Anda di halaman 1dari 28

WAN AL AZIM B.W AZMAN MOHD SAIFUL B. OTHMAN TARMIZI B.

HANAFIAH

Definisi Sukan Rekreasi:


Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pastipelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Konsep Sukan Rekreasi


Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka.

Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.

Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukaninteraksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antarasatu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilainilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dantoleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murniyang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita.

Objektif Program Sukan Dan Rekreasi


Seseorang yang kompeten serta mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dan mantap dalam bidang pendidikan sukan dan rekreasi. Seseorang yang berdaya saing serta mampu menangani masalah berkaitan pendidikan sukan dan rekreasi. Seseorang yang berkebolehan untuk menjadikan pengetahuan pendidikan sukan dan rekreasi sebagai satu keperluan sepanjang hayat

Seseorang yang bertanggungjawab untuk meningkatkan pengetahuan tentang sukan dan rekreasi kepada masyarakat umum. Seseorang yang mampu merancang, mengurus dan mengendalikan program serta prasarana sukan dan rekreasi

Seseorang yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bidang sukan dan rekreasi dalam merancang, melaksanakan dan menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan/latihan Seseorang yang holistik serta berpandangan global dan membentuk perkembangan fizikal, emosi, rohani dan intelek.

Dasar sukan Negara


Sukan Massa (Sukan Untuk Semua) adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untukmenggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan sematamata untuk pertandingan di Peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa.

Visi
Mewujudkan satu masyarakat sihat, cergas, dan ceria bagi menuju Wawasan 2020 dan juga mewujudkan satu masyarakat 'peserta' dan bukan 'penonton'.

Misi
Pembangunan, pengembangan dan pemeliharaan sukan dan rekreasi dan mengalakkan penglibatan masyarakat dalam kegiatan sukan, rekreasi dan sosial bagi mencapai kesihatan dan kecergasan fizikal serta kesejahteraan mental untuk meningkatkan perasaan muhibah di kalangan rakyat melalui sukan.

Objektif
Membudayakan dan mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi ke arah kecermerlangan sukan di semua peringkat.

Matlamat
Sukan dan rekreasi merupakan wahana untuk membentuk keperibadian individu dan rakyat yang cemerlang. Untuk memperkenal, menggalak dan memberi peluang penyertaan yang lebih merata kepada masyarakat termasuk di kampung dan di bandar menikamati dan menyertai kegiatan sukan dan rekreasi.

Kegiatan sukan dan rekreasi yang dilaksanakan akan dapat mengisi dan menyokong wawasan 2020 ke arah menangani masalah dan mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni dalam pembentukan generasi muda yang berwawasan. Program pembangunan sukan dan rekreasi yang dapat menyediakan kemudahan kesukanan dan riadah untuk mencapai kecergasan fizikal dan mental di kalangan rakyat.

Strategi
Untuk menjadikan sukan sebagai satu keseronokan dengan penyertaansecara sukarela. Memupuk dan membina semangat sukarela dalam penyertaan aktiviti sukan dan rekreasi. Meningkatkan kepakaran sumber manusia dalam Pembangunan dan Pengurusan Sukan.

Rekreasi
Sejak beberapa dekad ini, rekreasi telah menjadi salah satu aspek penting dalam kehidupan harian yang serba moden ini. Ini semua disebabkan pertambahan masa lapang, perkembangan ekonomi yang baik, minat mendalam individu terhadap sukan yang memberi dorongan kepada kerajaan membina tempat-tempat beriadah, berekreasi dan bersukan.

Definisi dan konsep


Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.

Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Kesenggangan pula membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu.

Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang.

Rekreasi aktif
Aktiviti-aktiviti rekreasi aktif banyak melibatkan kegunaan fizikal berbanding rekreasi pasif. Dengan erti kata lain, rekreasi aktif menggunakan lebih tenaga.

Ciri ciri rekreasi aktif


Kegiatan sukan, sama ada sebagai pemain atau penonton golf, bola sepak, berenang, bermain tenis, boling, gimnastik. (b) Rekreasi luar suka membawa kereta, bersiar di tepi pantai, berjalan atau berkelah. (c) Melancong lebih dari satu malam membuat perjalanan yang jauh, lawatan, cuti hujung minggu dan bercuti.

Sumbangan kepada gaya hidup sihat


Anggota tubuh badan kita sentiasa bergerak Menyebabkan badan anda berpeluh, membakar kalori dan mengurangkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Boleh meningkatkan stamina Rekreasi aktif menggunakan ketahanan kardiovaskular atau aerobik. Rekreasi aktif juga dapat membantu dari segi emosi.

Rekreasi pasif
Aktiviti-aktiviti rekreasi pasif mempunyai perbezaan dengan rekreasi aktif di mana ia banyak melibatkan aktiviti relaksasi.

Ciri ciri rekreasi pasif


Aktiviti yang dibuat di rumah menonton TV, membaca, mendengar muzik, bercucuk tanam dan melakukan hobi lain. (b) Aktiviti berunsur sosial yang tinggi menghibur atau melayan kawan atau saudara, makan di luar dan menghadiri majlis keramaian. (c) Aktiviti kebudayaan, pembelajaran dan minat kepada perkara-perkara artistik pergi teater, konsert, pameran dan muzium.

Sumbangan kepada gaya hidup sihat


Memberikan keseronokan atau hiburan kepada seseorang dari segi psikologi Rekreasi pasif juga memupuk semangat perpaduan kerana ia menggalakkan pergaulan dengan orang ramai. Merapatkan perhubungan sosial anda dengan keluarga, rakan dan masyarakat.

Langkah langkah dan prosedur keselamatan sewaktu berekreasi


Pakai pakaian yang sesuai. Mesti mengetahui tahap kesihatan sebelum menyertai aktiviti-aktiviti sebegini. Pastikan kelengkapan atau peralatan yang digunakan mencukupi. Pastikan peralatan atau kemudahan yang digunakan selamat dipakai.

Pastikan keadaan persekitaran selamat. Sediakan peti kecemasan dan catatkan nombor ambulans. Sentiasa ikut peraturan yang disediakan.

AHLI KUMPULAN
WAN AL AZIM AZMAN MOHD SAIFUL OTHMAN TARMIZI HANAFIAH

Anda mungkin juga menyukai