkan surat kepada anda. Flexible untuk memiliki talian tetap pejabat mereka serta perkhidmatan fax. Penggunaan internet broadband percuma untuk anda tanpa had menggunkanan wifi

Page 21

Iklan Penaja

2.4 Pakej-pakej Virtual Office


Saya akan kongsikan beberapa virtual office yang ada di Malaysia. Pakej-pakej ini berbeza mengikut provider virtual office. Berikut adalah pakej-pakej virtual office yang saya jumpa di internet. http://www.bbvirtualoffice.com

Page 22

http://virtual-office.com.my

Page 23

http://www.cre8.com.my (Harga pakej penuh tidak ada dalam website. Kena request price rate)

Iklan Penaja

Page 24

http://www.malaysianoffice.com

Page 25

http://voffice.com.my

Iklan Penaja

Page 26

http://www.ioffice.com.my

Page 27

http://www.avenuebizc.com (Harga pakej penuh tidak ada dalam website. Kena request price rate)

Page 28

http://www.lionsworld.com.my

Page 29

http://www.servcorp.com.my

http://www.pj8suites.com (Harga pakej penuh tidak ada dalam website. Kena request price rate)

Page 30

Iklan Penaja

2.5 Tips Untuk Memilih Virtual Office


Saya akan berikan sedikit sebanyak guide bagaimana memilih virtual office yang terbaik untuk anda. a. Pertama sekali sudah tentulah memilih berdasarkan keperluan bisnes anda. Adakah anda hanya memerlukan alamat perniagaan atau anda perlukan khidmat lain seperti personal assistant yang tolong menjawab panggilan masuk. b. Berapa lamakah anda bercadang untuk menggunakan khidmat virtual office? Untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang? c. Dimanakah lokasi alamat perniagaan virtual office? Adakah berdekatan dengan kawasan yang sinonim dengan bisnes besar seperti kawasan KLCC? d. Adakah anda boleh memasuki business lounge? Jika anda boleh memasuki business lounge. Jika ya anda boleh menggunakannya sebagai tempat untuk berbincang dengan clients anda dengan servis air kopi atau milo yang percuma. e. Bagaimanakah urusan surat-menyurat anda? Adakah anda perlu ambil sendiri atau mereka akan poskan surat itu kepada anda? f. Tanya mereka semua caj jika ada caj-caj yang tersembunyi kerana kadang-kadang ada caj-caj yang tidak dinyatakan. g. Bagaimanakah design virtual office itu? Adakah kelihatan korporat atau seperti pejabat biasa. h. Adakah provider virtual office sedang membuat promosi? Biasanya pada harga promosi anda boleh mendapat diskaun sehingga 30%. i. Adakah mudah untuk pergi ke virtual office tersebut jika clients anda mahu berjumpa anda disana? Contohnya berdekatan stesen bas atau komuter.

Page 31

2.6 Extra Tips


2.6.1 Nombor Telefon Pejabat Anda mungkin terfikir bahawa untuk menyewa talian tetap virtual office menambahkan lagi kos. Di samping itu berkemungkinan clients anda akan bertanya bermacam-macam soalan yang mungkin tidak dapat dijawab oleh receptionist yang disediakan oleh provider virtual office. Saya ada satu penyelesaiannya dimana anda boleh mendapatkan nombor telefon seperti 03-2021xxxx, 03-3363xxxx, 03-4146xxxx, 03-5126xxxx, 03-6095xxxx, 037963xxxx, 03-8731xxxx and 03-9018xxxx yang mobile. Maksudnya nombor tersebut sebenarnya nombor mobile yang disediakan oleh Telekom Malaysia. Pakej ini dinamakan pakej CDMA. Dengan nombor ini anda akan memperolehi nombor yang lebih meyakinkan clients kerana nombor talian tetap berdaftar dengan Telekom Malaysia dan anda boleh menjawab sendiri panggilan itu di mana-mana sahaja. Anda boleh menelefon ejen-ejen CDMA ini atau menelefon terus ke Telekom Malaysia untuk bertanyakan mengenai pakej serta caj-caj tambahan. Berikut adalah pakej-pakej CDMA yang disediakan oleh Telekom Malaysia. (Gambar berikut saya ambil dari http://nextproject.my)

