Anda di halaman 1dari 12

PROSA MODEN

Ahli kumpulan :1)Nurdhiya Husna bt Baharin 2)Nor Hasimah bt Ahmad 3)Nur Fatin bt Mohd Fadzli

KONSEP

Merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa iaitu dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi.

CIRI-CIRI
Penulis Pengaruh Isi

Sifat
Cara bercerita

Bahasa

Ciri-ciri Penulis

Prosa Tradisional dianggap milik bersama

Prosa Moden Tercantum nama penulis, diakui milik pribadi Segala kehidupan manusia pada umumnya

Isi

Seputar kerajaan (berkait rapat dengan kehidupan dalam istana )


-Bahasa

Bahasa

Indonesia (sampai kapan lagi~) -Bahasa klasik (hatta, maka,) Panjang lebar dan lengkap tempatan, kedaerahan

Melayu

Cara Bercerita Sifat

Singkat, padat. lugas (langsung) Nasional, generalisasi (umum) Negara barat, terutama Belanda, Inggeris

Pengaruh

Arab, India, Persia

JENIS
CERPEN

NOVEL

DRAMA

CERPEN

Akronim bagi dua patah perkataan, iaitu perkataan cerita dan pendek. Diterbitkan di dalam akhbar dan majalah. Menjadi alat untuk mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu. Tidak membawa tema yang berat, bilangan watak terhad dan jumlah perkataan antara 500-5000 patah perkataan. Biasa mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama atau pusat penceritaan. Peristiwa dikembangkan dalam jarak masa terdekat. Memusatkan perkembangan watak kepada orang tertentu sahaja. Terdapat satu plot sahaja dan dikembangkan secara rapi, teliti dan tidak rumit.

NOVEL

Berasal daripada perkataan Itali, iaitu novella. Kisah yang dijalin dalam satu pola secara terperinci yang benar-benar berlaku atau kisah yang imaginatif ataupun cerita rekaan yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Merupakan prosa yang panjang, berkisar pada satu tema dan beberapa persoalan. Merangkumi tiga faktor utama yang berkait iaitu pengalaman peribadi, realiti hidup dan imaginasi.

DRAMA

Cerita berdialog atau cereka yang mengandungi konflik yang memaparkan kehidupan yang dilakonkan. Karya dipersembahkan oleh pelakon di atas pentas yang dikenali sebagai teater atau sandiwara atau yang dipersembahkan melalui radio, televisyen. Sejenis karangan cereka yang berbentuk prosa dan puisi yang mengandungi dialog dan menampilkan persoalan dalam realiti kehidupan.

Terbahagi kepada dua:

Drama bertulis sejenis karangan berdialog yang berbentuk prosa dan puisi. Boleh dipentaskan dan dinikmati pembaca Drama pementasan cerita atau kisah yang dilakonkan atau karya yang dipersembahkan oleh pelakon. Boleh ditonton dan memerlukan ruang pentas.

GAYA BAHASA

Merupakan teknik yang paling penting dalam penghasilan prosa moden. Gaya bahasa disebut juga sebagai style. Pengarang perlu mengambil perhatian dalam menentukan gaya bahasa yang sesuai.

Contoh gaya bahasa ialah:


Personifikasi

Memberikan sifat manusia kepada benda, keadaan atau suasana. Contohnya, angin waktu menyapa jendela.
Metafora

Membandingkan sesuatu dengan keadaan yang. Mempunyai dua perkataan. Salah satu daripadanya adalah konkrit dan satu lagi adalah abstrak iaitu tidak nyata atau menjadi pembanding. Contohnya, pohon-pohon menghijau embun bergantung dihujung daun.
Simile

Membandingkan sesuatu dengan jelas. Menggunakan perkataan seperti, bagai, umpama, ibarat, bak dan laksana. Contohnya ibarat si kera mendapat bunga.

Paradoks Melibatkan pertentangan yang dapat memberikan kebaikan. Contohnya, aku mati dalam hidup. Hiperbola Membawa kepada pernyataan yang berlebih-lebihan. Untuk menekankan suatu pandangan, pemikiran sera perasaan. Contohnya, telinganya tajam, kecil, warna batu besi, tompok-tompok putih berbunga di perut, dahi talamnya menerima jalur Inversi Bahasa terbalik sehingga menyimpang daripada tatabahasa. Contohnya, yang mengajar makna berani katanya. Sepatutnya diungkapkan sebagai yang mengajar katanya makna berani. Metonimi Kata-kata melambangkan status atau pangkat seperti mahkota melambangkan kedaulatan raja dan tiga calit bermaksud sarjan

Anda mungkin juga menyukai