Anda di halaman 1dari 53

TAJUK 1 Budaya dan Kepelbagaian Kelompok Manusia

Objektif: 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia 2. Menghuraikan jenis dan demografi kelompok

Apakah yang anda faham tentang budaya? Beri definisi yang anda tahu.
Cuba anda terangkan apakah aspek kepelbagaian kelompok di tempat anda?

Budaya
Boleh ditakrifkan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat; tamadun; peradaban Budaya adalah cantuman perkataan Bahasa Sanskrit Buddhi yang bermaksud kecergasan fikiran atau akal dan perkataan Melayu Daya yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Kata jamaknya buddhi ialah Buddayah yang membincangkan perkara yang berkaitan budi dan akal manusia.

Budaya
Cantuman kedua-dua perkataan buddhi dan daya bermakna kebolehan individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiraan ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan serta menyelesaikan masalah tersebut Penyelesaian yang di ambil boleh diterima oleh semua ahli masyarakat dan menjadi amalan bersama

Pengertian Budaya
Sebagai konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lainlain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat (Edward B. Taylor)

Pengertian Kebudayaan
Keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan berbeza dalam masyarakat yang berlainan. Aspek yang sama wujud iaitu bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, kesenian dll. Kesamaan ini dipanggil pola kebudayaan sejagat

Pengertian Culture
Bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan oleh masyarakat Budaya diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang baru Budaya boleh diwarisi walaupun boleh menerima perubahan

Definisi Budaya
Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa penggerak jiwa. Manusia mempunyai kemampuan menggunakan segala tenaga sama ada fizikal atrau rohani ke arah menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat dan nilai yang diingini. Hasrat dan nilai perlulah diterima oleh masyarakat. Ini membentuk norma dalam masyarakat. (Nik Safiah Karim)

Definisi Budaya
Kamus Dewan (2005) mentakrifkan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat rsam, sikap dan nilai.

Definisi Budaya
Dictionary of Philosophy (1996) Budaya sebagai way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, ats, sciences, modes of perceptions, and habits of thoughts and activities. Mohd Taib Osman (1988) budaya sebagai suatu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan masyarakat serta menyesuaikannya dengan alam sekeliling

Definisi Budaya
E.B. Taylor Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan L.A.White menjelaskan budaya ialah satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek, idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol. Tingkah laku dan nilai itu diterima oleh masyaraakat secara kolektif.

Kesimpulan Definisi Budaya


Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Dari segi istilah budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi Budaya boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat Budaya adalah warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka

Budaya dalam konteks pendidikan


Sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat Budaya dalam masyarakat mempengaruhi budaya di sekolah Tanggungjawab guru untuk menerapkan nilai material dan bukan material mengikut acuan masyarat Malaysia Murid yang keluar dari sistem persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum

Budaya dalam konteks pendidikan


Sekolah harus berusaha menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum Guru seharusnya berupaya merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran untuk melahirkan murid yang bakal mampu memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat Status sekolah sama ada sekolah berasrama penuh atau sekolah harian tidak harus membezakan penerapan budaya

Kategori Pola dalam Budaya


Wajib iaitu individu hanya mempunyai satu

cara dan tiada pilihan lain dan perlu patuh kepada pola sedia ada Preferred iaitu lebih digemari. Ada beberapa pilihan tetapi satu darpadanya lebih digemari Tipikal iaitu ada beberapa cara melakukannya tetapi tidak satupun digemari tetapi satu daripadanya lebih kerap dilakukan

Sambungan
Altenatif iaitu ada beberapa cara

melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari Terhad iaitu cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja

Budaya dalam aspek kepelbagaian kelompok murid


Lokasi Pekerjaan ibu bapa Pendidikan yang diterima Status ekonomi Sosial Keturunan Kuasa politik Bangsa Bahasa Adat resam Kepercayaan Jantina

Ciri-ciri Budaya sesuatu kelompok


Boleh dipelajari Boleh dikongsi Bersifat sejagat Boleh diwarisi Sentiasa berubah Mempunyai unsur simbolik Mempunyai pandangan semesta

Pembentukan Identiti Nasional


Guru perlu menerapkan budaya yang relevan supaya murid boleh menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Perlu ada usaha untuk proses penyatuan etnik di bawah satu bentuk identiti nasional Malaysia meletakkan perpaduan nasional sebagai matlamat akhir Penyatuan bukan hanya berbentuk zahir atau luaran sahaja Masyarakat Malaysia hendaklah bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional

Jenis dan Demografi Kelompok


Didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaraan tertentu Kelompok boleh bersifat formal dan bukan formal Kelompok formal merujuk kepada kelompok yang ditetapkan oleh struktur organisasi untruk menjalankan tugas-tugas dan diarahkan untuk tujuan organisasi