Page 32

Iklan Penaja

Page 33

2.6.2 Virtual Office Luar Negara

Jika anda ingin melakukan bsines kecil tetapi global, anda boleh mendapatkan alamat virtual office di luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong, Dubai, Jepun dan lainlain. Berikut adalah antara provider virtual office luar negara yang saya google: http://virtualoffices.regus.com http://www.servcorp.com http://www.executivecentre.com http://virtualoffice.com http://www.davincivirtual.com

Page 34

2.6.3 Seviced Office atau Instant Office Instant office atau serviced office adalah dimana anda boleh menyewa ruangan pejabat sesebuah syarikat serta menggunakan kemudahan-kemudahan di dalam syarikat itu. Servis ini disediakan oleh kebanyakan provider virtual office yang saya senaraikan di atas tadi. Dengan instant office anda akan mendapat meja khas seperti meja, internet, kemudahan bilik mesyuarat pada harga yang tertentu. Sudah tentu ini sangat menarik kerana anda tidak perlu mengeluarkan kos yang besar untuk melakukan renovation pejabat baru atau membayar sewa bulanan yang sangat tinggi. Anda juga boleh menggunakan semua kemudahan yang ada dalam instant office tersebut.

Page 35

Iklan Penaja

Chapter 3

Iklan Penaja

3.Gadget | 30jam Dalam Sehari


3.1 Bagaimana Menambah Masa 30jam Sehari
Satu-satunya benda yang paling mahal dan tak mungkin kita perolehi kembali selepas hilang adalah masa. Setiap manusia akan memperolehi masa 24 jam dalam sehari. Saya ada 24 jam dan anda yang sedang membaca ni pun ada 24jam. Dalam dunia business, siapa yang paling banyak menguasai masa dialah yang paling berjaya. Bagaimana cara untuk menambahkan masa dari 24jam sehari kepada 30jam sehari? Jawapannya adalah melalui multitask. Multitask dalam bahasa Melayunya adalah kebolehan melakukan banya kerja dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, seorang ibu di dapur akan memasak dan dalam masa yang sama dia juga membasuh baju serta menjaga anak. Seorang lelaki boleh menguruskan dua business dalam satu masa serta mengurus family. (kalau ada 4 isteri maka 4 family dia akan urus dalam satu masa. haha) Saya akan berikan tips kepada anda bagaimana anda boleh memaksimum masa anda dalam sehari. Sewaktu saya menulis ebook pada chapter ni, saya sedang berada di Hospital Ibu dan Anak bagi membawa isteri saya yang sedang pregnant untuk medical check-up. Kadang-kala satu sesi medical check-up memakan masa sehingga 3 jam kerana terpaksa menunggu ibu-ibu yang lain membuat check-up terlebih dahulu. Jadi, dari 24 jam masa saya dalam sehari, 2 jam telah di ambil untuk untuk medical check-up ni. Sementara menunggu, saya tulis dulu ebook ni dengan menggunakan HTC Touch Pro 2. Antara sebab saya selesa menggunakan HTC Touch Pro 2 adalah kerana ada keyboard QWERTY seperti papan keyboard computer, kecil muat poket je dan x perlu ambil masa lama untuk start menulis. Buka dan terus taip.

Page 36

Disamping itu. (Sekejap yer. Nurse panggil wife saya. Saya nak tolong pegang handbag dan buku wife saya) (Ok. Dah siap dan tunggu satu lagi checkup. Boleh kembali sambung menaip)

Disamping itu skrin HTC Touch Pro 2 juga boleh di lentokkan (tilt) serta banyak lagi kelebihan lain yang sesuai dengan business. Jika saya mengambil masa menulis ebook ini menggunakan HTC saya selama 2 jam semasa menunggu check-up, maka saya dah menambahkan 2 jam masa tambahan untuk hari ini. Jika dengan teknologi anda mampu menyelitkan 6jam aktiviti seperti saya lakukan, anda sudah mendapat 6jam tambahan. Lihatlah bertapa pentingnya gadget dan teknologi dalam menjadikan kita multitask serta mengoptimumkan masa dalam seharian. Saya juga selalu berada diluar rumah atas urusan-urusan tertentu. Kadang-kadang ketika berada diluar, ada dokumen yang perlu saya hantar kepada clients saya. Dengan menggunakana HTC Touch Pro 2 ni saya hanya sambungkan HTC ke internet, access Dropbox saya dan send melalui email file tadi. Dengan Dropbox saya hanya perlu copy link download file kerana file itu sudah pun berada di storage online. (Rujuk bab pertama). Simple dan flexible. Saya tidak perlu balik ke rumah untuk on laptop, copy file dan hantar kepada clients.

Iklan Penaja

Page 37

3.2 Beli Gadget Ni Membazir atau Tidak?


Mula-mula saya beli HTC ni ramai yang cakap saya membazir. Kebanyakannya kata buat apa beli henset mahal-mahal. Cukuplah henset yang harga RM300 untuk buat call dan mesej. Bagi saya mereka kata membazir sebab mereka tiada keperluan untuk memiliki gadget yang canggih. Ataupun mereka tidak tahu bahawa saya sangat menghargai masa saya. Ketika saya membeli HTC ni, harga pasaran ketika itu adalah rm1800. Saya tidak terus beli sebaliknya menunggu harga pasaran jatuh terlebih dahulu. Beberapa bulan kemudian, ada seorang bos syarikat ingin menjual HTC ini. HTC ni baru sebulan dan dia nak jual sebab dia rasa HTC ni terlalu besar untuk poket dia.

Lepas saya tengok surat warranty yang masih berbaki 11bulan lagi, saya bersetuju dan buat tawar-menawar. Akhirnya saya beli HTC ni pada harga RM1,200 sahaja. Sekarang sudah dekat 2 tahun HTC ni bersama dengan saya. Sudah banyak manfaat yang saya sudah dapat. Jadi pada pandangan saya jika sesuatu teknologi seperti tablet akan membantu sesorang mengoptimumkan masa dalam seharian, maka saya rasa itu bukan pembaziran. Jika anda fikir anda mampu memiliki sesuatu gadget yang akan membantu anda dalam urusan seharian, jangan ragu-ragu untuk membeli dan anggaplah itu satu pelaburan. Saya akan senaraikan tips bagaimana untuk memilih gadget yang terbaik untuk bisnes.

Page 38

3.3 Tips Memilih Gadget


Memilih gadget hendaklah berdasarkan keperluan business anda dan bukan berdasarkan gadget apa yang paling latest dan paling cool. Berikut adalah kriteriakriteria yang anda boleh gunakan untuk membeli gadget. Cara kerja anda: Adakah anda memerlukan gadget berbentuk handphone atau tablet? Jika anda banyak menulis maka anda perlukan gadget yang mempunyai qwerty keyboard. Jika anda banyak menggunakan email, Blackberry sesuai untuk anda. Jika anda memerlukan screen yang besar anda boleh memilih iPad. Adakah anda perlukan internet: Selalunya business sangat memerlukan internet lebih-lebih lagi business online. Jika anda memerlukan internet, gadget anda sangat perlu mempunyai kebolehan 3g dan WiFi dan bateri yang kuat. Selalu Travel: Businessman yang selalu travel perlu mempunyai gadget dengan bateri yang tahan lama. Dengan teknologi zaman sekarang, dengan sekali caj bateri boleh bertahan sehingga 10jam. Ada juga provider yang menjual bateri tambahan yang lebih baik dari bateri asal. Operating Systems: Operating system yang terdapat sekarang adalah iOS (Apple), Windows Mobile Phone (Microsoft) dan Android (Google). Dahulu ramai yang memilih Windows Mobile. Kini ramai beralih kepada iOs yang mempunyai banyak pilihan aplikasi serta Android yang lebih murah dan banyak aplikasi percuma.

Page 39

Speed: Kelajuan processor gadget sangat memainkan peranan. Jika kelajuan sangat rendah seperti 500Mhz, gadget anda mungkin akan selalu hang. Biasanya ramai yang memilih gadget yang ada processor 1.0Ghz ke atas dan RAM 512Mb ke atas. Storage: Adakah anda menyimpan data ke dalam gadget? Jika ya anda perlu memiliki gadget yang mempunyai ruangan storage yang besar. Atau boleh memilih Dropbox sahaja.

