Anda di halaman 1dari 28

Latar belakang falsafah(Bab 1) Perkataan falsafah berasal dariapada gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein bermaksud menyintai

dan Sophos bermaksud hikmah.Falsafah bermaksud kecintaan terhadap hikmah dan ahli falsafah bermaksud orang yang menyintai hikmah. Phytagoras diiktiraf sebagai pelopor perkataan falsafah, ungkapan ahli falsafah atau falsafah lebih bermakna setelah dipopularkan oleh dua ahli falsafah Yunani iaitu Plato dan Aristotle. Pengertian falsafah yang dikaitkan oleh Aristotle dengan setiap bidang kehidupan menunjukkan bahawa falsafah adalah suatu ilmu yang cuba memahami hakikat mengenai ketuhanan, struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. Ahli falsafah islam, al-Kindi pula mengislahkan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya. Al-Farabi pula, falsafah adalah cintakan kebijaksanaan atau hikmah dan ia merupakan pokok bagi segala ilmu. Russell cuba menyamakan falsafah dengan sains, terdapat tiga aspek utama yang membezakan antara keduanya. Pertama, berbanding dengan sains, kajian falsafah lebih umum.Kedua, sains hanya mengkaji fakta sedangkan falsafah mengkaji fakta dan system nilai.Ketiga, falsafah mengkaji kajian sains itu sendiri.Seorang saintis mengkaji pelbagai konsep seperti substance, benda, tenaga, ruang, masa dan sebab-musabab. Sifat falsafah Falsafah adalah suatu bidang ilmu yang menekankan konsep(idea). Konsep buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Socrates dalam dialognya, Symposium yang menumpukan krpada konsep cinta. Galakan islam terhadap falsafah Di dalam al-Quran secara umumnya terdapat kalimah yang mengalakkan penggunaaan akal yang mana penggunaan akal merupakan ciri utama dalam pemikiran falsafah. Signifikan falsafah Falsafah adalah suatu bidang ilmu yang banyak mengemukakan masalah dan menunjukkan jalan penyelesaian untuk faedah individu, masyarakat, Negara dan tamadun.Hasil daripada kepentingan yang ada dalam falsafah ialah, falsafah membawa kebahagiaan, falsafah mempengaruhi kehidupan, falsafah menjelaskan fenomena metafizik, falsafah memantapkan individu, falsafah memahamkan kebudayaan luar, falsafah membezakan antara zahir dengan batin dan falsafah ilmu yang sentiasa berkembang. Pengkajian dalam falsafah (Bab2) Falsafah mempunyai bidang kajian yang begitu meluas dan mencakupi keseluruhan bidang hidup manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah kerana ia sebenarnya merangkumi beberapa kompenan atau subjek utama, iaitu masalaha sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah.

Dalam aspek masalah, falsafah mengemukakan empat permasalahan utama iaitu permasalahan hakikat atau kewujudan(metafizik, ontologi, dan kosmologi), ilmu(epistemologi, logic, falsafah sains dan falsafah bahasa), masalah nilai(aksiologi, estetika, etika dan falsafah agama) dan masalah kemasyarakatan(falsafah ekonomi, sosial, politik). Metodologi Metodologi kajian falsafah adalah berbeza daripada metodologi kajian sains.Falsafah mendasarkan kepada akal yang rasional sebagai wadah mencari kebenaran terhadap suatu teori atau hipotesis yang dibuat.Sebaliknya sains menumpukan kepada kaedah empirikal atau penentuan kebenaran sesuatu teori yang dilakukan dalam makmal. Diantara metodologi falsafah ialah,berfikir secara komprehensif, berfikir secara kritis, sikap konsisten, mengemukakan bukti, kesejajaran idea, melakukan perbandingan dan membuat penilaian atau kesimpulan. Perkembangan falsafah zaman Pra-Socrates-Neoplatonisme (Bab 3) Sejarah perkembangan falsafah dunia dibahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat awal, zaman pertengahan, zaman moden dan zaman kontemporari. Walaupun falsafah dibezakan dengan zaman tersebut, namun dari segi sifatnya ia tetap sama iaitu mengutamakan akal dalam mencari kebenaran. Falsafah zaman Pra-Socrates Peringkat awal perkembangan falsafah diiktiraf bermula lebih kurang pada abad ke-6 S.M. Pada peringkt awal falsafah dibahagi kepada tiga peringkat iaitu dengan falsafah Yunani, falsafah YunaniRom dan Zaman Neoplatonisme. Pada zaman pra-socrates, sebelum kemunculan dua tokoh utama ahlu falsafah Yunani iaitu Plato dan Aristotle terdapat tiga isu utama- iaitu hakikat dan perubahan, akal dan etika- yang menjadi persoalan pokok dalam falsafah yunani yang menjadi asas kepada corak dan pemikiran terkemudian. Permasalahan hakikat dan perubahan Sepanjang period 600-450 S.M. pemikiran falsafah yunani member penumpuan utama kepada persoalan mencari jawapan sebenar mengenai hakikat alam ini. Kecenderungan baru masyarakat Yunani ini melahirkan beberapa tokoh ahli falsafah, Antaranya ialah:Thales, Anaximander, Anaximenes, Heraclitus of Ephesus dan Parmenides of Elea. Permasalahan akal Peringkat kedua, perbincangan falsafah Yunani berubah daripada persoalan di sekitar alam fizik kepada perbincangan alam akal.Dua tokoh utama yang membincangkan perkara ini pada zaman praSocrates ialah Pythagoras dan Anaxagoras. Permasalahan etika Dua ilmu baru muncul iaitu retorika dan dialektika yang dikenal pasti boleh mendorong kea rah pencapaian taraf kehidupan yang tinggi dalam masyarakat. Lahirnya golongan Sophis(asalnya bermaksud orang yang mempunyai hikmah dan kemahiran termasuk penyair, doctor dan pemerintah). 2

Protagoras daripada Abdera Beliau adalah pengasas pemikiran Sofisme dan dikatakan orang yang pertama menerima bayaran daripada ilmu yang diberikan.Beliau menghasilkan karya berjudul The Truth.Protagoras terkenal dengan kata-katanya manusia adalah pengukur bagi semua benda. Falsafah zaman Socrates Sumbangan terbesar Socrates kepada bangsa Yunani ialah keberaniannya mempertahankan kebebasan berfikir dan keagungan kebenaran sehingga meragut nyawanya apabila dihukum meminum racun hemlock. Plato dan falsafahnya Plato berketurunan aristocrat yang mana ayahnya berketurunan raja yang memerintah Bandar Athens. Plato kemudian mengasaskan university pertama dalam sejarah yang dikenali sebagai Academy sempena taman Academos. Antara muridnya yang terkenal ialah Aristotle.Plato meninggal dunia pada 348 S.M. Dari segi keagamaan, Plato merupakan seorang ahli falsafah yang mempunyai kepercayaan keagamaan dengan membawa pendekatan bahawa kewujudan tuhan boleh dibuktikan melalui aktiviti taakulan atau secara rasional.Umpamanya beliau berpendapat bahawa dunia bersifat tidak sempurna kepada sesuatu yang sifatnya lebih sempurna iaitu bentuk. Sifat penulisan Plato Secara keseluruhannya Plato merupakan seorang pemikir sistematik yang selalu member nafas baru dalam penulisannya. Keseluruhan karyanya dihasilkan dalam bentuk dialog atau perbincangan drama kecuali The laws. Teori bentuk Teori bentuk adalah teori utama Plato dalam menjelaskan sebab atau prinsip kejadian atau asas sesuatu. Teori ini adalah reaksi beliau terhadap beberapa teori ahli falsafah pra-Socrates yang cuba mencari hakikat sesuatu. Menurut teori ini sifat alam dan objekdi dalamnya dibahagi kepada dua, iaitu juziyyat dan kuliyat(universal). Teori ilmu Pencapsian ilmu yang sebenar ialah perubahan ilmu daripada tahap mengetahui sesuatu yang bersifat zahir atau luaran kepada bentuk dalaman atau batin; daripada yang tidak hakiki kepada hakiki atau ilmu yang dipengaruhi oleh pancaindera kepada ilmu yang dicapai oleh proses taakulan. Proses ini dijelaskan oleh Plato melalui dua teori utama iaitu kiasan gua dan pembahagian(garisan pembahagi). Teori Negara Ideal Melalui karyanya The Rpublic, Plato mengemukakan sebuah teori kenapa dan mengapa sebuah masyarakat atau negara(polis) di tubuhkan.

Beliau menyatakan bahawa sebuah masyarakat terbentuk hasil keperluan manusia yang diasaskan kepada konsep kerjasama.Pada umumnya manusia mempunyai dua keperluan utama; iaitu keperluan material dan keperluan rohaniah. Plato menegaskan konsep Negara ideal kepada tiga golongan masyarakat iaitu pekerja, tentera dan pemerintah. Ini berdasarkan kepada teorinya bahawa susunan sesebuah Negara sama sebagaimana struktur seorang manusia yang terdiri daripada tiga unsur iaitu jasad, roh dan minda. Disamping itu mengemukakan gagasan kea rah mewujudkan Negara Ideal, beliau juga menggambarkan empat bentuk kerajaan yang mungkin terbentuk jika matlamat tersebut gagal iaitu Timokrasi, Oligarki, Demokrasi, Despotisme. Teori kekalan roh Plato telah membahagikan tiga bentuk roh dalam diri manusia iaitu nafsu, emosi dan rasional.Pembahagian ini kemudian diubah suai oleh Sigmund Freud dengan menamakan roh sebagai ego dan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu id, ego dan super-ego. Roh merupakan prinsip utama (penyabab) kepada kegidupan dan pergerakan yang bersifat qadim dan kekal.Ia juga merupakan penggerak utama bagi segala alam. Plato mengemukakan dua metode bagi membuktikan kepastian kekalan roh akan berlaku. Metode tersebut dikenali sebagai metode Mitos dan Perbandingan(Allegory). Aristotle dan falsafahnya Aristotle dilahirkan di Stagira di daerah Thrace pada 384 S.M. Selepas kematian Plato beliau meninggalkan Athens kerana tidak bersetuju dengan idea yang dikemukakan pengganti Plato, Speusippus dan menetap di Mysia selama tiga tahun. Beliau berhijrah ke Mitylene di pulau Lesbos dank e Macedonia menjadi tutor Iskandar Zulkarnain. Pada 334 S.M, Aristotle kembali ke Athens sebaik sahaja Iskandar Zulkarnain menaiki tahta menggantikan ayahnya. Pada ketika itu beliau mengasaskan Lyceum yang terkenal sebagai Peripatetic School sebagai pencabar idea yang dibawa oleh institute Academy. Apabila Iskandar Zulkarnain meninggal dunia pada 332 S.M, Aristotle dimusuhi golongan antiMacedonia.Aristotle mengambil keputusan melarikan diri ke Chalcis yang mana setahun kemudiannya beliau meninggal dunia. Karya Aristotle Aristotle menghasilkan lebih kuran empat ratus karya yang sebahagiannya dikaitkan dengan namanya sedangkan sebenarnya ia adalah catatan muridnya dengan tujuan mendapatkan pretij. Karyanya boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu, pertama karya popular yang difokuskan kepada para pelajar dan orang awam. Kedua, karya ilmiah dalam bidang zoology, biologi dan botani hasil daripada penelitiannya semasa merantau ke Asia Minor. Ketiga, bahan kuliah sama ada catataannya sendiri atau muridnya yang mencakupi pelbagai bidang ilmu seperti logik, falsafah semula jadi, metafizik dan falsafah praktikal.

Karya Aristotle juga boleh dibahagikan berdasarkan tiga tahap perkembangan kehidupannya. Pertama semasa menuntut di Academy. Kedua semasa merantau ke AsisMinor dan sekembalinya ke Macedonia. Ketiga, semasa kembali ke Athens iaitu ketika mengajar di Lyceum. Keseronokan Konsep keseronokan menjadi suatu perkara penting kepada manusia dimana ia melibatkan persoalan motivasi dan nilai. Sebelum dibincang dengan serius oleh Aristotle, Plato mengetengahkannya bagi menentang doktrin hedonism psikologi dan etika hedonism yang menekan keseronokkan dalam bentuk perbuatan. Sebelum Aristotle mula mencari hakikat keseronokan, beliau terlebih dahulu membincangkan apa yang bukan keseronokan. Diantara perbincangannya ialah, keseronokan bukan sensasi, keseronokan bukan suatu proses dan keseronokan bukan perasaan. Akrasia Akrasia merujuk kepada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan yang salah dari segi undangundang atau peraturan moral sedangkan dia mengetahui perbuatan itu salah. Pada peringkat awal persoalan mengenai akrasia ditimbulkan oleh Scorates yang menyatakan sekiranya manusia mempunyai ilmu dia tidak mungkin melakukan kesalahan. Pandangan tokoh tersebut sukar diterima Aristotle berdasarkan dua alas an iaitu; pertama, secara jelas teori tersebut menunjukkan bahawa kepercayaan letaknya dalam minda seseorang itu. Kedua, Aristotle menyatakan pada umumnya kita menyalahkan perbuatan yang dilakukan oleh mereka yang melakukan akrasia. Jasad dan Roh Roh yang dikenali sebagai psuche oleh Aristotle telah dibincangkan secara panjang lebar dalam karyanya De Anima. Pada peringkat awal perkembangan falsafah zaman pra-Socrates, hakikat psuche telah ditafsirkan secara materialistik oleh ahli falsafah dengan menganggap ia sebahagian daripada unsur material seperti api, udara atau atom. Pandangan bersifat materialistik ini kemudiannya ditentang oleh tokoh falsafah idealis, Plato-yang mempercayai wujunya alam idea-dengan menyatakan bahawa kewujudan roh adlah terpisah daripada alam jirim. Aristotle menegaskan bahawa setiap benda hidup termasuk tumbuhan, binatang dan manusia mempunyai roh. Ia memberi keupayaan pemakanan(termasuk membesar dan membiak), persepsi, pemikiran dan pergerakan secara bebas. Berdasarkan interaksi antara bentuk dan jirim, Aristotle menyatakan bahawa kesan yang diterima oleh roh tidak sempurna kecuali turut sama melibatkan anggota fizikal. Keakraban hubungan antara jasad dan roh tidak dinafikan peranan roh yang dominan. Konsep roh Aristotle didasarkan kepada teori jirim bentuk yang difahami dalam pelbagai maksud.

Neoplatonisme Neoplatonisme adlah pembentukan semula pemikiran Plato disekitar Alexandaria, pusat pertemuan antara falsafah dan agama. Tokoh awal mempelopori falsafah ini ialah Philo seorang pemikir Yahudi yang cuba mengharmonikan falsafah Yunani dengan agama Yahudi. Beliau banyak mengetengahkan kembali pemikiran Plato dan membawa idea logos yang pernah diperkenalkan oleh Heraclitus dan mneyatakan idea mengenai pembentukan alam secara proses dating daripada tuhan. Pengaruh falsafah Yunani terhadap falsafah Islam Kesemua bentuk transaksi secara rasmi falsafah Yunani ke falsafah Islam berlaku setelah terhasil gerakan perterjemahan di Baghdad pada abad ke-10 dan 11 Hijrah yang mendapat galakan daripada pemerintah al-Makmun melalui penubuhan Bait al-Hikmah. Perkembangan pengaruh falsafah Yunani ke atas pemikiran falsafah islam menggambarkan keterbukaan sikap umat islam ketika itu terhadap budaya dan pemikiran asing dan kegigihan mereka mengasimilasikan dengan neraca islam. Perkembangan Falsafah Zaman Pertengahan-Moden (Bab 4)

Zaman pertengahan 1. Falsafah zaman pertengahan dirujuk pada abad ke-4M selepas kejatuhan Empayar Rom dan penutupan Academy di Athens oleh Justinian I tahun 529M. 2. Pada zaman ini tiga kelompok agama dunia iaitu islam, yahudi dan kristian terdedah kepada karya Plato, Aristotle dan Neoplatonis. 3. Ketiga-tiga agama berhadapan dilema utama samaada mengutamakan agama.mengutamakan falsafah atau mengharmonikan kedua-duanya. Akhirnya jalan yang ketiga dipilih. 4. Falsafah zaman pertengahan dibahagi kepada tiga zaman utama iaitu zaman paderi,zamanskolastik dan zaman kebangkitan pemikiran Averoisme. Zaman Paderi Zaman pertengahan di dunia barat bermula dengan falsafah yang dipimpin oleh golongan paderi kristian yang dikenali falsafah Patristik. Mereka yang mendukung aliran ini bersifat apologistik dengan mempertahankan Kristian daripada sebarang pengaruh pemikiran sekular dan gnosticism. Unsur falsafah ini diambil daripada pemikiran Plato dan Neoplatonis dan sebahagian kecil pemikiran logik Aristotle. Ahli falsafah terbahagi kepada dua iaitu kelompok Yunani dan kelompok Latin.

Zaman Skolastik Perkataan skolastik(Scholasticism) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud suasana keseronokan hasil renungan akal terhadap sesuatu perkara. Muncul pada zaman Charlemagne sebagai merujuk kepada pengajaran disekolah yang diasasnya. Seseorang digelar skolastik apabila melalui pendidikan berbentuk trivium(grammar, dialektika dan retorika) dan quadrivium(aritmetik, geometri, muzik dan astronomi) ayau teologi. Kemuncak falsafah skolastik diwarnai dengan kemunculan falsafah islam hasil pendedahan orang islam kepada falsafah Yunani. Peringkat awal perkembangan berdasarkan kepada pemikiran dogma ajaran Kristian yang dipopularkan oleh golongan Church Fathers tetapi lebih beracuankan pemikiran falsafah Yunani.
Zaman Skolastik dibahagi kepada dua peringkat iaitu pertama pengaruh pemikiran Neoplatonisme dan kedua pengaruh karya Aristotle. Ahli falsafah islam yang terkenal dengan masyaiyyun seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Bajjah dan Ibn Rushd. Ahli falsafah Yahudi yang terkenal pada Zaman Pertengahan ialah Moses Maimonides yang menghasilkan The Guide of the Preplexed.Iaitu mengharmonikan pemikiran falsafah Yunani dengan teologi perjanjian lama berdasarkan pemikiran Ibn Sina dan Ibn Rushd. Aquinas tokoh ahli falsafah Kristian yang paling berpengaruh di barat banyak memperkatakan tentang pemikiran Ibn Sina dan Ibn Rushd. Menghasilkan dua karya yang terkenal iaitu Suma Contra Gentiles dan Summa Theologiae. Beliau memperkenalkan teori lima kaedah untuk membuktikan kewujudan tuhan. Lima kaedah didahului dengan teori gerak(Theory of Motion). Setiap bergerak mesti digerakkan oleh penggerak lain yang menunjukkan adanya perubahan. Setiap yang bergerak tidak mungkin digerakkan oleh dirinya sendiri atau bergerak secara infiniti sehingga tiada penggerak yang pertama.Penggerak yang pertama dikenali sebagai tuhan. Teori yang kedua sebagai penyebab cekap iaitu satu susunan penyebab cekap yang menjadi pelengkap kepada penyebab yang lain. Dalam susunan penyebab cekap penyebab pertama adalah menjadi penyebab pengantara kepada penyebab terakhir.Oleh itu, wajib ada penyebab cekap yang pertama dikenali sebagai tuhan. Teori yang ketiga dikenali teori perkaitan antara sesuatu yang mungkin dan wajib. Sifat setiap benda menunjukkan bahawa ia berkeadaan mungkin akan wujud atau tidak akan wujud. Oleh itu bahawa sesuatu yang wujud diwujudkan oleh sesuatu yang wujud dengan sendirinya iaitu tuhan.

