Anda di halaman 1dari 35

PKP 3104 Tutorial: 26 Julai 2012

Disediakan oleh: Thia Becca

Strategi Mengatasi Masalah Pengamatan


Latih Tubi

Terapi

Ulangan

TEKNIK LATIH - TUBI


Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu. Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat faktafakta penting.

Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataanperkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent) menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. II. Tatabahasa (grammar) penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary) meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. IV. Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

V. Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Kaedah Terapi
Maksud: Membantu murid bergerak balas terhadap aktiviti satu kemahiran Kepentingan terapi: i. Tingkat daya pengamatan ii. Merangsang murid bertindak balas positif iii. Murid dapat menguasai kemahiran psikomotor

Fisio Alternatif Kuda

Main

Pasir

Jenis Terapi
Air/Hidro Seni

Cara Kerja

Pertuturan

Muzik dn Pergerakan Kreatif

Teknik Pengulangan
Sesuatu pengetahuan atau kemahiran , setelah dipelajari hendaklah diulang-ulang bagi menjamin kekekalan pembelajaran. Dengan itu, konsep konsep yang dipelajari haruslah diulang kaji dari semasa ke semasa.

Definisi UD
UD bermaksud satu ujian untuk mencari, mengenal pasti dan mengesan kesukarankesukaran serta kekuatan-kekuatan seseorang murid secara terperinci dan teliti dalam kemahiran-kemahiran asas mata pelajaran BM.

Objektif Pembinaan UD
i. Bantu guru menganalisis kelemahan murid dalam sesuatu m/p atau kemahiran. ii. Guru dapat mengetahui sebab-sebab kelemahan tersebut berlaku. iii. Guru dapat melihat kekuatan murid dalam aspek akademik.

Ujian Diagnostik Pengamatan Penglihatan

Pertalian jarak atau kedekatan

Lengkapan atau litupan

Keserupaan

Masalah Pengamatan

Kesinambungan atau turutan

Pengamatan bersama

Bentuk mengatasi latar

Pertalian jarak atau kedekatan


Objek-objek yang dekat dalam rajah dianggap sebagai 1 set. Hasil pengamatan ialah gelas yang retak. Bahagian A dan bahagian B adalah daripada objek yang sama.

Sebaliknya, jika keduadua bahagian gelas ini dipisahkan dengan jauh, ia dianggap sebagai 2 objek yang berasingan. Bahagian B tidak dianggap sebagai sebahagian daripada bahagian A.

Atas dasar kemiripan inilah abjad-abjad dalam perkataan diamati sebagai sebahagian daripada perkataan. A, d, I dan k adalah dalam satu set atau kumpulan; begitulah seterusnya. Jika pengamatan cacat, ada kemungkinan kemiripan pengamatannya juga cacat. Oleh itu, ayat tersebut boleh diamati sebagai

Keserupaan
Contoh: Pengamatan Penglihatan (Cacat)

Kesemuanya dianggap sama.

Contoh: Sepuluh ekor beruang pergi berjalan-jalan. Seekor lari pulang, tinggal hanya sembilan.

Pengamatan cacat:
Sepuluh eker perueng pergi perjelen-jelen. Seeker lari puleng tinggel hanya sempilen.

Jika A dan E, B dan P DIANGGAP SAMA, sudah pasti ini akan menimbulkan masalah membaca.

Kadang-kadang ejaan turut bercelaru: Perkataan sekolah dianggap selekoh, selokah dan lain-lain.
Perkataan yang mempunyai huruf yang tertinggal masih dianggap sama seperti:

Posisi dalam huruf:

Lengkapan atau liputan


Berlaku apabila orang mengamati satu kontur yang lengkap daripada satu rajah yang putusputus. Bahagian yang hilang dalam rajah akan diisi dengan pengamatan. Pengamatan mungkin akan mengganggu pemaknaan. Walaupun beberapa bahagian hilang, kontur masih diamati dengan lengkap iaitu 4 segi tiga dalam 1 segitiga.

Ini diaggap sebagai bulatan:

Masalah lengkapan ini boleh mencelarukan murid yang mengamati:

Begitu juga dengan cara melengkapkan perkataan apabila suku kata ma selalu dianggap diakhiri kan. Seseorang guru boleh menguji muridnya dengan mengarahkan mereka melengkapkan ayat seperti berikut:

Ramai murid akan melengkapkan dengan kan, walhal ia boleh dilengkapkan dengan:

Kemiripan ini akan menjadi masalah apabila murid membaca ayat yang berikut:

Sebagai

Yang menjadi tanda tanya, adakah murid tersebut tidak boleh membaca?

Pegamatan/pergerakan bersama
Kemiripan ini dalam pengamatan tidaklah begitu mencelarukan murid dalam mencapai kemahiran ini. Mungkin tangan guru yang berdekatan dengan murid, yang bergerak untuk menggaru kepala dianggap oleh murid hendak memukulnya. Perkara ini sama juga dengan cara kita mengamati lampu iklan bergerak. Apa yang berlaku sebenarnya ialah pergerakan lampu-lampu tersebut dihasilkan oleh lampu yang menyala secara bergilir-gilir sehingga memperlihatkan ilusi pergerakan.

Bentuk mengatasi latar


Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan, mereka akan mengalami kesukaran untuk mentafsir rajah berikut: Mungkin kanak-kanak ini mengamati rajah ini sebagai 1 susunan 8 rajah segi tiga tepat. Mereka mungkin akan menyalin seperti:

Sepatutnya kanak-kanak akan mengamati bentuk diamond di celah-celah dua garisan tegak yang selari. Bentuk diamond ini digelar good figure sungguhpun rajah ini juga mengandungi huruf W di atas dan huruf M dibawah.

Kemiripan pengamatan ini akan menjadikan kanak-kanak celaru dengan rajah-rajah yang digunakan dalam pembelajaran matematik seperti rajah-rajah yang berikut dianggap berlubang dan tidak berisi.

Ataupun sebaliknya, rajah-rajah yang wujud itu dianggap berisi, dan dengan itu, huruf A dianggap sebagai segi tiga yang berkaki dan lain-lain lagi. Kanak-kanak ini akan mengalami masalah menyalin huruf.

Kesinambungan atau turutan


Unsur-unsur dalam rajah biasanya diamati sebagai satu set jika unsur-unsur itu disusun berkesinambungan atau berturutan seperti rajah berikut:

Kemiripan ini akan menjadikan sesetengah kanak-kanak tercelaru dengan latihan seperti yang berikut kerana mereka tidak nampak corak turutan bentuk seperti tadi.

Sepatutnya soalan digubal begini:

Barulah mereka senang menjawab:

Kesimpulan
Keenam-enam kemiripan pengamatan ini boleh mencelarukan pengamatan muridmurid. Fenomena-fenomena salah pengamatan termasuklah gangguan maya atau ilusi, rayan (mengigau) atau halusinasi dan pendayaan atau delusi boleh menjejaskan pencapaian kemahiran bertutur, membaca, menulis atau mengira.

Sekian, terima kasih