3.4 Extra Tips Untuk Internet


Saya dan sahabat saya (Master Din) pernah mengadakan kursus Forex peringkat advance. Kursus ini dihadiri lebih kurang 10 orang dan diadakan di kondominium. Kami memang memilih kondominium kerana jadual waktu akan menjadi lebih flexible dan suasana lebih santai. Setiap kali kursus ini diadakan kami akan menghadapi masalah yang sama

berulang-ulang iaitu tiada sambungan internet untuk setiap orang. Ini sudah tentu masalah besar memandangkan kami sangat bergantung kepada sambungan internet untuk update harga pasaran dari semasa ke semasa. Sebagai penyelesaian sementara, sahabat saya menjadikan tabletnya sebagai access point untuk sambungan

Page 40

Iklan Penaja

internet. Caranya ialah dia sambungkan tabletnya kepada internet 3G. Kemudian tablet itu dijadikan wifi. Jadi semua orang akan menyambungkan komputer ke tabletnya dan mendapat sambungan internet. Disini saya terlintas bahawa bertapa pentingnya penggunaan alat yang mudah alih untuk menyambungkan internet dengan mudah. Anda juga pasti memerlukan alat seperti ini jika sedang membuat discussion sesama ahli group business. Alat yang berguna untuk kemudahan seperti ini adalah MiFi. MiFi sebuah alat kecil yang akan disambungkan dengan internet serta bertindak sebagai access point wifi untuk sambungan komputer. Alat ini boleh didapati dengan membeli alat sahaja ataupun didapati melalui pakej khas Maxis dan DiGi. Harga untuk MiFi sahaja tanpa pakej bermula dari RM185 sahaja. Ini adalah contoh MiFi dari Maxis.

Page 41

Iklan Penaja

Chapter 4
Iklan Penaja

4. Branding | One Time Investment To Make Business Visible Forever


4.1 Kepentingan Branding
Branding dalam bahasa Melayunya adalah penjenamaan. Rata-rata dari kita bila menyebut Apple Mac kita akan terbayang komputer yang canggih dan sangat berkualiti. Bila kita tengok BMW kita terbayang kereta mewah yang cotemporary. Bila sebut Sony kita terbayang alatan canggih. Kebanyakan kita terkejar-kejar mendapatkan Apple Mac, BMW dan Sony kerana kita tahu nilainya. Sebagai contoh yang lain apabila saya sebut kedai minuman kopi yang mewah kita akan terbayang Starbucks. Inilah yang dinamakan kuasa penjenamaan. Jika anda suka perabot anda tentu kenal jenama IKEA dan Cavenzi. Kualiti perabot yang dihasilkan oleh kedua-dua syarikat ini adalah sama. Namun IKEA menjual perabotnya pada harga yang lebih tinggi. Ini kerana brand IKEA lebih hebat berbanding Cavenzi. Anda juga perlu menjenamakan bisnes anda supaya bisnes anda terus unggul berbanding pesaing anda yang lain. Kadangkala anda terfikir, anda membuat servis sama 100% seperti yang dilakukan oleh pesaing anda. Apakah yang mampu membuatkan servis anda lebih di sukai dan menjadi sebutan orang? Jawapannya adalah branding. Saya ada senaraikan 3 cara untuk penjenamaan bisnes anda dalam bab ini iaitu melalui business card, video trailer dan website.

Page 42

4.2 Bisnes Kad


Pada bab kedua ebook ni anda telah lihat bagaimana saya begitu kagum dengan sebuah syarikat kecil yang hanya digerakkan oleh 4 orang mampu membuatkan syarikat mereka kelihatan seperti sebuah syarikat yang besar dan gah. Ini kerana design bisnes kad mereka yang kelihatan begitu eksklusif dan alamat perniagaan mereka yang terletak di kawasan bisnes korporat gergasi Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan bisnes kad yang terbaik, design bisnes kad anda hendaklah kelihatan begitu professional, eksklusif dan mencerminkan core business anda. Jika design kad anda adalah plain atau kosong, anda perlu meletakkan slogan atau motto yang menceritakan tentang bisnes anda. Berikut adalah contoh-contoh design kad. Anda boleh lihat bagaimana design kad yang berbeza mampu memberikan imej yang berbeza kepada syarikat anda.