Teori keempat ialah tingkat perkembangan benda.Benda yang lebih atau kurang, atau baik, agak baik dan paling baik.Yang paling sempurna adalah penyebab kepada yang kurang sempurna. Contoh api penyebab kepada kepanasan. Teori kelima ialah kewujudan tuhan diambil daripada pemerhatian susunan pentadbiran alam. Zaman Kebangkitan Pemikiran Averoisme Munculnya golongan averoisme yang mengutamakan falsafah berbanding teologi Kristian.Hasil inspirasi pemikiran Aristotle dan Ibn Rushd dikenali sebagai commentator of Aristotle, pemisahan falsafah daripada agama. Para peminat pemikiran Ibn Rushd tanpa segan telah mengajar doktrin yang bertentangan dengan ajaran agama mereka.Mereka dikenali heterodox Aristotelian. Brabant mengemukakan idea baru dalam teologi Kristian seperti penafian alam terbentuk secara ex nihilo, tuhan bukan pencipta secara langsung alam dan roh manusia tidak kekal selepas berlakunya kematian.Penulisan Brabant diharamkan gereja pada 1270. Pada abad ke-14 beberapa aliran baru seperti Thomisme, Scoticisme dan Ockhamisme dan Skeptisme.

Zaman Renaissance Bermula selepas kejatuhan Constantinople pada 1453 M. Pada asalnya ia bermula di Itali pada abad ke 15 M. Zaman ini dikenali sebagai zaman penemuan dan pembebasan kerana ia adalah jangka waktu baru bagi penerokaan kembali karya klasik. Menggalakkan aktiviti intelektual sebagai sesuatu yang menarik bukannya sesuatu yang dikongkong oleh pemikiran ortodoks.Perkembangan falsafah Renaissance terbahagi kepada dua iaitu zaman falsafah kemanusiaan dan zaman falsafah tentang alam. Zaman Falsafah Kemanusiaan Tumpuan persoalan peranan dan kedudukan manusia di alam ini(man-centered). Wujud hubungan mendatar menghubungkan hubungan manusia dengan social dan alam fizikal. Kehidupan yang baik tidak hanya terbatas pencapaian hubungan manusia dengan tuhan tetapi juga hubungan yang berkesan antara manusia. Antara tokoh yang terkenal dengan karya agung mereka ialah Leornado da Vinci(1452-1519M), Pico della Mirandola(1463-1494M)Niccolo Michiavelli(1469-1527M) dengan karyanya The Prince dan The Discourse. Zaman Falsafah Tentang Alam Falsafah tentang hubungan alam dengan alam semesta(cosmos-centered) dan memggunakan pendekatan sainstifik.

Struktur alam fizik terbahagi kepada dua:pertama bersifat material dan sentiasa berada di dalam keadaan bergerak tetapi tidak berakal dan kedua dikenali sebagai minda yang berupaya mengetahui kebenaran termasuk kebenaran fizik, bebas memilih antara baik dan buruk dan bertanggungjawab diatas segala perbuatan. Kehidupan manusia pada zaman ini dari segi moral adalah rendah namun dari segi politik, seni bina, seni dan puisi mencapai tahap yang mengkagumkan. Falsafah Moden Bermula di barat benua eropah pada abad ke-17 dengan kemunculan aliran rasionalisme. Menyatakan bahawa kebenaran adalah bersumberkan taakulan lebih agung dan wujud secara bebas daripada pengalaman pancaindera dan ilmu pengetahuan bersifat priori. Falsafah moden dimulakan oleh Rene Descartes(1596-1650M) dan digelar sebagai bapa falsafah moden kerana usahanya yang bersungguh-sungguh mencari suatu kaedah dalam seluruh cabang penyelidikan. Beliau telah mengubah corak pemikiran tradisi skolastik dan gerakan kemanusiaan pada zaman renaissance. Falsafah moden mempunyai tiga ciri utama, pertama bersifat rasional(dengan menjadikan akal sebagai autoriti tertinggi dengan mencapai ilmu pengetahuan)naturalistic(menjelaskan fenomena luaran dan dalaman alam tanpa andaian bersifat luar biasa dan sainstifik Falsafah Abad ke-17:Falsafah Rasionalisme Persoalan ini dimulai dengan aliran rasionalisme pada abad ke-17 di benua eropah dengan pimpinan tiga ahli falsafah utama iaitu Rene Descartes, seorang katolik roman Perancis, Benedict Spinoza seorang Belanda berbangsa Yahudi dan Gottfried Wilhelm Leibniz seorang Jerman berfahaman Prostestan. Aliran Rasionalisme banyak dipengaruhi oleh perkembangan sains dan matematik dengan membawa pendekatan bahawa ketepatan falsafah menyamai ketepatan matematik. Rene Descartes(1596-1650) Dilahirkan di La Haye, sebuah bandar kecil di Touraine, Perancis dan mendapat pendidikan awal di Jesuit College of La Fleche, sebuah pusat pendidikan yang berpegang kuat dengan fahaman skolastik. Beliau meninggal dunia pada 11 Februari 1650 akibat penyakit pneumonia kerana cuaca sejuk.Jasadnya dikebumikan di Perancis. Beliau seorang yang berfahaman humanism yang menolak autoriti agama bagi mencapai ilmu sains dan falsafah.Descrates berpegang kepada prinsip mengelak sebarang prejudis dan penulisan yang tidak tepat. Benedict Baruch Spinoza Spinoza berketurunan Yahudi dilahirkan di Amsterdam.Beliau mendapat pendidikan di sekolah Tinggi Yahudi di Amsterdam.

Spinoza banyak menumpukan masa mempelajari pemikiran yahudi di zaman pertengahan, falsafah moden dan sains moden. Dikatakan menyeleweng misal kerana bible tidak menyatakan bahawa tuhan mempunyai jasad, malaikat wujud dan roh kekal.Spinoza meniggal dunia pada 1677 kerana sakit paru-paru. Gottfield Wilhelm Leibniz Dilahirkan pada 1 julai 1646 diLeipzig, Jerman. Selain falsafah Leibniz terkenal sebagai seorang ahli matematik dan logik yang mencipta kalkulus dengan menghasilkan Nova Methodus Pro Maximus et Minimus(kaedah baru untuk terhebat dan terlemah) Leibniz terkenal pelbagai falsafah yang dihasilkan termasuk teori mengenai alam kemungkinan, prinsip alasan cukup, prinsip harmoni prakukuh dan prinsip bukan penentangan. Leibniz meniggal dunia pada 14 November 1716 di Hannover. Falsafah Abad 18: Falsafah Empirisme Bermula pada abad 18, falsafah Rasionalisme Continental mendapat tentangan daripada kalangan Empiris British yang mendakwa tidak ada ilmu bersifat a priori sebaliknya ia mesti bersifat a posteriori dan teori kewujudan ilmu secara idea lahiriah hendaklah ditolak. Abad ini dikenali sebagai zaman pengajaran bagi falsafah barat. John Locke Digelar sebagai pengasas kepada pengasas kepada falsafah minda analitikdan Bapa empirisme Inggerisoleh John Stuart Mill dilahirkan di Wrinton,Somerset, England. Antara karya yang penting ialah Essay Concerning Human Understanding yang membicarakan tentang kepentingan pancaindera dalam mencapai ilmu pengetahuan berbanding dengan spekulasi intuitif atau deduksi. Karya Two Treatises of Government,menentang teori hak suci raja. Bagi beliau kuasa pemerintahan adalah terletak pada rakyat bukannya negara.Kedudukan kerajaan adalah lebih tinggi hanya apabila diikat oleh undang-undang sivil dan undang-undang tabii. George Berkeley Berkeley berketurunan Thomastown, Ireland. Inggeris daripada mazhab Protestan. Dilahirkan di Dysert Castle,

Karyanya An Essay toward a New Theory of Vision,suatu usaha untuk menyatakan adalah siasiamenganggap suatu objek sebagai hakikat jika sekadar melalui deria penglihatan. David Hume Hume seorang ahlli falsafah dan sejarawan Scotland yang mengasaskan falsafah skeplismeagnostisme yang berpengaruh dalam perkembangan intelektual Eropah.Dilahirkan pada 26 April 1711. Pada 1775 beliau menghidap penyakit kanser dan meninggal dunia di Edinburgh pada 25 ogos 1776.

