Anda di halaman 1dari 7

Nurul Najwa binti Saaidon (PISMP Sains Jan 2011)

AKTIVITI 1 & 2 TOPIK: PEMERHATIAN PENGETAHUAN MASTERI 1. Apakah yang anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan? Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, terdapat banyak perkara yang saya pelajari termasuklah: a) Bagaimana sesuatu pemerhatian dapat dilakukan dan dilaksanakan. Pemerhatian merupakan suatu kemahiran yang menggunakan kelima-lima deria untuk mengenalpasti ciri-ciri, perubahan, persamaan dan perbezaan sesuatu objek (Hiang, 2008). Pada mulanya saya beranggapan bahawa pemerhatian hanya melibatkan deria melihat sahaja, namun pemerhatian bukan hanya melibatkan deria penglihatan semata-mata. Malah semasa pemerhatian dilakukan, kesemua deria seperti menghidu, merasa, mendengar dan menyentuh perlu digunakan untuk mendapatkan pemerhatian yang tepat (Hiang, 2008). b) Pemerhatian terbahagi kepada tiga jenis iaitu pemerhatian kuantitatif, pemerhatian kualitatif dan perubahan. Pemerhatian kualitatif ialah

pemerhatian melibatkan penggunaan kesemua deria manusia manakala pemerhatian kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan alat pengukuran menggunakan skala standard. Manakala, pemerhatian perubahan ialah penerangan tentang perubahan fizikal dan kimia sesuatu benda (Hiang, 2008). Pemerhatian kuantitatif bersifat lebih jitu berbanding pemerhatian kualitatif. Oleh itu, untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih jitu dan tepat pengukuran boleh dilakukan.

c) Pemerhatian merupakan asas penting dalam kemahiran proses sains yang lain (Khamidah, 2000). Keputusan yang diperolehi dalam pemerhatian merupakan fakta saintifik yang boleh digunakan untuk mengendalikan kemahiran proses sains yang lain seperti mengelas, mengukur, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perkaitan masa dan ruang dengan baik (Nordin, 2004). Dengan itu, kemahiran memerhati amat penting sebagai permulaan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran proses sains yang lain. Penguasaan murid terhadap kemahiran memerhati amat perlu bagi memastikan mereka mampu menguasai kesemua kemahiran proses sains.

2. Dalam kurikulum sains sekolah rendah, bahagian manakah yang mengajar topik berkenaan?

a) KSSR Tahun 1: Tema Sains Hayat Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup b) KSSR Tahun 1: Tema Sains Fizikal Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk c) KBSR Tahun 2: Tema Sains Hayat Membuat pemerhatian untuk

mengelaskan benda hidup dan benda bukan hidup d) KBSR Tahun 3 : Tema Sains Hayat - Memerhati dan mengenalpasti cri luaran tumbuhan e) KBSR Tahun 4 :Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Memahami sistem solar f) KBSR Tahun 5: Tema Alam Fizikal Memahami suhu merupakan penanda bagi darjah kepanasan g) KBSR Tahun 6 : Menyiasat Alam Bahan Memahami pengawetan makanan
2

3. Bincangkan bagaimana anda dapat menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda? Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat sesuai untuk diimplementasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk aktiviti kedua iaitu Elephant Observation, aktiviti ini sangat sesuai digunakan semasa fasa orientasi. Saya akan memulakan fasa orientasi dengan membawa murid berimaginasi dan bercerita. Fasa orientasi merupakan fasa di mana guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya (Nair & Muthiah, 2005). Seterusnya, saya akan meneruskan fasa pencetusan idea dengan

mengadakan soal jawab dan perbincangan dalam kumpulan kecil berkaitan cerita yang mereka dengar untuk mengesan sejauh mana pengetahuan sedia ada mereka. Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar (Nair & Muthiah, 2005). Untuk aktiviti 1 iaitu Candle Activity, aktiviti ini sesuai digunakan semasa fasa penstrukturan semula idea pelajar untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelajar berkaitan jenis pemerhatian iaitu pemerhatian kualitatif dan pemerhatian kuantitatif. Hal ini kerana murid melakukan sendiri eksperimen dengan bimbingan guru. Dengan ini murid dapat meningkatkan kemahiran memerhati mereka dengan lebih baik. Saya akan menerangkan kepada pelajar bagaimana untuk membezakan antara kedua-dua jenis pemerhatian ini. Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencadar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan (Nair & Muthiah, 2005).
3

Untuk fasa aplikasi idea pula, saya akan memberikan murid tugasan berkaitan untuk memahirkan murid dengan kemahiran proses memerhati. Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru (Nair & Muthiah, 2005).

Seterusnya, untuk fasa refleksi saya akan membenarkan murid berbincang dalam kumpulan dan membentangkan hasil tugasan yang telah diberikan. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar (Nair & Muthiah, 2005).