Page 43

4.3 Video Marketing


Terdapat pelbagai jenis video marketing antaranya video teaser dan video trailer. Familiar kah anda dengan cerita di bawah?

Filem ini di tayangkan pada bulan Julai 2008 dan mendapat sambutan yang hangat. Mengikut ranking filem terbaik sepanjang zaman, filem ini terletak pada nombor 10. Ranking yang agak tinggi untuk filem Hollywood. Tahukah anda berapa kutipan yang diperolehi hasil dari video ini? Hari pertama tayangan: $2.3 million ($2,300,000.00) Minggu pertama tayangan: $158.4 million ($158,400,000.00) Keseluruhan kutipan: $1.0 billion ($1,001,921,825.00)!!!!

Page 44

Apakah yang membuatkan penonton tak sabar-sabar menonton pada hari pertama sehingga mencecah kutipan $2,300,000.00 pada hari pertama kutipan? Adakah dengan hanya sekeping poster ini? Jawapannya hanyalah video trailer (Video Marketing).

Beberapa minggu sebelum filem ini ditayangkan pihak production telah releasekan beberapa video trailer di internet dan televisyen-televisyen seluruh dunia. Melalui effect yang sangat cinematic, video trailer ini telah memberikan satu kesan psikologi kepada penonton. Penonton akan menjadi tertanya-tanya bila filem akan keluar. Sebaik sahaja filem release, mereka berpusu-pusu berebut-rebut ke pawagam untuk menonton filem ini. Dalam masa yang singkat pihak produksi telah mendapat keuntungan beratus-ratus juta dollar. Dengan video trailer, penonton akan menjadi sinonim dengan logo yang keluar pada video dan text yang keluar pada video. Misalnya, trailer filem The Dark Knight adalah sesuatu cerita yang hebat belum pernah ada sebelum ini. Kalau tengok video teaser

Page 45

iPad, terdapat element-element canggih dengan muzik tema yang menggambarkan masa depan dan effect-effect canggih. Penonton akan menjadi sinonim bahawa iPad adalah tablet canggih yang patut dimiliki selepas menonton video ini. Ini dinamakan sebagai branding secara psikologi dan kesannya sangat mendalam. Untuk menjadikan produk anda top dan meletup, anda juga perlu memiliki video teaser. Ramai yang mengatakan bahawa kos video ini terlalu mahal dan tidak berbaloi. Tidakkah anda melihat bagaimana beberapa video trailer pendek The Dark Knight telah membawa keuntungan 10000%. Ramai yang telah menggunakan video teaser untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Ada seorang clients ZVCreate.com telah menggunakan video teaser untuk promosi servis menulis artikelnya. Selepas beberapa minggu video ini disebarkan melalui youtube dan facebook, dia telah mendapat order yang sangat banyak sehingga terpaksa membatalkan beberapa tempahan baru kerana terlalu banyak yang menghubunginya. Kos untuk seminit video teaser atau trailer yang dibuat dari kosong adalah berbezabeza. Jika video itu dibuat dari kosong, kosnya adalah dari RM1,000.00 sehingga RM1,500.00. Ramai yang mengadu kepada ZVCreate.com bahawa kos itu terlalu mahal untuk mereka . Lebih-lebih lagi untuk pemilik bisnes kecil. Akibatnya ramai yang cuba untuk membuat sendiri video ini serta memakan masa berbulan-bulan hanya untuk memahirkan teknik. Ada yang beritahu terpaksa berhabis beribu-ribu ringgit untuk upgrade computer untuk menampung software yang berat. Untuk menyiapkan satusatu video, lebih kurang 3jam-4jam masa diperlukan. Itu belum tentu jika ada error dan laptop hang terpadam sendiri sebab software berat. Kadang-kadang memakan masa 10jam untuk compile semua part video ini untuk menjadi satu video itu pun kualiti video menjadi rendah. Disamping itu untuk upload video tersebut ke Youtube sudah tentu mengambil masa yang lama lebih-lebih lagi saiz video kualiti tinggi adalah 30Mb ke atas. Sebab itulah kosnya sangat mahal.