10

Falsafah Abad ke19: Falsafah Romantisme dan Pasca Kantianisme Muncul pada abad ke 19 reaksi terhadap falsafah rasionalisme, empirisme serta pengaruh pemikiran golongan libertarian dan egalitarian Revolusi Perancis. Faktor emosi memberi reaksi terhadap kemusnahan, kebimbangan terhadap anarki, keperluan perasaan selamat dan pengorbanan.Antara contoh reaksi ialah fahaman Sosialisme Marx terhadap penguasaan industry kapitalis. Falsafah barat diwarnai falsafah Pasca Kantianisme reaksi kepada pemikiran Immanuel Kant(pelopor falsafah Idealisme). Menekankan kepada kebebasan memilih dan doktrin reality kepada hakikat tertinggi berbentuk spiritual dengan menganggap alam tabii sebagai cermin roh. Positivisme dan Auguste Comte Positivisme suatu fahaman yang mengatakan(hasil daripada keyakinan)bahawa ilmu pengetahuan adalah didasarkan kepada pancaindera dan hanya diperolehi melalui pemantauan dan ujikaji. Konsep positivisme boleh difahami e\melalui teori the law of the three stages yang mengandungi tiga peringkat perkembangan minda iaitu peringkat teologi, metafizik dan positif atau saintifik. Falsafah Abad ke-20:Falsafah Pragmatisme Falsafah ini dibahagi kepada tiga aliran iaitu pendukung falsafah Neo-Kantianisme dan NeoHegelisme, kedua aliran pragmatism pimpinan Charles S.Pierce, William James dan John Dewey dan yang ketiga mengutamakan sains dan berkeyakinan falsafah tidak membawa apa-apa. Golongan ini dikenali sebagai realis dan lebih menonjol pada abad ke-20.Falsafah pragmatism berkait dengan makna dan kebenaran yang perlu dilihat dalam bentuk praktikal. Teori kebenarannya dimulakan dengan ungkapan kebenaran terjadi kepada sesuatu idea.Perkembangan falsafah pada abad ke-20 terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu sebelum meletus perang dunia pertama dan lebih reaksi terhadap falsafah yang muncul pada akhir abad ke-19. Peringkat kedua sains menguasai falsafah apabila muncul istilah sains kursus-falsafah tidak lagi menjadi subjek yang agung dan primer kepada ilmu lain seperti yang berlaku sebelumnya, sebaliknya menjadi subjek sekunder kepada sains. Peringkat ketiga iaitu menghubungkan antara ptertentangan antara sains dan falsafah yang diistilahkan sebagai coexistence of opposites-walaupun ada pertentangan tapi masih ada ruang untuk penyatuan kedua-dua bidang ilmu. Eksistensialisme Falsafah yang menumpukan kepada kewujudan yang mengutamakan fakta terhadap kewujudan.Ia suatu bentuk pemikiran yang terhasil daripada aliran falsafah fenomenologi. Diasaskan oleh Soren Aabye Kiekegaard(1813-1955),seorang ahli falsafah Denmark yang banyak mengkritik ajaran kristian dan menolak falsafah Hagel.

11

Ungkapan perkataan wujud exist bermaksud kesedaran diri.Ia adalah aliran pemikiran yang mengambil kewujudan kesedaran diri sebagai tema dan titik tolak falsafah. Sartre tokoh yang menonjol dalam falsafah eksistensialisme, menumpukan kepada kewujudan diri melalui karyanya Existentialism and Humanism dengan mendakwa manusia tidak mempunyai sebarang sifat. Pemikiran yang ditonjolkan Sartre menggambarkan falsafah abad itu berkisar dibawah persoalan logic pemikiran, walaupun ia semakin serius mencari kebenaran bersifat praktikal. Metafizik (Bab 5) Metafizik(Yunani:meta ta phusika) bermaksud melangkaui alam fizik. Aristotle mendefinisikan metafizk sebagai the study of the first principles and causes of the things, iaitu ilmu tentang kewujudan sesuatu yang bersifat sejagat(kulliyat) berbeza dengan ilmu yang lain yang mengkaji sesuatu yang bersifat khusus(juziyyat). Al-Farabi membahagikan kepada tiga, yang pertama sebagai ontology iaitu ilmu berkaitan dengan benda yang wujud dan sifatnya.Kedua, jenis mawjudat yang menghubungkan antara perkara pokok dan teori sains dan ketiga, mawjudat yang tidak berjasad. Dorongan mempelajari metafizik Timbul apabila berlakunya kegagalan seseorang untuk menghuraikan hakikat sesuatu. Manusia sentiasa memikirkan sesuatu yang abstrak seperti minda,benda fizikal, nilai, kejadian, proses, sifat dan fakta. Ontologi Perbincangan kepada sifat sesuatu benda yang membentuk alam.Persoalan yang ditangani golongan ontologis samaada materialis, idealis atau transendentalis. Golongan ontology yang berfahaman materialis, jirim sebagai hakikat yang sebenar.Iaitu jirim adalah sesuatu yang terikat dengan ruang dan masa. Golongan ontologis idealism menganggap hakikat sesuatu itu terletak dalam minda seseorang.Ini dapat dijelaskan bagaimana seseorang itu melihat sebuah buku yang berwarna biru sebagaimana yang disampaikan oleh pancaindera kepada otak. Golongan ontologis transendentalisme menganggap hakikat sebenar adalah berbentuk roh.Apa yang melangkaui alam fizikal dianggap sebagi hakiki sebaliknya alam fizikal dianggap sebagai zahir atau baying-bayang sahaja. Kosmologi Perbincangan berkait rapat dengan bidang astronomi, lebih menekankan kepada asal-usul kejadian alam dan sifat peraturan atau hokum alam antaranya termasuklah persoalan bagaimana pembentukan planet, bulan dan matahari. Perbincangan bermula pada zaman pra-Socrates dan diubah suai dalam karya Plato dan Aristotle. Generasi Heraclitus dan Permenides memperlihatkan bagaimana kebijaksanaan pemikiran cua mendefinisikan system kosmos dan prinsip(penyebab utama) yang mentadbir alam. 12

Zaman Pertengahan, perbincangan menjadi satu agenda utama dalam tradisi pemikiran falsafah Kristian, Yahudi dan Islam.Pada zaman Renaissance, peranannya telah diambil alih olehilmu sains. Teori Philo mempengaruhi pemikiran ahli falsafah islam, al-Farabi dalam teori kejadian alam dengan menyatakan alam ini qadim terhasil proses al-sudur atau al-Faid(limpahan). Susunan kejaidian alam ini dikenali sebagai teori Akal Sepuluh(al-Aql al-Asyarah). Gambaran proses emanasi/al-faid diringkaskan seperti berikut:

Akal pertama(Aql, Aqil dan Maqul) Akal kedua Akal ketiga Akal keempat Akal kelima Akal keenam Akal ketujuh Akal kelapan Akal kesembilan Akal kesepuluh Planer pertama al-kawakib al-thabitah Zuhal Musytari Marikh Matahari Zuhrah Utarid Bulan Bumi, Hyle/bentuk,roh dan jirim(air, api, angina, tanah)

Psikologi Rasional Psikologi rasional ialah manusia dianggap sebagai makhluk rasional(kerana mempunyai akal) dan bersifat spiritual(kerana mempunyai roh).Terdapat tiga aspek yang ingin diselongkari oleh ilmu psikologi rasional iaitu sifat manusia, identiti peribadi dan persoalan akal dan jasad(mind-body) manusia. Mengenali sifat manusia atau siapakah manusia pelbagai agama dan falsafah memberikan pelbagai tafsiran yang berbeza. Menurut perspektif islam, manusia dilahirkan secara fitrah atau bersih dari segala keburukan. Persoalan kedua ialah mengenai indentiti peribadi dimana pentakrifan peribadi berdasarkan memori(sama ada bertambah atau berkurang) pernah dikemukakan oleh ahli falsafah British John Locke. Persoalan yang ketiga ialah hubungan antara minda dan jasad secara umumnya adalah dua elemen yang berlainan. Bagi golongan metaphysical monist, mereka akan berhujah samaada hanya jasad atau 13

minda(roh) secara hakiki. Bagi golongan metaphysical dualist, kedua-duanya adalah nyata dan boleh interaksi antara satu sama lain. Teologi Rasional Kajian mengenai ketuhanan atau perkara ghaib seperti tuhan, dewa, malaikat, syaitan dan jin. Teori mengenai pembuktian kewujudan tuhan secara rasional berdasarkan sains moden seperti yang dilakukan oileh A. Cressy Morrison yang mengemukakan tujuh bukti sainstifik. Pertama hukum matematik alam dapat dibuktikan sebagai hasil ciptaan tuhan yang maha bijaksana. Kedua adanya daya dalam kehidupan membuktikan wujudnya tuhan yang maha bijak. Ketiga bintang mempunyai naluri yang diberi oleh tuhan. Contoh anak ikan Solomon beberapa tahun hidup dilaut kemudiannyamenyusuri sungai dan kembali ke tempat asal ia dilahirkan. Keempat keajaiban manusia mempunyai mempunyai akal.Tiada satu rekod yang menunjukkan binatang mampu memahami atau dapat membilang sampai sepuluh.Sebaliknya manusia dengan akal yang dimilikinya mampu melakukan demikian. Kelima, peranan gen dalam semua benda hidup. Gen dan kromosom yang ada dalam setiap benda hidup merupakan kunci utama yang membentuk manusia sebagai manusia, atau binatang sebagai binatang. Keenam, melihat keadaan alam semula jadi, kita dapat mengetahui bahawa hanya infinite wisdom dapat melihat ke hadapan tentang kebaikan pertanian yang disusun dengan baik. Ketujuh, manusia boleh menanggapi(mengenal) Tuhan dengan sendiri merupakan satu bukti tuhan ada. Konsep tuhan lahir daripada fakulti imaginasi.Kuasa ini hanya manusia yang mampu mencari bukti terhadap benda yang tidak dapat dilihat. Epistemologi (Bab 6) Gabungan dua perkataan Yunani, iaitu episteme bermaksud ilmu dan logos bermaksud sains atau kajian.Epistemologi bermaksud sains atau kajian tentang ilmu.Ia merangkumi perbincangan mengenai sifat ilmu dan bagaimana menjustifikasikan ilmu yang diperolehi. Beberapa kumpulan ahli epistemologi keperluan bidang epistemology kepada metafizik. Pertama, golongan epistemologi idealis mempercayai bahawa objek ilmu seseorang(data pancaindera) tidak wujud secara bersendirian tanpa kesedaran. Golongan epistemologi realis menyatakan objek pancaindera seseorang wujud secara bebas daripada minda dan pengetahuan. Golongan epistemologi dualis berpendapat antara yang mengetahui dan objek limu pengetahuannya adalah dua hakikat yang berlainan. Definisi ilmu atau pengetahuan Falsafah barat ilmu dikaitkan dengan pengetahuan yang mana istilah pengetahuan berakar-umbikan kepada tahu.

14

Justifikasi kepercayaan dan sumber ilmu pengetahuan Pada umumnya beberapa bentuk ilmu yang digunakan oleh manusia dalam menguji kepercayyan yang dipegangnya sebagai benar. Sensasi(Pengalaman pancaindera) Maklumat yang diproses oleh otak hasil dari pengalaman melalui pancaindera. Ia sumber utama yang digunakan bagi menjustifikasikan kepercayaan seseorang apa yang ditanggapinya di mana ilmu adalah bersumberkan pancaindera. Tiga jenis data bersumberkan pancaindera atau indera dalaman yang diproses oleh otak iaitu data pancaindera, data somatic dan data halusinasi. Pertama, data pancaindera ia melibatkan proses penerimaan maklumat daripada anggota pancaindera yang kemudiannya dihantar ke otak untuk diproses, dikatalog dan dinilai. Kedua, data somatic, maklumat yang terhasil apabila otak melakukannya dengan memproses data yang dating dari dalam tubuh. Ketiga, data halusinasi, maklumat yang terhasil dalam otak seseorang seperti mimpi, khayalan, melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak ada.Data ini mungkin memberi keseronokkan, menakutkan atau tidak dijangkakan. Tiga ciri halusinasi iaitu pemikiran atau imej ingatan yang mungkin sangat jelas dan tiba-tiba muncul dalam otak atau imej dating daripada luar dan pengalaman atau maklumat yang salah daripada otak kerana kesahihannya tidak diuji dengan reality maklmat yang ada. Intuisi Proposisi atau pegangan yang dijustifikasikan melalui intuisi adalah diketahui secara langsung atau segera dan secara mutlaknya dianggap sebagai betul dan benar. Intuisi dalam konteks falsafah, ialah ilmu yang diperolehi secara langsung melalui proses taakulan akal atau teknik inferensi(proses deduksi dan induksi). Herbert Feigl yang menyertai Veinna Circle dan mengemukakan tujuh bentuk intuisi yang biasa digunakan untuk menjustifikasikan kepercayaan. Pertama, kesedaran pancainderaseperti kesedaran terhadap kualiti objek seperti merah dan sebagainya. Kedua, Garapan langsung terhadap idea. Ketiga, kebenaran atau ilmu yang terbukti dengan sendirinya benar.Ia adalah suatu bentuk ilmu yang didakwa sebagai tidak memerlukan pembuktian kerana kebenaran sedia wujud dalam premis taakulan yang dibuat. Keempat, ilmu berbentuk naluri.Ilmu dinamakan sebagai keupayaan dalaman oleh ahli psikologi dan biologi.Dalam konteks haiwan boleh dilihat keupayaan dan pengetahuan burung membina sarang. Kelima, perpepsi di luar jangkauan pancaindera. Ia merujuk kepada ilmu yang dikategorikan sebagai,telepati dan precognition. 15

Keenam, gerak hati atau firasat yang disertai dengan penilaian berdasarkan impresi lepas dan memori.Ketepatan gerak hati ini banyak bergantung kepada pengalaman seseorang. Ketujuh, pengalaman mistik atau trans-empirical intuition.Istilah ini popular di kalangan ahli tasawuf sebagai kasyaf atau penglaman mistik. Wahyu Wahyu digunakan oleh individu untuk menjustifikasikan kepercayaan terutama sekali yang melibatkab persoalankeagamaan. Terdapat dua kaedah bagaimana wahyu disampaikan, iaitu yang pertama melalui penurunan kitab wahyu zabur, taurat, injil dan al-quran kepada rasulnya. Kedua melalui ilham tuhan yang diwahyukan melalui seorang nabi kemudiannya disampaikan kepada mereka yang lain. Autoriti Autoriti mempunyai dua pengertian, pertama ia merujuk kepada Tuhan yang menjadi Author kepada wahyu. Kedua merujuk kepada maklumat yang diterima melalui fakta dengan bersumberkan majalah, akhbar, televisyen, radio dan media massa yang lain. Ilmu dikatakan benar atau betul apabila ia bersumberkan sesuatu atau seseorang yang pakar atau berautoriti. Keimanan/kepercayaan Justifikasi kepada yang benar dalam bidang kehidupan keagamaan, bidang perubatan ataupun ungkapan harian.Keimanan secara umum digunakan dalam tiga aspek. Pertama, merujuk kepada kepercayaan secara taklid kepada kumpulan atau mazhab agama tertentu.Kepercayaan ini tidak mengandungi hujah atau pendalilan yang kuat. Kedua, kepercayaan kuat berdasarkan harapan.Lebih bersifat psikologi dan memberi maksud keinginan, harapan atau kehendak supaya keprcayaan itu menjadi kenyataan. Ketiga, kepercayaan yang disertakan dengan proses taakulan dan ia diterima sebagai aspek kajian bidang epistemologi. Aliran pemikiran epistemologi Sejarah epistemologi barat, terdapat tiga aliran utama, rasionalisme, empirisme dan skeptisme yang cuba menjelaskan tentang sumber dan hakikat ilmu. Pertentangan antara empiris dan rasionalis terhadap dua isu utama, sumber idea atau ilmu seseorang dan bagaimana mengetahui kebenaran kerana sifatnya benar. Rasionalisme Rasionalisme mengandungi kepercayaan seperti untuk mencapai ilmu tentang sesuatu kewujudan hanya melalui taakulan sahaja atau setiap benda hanya boleh dijelaskan melalui satu system sahaja iaitu taakulan. Teori Keraguan Descrates berdasarkan dua prinsip utama, pertama,penggunaan keraguan dilakukan secara berhati-hati, tidak bersedia menerima sebarang perkara sebagai benar kecuali dapat dibuktikan kebenarannya.

16

Kedua, bermula dengan pembuktian jelas dan nyata dan dilanjutkan dengan cara yang betul mana pada setiap tahapberdasarkan tahap sebelumnya. Implikasi daripada falsafah rasionalisme Descrates ialah wujudnya kemutlakan minda manusia yang mampu menjelaskan sesuatu fenomena alam. Bagaimanapum pandangan akal adalah semata-mata sebagai sumber ilmu pengetahuan, bersifat mutlak dan tepat menghadapi beberapa masalah.

Empirisme Falsafah empirisme merupakan aliran falsafah yang berpendapat bahawa ilmu adalah berdasarkan atau bersumberkan kepada pancaindera sahaja. Ia menolak pandangan falsafah Platonisme, idealisme atau rasionalisme yang berpendapat bahawa akal manusia mempunyai konsep atau gambaran terhadap sesuatu objek. Falsafah empirisme tidak hanya berkisar dalam dunia epistemologi sahaja bahkan berkembang dalam dunia falsafah akhlak. Skeptisme Skeptisme bermaksud suatu falsafah yang menyatakan bahawa ilmu yang pasti terhadap sesuatu hakikat mungkin dapat dicari tetapi tidak akan dijumpai. Golongan skeptisme menggunakan hujah daripada ilusi bagi menunjukkan bahawa maklumat yang dibawa oleh pancaindera tidak boleh dipercayai. Terdapat tiga jenis pengalaman pancaindera yang bersifat ilusi, Pertama, ilusi garapan pancaindera iaitu ketidaktepatan yang berlaku apabila seseorang cuba mengenal pasti atau menjelaskan ojek yang ditanggapinya. Kedua, garapan pancaindera yang bersifat relative menyebabkan berlakunya komplikasi terhadap perpepsi seseprang. Ketiga, halusinasi-yang menganggap objek yang sebenarnya tidak wujud.Ketiga-tiga bentuk hujah tersebut menjelaskan bahawa pengalaman pancaindera menipu daya seseorang. Aliran falsafah skeptisme bermula pada zaman Yunani apabila ia dikemukakan oleh Xenophanes dan kemudian dikembangkan oleh pemikir Sophis seperti Protagoras dan Giorgias. Dalam tradisi falsafah islam, al-Ghazali merupakan seorang tokoh skeptisme yang menafikan peranan dan kesahihan ilmu yang terhasil daripada pancaindera dan taakulan. Dalam sejarah perkembangan falsafah moden, tokoh falsafah Scotland, David Hume yang skeptisme tergadap maklumat yang digarap oleh pancaindera. Skeptisme beliau ini bertitik tolak daripada prinsipnya yang ilmu semata-mata berdasarkan pengalaman pancaindera.

17

Falsafah Etika (Bab 7) Etika berasala daripada perkataan Yunani ethos bermaksud karektor ataupun sikap.Dari segi istilah, etika didefinisikan sebagai suatu kajian yang bersifat falsafah tehadap moral. Perbincangan etika lebih luas daripada ruag lingkup moral yang memfokuskan kepada individu dalam dua aspek utama, iaitu mengenai nilai standard dan peraturan normative mengenai tingkah laku. Persoalan etika paling banyak berkait rapat tingkah laku atau perbuatan individu yang diukur pada tahap kerasionalan seseorang individu. Erti kata lain, falsafah etika menghubungkan antara tingkah laku individu dengan akal. Etika dalam tradisi islam iaitu persoalan ahklak-berbeza dengan maksud moral sperti biasa yang difahami dalam falsafah barat. Akhlak adalah gambaran batin seseorang yang terpancar pada tingkah laku zahirnya. Faktor keperluan falsafah etika Bidang falsafah ini menyediakan jawapan yang berkaitan dengan persoalan moral dan ahklak. Untuk mencari kehidupan yang baik Menurut ahli falsafah Yunani adalah pencapaian kehidupan yang baik serta mengkaji hakikat atau istilah perbuatan seperti hikmah, baik, cinta dan sebagainya. Mencari nilai mutlak tentang kebaikan Etika mempunyai tujuan utama: Pertama, memberi jawapan kepada mereka yang skeptik yang menafikan kewujudan nilai moral yang boleh dianggap sebagai benar. Kedua, menjawab persoalan yang dikemukakan oleh golongan yang berfahaman relativisme yang menyatakan bahawa pendapat seseorang tentang nilai moral adalah berbeza antara satu sama lain. Menyediakan metode yang sesuai dalam membuat keputusan Falsafah etika cuba menyelesaikan kes yang sukar diputuskan oleh individu yang menghadapi dilemma atau konflik. Contoh, seorang pelajar yang belum bersedia menjadi seorang ibu, tiba-tiba mendapati dirinya hamil akan menghadapi konflik dalaman dan kesan kepada hidupan luaran. Etika Normatif Ia berkaitan mengenai tingkah laku-prinsip ini dijadikan asas bagi menjadikan sesuatu perbuatan tersebut sah dan betul. Ahli falsafah etika normative cuba membentuk suatu asas rasional bagi tujuan obligasi moral oleh pelaku perbuatan. Ahli falsafah normative juga menumpukan kepada asas moral yang digabungkan dengan faktor rasional dalam sebarang bentuk tindakan bagi memastikan kebenaran atau kepalsuan terhadap kepercayaan moral dipegang oleh seseorang. Etika normative juga menumpukan kepada karektor individu yang melakukan perbuatan.Dimaksudkan dengan karektor disini ialah keadaan peribadi seseorang dalam tindakannya seperti keberaniaan, keegoan, ketakutan, sifat rendah diri, pengetahuan dan sebagainyamempengaruhi corak tindakannya.

18

Etika analitik Etika analitik lebih ditumpukan kepada menyelidik dan mengkaji maksud istilah etika yang digunakan dalam etika normatif.Umpamanya dalam kes menyelamatkan persahabatan atau menyatakan kebenaran. Berusaha menjelaskan dengan tepat tentang istilah seperti baik, tanggungjawab, apakah yang patut dilakukan, memahami konsep moral dan bagaimana istilah tersebut berfungsi dalam perbincangan mengenai moral. Dua masalah utama yang menjadi tumpuan kepada etika analitik ialah: Pertama, terdapatkah apa yang dianggap sebagai kebenaran moral atau pengetahuan mengenai moral?.Kedua, jika ada, bagaimanakah seseorang itu boleh mendapatkannya? Pada asasnya, etika normatif dan etika analitik tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Teori nilai dalam falsafah etika Terdapat lapan teori atau aliran yang digunakan untuk menilai sama ada sesuatu tindakan itu baik atau tidak untuk mengklafikasikan kriteria sesuatu akhlak. Teori yang dimaksudkan ialah Telelologi lawan Deontologi, Subjektif lawan Objektif, Naturalisme lawan Bukan naturalism dan Relativisme lawan Absolutisme. Teori Teleologi Perkataan teleology berasal daripada perkataan Yunani telos bermaksud akhir atau tujuan dan logos bermaksud kajian.Teori ini melihat baik atau buruknya sesuatu tindakan berdasarkan hasil atau kesan perbuatan tersebut. Pelbagai dimensi teleology seperti mana Plato melihat perbuatan itu baik jika diakhir perbuatan terhasil kebaikan. Hedonisme Falsafah Hedonisme(perkataan Yunani hedone bermaksud keseronokan atau kenikmatan)pada zaman Yunani ditonjolkan oleh Aristippus dari aliran Cyrenaic dan Epicurus, pengasas aliran Epicureanisme. Pengamal hedonism menekankan bahawa pencapaian keseronokkan terhasil melalui pengrealisasian kebaikan tertinggi dalam kehidupan dan juga berusaha menjauhi kesakitan. Pandangan hedonism atau utilitarianisme yang melihat nilai baik atau buruk berdasarkan kepada kesan telah mendapat tentangan daripada Immanuel Kant. Kant, menganggap seseorang itu beretika ia hendaklah diasaskan kepada pelaksanaan tanggungjawan atau amanah bukannya berdasarkan keseronokan atau kesan lain. Teori Deontologi Deontologi berasal daripada gabungan dua perkataan yunani, deon yang bermaksud tanggungjawab moral, dan logos bermaksud ilmu. Prinsip asas teori deontology adalah sesuatu yang baik tidak semestinya bergantung kepada sesuatu yang baik yang akan dihasilkan. 19

Doktrin al-Salah dan as-Aslah Muktazilah menyatakan bahawa kebaikan atau keburukan sesustu itu adalah kerana hakikatnya yang demikian yang ditentukan oleh Alaah bukannya dalil al-Quran dan alSunnah.

Teori Subjektif Teori subjektif ini melahirkan aliran egoism dalam falsafah barat yang melihat kepentingan diri sebagai standard sebenar terhadap sesuatu tingkah laku. Pada zaman Yunani idea subjektivisme/egoism ini dipelopori oleh golongan Sophis dan kemudiannya dipopularkan oleh ahli falsafah moden seperti David Hume dan Westermack. Teori objektif Teori ini menegaskan bahawa standard atau kod moral wujud secara bebas daripada sebarang keutamaan individu.Bagi pendokong aliran objektivisme, nilai akhlak mesti bersifat objektif kerana manusia sebagai pelaku moral mempunyai persetujuan bersama terhadap sesuatu nilai baik atau buruk. Teori naturalisme Teori ini menganggap penilaian terhadap perilaku moral mengandungi fakta tentang fenomena alam. Ini memberi maksud sesuatu perbuatan sama ada baik atau tidak bergantung kepada pengalaman keseronokkan atau pengamatan bersifat empirikal. Pertimbangan moral adalah berdasarkan pertimbangan empirical untuk mengadili sama ada perbuatan itu betul atau salah, iaitu salah untuk melihat pertimbangan moral di luar fakta empirikal. Teori bukan naturalisme Sebuah teori yang menafikan perkataan moral boleh didefinisikan dalam bentuk sifat manusia seperti mentafsir melalui fakulti kognitif ataupun introspeksi tetapi melaluipencerapan intuitif. Pandangan golongan bukan-naturalis ini disangkal oleh golongan berfahaman emotivisme yang menyatakan sekiranya nilai etika tidak boleh difenisikan bermakna perkataan moral seperti baik, buruk, kedekut dan sebagainya tidak akan memberi apa-apa makna. Teori Relativisme Ia merupakan sebuah teori yang melihat apa yang baik bagi sesebuah masyarakat A mungkin dianggap tidak baik dalam masyarakat B. Golongan berfahaman relativisme mempunyai dua alas an mengapa fahaman ini patut dipertahankan. Pertama mereka yakin tiada siapa dapat menjelaskan mengapa nilai moral mesti bersifat mutlak dan tiada sumber menyatakan moral bersifat mutlak. Kedua, menolak pandangan mengatakan moral bersumberkan emosi dan adat.

