Anda di halaman 1dari 15

BAB 2 : NUTRISI

UJIAN MAKANAN

Tajuk: Ujian Makanan


Tujuan: Menguji kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak

Bahan: Larutan kanji, larutan iodin, larutan Benedict, larutan albumen, larutan glukosa, reagen Millon, minyak masak, etanol dan air

Radas: 4 tabung uji, 3 penitis, penunu Bunsen, bikar, kasa dawai, kertas turas, tungku kaki tiga. Prosedur: 1. Bahagikan kelas kepada lima kumpulan 2. Setiap kumpulan pelajar perlu menjalankan satu atau lebih ujian berikut,

A. UJIAN IODIN (KANJI)


1. Perhati dan rekodkan warna larutan iodin. 2. Isi tabung uji dengan sedikit larutan kanji. 3. Tambah setitis larutan iodin kepada larutan kanji seperti rajah
Larutan iodin

Larutan kanji

Perhati dan rekodkan warna larutan iodin selepas menambahkannya kepada larutan kanji.

B. UJIAN BENEDICT (GLUKOSA)


1. Isi tabung uji sehingga suku penuh dengan larutan glukosa. 2. Tambahkan larutan Benedict dengan jumlah yang sama kepada larutan glukosa dalam tabung uji. Goncang campuran tersebut. 3. Perhati dan rekodkan warna mendakan (jika ada) dalam campuran tersebut. 4. Panaskan tabung uji tersebut dalam kukus air kira-kira 5 minit seperti dalam rajah.

B. UJIAN BENEDICT (GLUKOSA)

Air

Larutan Benedict + larutan glukosa

5. Perhati dan rekodkan warna mendakan (jika ada) dalam campuran yang telah dipanaskan itu.

C. UJIAN MILLON (PROTEIN)


1. Isi tabung uji sehingga suku penuh dengan larutan albumen. 2. Tambahkan beberapa titis reagen Millon kepada larutan albumen. Goncang campuran tersebut. 3. Perhati dan rekodkan warna mendakan (jika ada) dalam campuran tersebut. 4. Panaskan tabung uji tersebut dalam kukus air kira-kira 5 minit seperti dalam rajah.

C. UJIAN MILLON (PROTEIN)

Air

Larutan albumen + Reagen Millon

5. Perhati dan rekodkan warna mendakan (jika ada) dalam campuran yang telah dipanaskan itu.

D. UJIAN TOMPOK GRIS (LEMAK)


1. Letakkan satu titis kecil minyak pada sekeping kertas turas. 2. Pegang kertas turas tersebut menghadap cahaya. Perhatikan tompokan lut cahaya pada kertas turas yang disebabkan oleh minyak. 3. Selepas 10 minit, pegang kertas turas tersebut menghadap cahaya. Perhati dan rekodkan sama ada tompokan lut cahaya kekal dan tidak berubah atau hilang.

E. UJIAN EMULSI (LEMAK)


1. Isi tabung uji dengan etanol sehingga suku penuh. 2. Tambahkan 5 titis minyak. Goncangkan campuran tersebut. Biarkan campuran dalam keadaan menegak selama 5 minit. 3. Perhati dan rekodkan sama ada campuran tersebut jernih atau keruh. 4. Isi tabung uji dengan air sehingga suku penuh.

E. UJIAN EMULSI (LEMAK)


5. Tambahkan 5 titis minyak. Goncangkan campuran tersebut. Biarkan campuran dalam keadaan menegak selama 5 minit. 6. Perhati dan rekodkan sama ada campuran tersebut jernih atau keruh.

KEPUTUSAN
UJIAN MAKANAN PEMERHATIAN Warna larutan iodin: Warna larutan iodin yang ditambah larutan kanji: .. Campuran sebelum dipanaskan: Campuran selepas dipanaskan: Campuran sebelum dipanaskan: Campuran selepas dipanaskan:

Ujian Iodin (kanji)

Ujian Benedict (glukosa) Ujian Millon (protein)

Ujian tompok gris (lemak)

Tompok lutcahaya pada kertas turas:


Campuran minyak dan etanol selepas digoncang dan dibiarkan tegak: .. Campuran minyak dan air selepas digoncang dan dibiarkan tegak: ..

Ujian emulsi (lemak)

ANALISIS
1. Namakan satu bahan makanan yang boleh digunakan untuk menggantikan setiap bahan berikut dalam aktiviti ini.
a) b) c) d) Kanji: . Glukosa: .. Albumen: Lemak: ..

2. Mengapa amat penting untuk kita jalankan semua ujian makanan untuk menentukan kelas makanan bagi nasi ayam?

ANALISIS
3. Ujian manakah dalam aktiviti ini yang sering digunakan dalam rawatan diabetis dan mengapa?
.. .. .. ..

Larutan iodin digunakan untuk menunjukkan kehadiran .. Larutan Benedict digunakan untuk menunjukkan kehadiran .. Reagen Millon digunakan untuk menunjukkan kehadiran .. Tompok lut cahaya pada kertas turas digunakan untuk menunjukkan kehadiran .. Ujian emulsi digunakan untuk menunjukkan kehadiran ..

Anda mungkin juga menyukai