Anda di halaman 1dari 31

-MAINAN KEGEMARANKU-

Noryusmania Junaidi
E20101000826

Lu Min Jie E20101000735 Yap Peak Sian


E20101000893

Nur Ainsyah Abdullah


E20101000813

Khusainatul Firdaus
E20101000817

Teh Loo Ting


E20101000796

Junaidah Nordin
E20101000836

Roziah Mustafa
E20101000864

Aktiviti bacaan lantang (read aloud) merupakan aktiviti pembacaan lisan buku atau bahan bercetak yang dirancang mengikut tema atau topik yang dipelajari di dalam kelas. Antara faedah yang diperolehi menerusi aktiviti ini ialah dapat menggalakkan kanak-kanak meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dalam pemahaman dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis.

Menerusi aktiviti bacaan lantang (read aloud) pelajar dapat maklumat dan kemahiran yang mereka perlukan dalam hidup seperti : Pengetahuan antara huruf dan perkataan bercetak, Maksud perkataan, Fungsi buku dan kepelbagaian corak atau gaya penulisan, Pengetahuan dunia persekitaran, Perbezaan antara bahasa penulisan dengan bahasa seharian, Keseronokan membaca.

Guru perlu menyediakan diri selengkapnya. Memilih cerita yang sesuai, menentukan fokus cerita, memikirkan soalan-soalan yang dapat dikemukan. Guru perlu berlatih bercerita sebelum bercerita kepada kanak-kanak. Mengarah kanak-kanak untuk duduk dalam bulatan (circle time). Letakkan buku atau bahan bercetak di tengah bulatan kemudian suruh kanak-kanak untuk memilih buku yang mereka sukai (pilihan mengikut persetujuan majoriti) Ajukan soalan rutin untuk menarik perhatian dan minat mereka.

Guru perlu menerima cadangan kanak-kanak tanpa prejudis. Membantu kanak-kanak mengembara ke dunia imaginasi. Guru boleh menunjukkan contoh kanak-kanak bagi dijadikan panduan dan pedoman hidup. Beritahu mengenai pengenalan buku cerita atau bahan bercetak yang telah mereka pilih. Ketika bercerita terang atau tanya kepada kanak-kanak mengenai cerita atau apa yang ditunjukkan dalam buku atau bahan bercetak tersebut supaya kanak-kanak tidak bosan dan dapat berinteraksi antara satu sama lain.

Dapat memperkenalkan kosa kata baru yang bersesuaian dengan isinya. Aksi guru sebenarnya mustahak. Nada dan intonasi guru penting. Bertanya mengenai apa yang kanak-kanak rasai selepas aktiviti ini (perasaan atau pendapat). Nyatakan moral atau nilai murni yang diperolehi menerusi buku atau bahan bercetak terbabit.

Arahan
Perkenalkan tajuk buku iaitu Mainan Kegemaranku. Tanya soalan kepada kanak-kanak siapa ada mainan dirumah? Mainan apa yang mereka ada?

ARAHAN
Perkenalkan watak yang ada dalam gambar. Terangkan serba sedikit tentang apa yang dilakukan oleh watak Benjamin Bunny. Permainan apakah yang Benjamin Bunny main? Permainan yang Benjamin main ini menyeronokkan atau tidak?

ARAHAN
Siapa yang datang itu? Berdasarkan watak Danny Duckling, betul atau tidak cara dia masuk dalam rumah orang? Tunjukkan cara atau adab yang betul apabila kita mahu masuk ke rumah orang lain.

ARAHAN
Benjamin Bunny beri apa pada Danny Duckling? Bagus tak sifat berkongsi yang ditunjukkan oleh Benjamin Bunny?

ARAHAN
Benjamin tunjuk ke arah apa itu? Apa yang sedang Danny pegang?

ARAHAN
Danny menunjukkan ekspresi muka yang bagaimana? Sedih? Gembira? Kalau kamu berada di tempat Danny, apa yang akan kamu lakukan apabila kawan kamu tidak mahu berkongsi barang permainan?

ARAHAN
Ke mana Danny mahu pergi? Benjamin sedar atau tidak apa yang terjadi?

Benjamin telah sedar akan kesalahannya, pada pendapat kamu apa yang harus Benjamin lakukan untuk memperbetulkan keadaan?

Apa yang Benjamin lakukan? Bagaimana cara kumu untuk memujuk kawankawan kamu yang merajuk?

ARAHAN
Benjamin dan Danny main sama-sama tak? Kesudahan cerita ini apa? Apa nilai murni yang kamu perolehi?