Page 46

Setelah melihat keadaan ini, ZVCreate.com telah membuat satu alternative iaitu video yang power tetapi pada harga rendah dengan menggunakan instant video katalog. Antara kelebihan servis video marketing dari ZVCreate.com adalah: Video sangat murah serendah RM39. Video clients disiapkan dalam masa 24jam (biasanya provider video akan mengambil masa antara 3 hari hingga seminggu) Servis video akan terus diupload ke Youtube (untuk memudahkan clients tanpa perlu mengambil masa panjang untuk upload video yang besar ke internet)PERCUMA SEO Optimized untuk video supaya video ini mendapat ranking tertinggi melalui carian Google dan Youtub. (Penting untuk menjadikan anda lebih dikenali berbanding pesaing anda) - PERCUMA Backlinks sebanyak 2500 untuk video anda. Bayangkan 2500 internet ada link khas untuk video anda PERCUMA Video Full HD dalam format AVI juga akan dihantar kepada anda - PERCUMA Notifikasi SMS dan Email untuk memberitahu status terkini video - PERCUMA Untuk melihat senarai video yang disediakan oleh ZVCreate.com, anda boleh pergi ke laman link ini: http://zvcreate.com/video-all Ada satu lagi provider video teaser trailer yang murah dan membuat servis sama seperti ZVCreate.com iaitu: http://videoteaser.nigmarketing.com. Anda boleh menghubungi kedua-dua provider ini untuk mendapatkan video pada harga yang rendah. Harga yang mereka tunjukkan pada website boleh dikurangkan jika anda request dari mereka.

Page 47

Iklan Penaja

4.4 Website
Antara benda paling basic dan terpenting dalam bisnes adalah website. Website ni diibaratkan seperti kedai atau pejabat. Macam mana bentuk kedai atau pejabat kita macam itulah persepsi bisnes orang kepada kita. Jika anda terbaca iklan, ANDA INGIN KAYA? INILAH CARA YANG PALING PANTAS UNTUK MENDAPAT SEJUTA RINGGIT!!! LAYARI BLOG KAMI WWW.KAYA-CEPAT-GILER.BLOGSPOT.COM!!! Apa impression anda? Kalau saya dah tentu saya akan kata pembohong besar. Tak kan la bisnes berjutajuta pakai blogspot je. Di awal permulaan servis video oleh ZVCreate.com, ZVCreate.com hanya membuat iklan melalui blog dan forum sahaja. Ketika itu hasil jualan tidak memberansangkan. Namun selepas ZVCreate.com membina laman web sendiri, sales meningkat berkali ganda. Dengan website, clients seolah-olah masuk ke kedai dan membelek brangan yang berada di rak. Clients mahukan sesuatu yang professional dan lebih dipercayai.

Berapakah kos untuk membina website? Ada yang murah ada yang mahal. Ada yang bermula dari RM30 sehingga RM500 bergantung kepada design. Selalunya website mahal kerana hosting (tempat untuk menyimpan file website anda). Jika anda ingin website yang lebih murah, anda boleh request untuk memilih shared hosting dari designer anda. Saya ada seorang kawan yang membuat servis design website. Anda boleh menghubunginya disini: Zex Nig. Untuk mendapat diskaun yang lebih murah, sertakan request ini: Diskaun Website Pakej Khas eBook Bisnes Kecil.

Page 48

Jika anda melakukan bisnes makanan seperti goreng pisang, website anda tidak perlu kelihatan terlalu professional korporat. Website anda perlu kelihatan santai dan menarik. Cuba bayangkan anda buka website goreng pisang. Anda tercari-cari menu apakah yang sedap untuk anda cuba. Tiba-tiba anda nampak gambar pada website tu seseorang berpakaian seperti pegawai siap dengan pakai kot. Text pada gambar tu tertulis Selamat datang! Kami akan berikan servis terbaik!. Ditambah lagi dengan sejarah hidup penggoreng pisang itu yang diolah dengan penuh kesedihan dan beremosi.

Adakah anda rasa berselera untuk makan goreng pisang itu? Kalau saya confirm tak bernafsu untuk makan. Imej website tu seolah-olah membayangkan goreng pisang yang dimakan penuh bergaya macam nak masuk pejabat. Jadi untuk produk-produk seperti ini anda perlu letak gambar yang santai bagaikan orang sedang menikmati keenakan goreng pisang itu. Perlu selalu ingat layout website anda adalah kedai anda.

