Anda di halaman 1dari 43

SOLAT & RUKUN RUKUNNYA SERTA ISU ISU BERKENAAN

DISEDIAKAN OLEH :
NOR SAADAH BINTI JAMALUDDIN (1057) NOR ADIZA BINTI MOHD NAWI (0945) MAZLINA BINTI MD HASAN (1053)

NOOR FADILAH BINTI MOHAMAD ZAIDI (1035)


SITI NORDIANA WAHID (1058) NUR IZYAN BINTI ZAINUDDIN (1033) SITI HAFSAH HANIM BINTI MAHADI (1034)

PENGERTIAN SOLAT
Bahasa : Berdoa untuk kebaikan
Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka (Surah At-Taubah : 103)

Syarak : Solat adalah perkataan perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat syarat yang khusus

RUKUN SOLAT ADA 13 PERKARA

1) BERDIRI TEGAK / BETUL


Seseorang itu dianggap berdiri dengan sempurna apabila

dia berada dalam keadaan tegak.


Sekiranya dia membongkokkan tubuhnya tanpa sebab atau mudarat sehingga tangannya boleh menyentuh lantai, maka batal solatnya.

Andainya seseorang tidak boleh meluruskan belakangnya kerana terlalu tua @ sakit, memadai dia berdiri sekadar yang termampu

CONTOH BERDIRI TEGAK / BETUL

ISU BERKENAAN BERDIRI TEGAK


Adakah perlu berdiri ketika kita bersolat di atas kenderaan?
Berdiri tetap wajib dilakukan walaupun di atas kenderaan. Tetapi sekiranya tidak boleh berdiri atau sukar dan mungkin berbahaya jika berdiri, diharuskan duduk. Jika kenderaan itu besar seperti kapal laut @ kapal terbang, wajib berdiri

2) NIAT ((
Contoh Niat Solat Subuh

*
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam) dan abaikan perkataan ,jika sembahyang berjemaah.

ISU BERKENAAN NIAT


Sedang bersolat , tiba2 berasa was2 sama ada telah berniat atau belum atau timbul perasaan tidak pasti dengan niat ketika solat Zuhur, sama ada benar2 telah berniat untuk solat Zuhur atau Asar

Jawapan : Niat adalah rukun solat, jika was2 atau tidak pasti bererti solat anda adalah tidak sah dan perlu ulang semula. Kerana itu, disunatkan melafazkan dahulu niat sebelum takbiratulihram untuk mensabitkan hati dan mengelakkan kekeliruan.

Sedang A solat bersendirian, tiba2 B datang sebelah kanan (memegang & menepuk bahu kita) dan mengikut kita solat. Apakah sah solat makmum tersebut dan haruskah menepuk bahu? Solat B sah kerana tidak disyaratkan orang yang diikut sebagai imam dalam solat berniat sebagai imam, tetapi wajib orang yang mengikut imam itu berniat untuk menjadi makmum kepada imam tertentu Berkenaan menepuk bahu orang yang sedang solat adalah haram kerana ia boleh menggugat kekhusyukan dan mengganggunya ketika solat. Tambahan pula, seorang yg mnjadi imam tidak disyaratkan dia berniat menjadi imam. Hinggakan jika dia tidak tahu pun ada orang mengikutnya di belakang, sah solat orang yang mengikutnya.

3) Takbiratul Ihram ((
Syarat Syarat Takbiratul Ihram ; Ketika melafazkan takbir hendaklah berada dalam keadaan berdiri. Tidak sah takbir jika dilafazkan ketika belum sempurna berdiri atau ketika melangkah ke saf. Melafazkannya ketika menghadap kiblat Melafazkannya dengan bahasa Arab, tetapi jika tidak mampu kerana jahil, harus menggunakan bahasa lain Lafaz takbir yg diucapkan hendaklah boleh didengarinya sendiri. Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat sehingga mengganggu orang lain Niat solat hendaklah disertakan bersama dengan takbir ini. Tidak sah solat jika berniat terlebih dahulu sebelum takbir atau selepas takbir.

ISU BERKENAAN TAKBIRATUL IHRAM


Lafaz takbir ni kene kuat atau perlahan ? Lafaz takbir yang diucapkan hendaklah boleh didengarinya sendiri, oleh orang yang mempunyai pendengaran yang baik dan normal. Jangan terlalu perlahan seperti berbisik dan jangan pula terlalu kuat hingga mengganggu orang lain
Adakah mengangkat tangan ketika takbiratulihram itu wajib? Tidak wajib, kerana mengangkat tangan ketika takbiratulihram itu bukan rukun solat. Ia hanyalah sunat haiat (sunat yang dituntut) Boleh bertakbir sahaja tanpa mengangkat tangan. Tetapi lebih sempurna melakukan kedua-duanya serentak.

CONTOH TAKBIRATULIHRAM

Bolehkah berniat sambil bangun daripada duduk atau ketika bergerak ke dalam saf?

