Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBEF2303 ( SMP KHAS ) TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN _______________________________________

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

650929075509001 650929075509 0174397433 zusma_4646@yahoo.com.my PPW KEDAH

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISI KANDUNGAN
BIL 1.0 ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1.1 DIFINISI PERISIAN 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 OBJEKTIF SKOP PERISIAN KEPENTINGAN PERISIAN METADOLOGI KAEDAH PELAKSANAAN PERISIAN 6.1 MODEL ADDIE 7.0 8.0 REKA BENTUK SKRIN KESIMPULAN BIBLIOGRAFI MUKA SURAT 2 3 3 4 4 5 6 6 11 18 20

PERISIAN PANTUN PENCEMARAN ALAM TAHUN 5

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0

Pengenalan Bahan PPBK merupakan satu pendekatan yang berfaedah dan mempunyai

objektif yang baik kearah menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih berfokus dan menarik minat murid. Disamping itu juga membantu guru untuk mendalami dan memahirkan guru mengunakan BBM yang menepati kehendak masa kini dan mengikut perkembangan teknologi semasa.

Sistem Pendidikan Malaysia akan dan sedang mengalami perubahan di mana keperluan penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi penekanan (Cheah 2002). Jadi, guru mesti bersedia menerima perubahan paradigma ini dan mula berusaha memahami serta menggunakan komputer dengan sebaiknya. Juga sebagai satu paradigma yang perlu ditanam dalam kemahiran guru dewasa ini ialah kebolehan minima untuk membina satu perisian mudah bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah satu keperluan yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar tidak terus ketinggalan dengan ledakan teknologi yang sentiasa berkembang pesat dan sentiasa mendahului kemahiran penggunanya. Justeru,tanggungjawab menghasilkan perisian tidak seharusnya dilepaskan kepada pakar komputer sahaja kerana mereka tidak arif dalam aspek pedagogi (Mohd. Jasmy et al. 2001).

Ini adalah kerana Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) dapat mendorong pelajar menanam sifat berdikari sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang ilmu yang dibangunkan dan diterapkan dalam sesuatu proses p &p.. Oleh itu, sumbangan dan penglibatan guru-guru dalam proses penghasilan bahanbahan PPBK bagi mata pelajaran yang diajar khususnya akan membantu

mempertingkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhannya dan mempertingkatkan keilmuan penggunaan teknologi serta pembangunan perisian amnya.

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.1

Difinisi Pesisian

Capron (1997) mendefinisikan perisian sebagai suatu arahan atau aturcara yang dirancang langkah demi langkah bagi menukarkan data kepada maklumat yang menyebabkan computer berfungsi. Manakala, menurut Abd. Samad (1998), perisian latih tubi ialah perisian yang dapat menyediakan latihan berulangkali dan berterusan dalam usaha meningkatkan kemampuan melatih mengingat kembali fakta-fakta kefahaman, melatih kemahiran mengingat dan mengaplikasikan konsep berkenaan.

2.0

Objektif

Pembangunan perisian BBM bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 mempunyai beberapa objektif yang seperti yang digariskan di bawah: i. Membangunkan satu modul perisian bahan bantu mengajar (BBM) yang bertajuk PantunPencemaran Alam mengikut sukatan pelajaran Bahasa Malaysia tahun 5.Unit 4: Manusia Prihatin Bumi Terpelihara ii. Menambahkan bilangan perisian modul BBM berasaskan komputer bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun 5. iii. Menjelaskan dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, aminasi, audio, dan video mengenai pencemaran alam . iv .Menjelaskan kosa kata dalam pantunan v Menjawab soalan-soalan pemahaman yang berkaitan dengan pantun Pantun Pencemaran Alam

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.0

Skop Perisian

Skop perisian modul BBM ini dibangunkan meliputi beberapa subtajuk bagi tajuk Pantun Pencemaran Alam. Antara subtajuk yang terdapat dalam perisian ini adalah: 1. Latihan kosa kata pantun 2. Gambar Pencemaran 3. Pantun 4. Info http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/ 5. Video Atuk Oh Atuk Di samping itu juga, di dalam perisian ini juga turut disertakan penilaian di akhir pembelajaran supaya guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar dari semasa ke semasa.

4.0

Kepentingan Perisian

Perisian BBM berasaskan komputer ini dibangunkan adalah bertujuan untuk menyediakan satu perisian multimedia alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan lagi corak pengajaran mereka di samping meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan iaitu penggunaan komputer. Ini secara tidak langsung akan menambahkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang berkaitan dengan pemahaman berkaitan pantun yang selama ini selalunya sukar untuk difahami istilah atau kosa kata pantun.

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melalui perisian ini murid akan lebih tertarik dan berminat terhadap pantun dan seterusnya memahami kosa kata dan maksud sebenar bagi membolehkan para pelajar menjawab soalan pemahaman yang berkaitan pencemaran yang diselitkan dalam pantun yang disediakan. .Segala masalah mengenai kosa kata dalam pantun dapat dihuraikan agar segala yang agak abstrak akan menjadi lebih konkrit dengan bantuan audio, visual, animasi, dan grafik yang menarik sebagaimana yang dipaparkan dalam perisian yang dibangunkan. .Di samping itu, dengan adanya perisian ini mampu menyediakan sisstem pembelajaran dan pengajaran multimedia dengan pendekatan yang menarik dan mudah untuk difahami supaya pelajar dapat memahami dengan jelas sesuatu isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Ia juga turut menyumbang kepada proses pengeksploitasian kegunaan multimedia komputer dalam pendidikan.

Dengan adanya perisian ini, di harapkan ianya dapat menjelaskan lagi konsep konsep dalam topik Pantun Pencemaran Alam yang agak mengelirukan pelajar dan selain itu dapat menambahkan lagi bilangan ABM yang sediaada. dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di Malaysia. Jika dilihat secara umum, perisian ini mampu untuk menyediakan suatu elemen utama dalam kurikulum sekolah bestari iaitu memproses dan mencari maklumat melalui teknologi komputer serta mampu memperkembangkan kemahiran pelajar dalam memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui daya usaha sendiri supaya pembelajaran itu lebih bermakna dan berkesan. Maka secara tidak langsung melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran .

5.0

Metodologi

Pemilihan Model Reka Bentuk Perisian Sebelum membangunkan sesebuah perisian multimedia, adalah penting bagi seorang pembangun untuk menentukan apakah model reka bentuk pengajaran yang sesuai. Ia dapat membantu pembangun menjalankan kerja-kerja pembangunan dengan lebih sistematik. 5

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terdapat pelbagai model reka bentuk pengajaran untuk dijadikan asas dalam pembangunan perisian multimedia yang boleh dijadikan panduan oleh pembangun di dalam menentukan susur galur modul perisian yang ingin dibangunkan. Antaranya ialah Model ASSURE, Model Dick and Carey, Model Hanafin & Peck, Model Robert Glasea, Model Waterfall, Model ADDIE, dan Model Rapid Prototypin. Dalam membangunkan perisian multimedia ini, pembangun menggunakan model ADDIE sebagai garis panduan dalam membangunkan perisian berbantukan komputer. Kaedah Pelaksanaan Perisian Pantun Pencemaran Alam :

6.0

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima peringkat untuk untuk dijadikan panduan kepada pembangun perisian supaya lebih terarah dan bersistematik. Model ADDIE merupakan model untuk pengajaran yang berstrategi dalam mereka bentuk yang terdiri daripada lima peringkat iaitu Analisis (Analysis), Rekabentuk (Design), Pembangunan (Development), Perlaksanaan (Implementation) dan Penilaian (Evaluation). Model ini diaplikasikan dalam pembangunan majalah web Dunia Matematik.