Iklan Penaja

Page 49

Iklan Penaja

Chapter 5

5. Group Business (Bisnes Berkumpulan)


5.1 Cara Bahagi Untung
Perkara pertama yang anda perlu fikir sebelum melakukan sebarang bisnes berkumpulan adalah profit sharing atau perkongsian keuntungan. Kebanyakan orang memandang remeh perkara ni. Bagi mereka jika sudah ada kepercayaan, perkongsian keuntungan bukanlah benda utama. Percayalah kata-kata saya, benda pertama yang anda perlu fikirkan sebelum melakukan bisnes berkumpulan adalah perkongsian keuntungan sekalipun bisnes itu dilakukan atas dasar kekeluargaan atau cinta. Kenapa saya berkata begitu? Kenapa saya macam terlalu kejam macam tahu untung sahaja? Jawapannya adalah sudah ramai bisnes berkumpulan lingkup gulung tikar kerana tidak berpuas hati perkongsian keuntungan. Bukan sekali dua tetapi berkali-kali saya sudah lihat dan pernah terjadi kepada saya sendiri. Semasa saya berada di universiti, saya dan kawan saya pernah membuat bisnes berkaitan pendidikan. Pada awalnya kami bersetuju untuk membuat profit sharing 5050 iaitu samarata. Selepas itu kawan saya merasakan bahawa itu tidak adil kerana dia menganggap dia membuat kerja lebih. Lalu kawan saya menukar perjanjian iaitu untuk setiap CD yang terjual (dihasilkan oleh saya) saya akan mendapatkan keuntungan 100%. Manakala untuk setiap yuran peserta dia akan mendapat 80% dan saya mendapat 20%. Saya bersetuju untuk mengelakkan sebarang pergaduhan. Sebulan kemudian, CD kami terjual dengan banyak dan jumlah peserta yang mengikuti program kami sangat sedikit. Ramai yang hanya membeli CD. Jadi saya telah mendapat keuntungan yang banyak manakala kawan saya mendapat untung yang sikit. Kawan saya sangat marah dan mengatakan saya cuba kaut untung sorang-sorang. Selepas peristiwa tu kami tidak lagi meneruskan bisnes kami. Masalah bahagi untung biasanya terjadi apabila ada perasaan buat kerja lebih tapi untung sama rata atau buat kerja lebih orang lain dapat untung lagi banyak.

Page 50

Berikut adalah tips dari saya bagimana anda boleh gunakan dalam pembahagian keuntungan: 1. Peratusan untung paling banyak adalah kepada siapa yang buat kerja paling utama dan paling berat. Manakala jika hanya buat kerja-kerja tambahan yang kecil-kecil hanya mendapat peratusan keuntungan yang kecil. Atau: 2. Wujudkan sistem saham iaitu sistem pemilikan melalui pelaburan. Jadi pembahagian untung dibuat berdasarkan jumlah pelaburan yang dibuat. Kemudian lantik seorang yang akan menguruskan bisnes ini. Pengurus bisnes ini akan mendapat gaji khas untuk kerja pengurusannya.

5.2 Masalah Biasa Pemilik Bisnes Berkumpulan


Antara masalah utama yang selalu terjadi adalah perkongsian untung tadi. Selain itu: Ahli Kumpulan Jenis Mengarah: Biasanya akan ada ahli kumpulan yang bersikap begini. Orang jenis ni hanya tahu mengarah sahaja sedangkan dia tidak berbuat apa-apa. Lepas mengarah dia akan marah-marah kata dia penat sebab banyak buat kerja. Orang seperti ini tidak boleh dibuat partner bisnes kerana hanya tahu mempergunakan ahli yang lain. Ahli Kumpulan Jenis Negatif: Ada sesetengah ahli kumpulan akan buat perangai suka komplen sahaja. Komplen orang ni buat kerja tak betul orang tu buat kerja tak betul. Saya pernah terkena dengan orang seperti ini, bila kita bahagi tugas dia akan kata kita jenis bossy. Bila kita siapkan kerja dia akan komplen heboh semua orang bahawa kita buat kerja sedikit dan teruk. Lastnya saya suruh dia buat sendiri sebab nampak pandai sangat. Bila suruh dia buat, dia tersengih-sengih kata tak tahu. Ahli Kumpulan Bajet Bos: Jenis bajet bos ni adalah orang yang rasa dia je tahu urus dan orang lain tak boleh urus. Orang seperti ini biasanya selalu memandang rendah kepada orang lain dan tidak mahu orang lebih dari dia. Dia akan selalu under estimate kebolehan orang lain dan tidak berikan ganjaran setimpal dengan penat lelah orang lain kerana menganggap dirinya bos kepada kuli. Bisnes yang diketuai oleh orang seperti ini biasanya akan berakhir dengan tidak baik.