Antara syarat sah takbiratulihram ialah hendaklah berdiri dengan tegak.


Jadi, jika kita bertakbir dengan terburu buru hingga belum sempat berdiri dengan sempurna, tidak sah takbiratulihramnya dan rosak solatnya.

4) MEMBACA SURAH AL-FATIHAH


Membaca al fatihah ialah rukun solat dan tidak boleh sama sekali ditukarkan dengan surah surah lain Berdasarkan Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi S.A.W. bersabda :


Maksudnya : Tidak sah solat siapa yang tidak membaca AlFatihah. (Riwayat Muslim dalam kitab Sahih Muslim pada bab Solat : Wajib membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat)

ISU BERKENAAN AL-FATIHAH


Adakah diwaj`ibkan membaca Basmalah ( ( sebelum membaca surah al-Fatihah ketika dalam solat? Memang terdapat perbezaan pendapat dalam isu sama ada Basmalah sebahagian daripada ayat al-Fatihah atau tidak. Menurut Mazhab Syafii, Basmalah ialah salah satu ayat al-Fatihah dan ianya wajib dibaca. Ini jelas berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah a.s ;
Maksudnya : Jika kamu membaca Alhamdulillah, hendaklah kamu membaca . Ia (Al-Fatihah) adalah Ummul Quran dan Ummul Kitab, dan ia mempunyai tujuh ayat. adalah salah satu dari ayatnya. (Riwayat al-Darquthni)

5) RUKUK & THOMANINAH


Bacaan ketika rukuk Disunatkan membaca sebanyak 3 x Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-tarmizi daripada Ibn Masud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ;

Apabila seseorang daripada kamu rukuk, dan membaca


dalam rukuknya sebanyak 3 x, dia telah menyempurnakan rukuknya dan itu adalah sekurang kurangnya (rukuk). (Riwayat al-Tarmizi dalam kitab Sunan al-Tarmizi dalam bab Solat : Tasbih ketika rukuk dan sujud)

TERTIB MELAKUKAN RUKUK DENGAN SEMPURNA :


Rukuk hendaklah dilakukan dengan membongkokkan badan sehingga tangan dapat memegang lutut. Al Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Humaid al Saadi r.a. berkenaan dengan sifat solat Nabi S.A.W, katanya :


Maksudnya : Apabila Baginda rukuk, Baginda menekan kedua dua tangannya ke lututnya.

CONTOH RUKUK YANG SEMPURNA

Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan

ISU BERKENAAN RUKUK & THOMANINAH


Adakah solat terbatal jika saya terlupa atau tidak membaca apa apa semasa rukuk? Sekiranya rukuk dilakukan dengan sempurna beserta dengan thomaninahnya, solat adalah sah walaupun tidak membaca apa apa ketika rukuk. Ini kerana, bacaan dalam rukuk hanya sunat haiat, sedangkan rukuk itu sendiri ialah rukun

Melakukan Rukuk tanpa Thomaninah menyebabkan solat itu tidak sah. Ini kerana, Thomaninah itu sendiri adalah rukun yang apabila tidak dikerjakan akan mengakibatkan batal solatnya. Dari Abu Qatadah, dia berkata : Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : Pencuri yang paling buruk adalah orang yang mencuri solatnya, iaitu tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya dan tidak menyempurnakan kekhusyukannya. atau diperkirakan Baginda mengatakan .Tidak meluruskan tulang punggungnya ketika rukuk dan sujud.

Rasulullah S.A.W telah melarang melakukan solat seperti ayam yang mematokkan paruhnya untuk makan jagung. Baginda juga mengibaratkan bahawa solat seperti itu adalah solatnya golongan munafiqin.

6) ITIDAL ( & )THOMANINAH


Maksud Itidal :

Perbuatan berdiri yang memisahkan antara Rukuk dan Sujud.


Ia bukan sunat haiat tetapi ia merupakan salah satu rukun pendek yang wajib dilakukan dalam solat. Itidal ialah rukun solat yang pendek. Malah tidak harus memanjangkannya sehingga sama panjangnya dengan berdiri ketika membaca al Fatihah.

SYARAT SYARAT ITIDAL


Tiada niat lain ketika mengangkat kepala daripada rukuk melainkan untuk Itidal. Hendaklah berada dalam Thomaninah (berhenti sekejap) sekadar mengucapkan tasbih.

Tidak berdiri terlalu lama ketika Itidal sehingga menyamai atau lebih lama daripada berdiri membaca al Fatihah . Ini kerana Itidal ialah rukun yang pendek dan tidak harus dipanjangkan.