Jenis- jenis kelompok


Kelompok tugas bersama-sama menjalankan tugas Kelompok Kepentingan individu yang bekerjasama untuk sasaran khusus Kelompok persahabatan kelompok yang ditetapkan untuk bersama kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama

Alasan bergabung dalam kelompok


Keamanan boleh mengurangkan rasa tidak aman dalam diri dan lebih bersedia menentang halangan Status dipandang penting apabila diberikan status Harga diri menambah harga diri jika diterima sebagai anggota kelompok Afiliasi - dapat memenuhi keperluan sosial Kekuatan memperolehi kekuatan yang tidak dapat dicapai secara individu Pencapaian tujuan menyelesaikan tugas rutin yang ada kepentingan bersama

Ciri ciri Pengelompokan Masyarakat Melayu


SUB-ETNIK

JAWA LAIN-LAIN

BUGIS

MINANG

BANJAR

KELOMPOK RAS DALAM MASYARAKAT


HOMO-SAPIENS

JENIS-JENIS RAS CAUCASOID MONGOLOID NEGROID AMERICAN INDIAN AUSTROLOID

CAUCOSOID- Orang Eropah Putih


Bibir nipis Kulit putih Mata besatr Rambut lurus Tinggi Hidung mancung

NEGROID- Orang Negro Hitam


Bibir tebal Kulit hitam Mata besar Rambut kerinting Tinggi Kaki kurus

MONGOLOID- Orang Asia Kuning


Hidung kurang mancung Kulit berwarna Rambut lurus atau kerinting Mata agak kecil Badan kecil

AMERICAN INDIAN- Orang Asli Amerika Red Indian


Kulit merah Rambut lurus Hidung sederhana Bentuk muka bersegi Mata besar

AUSTROLOID- Orang Asli Australia kelabu


Kulit kelabu Rambut kerinting Hidung besar Mata besar

Masyarakat Malaysia?
Masalah membentuk rasa khusus di Malaysia sebab: Perbezaan capaian Jurang sosial Pengekalan identiti Monopoli Budaya Prasangka Ethnocentrisme Sterotaip

Definisi Demografi
Dari bahasa Yunani Demos yang bermaksud rakyat atau penduduk sesuatu kawasan Grafein bermaksud menggambar atau menulis tentang sesuatu perkara Demografi sebagai tulisan atau karangan tentang rakyat atau penduduk sesuatu lokasi

Demografi kelompok
Analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk sesuatu lokasi Kajian ini meliputi soal fertiliti atau kelahiran, mortaliti (kematian), perkahwinan serta migrasi penduduk Kajian juga menunjukkan perubahan komponen di atas mengikut masa dan pengaruh saiz dan taburan penduduk manusia

Tujuan mengkaji Demografi kelompok


Pembangunan ekonomi kelompok sesebuah lokasi untuk kesejahteraan rakyat Aspek pendidikan yang boleh membangunkan ekonomi penduduk Keterbatasan sumber, pilihan dan mengambil keputusan ekonomi

Demografi Kelompok di Malaysia


Penduduk Malaysia tahun 2006 berjumlah 26.64 juta. Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Lain-lain iaitu Orang Asli, Sikh dan etnik di Sabah dan Sarawak (14%) Umumnya Melayu dirujuk sebagai penduduk asal rantau alam Melayu ini Kelompok-kelompok kecil Melayu seperti Jawa, Minang, Krinci, Bugis dll berusaha membina kelompok masing-masing dan menjadi sub-budaya bagi budaya Melayu Menurut Perlembagaan Malasia, Melayu iailah berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam

Orang Melayu
Orang Melayu berasal daripada keturunan mereka yang mendiami kepulauan Nusantara Orang Melayu telah membina asas peradaban yang mantab sebelum bertembung dengan dengan peradaban India dan Islam. Tamadun Islam memperkukuhkan peradaban Melayu. Namun perdaban yang datang tidak menghilangkan identiti budaya Melayu. Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi berpunca dari dasar penjajah British Orang Melayu kuat dari segi pegangan politik

Orang Cina
Kehadiran orang Cina sejak Kesultanan Melaka Kedatangan secara besar-besaran berikutan penemuan bijih timah sekitar 1884 Penghijrahan orang Cina akibat kesukaran hidup di negara China, keadaan politik tidak stabil, kemudahan berhijrah dll. Orang Cina mrenguasai ekonomi melalui perniagaan Mula bergiat dalam politik selepas perang dunia ke-2

