Anda di halaman 1dari 26

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA DAN HUBUNGKAITNYA DENGAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

OLEH: Jecqveline Paulus Nur Musernah Binti Musini

Sebelumnya
A) Masyarakat pada zaman tamadun Yunani dan Rom : Menjadikan orang yang kelainan upaya sebagai bahan ejekan, cemuhan dan gurauan. Menganggap golongan istimewa ini lebih hina daripada golongan hamba abdi. Wujud juga kepercayaan bahawa kanakkanak ini membawa sial dan akan meyusahkan hidup mereka.

B) Zaman pertengahan di Eropah(500M1500M) Menerima layanan yang sangat buruk meskipun pada waktu itu wujud ajaran Kristian yang mengajar aspek hormat sesama manusia. Menganggap golongan ini sebagai golongan yang bodoh serta dikuasai oleh unsur-unsur jahat seperti syaitan dan hantu Dijadikan sebagai korban serta bahan untuk jampi serapah.

Masyarakat Melayu zaman dahulu : Ibu bapa amat malu untuk mendedahkan anak-anak yang istimewa kepada masyarakat. Mempunyai kepercayaan anak yang istimewa ini mempunyai sial. Tidak dibenarkan keluar rumah kerana dikhuatiri akan memalukan keluarga

Nasib golongan istimewa mula diperjuangkan Di Barat


Bermula era tahun 1900an oleh tokohtokoh Pendidikan Khas yang terpelajar. Mengubah persepsi masyarakat di luar negara yang memandang serong kepada golongan istimewa ini kepada perasaan belas dan kasihan Walaubagaimanapun trrdapat beberapa masalah yang timbul seperti masalah pengistilahan dan pentakrifan yang mengakibatkan kekeliruan. Menyebabkan penafian hak penempatan kanak-kanak atau golongan istimewa tersebut di sekolah-sekolah awam.

Pendidikan Khas bermula sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan sukarelawan yang berusaha untuk membantu muridmurid bermasalah dengan membuka sekolah pendidikan khas. Di Amerika Syarikat program pendidikan khas mula dilaksanakan apabila United States Congres(1975) telah membentangkan satu usul yang menekankan supaya pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian.

Berdasarkan usul tersebut lahirlah Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142. Pendidikan khas di negara Jepun(1975) bermula apabila satu akta untuk kanak-kanak berkeperluan khas diwartakan. Warta tersebut menekankan pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah sensori pendengaran dan penglihatan. Istilah Khusus bagi merujuk Pendidikan Khas juga berbeza

Contohnya: 1. Amerika Syarikat- Mainstreaming and Least Restricted Enviroment 2. Australia dan New Zeland- integrasi 3. Jepun- Special class 4. Britian- Normalisation 5. Malaysia- Malaysia Inclusive Education

Pendidikan Khas Di Malaysia


Bermula sejak tahuntahun 1920an dalamkalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolahsekolah cacat penglihatan dan pendengaran Bermula agak lewat berbanding dengan masyarakat di luar negara Kurang pendedahan atau tidak ada satu perlembagaan seperti Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142 Walaubagaimanapun, dengan adanya Laporan Jawatankuasa Kabinet yang

Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui 169telahmembawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.Perakuan: "Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihakpihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Menjamin pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Pendidikan ini akan diteruskan bermula daripada program intevensi awal sehingga mereka berjaya sebagai seorang individu yang berguna dan dapat melangsungkan kehidupan dengan berdikari. Melalui kajian ini program pendidikan khas di Malaysia adalahsama seperti negaranegara lain.

HUBUNGKAIT PERKEMBANGAN PEND. KHAS DALAM DAN LUAR NEGARA


Dengan adanya Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya,Individual with Disabilities Education Act (IDEA) dan Public Law 94-142 pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh dunia terjamin. Pendedahan dan maklumat mengenai program yang dijalankan di setiap negara, membolehkan kita membuat rujukan dan penilaian sejauh mana kepentingan pendidikan khas di negara kita bagi membantu mereka yang kurang upaya.

Perkembangan Pendidikan Khas di luar negara membuka mata rakyat Malaysia tentang kepentingan pendidikan kanakkanak berkeperluan khas di Malaysia. Pengurusan perkembangan pendidikan khas pada masa kini semakin baik. Di US, ibu bapa turut terlibat dalam merancang dan menentukan perkembangan murid pendidikan khas . Perkhidmatan dan kemudahan untuk murid pendidikan khas juga disediakan dan diperbaharui. Di Malaysia, banyak sekolah-sekolah khas telah di bina.

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis


Pendidikan Masalah Penglihatan 1926-Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka. 1931-SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang. 1948-Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di JohorBahru dan Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney Jabatan Kebajikan

1953-Pembukaan Institut Taman Harapan, PusatPertanian Temerloh (JKM). 1958-Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM). 1962-Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang

1963-Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan. 1977-Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di MaktabPerguruan Ilmu Khas, Cheras.

1983-Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, SetapakPengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh. 1984-Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya. Tujuan: Mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,Kementerian Pendidikan

Pendidikan Masalah Pendengaran 1954-Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang. 1954-Pembukaan Sekolah KanakKanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah),Tanjong Bunga, Pulau Pinang. 1963-Pembukaan kelas-kelas

1977- Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras. 1978-Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untukmenggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan.

1979-Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh. 1984- Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan.

1985-Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam. - Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam. - Penubuhan Jawatankuasa KerjaKecil Kod Dasar KBSR Tahap IIBahasa Malaysia Kod Tangan. - Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal. 1987-Pembukaan Sekolah Menengah

Program Percantuman/Inklusif 1962- Program percantuman daninklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan. 1988-Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkatbermasalah pembelajaran. 1993-Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di

1994-Pembukaan kelas-kelas program inklusif secara projek rintis di 14buah sekolah diseluruh negara. 1995Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan.

Kesimpulannya
Meskipun perkembangan pendidikan khas di Malaysia bermula agak lambat berbanding negara-negara lain, namun dengan adanya pendedahan dan maklumat mengenai program yang dijalankan di setiap negara, kita dapat membuat rujukan dan penilaian sejauh mana kepentingan pendidikan khas di negara kita bagi membantu mereka yang kurang upaya.

Tambahan lagi,dengan tergubalnya Public Law dan IDEA yang membantu setiap negara dalam membentuk program pendidikan khas, nasib mereka yang bekeperluan khas terjamin dalam menikmati pendidikan dan kehidupan yang sempurna seperti masyarakat umum.

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai