Anda di halaman 1dari 15

PERBEZAAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

DISEDIAKAN OLEH:
RODZIAH & NURUL ATIKAH

1.Maksud pentadbiran
Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration

Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasimanusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran ialah sumber asas dan sumber yang paling penting.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya

yang bertajuk Administration of Public Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut pautdengan mengenalpasti,menyelenggarakan,merangsa nag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material ke dalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan.

Maksud pengurusan
Stoner(1984) mengatakan pengurusan adalah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usahaahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk

mencapai matlamatyang ditentukan Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikanialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagaibagai anggota bagimemenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

2.Tugas pentadbiran
L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )menyenaraikan tugas-

tugas pentadbiran sebagai POSDCORB . 1) Merancang (planning) - iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan caramelaksanakannya. 2) Mengelola(organizing), -iaitu membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang. 3) Mengisi tenaga(staffing) -iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik pengawai baru atau melatih pegawai yang sedia ada dan juga mengatur suasanatempat kerja yang memuaskan.

4) Mengarah (directing) - aitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dantunjuk ajar kepada kakitangan. 5)Menyelaras(coordinating ) - iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasanatau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. 6)Melapor (reporting ) -iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. 7)Merangkakan belanjawan (budgeting) - iaitu mengendalikan urusan kewangandari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan.

Tugas pengurusan
Secara umumnya pengurusan pendidikan di

sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu salingmelengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang

amat istimewa kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama. Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan.

Indikator kualiti itu berkait rapatdengan keupayaan

Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibatdalam pasaran kerja ( job market ), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itumemiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang. Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang

Peranan Guru Besar


Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah:
memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah

Pendidikan Negarayang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR. membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketikamelaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yangdijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut. memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas

kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah. untuk bekerja dengansemangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.

membimbing dan mendorong serta meransang guru

menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada

segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dankokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan

Maksud efektif
Kamus Pelajar DBP Cetakan Kesebelas (1994) bermaksud sesuatu yang mendatangkan kesan

atau hasil yang diharap-harapkan. Definisi dari kata efektif yaitu suatu pencapaian tujuan secara tepat atau memilih tujuan-tujuan yang tepat dari serangkaian alternatif atau pilihan cara dan menentukan pilihan dari beberapa pilihan lainnya. Misalnya jika suatu pekerjaan dapat selesai dengan pemilihan cara-cara yang sudah ditentukan, maka cara tersebut adalah efektif.

Maksud efisien
Efisien adalah penggunaan sumber daya secara

minimum guna pencapaian hasil yang optimum. Efisien menganggap bahwa tujuan-tujuan yang benar telah ditentukan dan berusaha untuk mencari cara-cara yang paling baik untuk mencapai tujuantujuan tersebut. Efisienhanya dapat dievaluasi dengan penilaianpenilaian relatif, membandingkan antara masukan dan keluaran yang diterima. Misalnya suatu pekerjaan dapat dikerjakan dengan cara A dan cara B. Untuk cara A dapat dikerjakan selama 1 jam sedangkan cara B dikerjakan dengan waktu 3 jam. Dengan begitu dengan cara A dikatakan cara yang efisien bila dibandingkan dengan cara B.

Maksud etika
Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos, yang berarti watak

kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, yaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang berarti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari hal-hal tindakan yang buruk.

Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan seharihari terdapat perbezaan iaitu moral atau

moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Etika adalah ilmu yang menerangkan perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia sejauh yang dapat difahami oleh pemikiran manusia. Contohnya etika perguruan

Anda mungkin juga menyukai