Page 51

Ahli Kumpulan Penghasut: Ada juga yang jenis menghasut. Contohnya bila anda dah ahli kumpulan anda membuat meeting bisnes, ada seorang yang tidak hadir. Ada seorang ahli akan buat cerita bahawa yang tidak hadir tu jenis pemalas (sedangkan ahli itu tidak hadir kerana tertidur menguruskan bisnes kumpulan itu sehingga lewat malam). Perlu berhati-hati dengan penghasut seperti ini. Jika dia boleh menghasut anda bila rakan anda tiada, bagaimana agakanya dia akan buat bila anda sendiri yang tidak dapat hadir?

5.3 Kelebihan Bisnes Berkumpulan


1. Menjadikan kita lebih fokus. Contohnya satu kumpulan bisnes terdiri dari 3 orang yang membuat bisnes menjual handset. Mereka telah berjaya mendapat keuntungan ribuan ringgit setiap bulan. Ini kerana mereka sangat mahir dan faham selok belok perniagaan handset. Tiba-tiba salah seorang ahli mendapat idea baru iaitu membuat servis fotografi kerana melihat permintaan tinggi untuk jurufoto bila ada majlis perkahwinan. Dua orang ahli yang lain menyedari fotografi bukanlah kepakaran mereka dan bukan semudah beli kamera DSLR gambar terus jadi cantik. Lalu dua orang sahabat ini berbincang dan kembali fokus kepada core asal bisnes mereka iaitu jualan handset. 2. Lebih banyak idea dijana. Dengan bisnes berkumpulan kita akan lebih berkembang kerana setiap dari ahli kumpulan mempunyai pengalaman dan perspektif berbeza. Namun terlalu banyak idea juga kurang baik kerana masing-masing akan merasakan idea mereka terbaik. Dibawah nanti saya akan share teknik bagaimana untuk jana idea secara berkumpulan. 3. Kuat dan yakin. Kehadiran ahli kumpulan yang sama fikiran akan menyebabkan kita lebih kuat. Sebagai contoh jika anda dan ahli kumpulan membuat jualan buku. Pada bulan itu jualan tidak memberansangkan dan anda merasa tidak bersemangat. Disini ahli yang lain akan menaikkan kembali semangat anda dan menyuntik idea-idea baru.

Iklan Penaja

Page 52

5.4 Teknik Brainstorming Berkumpulan (Jana idea)


5.4.1 Apa itu Brainstorming Brainstorming adalah proses dimana idea dijana, ditapis, digilap sehingga menjadi satu rangka kerja untuk buat sesuatu. Brainstorming perlu dilakukan secara berkumpulan kerana memerlukan banyak pendapat. Lagi santai keadaan masa jana idea lagi banyak idea yang dapat. 5.4.2 Cara brainstorming a. Setiap ahli kumpulan perlu sumbangkan idea. Ahli yang lain tidak boleh membangkang atau menolak awal-awal cadangan itu walaupun kelihatan pelik. Biarpun idea tu nampak tak logik catat juga idea tu. b. Selepas senarai idea di buat, ahli kumpulan akan buat review idea-idea tersebut. Di sini idea-idea dibincangkan. c. Rungkaikan dahulu setiap idea tersebut kerana bila kita rungkaikan idea, kita akan buahkan idea-idea lain yang lebih baik secara automatic. d. Idea yang tidak boleh digilap dan dirungkaikan perlu ditapis dan dibuang dari senarai. e. Selepas tinggal idea-idea yang bernas, gilapkan idea-idea tersebut. f. Buat plan untuk jadikan idea itu kepada kerja g. Jalankan plan tersebut. Jika idea itu boleh dikembangkan, adakan perbincangan untuk idea tersebut.

Page 53