20

Teori Absolutisme Prinsip moral berbeza antara satu budaya atau masyarakat dengan satu budaya atau masyarakat lain. Semua masyarakat mesti mempunyai suatu asas prinsip akhlak tertinggi seperti kebaikan.

Falsafah akhlak islam Penilaian sesuatu perbuatan berdasarkan kepada empat sumber iaitu al-quran, al-sunnah, ijmak dan qias. Umumnya islam tidak menolak kesemua teori nilai moral yang dibincangkan falsafah barat kerana sebahagiannya mempunyai kebenaran dan kesesuaian dengan islam. Persoalan semasa falsafah etika:Euthanasia Euthanasia disebut sebagai pembunuh ihsan.Suatu kaedah mematikan seseorang tanpa rasa sakit setelah diminta oleh pesakit. Dalam islam membunuh diri adalah haram dan siapa yang melakukannya telah berdosa disisi Alaah S.W.T. Falsafah politik(Bab 8) Perkataan politik berasal daripada perkataan Yunani politikos berkenaan negara,, polites warganegara atau negara, polis negara dan politeiea hak warganegara. Hari ini isitlah politik difahami sebagai suatu aktiviti yang ditadbir oleh peraturan dan piawaian nilai atau cara seseorang itu memahami bahawa peraturan tersebut mempengaruhi tindakannya. Dua aliran kontemporari iaitu aliran instrumental dan aliran expressivist yang mentafsirkan makna politik. Persepsi aliran instrumental, politik adalah satu cara yang digunakan oleh individu bagi mempertahankan perjanjian demi mendapatkan faedah daripada proses bekerjasama dan mengelak diri daripada tidak bekerjasama. Aliran expressivist, politik adalah suatu cara bagaimana manusia menyatakan dirinya sebagai makhluk social dan bekerjasama dalam menikmati kewujudan yang saling bergantung antara satu sama lain. Perspektif falsafah politik Falsafah politik boleh difahami sebagai suatu ilmu(sains) berkaitan dengan perkara politik yang berhubung dengan kehidupan politik. Karya Plato, Republic adalah antara karya yang terawal yang cuba membincangkan persoalan tersebut. Falsafah politik Aristotle Pemikiran Aristotle mengenai politik dapat diperhatikan melalui karyanya politics(Politica). Teori beliau dengan menganggap sebuah negara itu sebagai sebuah pertubuhan atau organisasi yang dibentuk untuk mencapai kebaikan. 21

Kritikan beliau terhadap pembahagian kelas masyarakat yang dikemukakan oleh Plato ialah alam semula jadi berperanan menyusun struktur sesebuah Negara memberi autoriti kepada pemerintah seperti memberi kuasa tuan kepada hamba. Kedua, pembentukan kampong, iaitu gabungan beberapa buah rumah yang disatukan bagi memenuhi sesuatu keperluan lebih dari keperluan harian Rakyat dan hak rakyat Aritotle cuba memberikan definisi yang tepat mengenai rakyat sesebuah negara kerana ketika itu tidak ada definisi jelas siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan rakyat. Pertama, rakyat adalah mereka yang tinggal dalam sesebuah negara.Kedua ialah siapa sahaja yang menetap di suatu tempat. Ketiga, orang yang dikenakan proses undang-undang yang mungkin boleh menghukum dan dihukumkan. Perlembagaan dan pemimpin terbaik Negara yang terbaik bagi seseorang rakyat jika dia memilik perlembagaan yang terbaik untuknya.Tiada siapa menafikan tiga perkara penting dalam hidupnya, iaitu kesihatan tubuh badan, intelektual dan nilai moral. Pendidikan Aristotle menjelaskan bahawa kehidupan dan karektor seseorang dipengaruhi oleh tiga unsur iaitu sifat, tabiat dan akal. Aristotle menggariskan empat aspek yang perlu diajar kepada pelajar iaitu membaca dan menulis, latihan fizikal, muzik dan lukisan. Falsafah politik Machiavelli Niccolo Machiavelli dilahirkan pada 3 Mei 1469M.di Florence, Itali. Beliau seorang yang banyak menghabiskan masa dengan politik dan patriotisme.Karyanya, The Prince semata-mata untuk memuaskan dan memikat hati pemerintah.Ia berlaku apabila Machiavelli kehilangan jawatannya dalam kerajaan dan begitu terdesak kembali ke alam politik. Machiavelli jatuh sakit dan meninggal dunia pada 1527M dan sehingga kini masih dikenali sebagai seorang oportunis yang menyokong kerajaan korup. Machievelli adalah Renaissance Itali yang telah melakukan penentangan terhadap mazhab Katolik dan menjadi pengasas kepada sejarah politik moden. Realiti politik dalam sesebuah Negara Menurut Machievelli, sesebuah kerajaan dibentuk melalui dua cara: Pertama, melalui perwarisan daripada kerajaan sebelumnya. Jika mana-mana pemerintah memperolehi cara ini, maka ia merupakan satu keuntungan nasib dalam hidupnya. Kedua, Pembentukan sebuah negara baru yang terbentuk melalui proses penggabungan kerajaan sedia ada dengan Negara yang baru ditakluk.

22

Politik tanpa moral Machievelli menyimpulkan bahawa tugas utama seorang pemerintah ialah mencari, melengkap dan menjadikan kuasa sebagai elemen utama dalam pengukuhan politik. Beliau memulakan teori politiknya dengan cara seseorang itu boleh mendapatkan kuasa untuk memerintah. Umumnya kuasa terhasil melalui nasib yang baik, melalui warisan daripada keturunan atau penaklukan ke atas negara lain.Dalam konteks penaklukan, bagi mengekalkan kuasa, langkah paling utama dilakukan ialah dengan menghapuskan semua pencabarnya dari kerajaan terdahulu. Kuasa menjadi milik seseorang melalui pendapat dan pendapat pula bergantung kepada propaganda.Ia merupakan satu kelebihan kepada propaganda keran lebih berhikmah berbanding penentangan secara langsung. Ciri pemerintah yang baik Machievelli melalui karyanya The Prince menggariskan beberapa ciri sebagai asas utama dalam mengekalkan kuasa. Antaranya ialah; tidak bersikap pemurah, bersikap kejam dan ditakuti, bersikap hipokrit dan mengelak daripada aib dan kebencian. Falsafah politik Rousseau Jean Jacques Rousseau seorang ahli falsafah Perancis yang dilahirkan di Geneva, Switzerland.Beliau menganut beberapa mazhab agama Kristian seperti Katolik dan Protestan.Karyanya yang terkenal ialah Dua contrat social. Rousseau melalui karyanya Emile menggambarkan ciri seorang ahli masyarakat yang baik.Antaranya, bersifat sederhana, berfikiran matang, tidak suka membodek dan mencari kemasyhuran. Perubahan masyarakat kepada Negara yang zalim Rosseau menjelaskan kerosakkan sesebuah Negara oleh dua factor utama iaitu keburukkan dan kejahatan yang dibawa ke dalam masyarakat bersama salah laku moral individu dan kebobrokan politik. Fahaman teoripolitik demikian menunjukkannya terpengaruh dengan teori politik negara ideal oleh Plato yang melihat unsur kekayaan, kuasa dan ketidakadilan membawa kepada pembentukan Negara yang zalim. Falsafah agama (Bab 9) Falsafah agama gabungan dua perkataan iaitu falsafah dan agama.Ahli falsafah member tanggapan yang berbeza terhadap konsep falsafah agama. Pandangan pertama, konsep falsafah agamaberdasarkan peranan atau sumbangan falsafah terhadap agama.Pandangan kedua ialah peranan falsafah agama adalah bersifat defensive dan apologetik dan berkeadaan preamble kepada kepercayaan keagamaan. Pandangan ketiga, melihat falsafah tidak memberi sumbangan yang besar kepada agama.Pandangan keempat, melihat falsafah agama sebagai persoalan analatikal atau meta-logical. Pandangan kelima, wujudnya suasana yang tidak harmoni antara falsafah dan agama. 23

Isu falsafah agama Teori dua kebenaran Diperkenalkan teori dua kebenaran Two Truth bagi menharmonikan falsafah dan agama serta untuk membuktikan kewujudan tuhan. Dalam tradisi islam, titik permulaan gerakan mengutamakan akal dalam pemikiran dilakukan secara intensif oleh ahli kalam daripada aliran Jabariyyah, Muktazilah dan Ashaariyyah. Tradisi ini kemudian diterap dan dikembangkan secara meluas oleh falsafah islam dalam bentuk philosophical theology berdasarkan acuan pemikiran Plato, Aristotle dan Neoplatonis. Pendokong kuat falsafah Platonisme dari Paris,al-Razi mengemukakan suatu pendapat rasional dan kontroversi terhadap agama iaitu: Falsafah merupakan peniruan terhadap Allah yang maha agung yang boleh diusahakan oleh manusia. Manakala al-Farabi berusaha mengharmonikan falsafah Platonik-Aristotelia dengan agama islam dan berhujah bahawa agama disampaikan dalam suatu bentuk yang ringkas dan terbatas sebaliknya apa yang dipersembahkan oleh falsafah adalah lebih bersifat sejagat dan lebih tepat. Al-Farabi meletakkan ahli falsafah dan para Nabi pada suatu tahap yang mana kedua-duanya menerima wahyu dan mereka berhubung terus dengan al-Alam al-Mufariq. Teori dua kebenaran dilanjutkan secara meluas oleh seorang ahli falsafah Sepanyol, Ibn Rushd yang banyak mempengaruhi pemikiran falsafah barat. Menurut Ibn Rushd, terdapat tiga peringkat pentafsiran dan pemahaman makna al-Quran. Pertama, mereka yang dapat memahami al-Quran secara demonstrasi falsafah.Kedua, mereka yang memahami al-Quran secara agakan atau andaian dan berhujah secara dialektikal untuk memahaminya. Ketiga, golongan retorik atau orang awam biasa yang memahami wahyu secara sajak dan kiasan.Kesimpulannya, teori teori dua kebenaran memperlihatkan kepada kita bagaimana wujudnya nilai sejagat dalam al-Quran. Sebelum kemunculan Ibn Rushd, al-Ghazali mempunyai pandangannya yang tersendiri hubungan antara falsafah dan agama.Bagi al-Ghazali, falsafah hanya membawa masalah kepadanya iaitu kegagalan membawa dirinya kepada makrifat Allah dan kedua, falsafah adalah bertentangan dengan al-Quran dan agama. Al-Ghazali member tiga kesimpulan, pertama, bahagian yang wajib dikafirkan, kedua, bahagian yang wajib dibidaahkan dan ketiga bahagian yang tidak wajib diingkari sama sekali. Hayy Ibn Yaqazan Novel berlatar belakangkan sebuah pulau beriklim khatulistiwa di lautan hindi. Kisah seorang anak yang bernama hay. Kehidupan Hayy melalui tujuh proses atau peringkat, pertama: Peringkat bayitujuh tahun, kedua, umur 8-21, sekembali dari mencari makanan didapati rusa berada didalam keadaan kaku.

24

Peringkat ketiga, umur 22-28, mula menyelidik alam bersifat fizikal di sekelilingnya. Peringkat keempat, umur 29-35, hay memandang ke arah langit dan memikirkan sama ada planet di langit bersifat finiti atau infiniti. Peringkat kelima 36-49 tahun, peringkat dewasa sejajar dengan apa yang dinyatakan dalam al-Quran.

Masalah kejahatan Permasalahan tentang kejahatan atau keburukan wujud selari dengan kewujudan manusia. Istilah ini lebih difahami apabila dikaitkan dengan tiga sikap manusia, iaitu sama ada bersikap fahaman optimism, pesimisme atau meliorisme terhadap kejahatan atau keburukan. Falsafah Islam(10) Polemik konsep falsafah islam Ibrahim Bayyumi Madkour(1983), baginya falsafah islam tumbuh dan berkembang dalam suasana islam dan ditulis menggunakan bahasa arab, tidak bermakna ia adalah terhasil daripada unsur arab. Penamaan falsafah islam disebabkan dua alasan: Pertama, islam bukan sekadar agama tetapi adalah sebuah tamadun. Kedua, jika dilihat kepada ciri asasnya, falsafah ini bersifat islamik dan islamlah yang membentuk falsafah ini dengan mengumpul pengajaran dan pandangan berlatar belakangkan pelbagai budaya dan aliran pemikiran. Sejarah falsafah islam Perkembangan falsafah islam selari dengan perkembangan islam kepada lima peringkat:Pertama, bermula pada abad pertama tahun hijrah(7M) sehinggalah zaman kejatuhan kerajaan Baghdad. Periode pertama dikenali sebagai Abad Awal yang mengandungi empat aliran pemikiran, iaitu aliran teologi dan falsafah, aliran mistik, aliran falsafah dan saintifik dan aliran jalan pertengahan. Kedua, fasa bertahan yang memakan masa selama setengah abad. Ketiga, dikenali abad terkemudian yang bermula daripada awal abad ke-8 Hijrah(14M) sehingga awal abad ke12 Hijrah(18M) yang disifatkan zaman keemasan kedua bagi dunia islam. Peringkat keempat, bermula pada satu abad setengah selepasnya dikenali sebagai zaman gelap dunia islam. Kelima, bermula pada pertengahan abad ke13 Hijrah(19M) merangkumi zaman Renaissance dan moden. Ini menunjukkan falsafah islam telah mengalami dua zaman kegemilangan dan dua zaman kejatuhan dan satu zaman ke arah kebangkitan semula. Yang terakhir, merujuk kepada zamanperjuangan membebaskan diri daripada kuasa asing dan kebebasan daripada kongkongan kehidupan dan pemikiran. Perkembangan falsafah islam sepanjang lima abad tersebut tidak dapat dinafikan mengandungi resapan daripada unsur-unsur luaran, terutama daripada unsur falsafah Yunani atau Greek.

25

Gerakan terjemahan karya-karya Greek dilakukan secara meluas pada abad 8M dan 9M banyak buku perubatan dan falsafah diterjemahkan ke bahasa arab atas galakan Khalifah al-Makmun. Penubuhan Baitul Hikmah diBnghdad yang menaungi gerakan penterjemahan dibawah tampuk pemerintahan Khalifah al-Makmun bukan sahaja menjadi pusat penterjemahan negara, tetapi juga menjadi pusat perkembangan sains dan falsafah.

Praktis falsafah islam Falsafah islam adalah lambang dan roh gerakan keintelektualan islam. Falsafah islam bukanlah ilmu tersendiri, tetapi ia terangkum dalam empat bidang iaitu ilmu kalam, usul fiqh, tasawauf dan ilmu praktis. Tasawug juga diistilahkan sebagai falsafah mistik tidak terlepas daripada membincangkan isu-isu falsafah termasuk ketuhanan dan epistemologi. Hubungan antara ilmu falsafah dan ilmu praktis, perbincangan falsafah islam tidak terlepas daripada membicarakan ilmu sains, politik, sosial, matematik, astronomi, geografi. Pada zaman kecemerlangan islam di Banghdad dan Andalus tiada pemisahan antara ilmu falsafah, sains dan agama. Geografi falsafah agama Falsafah dunia islam dibahagikan kepadad dua bahagian, iaitu falsafah islam di dunia Timur dan falsafah islam di dunia Barat. Sekalipun terdapat perbezaaan geografi, namun dari aspek metode, matlamat dan ciri falsafah adalah sama. Falsafah islam di dunia Timur Apabila kerajaan Abasiyyah ditubuhkan di Baghdad pada 750M, pusat ilmu yang bertaburan di Iskandariah dan Athens beralih ke Bandar tersebut. Pada peringkat awal, umat islam menghadapi dilemma sama ada menerima atau menolak falsafah Greek. Kemunculan ahli kalam Muktazilah yang terpengaruh dengan gaya dialektikal falsafah Greek yang membicarakan persoalan ketuhanan. Ini ditambah lagi dengan sikap pemerintahan Khalifah al-Makmun yang cenderung kepada pemikiran rasional Muktazilah dan menerima baik unsur rasional falsafah Greek. Ahli falsafah tersohor kelahiran Baghdad ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Razi dan al-Ghazali. Falsafah islam di dunia Barat Semasa Andalus dibawah kepimpinan Abdul Rahman III dan puteranya al-Hakam II Cordoba dikenali sebagai The Athens of the western kerana kecemerlangan ilmu pengetahuan terutamanya apabila falsafah Greek mendapat tempat. Jika di Baghdad terkenal dengan Bait al-Hikmah, di Andalus terkenal dengan al-Mustansariyyah yang mengandungi pelbagai buku daripada pelbagai bidang. Kerajaan Almoravid atau lebih popular dengan Murabitun, pemerintah Ali Ibn Yusuf telah mengharamkan pembelajaran falsafah dan membakar buku bidang berkenaan termasuk Ihya Ulum alDin karya al-Ghazali. 26

Muncul penulis novel membawa mesej pengharmonian antara akal dan wahyu, Ibn Bajjah dengan karyanya Hayy Ibn Yaqazan. Dibawah kerajaan al-Mohad atau lebih dikenali Muwahiddin di pimpinan Ibn Tumart, falsafah kembali bernafas.Pada zaman khalifah Abu Yaakub, falsafah benar-benar berada di zaman kemuncak dengan kemuculan ahli falsafah tersohor, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Antara ahli falsafah tersohor kelahiran Andalus ialah Ibn Masarrah, Ibn Hazm, Ibn Bajjah, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Falsafah islam pasca Ibn Rushd Setelah kejatuhan Andalus ke tangan pemerintahan Kristian, dunia falsafah islam di Andalus mula malap, akibat karya-karya falsafah islam dimusnahkan. Ahli falsafah yang muncul selepas Ibn Rushd tidak menonjolkan kecenderungan kepada falsafah parepatetik sebaliknya lebih menumpukan kepada falsafah mistik atau pengkhususan kepada satu bidang falsafah sahaja. Berbanding dengan usaha perseorangan falsafah aliran parepatetik oleh al-Tusi, aliran falsafah isyraqiyyah atau illuminasi(mistik) lebih menonjol pada era ini. Perpindahan pusat ilmu dari Baghdad dan Andalus ke Parsi adalah gambaran perpindahan rasionalisme kepada kejumudan atau hidup mistik. Kemunculan golongan anti rasionalisme yang diasaskan Ibn Taimiyah yang berpegang kepada mazhab Hanbali yang menolak penggunaan rasionalisme dalam agama.

27

28