Anda di halaman 1dari 25

PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W DPLI-SR SEJARAH AQIDAH LANGKAH LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN AQIDAH

DISEDIAKAN OLEH : NORMA BINTI IBRAHIM RAIDAH BINTI ABDUL HAMID

MAKNA AQIDAH

Sesungguhnya aqidah dan keimanan adalah kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh kepada pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan seharihari.

Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya

Akidah Islam ialah : Kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah serta beriman dengan namanamaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitabkitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan

RAMUAN KEPADA AQIDAH MANTAP

Tahap terbaik adalah tahap yakin yang teguh, tidak dapat digugat oleh apa jua faktor, menjadi kukuh kerana taat dan runtuh kerana maksiat. Iman yang teguh mesti dibaja dan disuburkan dengan ilmu yang berguna (al-ilm alnafi), iman yang benar (al-iman alsadiq),ibadah yang ikhlas (al-ibadah al-khalisah), peribadi yang mantap (alkhuluq al-qawim) akan melahirkan buah yang lumayan.

LANGKAH- LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN AQIDAH

LANGKAH PENCEGAHAN PENYELEWENGAN AQIDAH

Antara langkah-langkah mudah yang boleh diamalkan untuk memelihara akidah dari terpesong ialah: Mempelajari asas aqidah berdasarkan pada alQuran dan As-Sunnah Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuan dalam bidang akidah Membina ketahanan akidah dengan memperbanyakkan doa Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.. Mendekatkan diri dengan program-program

LANGKAH PENGUKUHAN AQIDAH


1.

Istiqamah dalam beriman dan beribadah :


Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan.
Berkata al-Qadhi Iyadh rhm; Hadis ini antara ungkapan yang ringkas dan padat. Dari Rasulullah s.a.w.. Sesungguhnya orangorang yang berkata; Tuhan kami adalah Allah dan kemudian mereka beristiqamah di mana mereka tidak berpaling dari tauhid dan berterusan pula mereka beriltizam mentaati Allah S.W.T. hinggalah mereka menemui kematian di atas iman dan istiqamah tersebut Jadi Istiqamah menurut Qadhi Iyadh ini ialah; tetap teguh di atas landasan tauhid dan mentaati Allah hingga menemui ajal. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 2, kitab al-Iman)

2. IKHLAS DALAM SEGALA URUSAN

Ikhlas bermaksud setiap kata-kata, perbuatan, dan amalan adalah kerana Allah s.w.t, lillahi taala. Abu Zar r.a berkata. Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Bagaimanakah tentang seseorang yang berbuat kebajikan, lalu ada orang memujinya, sedangkan niatnya ikhlas kerana Allah?. Baginda menjawab: itu adalah kegembiraan awal yang diberikan kepada seorang Mukmin"(riwayat Muslim)

3. BINCANGKAN ISLAM MELALUI PENGAJARAN MODEN

Ilmu Islam adalah pembuka kepada ilmu-ilmu lain. Menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu aqidah Islam. Al-Quran dijadikan sumber rujukan utama kerana di dalamnya mengandungi faktafakta saintifik yang tidak ada dalam kitab suci yang lain. Melalui penggunaan kaedah pengajaran moden yang digunapakai pada zaman ini, ilmu aqidah dapat disampaikan secara langsung dan pendekatan saintifik terhadap Al-Quran akan lebih menarik minat pelajar untuk mengkajinya. Selain ilmu sains, Al-Quran juga harus menjadi sumber rujukan utama bagi bidang-bidang sosial lain seperti perundangan, ekonomi dan sistem bermasyarakat.