6.1

MODEL ADDIE

Peringkat 1: Fasa Analisis

Dalam fasa ini, masalah yang ingin diselesaikan akan dikenalpasti secara keseluruhannya. Ia akan meliputi aspek-aspek utama perisian modul BBM yang ingin dibangunkan seperti matlamat projek, objektif projek, kumpulan sasaran, dan skop isi kandungan. Pembangun telah menjalankan temubual dengan beberapa orang guru berpengalaman dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 serta mendapatkan 6

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

analisis topik-topik yang sukar difahami oleh pelajar dalam subjek ini. Fasa ini penting bagi memastikan reka bentuk pengajaran yang dihasilkan akan menepati dan memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya. Bagi fasa analisis juga didapati adalah sukar bagi murid-murid memahami pantun seterusnya menjawab soalan-soalan pemahaman berasaskan pantun. Setelah menemui dan meneliti masalah yang dihadapi, maka pembangun merancang membangun satu perisian Pantun Pencemaran Alam untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5 dalam kelas selama satu jam.

Peringkat 2: Fasa Reka Bentuk

Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan siap dilaksanakan. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran yang digunakan, teori-teori pembelajaran yang menjadi panduan, serta jenisjenis media yang terlibat dalam pembangunan perisian ini. Pembangun telah memilih Teori Konstruktivism dan Teori Behaviorism sebagai teori pembelajaran yang dirujukkan dalam pembangunan perisian ini. Elemen-elemen interaktiviti yang diterapkan seperti teks, grafik, animasi, video dan audio, simulasi yang terdapat dalam perisian ini, dan mesra pengguna adalah ciri-ciri yang dapat menggalakkan pengguna untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses penggunaan perisian modul BBM ini.

Peringkat 3: Fasa Development (Pembangunan) Fasa Pembangunan Perisian mengandungi proses proses yang tersenarai dibawah iaitu: proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan. 7

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fasa Pembangunan

Berasaskan peruntukan

kewangan yang telah

disediakan,

sumber-sumber yang diperoleh, fungsi manusia yang memainkan peranan, masa yang ada, perisian multimedia ini perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Menurut Jamalludin e.t al (2001), dalam fasa

pembangunan ini juga seseorang pembangun menggunakan segala pendekatan atau reka bentuk yang telah di persetujui dalam fasa reka bentuk, misalnya :-

i. Pengguna disediakan dengan panduan pengguna supaya pengguna tidak menghadapi masalah apabila menggunakan perisian yang dibangunkan. ii. Kandungan isi pelajaran dalam perisian mesti bersesuaian dengan tahap kebolehan, umur, latar belakang pengguna, dan sebagainya. iii. Latihan disediakan setelah menamatkan pembelajaran untuk menguji kefahaman pelajar supaya boleh menentukan samada objektif pengajaran tercapai atau tidak. iv. Rangsangan-rangsangan yang menarik seperti grafik yang pelbagai, kesan bunyi, dan sebagainya disediakan agar pelajar tidak berasa bosan semasa menggunakan perisian tersebut. v. Juga disediakan maksud kosa kata pantun supaya pengguna dapat memahami

maksud pantun yang dibina serta dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pantun.

Peringkat 3 : Fasa Implementasi (Pelaksanaan)

Fasa ini dijalankan setelah selesainya fasa pembangunan BBM. Perisian

perisian modul

yang telah siap dibangunkan perlu dipersembahkan untuk diuji

keberkesanan di samping melihat masalah-masalah yang tidak disedari sewaktu fasa reka bentuk dan fasa pembangunan yang mungkin wujud. Fasa ini dilaksanakan terhadap sekumpulan pelajar tahun 5 ,dan juga melibatkan guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia Tahun 5.

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daripada hasil tinjauan dan perbincangan dengan guru subjek bahasa Malaysia Tahun 5, maka dapatan-dapatan yang terhasil dapat dijalankan, proses penambahbaikan dan pemulihan dapat dilakukan sebelum hasil akhir perisian disediakan.

Peringkat 4 : Fasa Penilaian

Penilaian adalah satu aspek yang penting dalam pembagunan suatu perisian. Perkara-perkara yang perlu dinilai dalam suatu perisian adalah pencapaian objektif, kesan perisian terhadap pembelajaran dan maklum balas tentang perisian. Penilaian dijalankan secara interaktif supaya proses reka bentuk dan pembangunan perisian dapat dinilai keberkesanannya. Fasa ini melibatkan penilaian formatif dan penilaian sumatif.