4. Kreativiti merupakan elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam proses kemahiran memerhati? Terdapat hubungan yang kukuh antara kreativiti, imaginasi dan kesamaan dalam bidang sains. Dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa pemikiran kreatif yang membawa kepada penemuan tentang sesuatu kebenaran dalam alam ini yang sebelumnya tidak diketahui oleh manusia (Yukawa, 1973). Menurut Huraian Sukatan Pelajaran KBSR dalam kemahiran proses sains memerhati, kemahiran berfikir yang terlibat dalam kemahiran ini ialah kemahiran mencirikan, kemahiran membandingkan dan membezakan dan kemahiran menghubungkaitkan. Kemahiran menghubungkaitkan merupakan ciri yang menunjukkan ciri-ciri kreatif dalam memerhati. Kemahiran menghubungkaitkan bermaksud murid dapat membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Menurut Sandhu (1982), seorang pencinta sains, Jawaharlal Nehru telah menyatakan bahawa sains bukanlah sesuatu yang hanya melihat kepada tabung uji dengan

mencampurkan itu dan ini seterusnya menghasilkan bahan yang kecil atau

besar. Sebaliknya, sains sebenarnya adalah salah satu cara melatih minda dan segenap aspek kehidupan mengikut cara dan kaedah sains. Semasa memerhati sesuatu kreativiti murid akan terangsang sekiranya mereka berjaya membuat perkaitan dengan betul dan tepat terhadap sesuatu pemerhatian yang dilakukan. Contohnya, dalam Candle Activity, murid akan memerhati keadaan fizikal lilin sebelum dibakar. Setelah lilin dibakar, murid akan memerhati perubahan yang berlaku kepada sifat fizikal lilin tersebut. Murid yang kreatif akan dapat membuat perkaitan terhadap perubahan yang berlaku terhadap ciri fizikal lilin tersebut. Murid yang kreatif akan dapat membuat pemerhatian dimana lilin menjadi lebih ringan selepas dibakar kerana panjang lilin turut berkurang setelah lilin dibakar.

5. Dalam mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja secara saintifik, terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan oleh guru untuk menggalakkan perkembangan kreativiti murid.

Bincangkan beberapa teknik yang boleh dilakukan? Tempat terbaik untuk memupuk semangat kreativiti seperti inkuiri, kreativiti dan penerokaan pada pelbagai tahap pelajar adalah menerusi pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam pembelajaran formal dan bukan formal. Hal ini amat penting bagi pembangunan sumber daya manusia pada masa depan. Pemikiran yang baik bergantung kepada pengurusan pemikiran yang baik dan ini dapat dilatih dan dipupuk melalui pendidikan di sekolah (Alias, 2008).

Guru merupakan agen pelaksana yang penting dalam mengeluarkan lepasan sekolah yang berdaya fikir dan kreatif serta mampu menjana idea dan rekaan baru untuk membangunkan industri berasaskan produk dan perkhidmatan bernilai tambah (Rohani, 1999). Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar (Yong dan Biraimah, 1996).
5

Oleh itu, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengembangkan kreativiti murid antaranya ialah dengan menggunakan teknik puppet show. Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan khayalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi (Noriati A. Rashid, 2009). Dalam puppet show, setiap kanak-kanak akan diberikan peluang untuk memakai kostum yang sesuai dengan watak yang dibawa.

Guru boleh menyuruh seorang murid untuk melakonkan pergerakan haiwan sambil memakai kostum yang disediakan. Murid lain akan menerangkan pergerakan yang mereka perhatikan. Murid berjaya membuat pergerakan tersebut melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran mereka. Dengan ini, kreativiti murid dapat ditingkatkan dimana mereka dapat mengaplikasikan kemahiran menghubungkait dengan baik (Alias, 2008). Mereka akan mengembangkan kreativiti dan daya imaginasi terhadap setiap watak yang diberikan.

Selain itu, teknik menyusun puzzle bergambar turut boleh digunakan. Kemahiran memerhati yang teliti amat diperlukan untuk memastikan murid dapat menyusun puzzle yang diberi dengan betul. Murid akan meningkatkan kreativiti mereka dengan menyusun kepingan puzzle setelah membuat pemerhatian dengan teliti pada gambar sebenar. Mereka akan mengaitkan apa yang mereka lihat pada gambar sebenar dan mengaplikasikannya dengan menyusun kepingan puzzle yang diberikan. Dengan ini, kanak-kank dapat mengembangkan keupayaan kognitif mereka apabila menggunakan otak bagi merancang dan menganalisis apakah bentuk sebenar gambar dalam permainan puzzle tersebut (Noriati A. Rashid, 2009).

Rujukan

Alias, S. H. (2008). TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. Fakulti Pendidikan , 18-19.

Hiang, P. S. (2008). Pedagogy of Science Vol.1 . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Jusoh, A., Ismail, R., & Thangavelo, M. (2004). Amalan Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan , 1-13.

Nair, S., & Muthiah, M. (2005). PENGGUNAAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH. Jurnal Pendidikan , 27-29.

Nordin, N. b. (2004). Mengenalpasti Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Dalam Kemahiran Memerhati, Kemahiran Mengukur dan Kemahiran Merekod. Jurnal Pendidikan , 3-4.

Noriati A. Rashid, B. P. (2009). Siri Pendidikan Guru : Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shun, C. L. (2008). PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN KONSTRUKTIVISME OLEH GURU PELATIH SAINS DAN MATEMATIK UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR. Jurnal Pendidikan , 19-22.

Anda mungkin juga menyukai