4. MENANAMKAN AQIDAH DALAM DIRI ANAKANAK

Menurut Drs. H. Syahrin Nasution, sejak anak itu pandai bercakap (lebih kurang umur dua tahun), ibu bapa sudah boleh mengajar mereka mengucapkan kalimah-kalimah seperti berikut: a) Bismillah - sebelum makan, minum dan membuat kerja-kerja lain. b) Alhamdulillah - selesai makan atau minum. c) Astagfirullah - ketika terlanjur membuat kesalahan. d) Allahu Akhbar - ketika melihat peristiwa mengkagumkan. e) InsyaAllah - ketika berjanji dengan orang

5. MENYEMAI KEFAHAMAN AQIDAH SECARA TIDAK LANGSUNG.

Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anakanak dengan membuat perkaitan antara aktiviti harian dengan ilmu aqidah: a) setiap kali makan bersama tanamkan dalam jiwa anak-anak bahawa rezeki yang ada adalah pemberian Allah s.w.t., b) apabila melihat bencana yang berlaku di luar negara di kaca televisyen, ceritakan bahawa azab Allah s.w.t. di akhirat nanti lebih berat, c) semasa memakai kasut, ajarkan supaya memulakan dengan kaki kanan kerana mengikut sunnah Nabi.

6. IKHLAS MEMPERBANYAKKAN AMALAN SUNNAT

Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya: Melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Aktiviti sebegini, menenang dan mententeramkan jiwa dan hati. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan aqidah. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah antara cara yang terbaik mengukuhkan aqidah.

7. SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN

Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contohnya, dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.

8. MEMPERBANYAKKAN ILMU PENGETAHUAN DUNIAWI DAN AKHIRAT

Selain itu, kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan agar pengaruhpengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal. Ada segelintir manusia yang terlalu pandai menganggap mereka sebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan mendalami pengetahuan agama, kita mampu menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN SEORANG PENDIDIK UNTUK MENCEGAH PENYELEWENGAN AKIDAH.

1. Hubungan dengan Allah s.w.t.

Pendidik hendaklah mempunyai hubungan yang erat dengan Allah s.w.t. Keadaan ini dapat memberi keyakinan yang kukuh kepada pendidik dan guru dalam menghadapi rintangan dalam kehidupan. Dalam mendidik dan mengajar orang yang mempunyai pelbagai karenah, tingkah laku, tabiat, latar belakang dan sebagainya, seorang pendidik mesti bersabar dan tenang. Orang berilmu, mahir dalam ilmu agama dan beramal serta dekat hubungannya dengan Allah adalah seorang yang mampu mendidik manusia ke arah jalan yang benar.

2.MENGAWAL HAWA NAFSU.

Pendidik perlu membaiki dirinya sendiri dan mengawal hawa nafsunya. Pendakwah perlu membaiki dirinya terlebih dahulu. Contohnya, seorang pendakwah ingin membaiki seseorang daripada sifat bakhil.
Perkara yang penting bagi para pendidik Islam ialah mendalami dirinya sendiri dan seterusnya mengubati atau membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam dirinya. Hanya dengan cara itu pendidik dapat menjadi contoh yang baik kepada orang lain dan sekaligus menyebabkan orang lain mematuhi apa yang

3. KEYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN MENDAPAT KEPERCAYAAN MASYARAKAT.

Pendidik hendaklah meyakini dirinya sendiri, agamanya dan segala prinsip yang didakwahkannya. Pendidik perlu menjadi seorang manusia yang berhemah tinggi, mengasihani, menjaga hati orang lain, masyhur dengan kelakuan mengikut al-Quran dan al-sunnah serta beramal dengan kedua-duanya. Pendidik juga perlu mahir dalam ilmu usul tauhid serta mengetahui dalil dan hujah, menjadi sebagai doktor yang bijak mengubati penyakit jiwa manusia dan mampu menjadi penawarnya. Dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada diri pendidik, dia dapat dipercayai oleh masyarakat ketika menyampai ajaran

4. MENCINTAI DAKWAH DAN SEMANGAT BERKORBAN UNTUK MELAKSANAKAN DAKWAH.

Sifat ini adalah antara sifat yang patut dimiliki oleh seorang pendidik. Ia menunjukkan kecintaan pendakwah terhadap tugasnya tanpa berbelah bagi. Dakwah merupakan jalan yang benar dan ia tidak akan meninggalkan dakwah tersebut dengan begitu sahaja.

