Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN EDU 3109 :

BAB 5 INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

PENDAHULUAN:
Menerangkan inovasi dan perubahan dalam pendidikan Mengenal pasti pelbagai strategi pengajaran inovatif dalam pendidikan Mengaplikasikan strategi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran Menghuraikan pelbagai cara penggunaan teknologi dalam pengajaran Mengenal pasti ciri- ciri dalam perkembangan persekitaran pembelajaran

PENGENALAN
Pada abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).Oleh itu , Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program pembangunann pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan , celik ICT , berkemahiran dan berakhlak mulia . (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan : 2007)

Justeru , para guru sebagai pelaksana dasar kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk berubah dengan mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada sesuatu yang kreatif dan berinovatif. Guru perlu berperanan sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperolehi sendiri oleh pelajar melalui pelbagai media elektronik dan media cetak. Guru perlu sentiasa menyiapkan diri untuk menghadapi masa depan yang sentiasa mencabar melalui aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah.