Anda di halaman 1dari 3

Dialek Negeri Perak

Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang begitu unik dari segi bahasa dialeknya. Hal ini kerana negeri bertuah ini mempunyai lima jenis dialek yang utama iaitu dialek Utara, dialek Patani, dialek Lembah Sungai Perak, dialek Kepulauan Indonesia dan dialek Selatan Semenanjung. Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negeri lain, Perak juga tidak 'lari' daripada menerima pengaruh dialek lain. Misalnya penduduk Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai, Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan dialek Kedah. Lagipun menurut sejarah, sebahagian besar penduduk di kawasan berasal dari Kedah yang berhijrah akibat ancaman Siam pada tahun 1821. Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan. Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari Patani dan Reman. Seterusnya di daerah Kinta, dialeknya turut berbeza mengikut masyarakatnya juga. Majoriti penduduk di sini datang dari kepulauan Indonesia seperti Rawa, Mandheling, Banjar dan banyak lagi. Manakala di selatan iaitu daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada golongan pendatang dari Selangor (Jawa dan Bugis) semasa Perang Saudara di Selangor sekitar 1860an-70an. Kemudian di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja, dialeknya agak berbeza iaitu Dialek Lembah Sungai Perak dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan "tiga" disebut "tige". Dialek ini yang dikatakan asli ialah dialek Negeri Perak. Bagaimanapun, dialek lain juga masih digunakan di kawasan ini. Perak sahaja yang sinonim dengan ayat prosa lama, iaitu "ate" (hatta); Contoh ayat: Ate, ngape kamu idak ke sane? (Hatta, mengapa kamu tidak ke sana?) Kata ganti nama pertama adalah seperti berikut: Saya/Aku disebut teman/keme Awak/Kamu disebut mike/ kome Contoh ayat: 1. Teman maghah beno dengan mike ni! (Saya marah sangat terhadap awak ini!) 2. Kome udah makan? (Awak/ Kamu sudah makan?) Ada beberapa frasa yang kerap digunakan dalam dialek Perak. Antaranya: a. Apa dihajapnya Maksud: Apa dibuatnya (frasa sinonim-buat peghojang ape). Contoh ayat: Apa dihajapnya MB Peghak pegi ke London tu? (Apa dibuatnya MB Perak ke London itu?)

b. Tengin bebeno Maksud: terlalu bodoh. Contoh ayat: Tengin bebeno deme yang nak meraghampeh kuase di Somalia tu. (Terlalu bodoh mereka yang cuba merampas kuasa di Somalia itu) c. Joghennye Maksud: gedik/ miang (perangai gatal). Contoh ayat: Bebudak pompuan la ni, nampak beno joghennye. (Remaja perempuan hari ini, ramai yang berperangai gatal) d. Bior dilantaknye Maksud: biarkan apa yang berlaku. Contoh ayat: Bior dilantaknye budak tu, degey bebeno. (Biarkan apa yang berlaku terhadap budak itu, dia degil sangat)

Ada lah stengah puak dari Selatan dok kata kami orang Kedah suka cakap loqlaq n xadab... Kami taw nak beradab kat mana n sembang mesra ngan sapa... Kalu ngan orang tua kami respek, orang kuat agama kami respek, kami guna bahasa sopan... Sama kawan2 ja kami cakap loqlaq n tujuan dia melawak, bukan menyakitkan hati orang... mungkin kedengaran kasar sebab sstgh geng utara cakap laju, cth kalau kata 'hang nak p mana wei?" bleh diringkaskan jadi nk p na wei? kalau ckp cepat2 tak sampai 1 saat. kadang2 aku nk tergelak gak bila dengar bdk2 cakap laju2 nih, dakpon dengar org tua2 penang dok sembang , lawak gila... oi orang sebelah awat yang hang jolok mai buluh hang masuk dalam bilik aku hoh? nahai awat hang ingt ni Aloq Staq ka woi.. Aku rasa cakap kedah menjimatkan masa skit, sebab ekonomik... xyah guna ayat panjang2, guna satu ka dua perkataan yang ada makna konteks bagi banyak makna... pandai2 la yang dengaq tu teka... Orang2 lam umah aku ni pon lani tak reti cakap dah kedah style kuno, kalu aku cakap kedah style kuno depa pon ternganga pasai depa slalu bergaul dengan orang selatan... Banyak perkataan2 lama yang 15 taun dulu kami pakai, lani xpakai dah... Macam dlu kami ada gak pakai perkataan2 macam rembas, cupom (kecupung), cerin (meremang bulu roma), memproak (berak), bilik kencin (jamban), n etc... Kalu macam memproah atau memeruah, tu kami punya term sopan utk berak... Kalu nak cakap stendet basa selatan, kena kata buang air (besar, kecil)... Kalu kata "skang," kita kata "la," dua huruf ja... Ikot nada bunyi... Taw makna... ahahaha... a.r.tompel ter"over" plak cakap perak sampai tembak jadi tembeik... dia gak, aku dengaq orang perak kata, "deme." Lebih kurang orang Baling pon ada, depa kata "dema"... Style cakap mencarut lam vid-O bebudak kokdiang tu memang style lumrah kat kampong2 sebelah Kedah Utara... Depa dekat ngan sempadan Siam... Stakat kuaq perakataan cam bur*t, b**oh, b*r*a, dan lain2 tu memang biasa sesama kawan2 sebaya... Kalu dengan orang tua, kami xlapaq nak buleh cakap gutu... Gila, kena sepak mulot berbuih... Gaya cakap camtu dalam basa Siam pon ada... E.g: Hee Woi! Sat nai tee tham dang ni? (B*r*t ah, natang mana yang buat lagi ni?)... Ni bukan Siam Bangkok, cakap Siam tempatan... Kalu kat Bangkok, orang Deum pon cakap gutu... E.g: Phor mung! Yo pheur rai? (Pak hang! dok merapu apa?) Serba sedikit yg cat tahu la eks...

berasalnya bahasa lograt atau daerah disebabkan sturktur geografinya.... kita pon tahu,dulu kita terpisah dek gunung2 sungai dan sebagainya.. malah pengangkutan pon payah jadi terjadilah satu kelompok di suatu kawasan yg terpisah dari balik gunung yang lain.. contonhya pantai timur dipisah dengan pantau barat dengan banjaran titiwangsa... bahagiaan selatan dan pantai barat selatan banyak menggunakan bahasa johor-riau. bahasa johor riau ni adalah bahasa percakapan yg biasa kita dengar. Balah RTM sendiri mengunakan bahasa johor riau ini sebagai bahasa pengantara berbanding TV3 suatu ketika dahulu yg memggunakan bahasa baku. Bahasa baku ialah bagaimana ejaan, begitulah bunyinya. ini serba sedikit yg cat tahu la....