1 Penilaian Formatif

Penilaian formatif dijalankan sepanjang proses reka bentuk dan pembangunan perisian modul BBM dijalankan. Tujuannya adalah dapat mengenalpasti kekurangan serta kelemahan perisian modul BBM ini daripada peringkat awal pembangunan lagi. Penilaian formatif dijalankan sebagai sebahagian daripada perjumpaan dengan penyelia pada setiap dua minggu dan penilaian terhadap rakan-rakan sekuliah juga guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia.

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada penghujung proses pembangunan projek ini. Ia dapat mengelakkan sebarang masalah besar yang hanya di kenal pasti selepas hasil akhir perisian dibangunkan. Penilaian sumatif dijalankan sebagai sebahagian daripada penilaian pengguna. Tujuannya adalah untuk mengetahui kebaikan serta keburukan perisian modul BBM dan pengubahsuaian dapat dijalankan pada perisian supaya ia lebih menepati objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Ia juga digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan perisian modul BBM.Perbincangan Inisiatif untuk menghasilkan satu modul perisian BBM ini merupakan satu usaha untuk memperkayakan koleksi perisian BBM yang bertajuk Pantun Pencemaran Alam yang bermutu dari segi penyampaian isi kandungan serta memperbanyakkan elemen-elemen multimedia yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Penggunaan Microsoft Powerpoint 2003 dalam menghasilkan perisian ini kelihatan mudah namun keupayaannya adalah terhad. Oleh itu, pembangun adalah wajar menguasai pelbagai penggunaan perisian multimedia yang lain supaya media-media seperti audio, video, dan visual yang bersesuaian serta berkualiti dapat digunakan dapat digunakan dalam pembangunan perisian multimedia yang berasaskan Microsoft Powerpoint 2003.

10

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7.0

Reka bentuk skrin

PANTUN
PENCEMARAN ALAM
LATIHAN DAN KOSA KATA

GAMBAR

PANTUN

INFO

KELUAR

Pada slaid pertama pembangun perisian memasukkan elemen-elemen interaktif dimana guru dapat menggunakan perisian ini dalam Bahasa Malaysia Tahun 5 selama satu jam . Guru dapat memulakan pengajaran dengan memulakan set induksi selama 8 minit dengan klik video yang dipaparkan dan akan terus link kepada klip video lagu pengajaran dan pembelajarana

Atuk Oh Atuk sebagaimana yang digambarkan dibawah:


Atuk oh Atuk.flv

11

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah seterusnya

guru

memulakan

pengajaran

dengan

menunjukkan

contoh-contoh pencemaran yang berlaku di atas muka bumi ini dengan klik pada butang interaktif dan seterusnya berbincang dan bersoal jawab berkaitan gambar

yang dipertontonkan kepada murid-murid. Jumlah masa yang disarankan 10 minit. Guru menggunakan kaedah kuliah bagi menerangkan secara keseluruhan konsep pencemaran alam.

12

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GAMBAR-GAMBAR PENCEMARAN ( SLAID 1 )

PENCEMARAN AIR

( SLAID 2 )

13

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

( SLAID 3)

PENCEMARAN ALAM

Langkah pengajaran seterunya ialah guru memaparkan pantun yang dibina berkaitan alam sekitar dengan klik pada ikon (slaid 1)

Bunga-bunga harum mewangi, Tumbuh segar di tepi telaga; Bersamalah kita memelihara bumi, Alam bersih kesihatan terjaga.

LATIHAN

14

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bunga-bunga harum mewangi, Tumbuh segar di tepi telaga; Bersamalah kita memelihara bumi, Alam bersih kesihatan terjaga.

LATIHAN

Sampah sarap bahan buangan, Dikutip, dikumpul,dikitar semula; Pembakaran terbuka jangan diamalkan, Asap terbendung udara terbela.

LATIHAN

15

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guru dan murid berbincang tentang pantun yang ditunjukkan seterusnya guru boleh menilai murid dengan klik pada butang

1. Siapakah yang sepatutnya memelihara bumi ? 2. Mengapakah pembakaran terbuka perlu dielakkan? 3. Nyatakan punca kemusnahan ikan dan khazanah lautan? 4. Berikan alternatif lain sekiranya sumber protin di air musnah akibat pencemaran alam. 5. Tuliskan lima nilai-nilai dan pengajaran yang boleh didapati dari puisi di atas. Tulis dalam satu perenggan.
Pantun 1 Pantun 2 Pantun 3

Masa yang disarankan untuk aktiviti pantun dan latihan ialah 20 minit. Guru boleh memantau latihan murid dan memperjelaskan kosa kata pantun dengan klik pada butang ,seterusnya murid-murid dapat mengikuti pengajaran yang

disampaikan guru dengan lebih lancar. Kosa Kata

16

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi memperkukuhkan lagi lagi kefahaman murid berkaitan pencemaran alam sekitar pembangun perisian ini juga menyediakan hyperlink kepada info tambahan berkaitan pencemaran alam dengan klik kepada dan akan terus link kepada sumber internet di alamat http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenispencemaran/. Murid dapat maklumat tambahan berkaitan pencemaran alam dengan melawat laman yang telah disediakan. Musik latar bagi persembahan slaid Pantun Pencemaran Alam juga dibina bertujuan menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan mood yang harmoni.
Saff One-Perjuangan.MP3

17

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.0

Kesimpulan Satu modul perisian bahan bantu mengajar (BBM) yang bertajuk

Pantun Pencemaran Alam mengikut sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5, untuk tempoh satu jam pengajaran dan pembelajaran telah berjaya dibangunkan dengan

menggunakan Microsoft Powerpoint 2007 serta perisian sokongan pembangunan multimedia yang lain. Objektif pembangunan perisian modul ini telah dapat direalisasikan.
Dengan terhasilnya perisian modul BBM ini, bilangan BBM yang menggunakan pendekatan pantun dalam penyampaian isi pelajaran telah bertambah. Perisian yang telah dibangunkan ada bertujuan mempelbagaikan bahan rujukan guru bahasa Malaysia khasnyadan juga buat rujukan murid-muird amnya.

Perisian ini yang turut dilengkapi dengan elemen-elemen multimedia seperti teks, video, grafik, serta audio diharap dapat mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dan diharap mampu menarik minat mereka untuk mempelajari pantun yang bertajuk Pantun Pencemaran Alam. Pembinaan sesuatu perisian bagi kegunaan guru untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas kini bukanlah sesuatu halangan atau rintangan bagi guru kerana dewasa ini banyak perisian yang dapat digunakan oleh guru untuk

membangunkan satu perisian bagi tujuan pengajaran dalam kelas berfokuskan subjek yang diajar.

Walaubagaimana pun adalah menjadi tanggungjawab guru untuk melakukan sedikit penyelidikan bagi keperluan pembinaan sesuatu perisian yang bakal

dibangunkan. Guru boleh menjadikan Model ADDIE sebagai rujukan utama dalam membangun sesuatu perisian.

18

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Cadangan saya, rekabentuk instruksional dan penggunaan model ADDIE ini amat wajar

diperkenalkan kepada semua guru-guru di Malaysia sebagai asas kepada guru-guru mengenali dunia rekabentuk instruksional bagi tujuan pendedahan dunia teknologi dan pembangunan perisian untuk bahan BBM.

19

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUJUKAN / REFERENSI Pusat Perkembangan Kurikulum, (2008), Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 5,Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dn Pustaka. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS Publication

Cheah Eng Joo. 2002. Enhancing teaching and learning Science through ICT. Kertas kerja Asia Pacific symposium on ICTinCERD 2002. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, 28-30 Mac.

Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Hj. Ismail, Shahidah Ibrahim & Rosnaini Hj Mahmud. 2001. Penilaian teknologi instructional terhadap perisian multimedia: Kepelbagaian dalam teknologi instructional, isu dan cabaran. Hotel Goldcourse, Kelang, 11-14 .Sep.

Abd. Samad Hanif. 1998. Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran sekolah rendah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

20

Anda mungkin juga menyukai