Orang India
Mula datang melalui perdagangan Penghijrahan sebagai buruh di ladang tebu dan sebagai pembantu demostik Penghijrahan besar-besaran untuk bekerja di estet-estet. Ramai terlibat dalam bidang guaman, perubatan dan perniagaan Majoriti datang dari India selatan dan beragama Hindu. Ada juga yang beragama Islam

Peribumi Sabah dan Sarawak


Di Sabah terdapat 23 suku kaum seperti Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Orang Brunei. Di Sarawak suku kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit Suku kaum di Sabah dan Sarawak dibezakan oleh kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya

Orang Asli
Boleh dibahagikan kepada tiga rumpun iaituSenoi, Negrito dan Melayu Asli. Terdapat 18 suku kaum dari 3 rumpun tersebut Ekonomi majoriti Orang Asli berasaskan pertanian sara diri Sebahagian besar Orang Asli beragama animisme Tahap pendidikan Orang Asli amat rendah berbanding kelompok etnik yang lain

Proses menyepadukan kepelbagaian kelompok


1. Proses Integrasi Proses integrasi dengan perasaan dipunyai dan mempunyai antara ahli masyarakat Meletakkan perpaduan nasional sebagai matlamat akhir Matlamat akhir proses penyatuan ialah membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti nasional

Proses menyepadukan kepelbagaian kelompok


2. Proses Segregasi Proses integrasi merupakan hubungan yang bersifat pemisahan antara etnik di dalam sebuah negara seperti pemisahan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam

Proses menyepadukan kepelbagaian kelompok


3. Akomodasi Satu keadaan apabila satu kelompok yang berkonflik berhenti untuk menghentikan dan mengelakkan konflik apabila ada interaksi secara aman Mereka menyedari norma dan nilai antara satu sama lain Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain Contoh: Di Switzerland etnik Jerman, Itali dan Perancis sering membuat penyesuaian dan hidup dalam keadaan aman

Proses menyepadukan kepelbagaian kelompok


4. Akulterasi Proses yang dikenali sebagai asimilasi budaya Terjadi apabila kelompok minoriti menerima norma, budaya, nilai dan pola tingkah laku golongan majoriti Proses ini meminjam atau menerima unsurunsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal

Proses menyepadukan kepelbagaian kelompok


5. Asimilasi Proses cantuman dan penyatuan antara kelompok dan individu yang berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai persamaan identiti

Proses menyepadukan kepelbagaian kelompok


6. Amalgamasi Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama proses amalgamasi ialah melalui perkahwinan campur

Faktor-faktor halangan integrasi antara budaya


Kejahilan tentang kumpulan etnik yang lain Proses pemasyarakatan yang terbatas Politik perkauman Perbezaan sosio-ekonomi Perbezaan kebudayaan Segregasi atau pemisahan fizikal

Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk


1. Usaha politik Perlembagaan yang menggariskan kesamarataan kaum. Seperti peruntukan memberi perlindung kepada kumpulan kaum tertentu Contoh hak keistimewaan orang melayu Akta-akta yang menjaga persefahaman anta kaum Akta mencegah isu-isu sensitif seperti Akta Hasutan

Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk


2. Usaha ekonomi Memperbaiki ekonomi tanpa mengira kaum Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum Mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi Penubuhan agensi kerajaan untuk membantu orang melayu

Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk


3. Usaha Sosial dan Kebudayaan Memperkenalkan konsep kebudayaan nasional Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi dalam sistem pendidikan Mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi Penubuhan agensi kerajaan untuk membantu orang melayu

Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk


4. Pendidikan Murid perlu diberi kesedaran tentang memahami hubungan etnik Murid diberi peluang untuk memupuk hubungan antara etnik Guru memain peranan penting untuk memupuk semangat muhibah antara kaum Mengadakan aktiviti dalam program RIMUP

Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk


5. Perana Agensi Kerajaan Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Rukun Negara sebagai Ideologi Kebangsaan Dasar Ekonomi Baru Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Integrasi antara wilayah Usahasama badan-badan swasta, sektor komuniti dan ahli politik

Kesimpulan
Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain Oleh sebab terdapat kepelbagaian kelompok di Malaysia, guru perlu memberi pendidikan kepada semua murid tanpa pilih kasih Setiap murid diterapkan dengan nilai murni kaum yang lain supaya dapat menerima aspek perbezaan ang terdapat dalam masyarakat Murid perlu diberi kesedaran terhadap perbezaan etnik Perasaan kekitaan dapat diserap melalui perbagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran

Refleksi
1. Senaraikan empat ciri-ciri budaya? 2. Senaraikan faktor-faktor penghijrahan orang

Cina ke Malaysia? 3. Bagaimana proses pertembungan dan penyesuaian berlaku dalam masyarakat negara kita? 4. Apakah usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi etnik?

Anda mungkin juga menyukai