CONTOH ITIDAL

Allah mendengar orang yang memujinya

Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji

7) SUJUD & THOMANINAH


Anggota sujud ialah anggota anggota badan yang wajib dirapatkan ke tempat sujud ketika bersujud

Sebagaiman yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W ;


Maksudnya : Saya telah diperintahkan agar bersujud pada tujuh anggota : dahi, kemudian mengisyaratkan ke arah hidungnya, kedua dua tangannya, dua lutut dan hujung jari2 kaki. (Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin al Abbas dalam kitab Musnad Ahmad pada bab Permulaan Musnad Abdullah bin al-Abbas)

SYARAT SUJUD SEMPURNA


Dahi tidak berlapit ketika diletakkan di tempat sujud melibatkan 7 anggota ; dahi, dua tangan, dua lutut dan dua tapak ibu jari kaki. Hendaklah terangkat bahagian punggung sehingga melebihi kepala, sekadar yang termampu. Tidak sujud di atas kain atau pakaian yang bersambung dengan orang yang bersolat, sedangkan kain itu bergerak mengikut pergerakannya. Seperti serban @ jubah yang panjang

Samb.
Hendaklah bersujud semata mata kerana Allah S.W.T dan untuk melakukan rukun solat. Jika sujud kerana ditolak dari belakang, tiada sah sujudnya dan wajib dia mengulanginya. Hendaklah menekan dahi ke tempat sujud sekadar jika diletakkan segumpal kapas dibawahnya, ia akan tertekan dan nyata kesan tekanannya. Tidak harus menekan terlalu kuat hingga menyakitkan dahi, dan tidak sah sujudnya jika terlalu ringan

Berada dalam keadaan tenang (thomaninah) ketika sujud sekadar dapat mengucapkan tasbih.

PERBEZAAN RUKUK LELAKI DAN PEREMPUAN


Perempuan : Dikehendaki merapatkan kedua dua sikunya hingga ke rusuknya dan merapatkan lengan ke tempat sujud

Lelaki : Tidak dikehendaki merapatkan kedua dua sikunya tetapi perlu dikembangkan kedua dua tangannya

CONTOH SUJUD

Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

8) DUDUK ANTARA 2 SUJUD

CONTOH DUDUK ANTARA 2 SUJUD

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

9) DUDUK TAHIYAT AKHIR

10) MEMBACA TAHIYAT AKHIR

Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

11) MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W

ISU BERKENAAN TASYAHUD DAN SELAWAT KE ATAS NABI


Sekiranya dah duduk tahiyat akhir tetapi terlupa baca tasyahud dan terus memberi salam, adakah perlu mengulangi solat tersebut? Tidak perlu ulang solat, sebaliknya memadai anda kembali duduk tahiyat akhir membaca tasyahud dan selawat ke atas Nabi dan memberi salam sekali lagi Dan kemudian disunatkan melakukan sujud sahwi kerana meninggalkan rukun solat

Samb
Tidak memahami rukun2 solat ketika solat, sebagai contoh ketika bacaan tasyahud. Tidak sah solat orang yang tidak boleh menentukan rukun dan sunat dalam solat yang dikerjakannya.

Begitu juga solat yang dikerjakan dengan mengikut orang lain


Walaupun solatnya kelihatan sempurna, tetapi tidak pasti @ diketahui rukun dan sunatnya.

Samb
Rukun dan sunat dalam tasyahud yang kita baca setiap kali : bersembahyang adalah seperti berikut

Rukun 1 : Membaca Tahiyat . .

Samb
Rukun 2 : Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W . Sunat Abadh : Selawat ke atas keluarga Rasulullah S.A.W Sunat Haiat : Selawat ke atas Nabi Ibrahim a.s. dan )keluarganya ( selawat Ibrahimiyiah

12) MEMBERI SALAM

Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah

13) TERTIB
Tertib bermaksud melakukan semua rukun rukun solat ini secara teratur dan mengikut susunan. Bermula dari berdiri betul sehinggalah memberi salam

ISU BERKENAAN SOLAT


Terus sujud selepas baca al-Fatihah kerana tersasul Tertib dalam rukun rukun solat adalah wajib dan jika dengan sengaja mengubah tertibnya, batal solatnya. Tetapi jika berlaku secara tidak sengaja, gendaklah mengulangi semula rukun yang tertinggal. Dalam keadaan ini, berdiri semula dan kemudian rukuk, iktidal dan sujud. Disunatkan sunat sahwi selepas habis tasyahud akhir.

Samb
Terlupa baca doa qunut ketika solat subuh dan terlupa sujud sahwi Tidak perlu mengulangi solat subuh tersebut kerana doa qunut hanyasunat abadh dan bukan rukun, sujud sahwi juga hukumnya sunat bukan wajib. JIKA KITA TERTINGGAL SUNAT SUNAT ABADH, IA BOLEH DITAMPUNG DENGAN SUJUD SAHWI. TETAPI JIKA KITA TERTINGGAL RUKUN SOLAT, ANDA PERLU MENGULANGI SEMULA RUKUN YANG TERTINGGAL DAN DISUNATKAN SUJUD SAHWI.

Samb
Isu memakai minyak wangi beralkohol ketika solat Isu memakai telekung yang jarang/nipis


...... ...... Selamat Menambah Pengetahuan .Sekian