5. LUHUR DAN DIHORMATI.

Untuk menyampaikan ilmu agama dengan berkesan pendidik perlu memiliki sifat yang luhur dan tidak mudah terpengaruh dengan orang lain. Dengan sifat sedemikian. beliau akan sentiasa dihormati. Seorang bangsa Arab pernah bertanya kepada seorang lelaki penduduk Basrah tentang ketua mereka. Lelaki itu menjawab, Hassan al-Basri. Lelaki Arab itu bertanya lagi, Bagaimana dia mengetuai kamu semua? Lelaki itu menjawab, Manusia berhajatkan ilmunya, tetapi dia tidak mengingini balasan (wang) daripada mereka. Ini menunjukkan pendidik tidak boleh mendahulukan kehendak atau kemahuan dirinya sendiri serta bersifat mementingkan diri sendiri.

6. SABAR DAN TABAH MENGHADAPI KESUSAHAN.

Banyak halangan dan masalah yang perlu dihadapi seperti musuh-musuh Allah yang bertujuan menjauhkan mereka daripada Allah. Allah s.w.t. menguji kesabaran dan ketabahan para pendidik dengan memberi kesusahan dan ujian ketika ia melaksanakan tugasnya. Ujian tersebut adalah untuk membuktikan keikhlasan pendidik terhadap Allah s.w.t. dan membersihkan dirinya daripada perkara syubhah (buruk).
Nabi Nuh a.s. contohnya, tinggal bersama-sama dengan kaumnya lebih kurang 950 tahun, menyeru kaumnya ke jalan Allah tetapi mereka menutup telinga dan menyelubungi diri mereka dengan pakaian supaya mereka tidak mendengar dakwah

7. TAWADHU.

Tawadhu merupakan salah satu akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh setiap pendakwah.

Sifat tawadhu adalah lawan bagi sifat takbur. Maksiat pertama yang berlaku selepas Allah mencipta nabi Adam ialah sifat takbur yang menyebabkan iblis telah dihalau dari syurga Allah. Tawadhu adalah sifat rendah diri dan berkasih sayang terhadap sesama muslim. Sifat ini dapat membantu pendakwah menyatupadukan umat Islam dan menyuburkan perasaan kasih sayang. Segala tutur kata, perlakuan dan sifat-sifat mahmudah yang terpancar daripada pendakwah akan membuatkan ia disenangi dan menjadi contoh yang baik. Apabila pendakwah disenangi oleh orang lain, maka dakwahnya akan mudah diterima dan berkesan.

8. PENYANTUN

Pendakwah selalu bertemu dengan manusia yang mempunyai pelbagai perangai dan ragam yang berbeza. Pendakwah yang memiliki sifat penyantun akan berhadapan dengan manusia sebegini dengan hati yang terbuka dan berinteraksi dengan setiap orang dengan cara yang berkesan dan bermanfaat. Seseorang pendakwah itu perlu bersopan-santun apabila berhadapan dengan kejahilan orang yang jahil. Seseorang yang memiliki sifat ini tidak menggunakan kezaliman apabila mempertahan haknya. Modal pendakwah ialah modal agama, pendidikan yang betul dan kebijaksanaan, rasa tanggungjawab untuk mengetahui tabiat manusia, masyarakat dan alam sekitar serta mempunyai kesungguhan meneroka disiplin ilmu sesuai aktiviti dakwahnya.

Pendakwah amar makruf dan nahi munkar mesti bersikap

RENUNGAN Semoga kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang ikhlas kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan. Ingatlah, setinggi mana pun kedudukan kita, sebanyak mana harta yang kita ada dan semulia mana kita di sisi manusia, kita hakikatnya hanyalah hamba yang lemah dan tidak berdaya. Moga keikhlasan menjadi asbab untuk meraih redha ALLAH, Wallahua'lam. SEKIAN WASSALAM